Kenapa mesti takde?


Kiokk betul bila bukak edit post dah takde dah semua entry2 spare part aku. Cis! Punya lah tak banyak sparepart entry yg aku buat. Ingat boleh lah aku bukak edit post lepas tu terus publish je. Senang dah kerja aku. Lepas tuh boleh terus off and pack barang-barang aku. Bilik dah laa tunggang langgang ni. Dengan mentol terbakarnye. Mmg online dlm gelap jelah. Rupa org tak bayar bil letrik.

Tadi jumpa kawan. Ingat takde dah entry sparepart boleh lah update pasal petang tadi. Tapi hampeh hampa tak dapat hamper gambar semua kat camera kawan aku. Alaa org skang hp mahal-mahal mana dah nak amik gambar pakai hp cikai aku lagi. Tunggu ah aku angkut DSLR jumpa korang. Aku tak nak tengok sorang pun amik gambar pakai hp. hikhikhik.



Dah nanti aku update ye pasal petang tadi. Takde gambar takbest. Aku nak kemas barang ni. Eh harini hari terakhir utk tahun 2010. OMG, BYEBYE 2010. Hai hai 2011.

Happy New Year!

THANKS FOR READING

Apa azam aku untuk tahun 2011?


Dup dap dup dap nak masuk tahun baru nih.
Kejap je masa tuh berlalu. Rasa mcm baru je jadi pelajar lepasan SPM. tapi ahad ni dah balik UiTM and dah masuk pun semester 2. Kejap kan? sigh -.-
Masa tak tunggu kita. Tapi kita yg kejar masa n manfaatkan masa tuh sebaik mungkin. Huh sigh again!

Wishlist untuk tahun 2011 mcm banyak. Alaa buat banyak2 lepas tuh tak dapat bawak lah pergi tahun seterusnya. Tu yg tak best. Kan best kalau apa yg kita impikan untuk tahun tuh semuanya tercapai. Huh tak semua yg kita nak kita dapat kan. Sigh again and again.

Wishlist aku untuk tahun 2011
1. STUDY.
Err aku nak balik UiTM untuk semester dua ni dgn azam baru. Entah, mula-mula mcm down sikit dgn result aku before this sebab sikit lagi 4 rata kan. Eh silap lagi sikit nak capai target. Tapi beberapa hari lepas kot aku IM dgn kawan aku. Err lebih kpd senior kat UiTM tuh and bukan kos aku pun. Dia ckp something yg bagi semangat baru untuk aku. Wahh fikir sejenak jugak kan. Tapi betul. Ada hikmah disebalik apa yg berlaku.

And semester dua ni aku tak nak lagi dah amik mudah je dengan kerja2 yg lect bagi. Buat taktahu ke apa ke. And paling penting aku rasa aku tak nak lagi dah main-main dlm kelas. Uhh ni susah ni. Aku rasa nak serius sikit dlm kelas. Serius aku tak tipu aku kuat main dlm kelas. Huh. Usaha tu kena lenih sikit dpd yg lepas kalau nak berjaya. Bukan sikit tapi BANYAK!

2. BERUBAH.
Well takde manusia yg sempurna dlm dunia ni. Tahun 2011 aku nak jadi manusia yg lebih baik. Ahh, kita jadi manusia tuh selalu je lalai kan. Jadi anak kadang-kadang terlawan ckp mak. Jadi student selalu je malas belajar. Jadi kawan kadang-kadang terrobek kan hati kawan. Jadi gf selalu je marah bf. EH? hehe Jadi isteri? Belum kawin lagi! Nak berubah untuk diri sendiri. Takde sape yg nak ubah diri aku kalau bukan aku sendiri kan. Buang lah yg negatif-negatif tu. Taknak tengok dah. Bak kata dlm buku bahasa malaysia Buang yg keruh amik yg jernih. Ha gitewww! hehe


3. DSLR.
Ishh memang lah kan. Sakit hati betul tengok yg dah pakai tu. Tadi aku dah usha bafak aku dah. 'Yah, nak camera ni boleh?' Err ada bg jawapan yg mcm tuh. Haritu yek tny aku nak apa. Ni aku dah bgtawu tak nak pulak kata 'Ye esok ayah beli ye myn'. Nyiahaha. Ni mcm takpe lah lagi kan. Tapi kalau dpt thn 2011 ni mmg welcome home baby DSLR.

