Rezeki

Kata orang, dunia itu bulat. Bila kau dibawah, sekejap nanti kau pasti ada diatas. Tapi untuk berada diatas, bulat itu harus berpusing, maksudnya kau haruslah berusaha....

Kata orang juga, setiap perkara yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya..

Aku percaya yang semua dugaan yang aku tempuh sekarang ni, pasti ada rezeki yang Allah nak bagi pada aku. Kadang-kadang aku hampir mengalah dan selalu mempertikaikan kenapa mesti aku. Tapi aku percaya yang Allah akan sentiasa menguji hambaNya kerana Dia sayangkan hambanya. Dan Dia tidak akan sekali menguji kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapi ujian itu. Aku sentiasa pesan kat diri aku yang aku kena kuat, aku tak boleh mengeluh dan aku kena sabar.

Cumaaaaa, aku sentiasa tertunggukan hikmahnya. Teralu banyak dugaan yang aku kena hadap. Sampaikan aku rasa kadang-kadang aku tak kuat dah nak tempuh ni semua. Kadang-kadang aku jadi cemburu tengok kelebihan yang orang lain ada sedangkan aku...... Takpelah, aku tumpang gembira dengan apa yang mereka ada (cuba bersikap positif) dan aku kena sabar...

Rezeki yang Allah nak bagi tu bukan dalam bentuk harta je. Anak itu rezeki, kesihatan itu rezeki, keluarga bahagia itu rezeki dan bermacam lagi.  Rezeki tu ada kat mana-mana, dunia ni luas. Allah itu sentiasa ada untuk aku. Aku cuma kena sabar dan tempuh dugaan ni semua. Sabar...
THANKS FOR READING

Merepek sebelum tidur

Haiiiii! 

Ha nampak tak semangat dah mariiiii. Nampak macam rajinlah nak update hari-hari. Nampaknya macam tu lah. Tapi korang jangan percaya sangat. Aku ni hangat hangat taik ayam je. Acah-acah update blog, tunggu sikit masa lagi, siaplah aku private kan balik blog ni kah kah kah. 

Aku tukar url blog aku sebabnya url dulu tu hmm macam budak-budak je, maklumlah 6 tahun lepas masa aku buat blog tu aku belum baligh lagi (eh?) hahaha. Since aku kembali menulis, aku tukar url akumasihmenulis, nampaklah macam mak mak sikit. heh.

Jadinya topik malam ni, tak ada topik punnn. Tadi tengah buat assignment, biasalah ngkorang macam tak biasa kan.. Time buat assignment time tu lah nak update blog, time tu nak scroll twitter, nak scroll insta, semua semua nak buat. Lepas tu assignment memang kelaut lah. Bukan kelaut je, karam terus hahaha. Penatlah tau jadi mak sambil tu kau belajar. Penat otak, penat badan.

Bukan mengeluhhhhh...

Tapi apa function aku unprivate balik blog aku kalau aku tak boleh menulis kat sini kan. Helehhh, cakap sikit pun nak condemn. Menyampah! Tapi seronok weh ada anak sebabnya bila kau balik kelas penat penat (penat-separuh-mati-sebab-lecturer-tak-bagi-5minutes-break) lepas tu amik Neeca kat babysitter dengan muka yang tersengih-sengih alahaiiii hilang penat! Cair hati ni. Tu belum cerita kalau aku nak pergi kelas lepas tu hantar kat babysitter, selalunya dia nangis tapi bila kena hari yang hantar lepas tu dia tak nangis pun :( dan dia tersengih-sengih tengok aku nak pergi kelas, aku yang dalam kereta pulak sedih sebab anak aku tak menangis pun tengok aku pergi hahahaha sakai betul.

Macam tu lah jadi mak...