Okay dah ahh. Tak boleh bgtahu yg banyak-banyak. Ni yg simple-simple dan boleh diketahui oleh ramai orang. Azam baru yg real-real punya biar aku sorang jelah yg tahu kan. Cewahh ayat! Yg lain-lain ialah rahsia seri paduka baginda sultanah Shafiqah Kamtumi.
Happy New year people!

BYE.


THANKS FOR READING

Style ur Hijab

Eh hai.

Aaa ni entry bukan nak buat fesion show hijab ke apa. Ni aku join contest. Err contest? Yeaah contest utk purnama kalinye. Eh pertama kalinya.
Thanks to liely yana ni sebab tag aku.
Ahh aku bukan rajin nak join contest tu. Tak pernah pon. So, purnama kali ni biar aku jampi sikit puhh puhhh siap dgn bedak sekali biar menang. Nyiahaha.


Klik minah arab atas ni untuk maklumat lanjut.

SYARAT.
1) Gambar pakai tudung or hijab or shawl ( purdah digalakkan)
p/s tudung bawal pun boleh. wuwu

2) Make sure tutup aurat ! ( pakai tudung ikot cara islam yer ! )

3) Bila ana cakap tutup aurat means takde nampak rambut,takde nampak lengan,takder sendat2 sangat yer !

4) Kalau ade gambar yang tak tepati syariat ,gua tak reject awal2,tapi gua nasihat dulu..(kalau ade jugak markah kureng sket la yer ? )

Okay dah. Baca dah?


Nahh aku pertaruhkan. Puhhhh puhhh mintak bior menang!
Hikhikhik.

Nah kau join jgn tak join.

BYE.

THANKS FOR READING

Aku TERtengok lepas tuh terus TERsuka. Mcm mana nih?

Eh hai!

Duhh dua tiga hari lepas aku tertengok korean drama kat 8TV. Err, mcm best je. Lepas tu mcm 'apesal mcm pernah tengok je cite nih'. Then kawan adik aku lepak kat rumah aku sehari dua. Boleh pulak bawak VCD korean drama yg aku tengok tu. Dah alang-alang dia bawak baik aku tengok ye tak. Bila dah tengok kan dah tersuka. Haihh.

Dah dua tiga hari, kawan adik aku blah. Err blah dgn VCD2 sekali dia angkut. Err mmg lah. VCD dia kan. Aku dah lahh tertengok sampai episod 5. Takkan nak biar tergantung mcm tu je. Eh tak boleh jadi ni. Nak pinjam Meen kena tunggu naik cuti. Naik cuti lagi seminggu. Eh tak boleh jadi ni.

Last last menapak pergi kedai VCD cari CD He's beautiful. Sigh. first time aku laburkan duit aku kat CD korea. Hurr mcm tak percaya. Tapi mmg dah masyuk habis dgn korea nih. Hensem jgn cite. Tarik-tarik rambut aku dgn adik aku. Babak yg sweet jgn cite lahh. Mcm minah senget dah agaknya. Nasib baik kat rumah sendiri. Hehe.

Pelakon He's beautiful. Aku suka yg baju hitam tu. Tapi yg baju hijau pun aku suka. Eh yg baju merah pun suka jugak. Ahh suka semua! Tamak!


Ni hero dia. Apa nama dia Jang guen Suk. Aaa mcm gitu lah gayanye.

Yang ni mmg tak tahan. Gugur jantung derr. Handsomenye dia senyum mcm tuh. Huaaa.
Dlm cite ni dia ego gila nak mampus. Aku rasa nak jumpa dia nak ckp apesal kau ego sangat ha? Kau tahu tak kau handsome? HAHA.


Ni Yong Hwa. Err gitu lah gamaknye. Yg ni lah aku duk rebut main tarik-tarik rambut dgn adik aku. Hihi. Cool doe. Mana tak tergugat.


Fuh fuh fuh, menitik peluh tengok gambar ni. Masa babak nih Yong Hwa ni mmg hensem gila babas. Dalam cite ni aku tengok dia cool je. Takde nak marah-marah mcm Tae-kyung gila tuh. Kalau dapat bf mcm dia kan, time tuh jugak aku ajak kahwin. HAHA.


Ni Go Mi Nam(nama watak). Ahh aku taktahu real name dia. Lantak ah aku mana layan korea sebelum nih. Tapi dia jadi perempuan cantik, jadi laki pun comel. Tangkap leleh!


Ni Jeremi (nama watak). Pun taktahu real name jugak. Dia ni comel doe. Periang gila. Aku adore ah dgn watak dia dlm cite nih.


Wahhh, part ni aku ngn adik aku mmg mcm minah senget. Si Go Mi Nam tu cun Si Shin-woo pun hensem. Pehh mmg ngam ngam choi lahh!

Dah dah, lagi banyak gambar lagi gila aku nanti. Eh, tak pernah okay aku nak search kat google pasal korean bagai ni. TAK PERNAH! Tapi kali ni mmg ahh. Aduhh, jatuh cintah sudahh.




THANKS FOR READING

Sakit hati Part 1.


Patutnye waktu mcm nih duk ngadap lappy tapi tiba-tiba kena siang ikan. Takpe lagi. Ikan taknak 15 ekor 3 jenis plak kan. Takde banyak lagi? Tambah udang 40 ekor dengan sotong kembang lagi. Tambah sakit hati bila kena dengan gunting tumpul nak mampus. Aku telan kena anak tekak pun takde effect. Sudah ler tumpul boleh pulak tak bukak kipas. Mmg panas berdentum lah bertapak kan depan sinki tu. Berfeluh habis berlecak ketiak.

Lepas tu apa lagi? Ha tambah lagi sakit hati dan geram bila lappy aku serta merta diambil oleh adik aku. Ahh ni kalau dah online mmg takde chance ah aku nak guna lepas ni. Tambah lagi cousin boleh datang lepas tu lepak depan TV boleh gelak-gelak. Ahh aku boleh duduk depan sinki melayan ikan cengcaru! Saru ah aku mcm ni. Adik perempuan boleh singgah dapur tanya aku buat apa. Eh, nak makan gunting tumpul tak? Sepuk laju-laju kang. Tanya-tanya pulak!

Lagi sakit hati dah habis siang ikan udang sotong segala, baju pun bau ikan kalah cina jual ikan dekat pasar tapi tak mandi terus tidur. Hai laa heaven tidur dgn bau ikan. HAHA.

*Cerita diolah dan ditokok tambah supaya kelihatan lebih ekstrem. cewahhh!


THANKS FOR READING

Boleh sayaaaaa ?


Boleh sayaaaaa....

Tukar URL blog tak? Rasa nak tukar sebab URL ni mcm panjang sgt.
BOLEH TAK?
tak, tak susah pun URL nye.
Kalau sekarang shafysharmynitusaya.blogspot.com
Aku nak tukar kepada shafysharmyn.blogspot.com. Can I?

Boleh laaaaaa. Mintak ijin dulu dari kamu tawu. Sebab kamu-kamu yg follow blog aku.

shafysharmyn.blogspot.com.

Boleh ?

THANKS FOR READING

Cerita 7 hari dalam satu entry

Hello lovely people.

Okay aku tahu aku lama tak update. Well, korang patut tahu yg sekarang ni tengah cuti2 malaysia so aku busy membusykan diri dengan mencutikan diri ke negara orang. EH? Negara orang? Abaikan. Entry kali ni aku hidangkan korang dengan 19 keping gambar. Hidangkan? Ewahhh. hehe.

Jom layan sebelum aku membebel lagi panjang.


16 DISEMBER 2010.

Bowling with my laki laki. OMGOMGOMG, satu je bunga dlm gambar ni. Hehe, meet my cousin, my lovely brother and my baby Iwan.