Belum lagi masuk part aku tengah mandi, anak aku kat depan menangis-nangis nak mummy lepas tu 5 minutes kemudian laki aku ketuk pintu suruh bukak pintu kasi Neeca tengok aku mandi hahahaha apa ke pelik aku mandi pun korang nak tengok haaaaaa! hahahaha aduhai macam-macam :')

Lepas tu ada lagi bawak laki aku n Neeca masuk dewan kuliah sebabnya aku nak study, dia nak ikut. Haaa ngkorang ikutlah mummy masuk dewan kuliah. Pergi mana-mana semua nak ikut haha. Masa ni barulah rasa dihargai sebabnya memasing macam tak boleh hidup tanpa mummy :') Time bercinta dulu selalu rasa tak dihargai kan, haa tunggu lah korang ada anak nanti mesti kau menyesal asyik bergaduh je time bercinta sebab rasa boyfriend kau tak layan kau. Bila dah kahwin tak cukup tangan pulak nak melayan sampai dalam bilik air pun kena ketuk pintu nak tengok aku mandi hahahaha!

Banyak pulak nak cerita sampai cerita dalam bilik air pun nak tulis (eh sukahati aku lah. kau apehal nak kecoh!) Dah lah nak tidur, esok ada kelas, doa je aku nak pergi kelas esok k. Risau pulak nanti esok pagi datang saka aku yang malas nak pergi kelas tu hmm memang dari bujang sampai dah kahwin dah ada anak rupanya memang pemalas nak pergi kelas. Taktau bila masa nya yang rajin, asyiklah pemalas je Apa tah nak jadi dengan diri sendiri ni. Baiii!



THANKS FOR READING

Kembali semula

Testing testing 1,2,3 *tepuk tepuk mic*

Testing testing *tepuk mic lagi*

Sebelum kena baling dengan mic mungkin dah boleh stop main testing testing. And yeah you read it right! I'm back. shafysharmynitusaya katanyaaaaaa. aku cuba  tukarlah url ni tapi macam tak jadi je. Menyampah pulak tengok url panjang berjelaaaa. Whatever it is, saje nak update *walaupun aku tau takde siapa dah nak baca* but still it is  a good place for me to write down whatever jaa crossed my mind because this blog used to be my medium to share my moment with you gaissss awhhh :') 

Menangis jugaklah baca post 4 tahun lepas yang acah acah tu hahaha!! 


Btw, after 4 years aku privatekan blog aku (ramai jugaklah kawan-kawan suruh unprivatekan) and yeah today is the dayyyyyy! Dah lama fefeeling nak tulis blog balik tapi hmm tak ada masa mungkin (?)

Jamgan ngko taktau yg aku sekarang dah jadi mummy okay. Bukan bukan. Bukan mummy mumia tu. Aku bukan mumia. I'm a mother to my beloved-turning-9-months soon. Aneesa Azzahra binti Affandey. Jangan engko taktau pulak yg 4 tahun lepas entry terakhir aku sebelum aku tutup blog ni aku ada hupdate pasal dapat hadiah harijadi dari abang geli geli Fendy aku tu. Alhamdulilah, abg  geli geli tu dah jadi ayah kepada anak aku eh. Alhamdulillah, kahwin jugak Feng dengan aku. Kalau tak mesti membazir je belikan girlfriend hadiah harijadi ipod. Wakakakakaka!!! 

K k k , tak payah lah nak menggelabah sangat dah unprivate blog lepas tu nak update panjang panjang macam ada lagi manusia yg nak baca blog aku ni. Ada baiknya aku tidur sekarang sebab esok pagi nak skip kelas dengan alasan nak hantar Neeca sayang mummy pergi klinik. Neeca dah 3 hari tak berak :( sembelit lagi :( sedih mummy tengok Neeca teran teran taik hmmmmm (ada anak cerita pasal anak jelah), ko jelous pergilah buat anak sana (eh?) kbaiii. 


*notify aku please kalau ada sesiapa yg masih baca hahahaha (masih kisah rupanya kau ya!) 

THANKS FOR READING