Aktiviti malam diteruskan dengan makan besar di Ikan bakar Sabak Awor Muar.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


17 DISEMBER 2010

Before this 3 laki laki balik kampung halaman mari kita makan dulu! Okay, gambar ni tak best sebab takde aku. Snap lagi sekali please -.-

Oyeahh. Cun! Hihi :D

Dah makan dah kenyang mari kita gerak ke Melaka. Shopping timeeeee!

Lokasi : Surau Tesco Melaka. Solat Maghrib dulu yeee.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

18 DISEMBER 2010

Ikut parents pergi KL. Tahniah untuk my lovely daddy sebab dapat tender. Oyeahh boleh pakai kereta mewah lepas nih. Heheh

Ontheway ke KL. Kitorang dilahirkan dgn anugerah lesung batu. Eh silap. Lesung pipit. -.-
Cehh padahal masa nih ahh tak nampak lesung pipit kau. Amek lagi sekali! Ahh muka buruk. Lagi sekali lagi sekali. hehe

Iwan pun nak masuk jugak. Mana boleh terkecuali. Hehe


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


19 DISEMBER 2010

Congratulation ayah. Lepas nih boleh lah belikan I DSLR kan kan kan? hehe

Sign jgn tak sign. Yeahh clap clap untuk pengurus sorang nih. hehe

Anak-anak yg sibuk menyibukkan diri kat Auditorim Pascal E Putrajaya. Nak jugek tengok pengurus sorang tu sign kontrak. haha

Adik I smart harini. I suka tergoda semua lah. So I nak snap banyak gambar dgn dia. hihi


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


21 DISEMBER 2010

Jom pergi pantai! PD here we come bebeh.

Muka-muka yg tak sabar nak pergi pantai. Tak terkecuali jugak mamat baju kuning yg baru lepas sunat tu. Hilang semua sakit sebab nak mandi pantai. haha

Selamat sampai di Mayang Sari Resort Port Dickson.

Sampai je terus singgah pantai. Main-main air kejap. Nak mandi tapi cuaca panas. Sunburn nanti susah pulok!

Hari dah petang. Mari mandi! Yeayyy. Sopannye mandi pakai mcm ni. hohoho.

Aktiviti malam layan bebudak sekolah duduk tepi pantai dengan unggu api bagai..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


22 DISEMBER 2010

Act pergi PD nih sebab mama conduct budak budak F5 punya rombongan. So, I ikut lah. Takkan nak duduk rumah tercongok pulak kan. Mmg tak lerrrr.

Pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Maharani Muar. Hehe masing-masing enjoy lepas SPM wokk.

Disebabkan gambar atas tadi takde muka aku so mari mencapub Shaff. haha. Meet my cousin Bell.

Dah jom balik.

Masa ni plan nak balik Muar terus tapi ayah ada hal kat KL so mari-mari kita ke KL pulok. hehe


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

23 DISEMBER 2010

Settlekan hal mama and ayah then singgah mall kejap shopping sikit then balik muar terus. No picture lah!

Err menjengkelkan betul gambar ni.


Lastly from me, HOHOHO Merry Christmas for non-muslim.

End. BYE.


THANKS FOR READING

Sila beri perhatian.


Ini bukan main-main. Ini bukan gurauan. Ini bukan aku test nak masuk raja lawak ke. Bukan bukan. Ini penting. Ini adalah tentang apa yg korang makan sehari-hari. Ini serius!

Lepas aku bgtahu ni korang semua mesti ambil tindakan. Jangan main sebarang makan apa je depan mata. Ini serius untuk orang Islam macam kita. Eh aku ada nampak mcm nak sebarkan dakwah tak? Hihi.

E - KOD KHINZIR.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473,
E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Mak aku ada bg list kod ni pada aku. Kod kod ni semua korang boleh tengok kat semua makanan atau jejajan yg korang selalu makan. Kod-kod ni ialah kod lemak babi. So, kalau ada kod ni dalam jejajan yg korang beli, silalah campak ke tong sampah. Ini bukan guraun okay. Ini serius.

Ada entry lepas aku cakap big apple tak boleh makan kan? Yes, tak boleh makan sebab ada lemak babi. Hasil kajian aku sepanjang list kod ni pada aku yg aku tahu Twisties tak boleh makan. Chezzel pun tak boleh. Cadbury pun tak boleh. Banyak yg tak boleh. Majority benda yang kita selalu beli tu selalunya ada. Tak percaya? Copy list ni and korang pergi mall and check one by one.

Tak percaya boleh tengok SINI.

Itu saja untuk harini. Renung-renungkan dan selamat beramal dari Dr Shafiqah Kamtumi tehee.

BYE.

THANKS FOR READING

Aku ke diorang yg emosi?


Eh hey you babe.

Err, mari aku cerita then korang yg baca kena bgtahu aku siapa yg emosi. Aku ke diorang? Ayuh dgr cerita aku! Ayuh ayuh! ewahhh.

Disebabkan semalam hari yg memenatkan. Tidur pun tak lambat sgt tapi sebagai balas dendam semalam penat nak mampuihh, yeayy harini aku bangun lambat. Yeayy tak bgn pagi pergi jog sebab pagi tadi hujan lebat lebat mmg syiokk habis tidur tarik selimut sampai kepala. Bila bukak mata, matahari dah terpacak atas kepala. Mmg aku tak nak bgn sebab mata aku mmg tak boleh bukak. Yes syioknye tidur!

Rumah aku sekarang nih ada tetamu. Sepupu lelaki aku 3 orang ada kat rumah. Mmg aku lah kena buat kerja lebih sikit. Selalu tak masak tp dah ada tetamu kena lah masak kan. Laki laki ni kalau ada kat rumah semuanya nak depan mata. Tahu bila time nak mandi ada tuala ada baju. Time nak makan ada makanan. Time nak berjalan ada motor. Time nak melepak dah ada port. Hishh.

Hari-hari yang lepas aku jogging pagi, so aku balik jogging terus beli breakfast je untuk diorang. Takpun aku hentam buat roti telur ke kan. Janji diorang bangun mandi lepas tu menapak kt meja makan dah ada makanan. Tapi pagi tadi aku tak bangun pergi jogging. AKu tak bangun pagi so takde lah makanan. Padankan mukanya!

Lepas tu aku jengah dapur. Jengah je. Lakilaki kat rumah ni kata 'buat lah sarapan myn'. Ewahh mmg dah pukul 11.30 kau nak sarapan apekejadah haremmnye! Pandai lah kau goreng telur sampai hangus. HIHI. Lepas aku dah kemas bilik segala aku prepare lah bahan-bahan nak masak. Ewahh bahan bagai! First time ni nak masak takde yg profesional tgk. Mak aku pun takde.


Tukang masak cap ayam. haha

Ehem ehem, berbekalkan keyakinan yg ada. berbekalkan skil yg tak power nih aku pun main campak-campak. Ewahh mcm tak percaya Shaff masak. HIHI. Tak kisah lah masak kan. Tapi laki laki yg ada ni semua tak guna. Semua nak nganjing2 aku. Bobo betul. Sakit hati aku. Kau bising-bising kau masak lah bobo! Sudah lah aku yg masak. Kau nak bising mcm org kebulur apehal? Lempang nak? Ke kau nak kaki aku?

Aku dah lah bangun tidur terus buat kerja masak segala untuk korang. Bagi lah support ke sokongan yg padu ke. Ni tak. Aku pun main taram je. Dah lantak kau ah. Janji ikan masak kicap aku siap. Kenyang dah korang kan? Dah jangan bising!

Okay gaya mcm aku yg emosi. Aku ke yg emosi? Aku ke aku ke?

THANKS FOR READING

Semuanya tidak dirancang.

Dear lovely readers.

Betul lah mcm yg aku cakap kat entry lepas. Kalau yg plan mcm nak gila tu mesti tak jadi. Macam yg jadi kat aku harini. Semuanya tak dirancang Mmg rasanya harini betul-betul pack lah aktiviti aku. Tapi takpe. Dpd duduk rumah makan tidur makan tidur baik keluar kan. hehe

RANCANGAN ASAL
*Plan nak jumpa Tyra and boleh melepak.
*Boleh pegy maxis centre settlekan problem simcard aku. and bayar bil broadband.

Tapi tapi, semuanya tak jadi sebab Tyra macam2 masalah. Okay takpe takpe. Gua lek lu. Gua kasi cool kan.

*Bangun pagi mcm biasa. Pergi jog untuk kesihatan mental dan fizikal. Ewahhh. HIHI.
*Balik dr jog mcm biasa sebab adik kecil mahu pergi kelas. Esok dia ada paper Engineering technology. Good luck sistah :)
*Sampai rumah dalam pukul 9.15. Then dalam pukul 9.40 gerak hantar adik pergi sekolah.
*Balik terus online and breakfast. Dapat tidur dalam 5 minit. Lima minit? Hurr =.=
*Pukul 12.20 tengahari matahari berdiri tegak tu amek si Ayin kat sekolah tadi.
*Pukul 1.45 gerak hantar budak SPM ni balik sekolah balik. Apesal lah tak nak stay je kat sekolah tu. Apesal lah aku baik sgt nak hantar dan ambil dia. =.=
*Then terus gerak pergi settlekan bil broadband. Broadband maxis tapi pergi celcom centre. Yeayy mmg bijak kau shaff.myn! >.<
*Mmg bengang sebab bangang pergi celcom centre. Terus gerak rumah Fatin pick up dia.
*Broom brooom motor berderum. Ewahh. terus pergi TM bayar bil berbagai-bagai bil segala.
*Kemudian baru gerak ke jalan yg benar. Maxis centre! Okay broadband dah bayar. DONE!
*Lepak dgn Fatin. Dapar BR free meree. Okay gua syg lu fatin tehee XD
*Jam 5 gerak balik hantar Patin terus pecut pergi Econsave.
*Beli ikan udang segala. Arahan mama tersayang. Sebab mak punya pasal aku buat lah. Kata anak mithali. Ewahh.
*Sampai rumah, angkat baju terus! Nanti kena marah. Hihi. Lepas tuh terus siang udang dan ikan. Goreng siap! Yeayyy bagus lah Shaff.myn nih. Ewahhh.
*Then lipat baju. Yeayyy calon menantu. Siapa nak sila isi borang. Eh eh eh.
*Rasa rajin lagi den kemas bilik pulok. Ewahh rajin lagi!

And now, yes aku free. Tapi serius aku tak tipu. Aku penat gila ni. Penat doe. Naik motor plak tu. Panas tak payah cerita lah kan. Lenguh semua sendi-sendi aku. Takpe, janji semua dah settle. End.

BYE awok awok :D




THANKS FOR READING

Perfect saturday.

Hello my lovely peeps.

Orang selalu cakap kalau nak jumpa ke nak buat itu ini ke jangan plan sangat. Jangan eksaited sangat plan gedebak gedebuk untuk tu semua sebab bila sampai masanya nanti mesti ada je yg menghalang lepas tu terus tak jadi. Orang selalu cakap ke aku yg rasa mcm tu? Aku yg rasa mcm tu kot. Tapi selalunya betul lah sebab selalu jadi kat aku.

Dalam bulan 11, kawan-kawan sekolah semua dah heboh pasal wedding akak kepada kawan aku ni Nabiha. Hailaa, datang tgk pengantin sekali jumpa kawan-kawan lama. All in one katanye. Nak kumpul semua sekali dalam satu masa sekarang mmg lah susah sebab masing-masing dah sambung belajar. Tempat lain-lain. Cuti lain-lain. Tapi kali ni ramai yg join. Cuma satu dua orang yg tak dapat join. Takpe, next time okay.

Em, masa mula kepoh pasal wedding akak biha ni aku berlagak biasa. Taknak eksaited sgt nanti takut tak dapat lampu hijau dr mak aku ke kan. So cool je dulu. Nasib baik dapat bila kata nak jumpa Anis dan Fatin dan bla bla ramai lagi. Nama-nama ni kalau disebut Insyaallah lampu hijau menyala-nyala mak aku bagi. hihi.

Satu group kawan baik masa sekolah dulu yg tak dapat jumpa sekali dalam satu masa sebab separuh naik bus dan separuh lagi naik kereta. Yang naik kereta sampai bila yang naik bus dah balik. =.= Yang naik bus lah untung sebab tengahari dah ada kat rumah pengantin. Dapat tengok pengantin sampai jemu. Dapat makan banyak sikit. Yang naik kereta mcm aku nih datang bila orang dah basuh periuk. Mana taknye, sampai pukul 5 lebih mcm tu. Orang tengok pun pelik. Tapi aku pedulik apa. Aku dah lapar. Sampai terus makan dulu. Hehe


Mereka2 yang sampai dulu. Biha yang berbaju oren sebelah pengantin perempuan tu. Untung lah dapat bergambar dgn pengantin kan. Amik badi pengantin ke? Cehh. hehe


Biha berlagak comel lah dengan bunga merah menyala dia tu. haha.


Yes, mereka yg konon naik kereta tapi sampai pun lambat. Orang dah basuh periuk. Pengantin dah salin baju. Takpe lah. Kita-kita jelah yg bergambar dekat pelamin. Siapa yg duduk kahwin dulu ye. Yeayy aku duduk, kahwin dulu! Haha, gatal!


Tiga budak perempuan yg duduk tengah tu bakal pengantin ye. Ehem ehem, gatal sgt kenapa ni? Yg tepi dua orang pegang bunga merah tu jadi flower girl jelah ye. Haha.


Thanks lah untuk dua makhluk tuhan paling seksi ni sebab tanpa mereka takde lah entry ni. Gambar semua hasil dpd kamera diorang.


Datang dah lambat. Orang pun dah takde. Apa lagi, buat rumah pengantin mcm rumah kami. Bising jangan cakap. Semua kalau dah berkumpul, mmg tak heran dah orang lain yg duk sibuk tengok mengata semua. hihi


Cun okay. Mmg cun lah orang yang snap gambar ni. Haha.


Gambar kesukaan aku. Rasa nak print lepas tu frame kan besar-besar lah. Cehh =.=


Siapa yg teleng ni? Uhh kesian tengoknya ==''


Ambil gambar mengalahkan pengantin. Maklum lah kalau dah jumpa kamera kan, masing-masing posing tak ingat dunia.


Wahh kiri dan kanan sy perempuan yg kurus-kurus belaka. Aku bila lagi? Okay tahun depan kurus ye Shaff. haha


Kan dah kata buat mcm rumah sendiri. Kamera pun mcm kamera atok aku.. Nak duduk depan kipas. Kipas yg besar tu angin dia banyak. Best tau, rasa mcm tepi pantai. Haha.


Psstt, orang sebelah saya ni kan dah kurus. Woot woot aku bila lagi? Jelous tengok dia boleh kurus sampai mcm tu sekali. hihi

Okay lepas dah duduk melepak. Berborak gelak tak ingat dunia, bergambar buat mcm kamera atok aku kitorang pun decide nak balik sebab dah pukul 6.30. Habis sudah part 1 untuk perfect saturday. Part 2 akan disambung bergantung kepada seorang lagi makhluk tuhan paling seksi bila yg diuploadnya gambar unutk sesi malam. hehe

BYE.


THANKS FOR READING

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Cewah, berbagai satu Malaysia segala. Gua taknak cakap banyak. Gua dah fenat lah. Asal gua online ada ja IM gua asal online je ada IM. Aiyakk gua kalau dah layan IM mmg lah tak tertengok noti noti gua yg berlambak tu. Haa, korang ni pun tak menyempat kan. Kasi lah gua tengok dulu notification gua.

Semalam memang pecah record ah kan. Pehh tak menang tangan doe gua nak menaip. Yg itu IM yg ini IM yg itu dah sudah yang lain datang. Semua soalan mcm dah pakat baik punya kan. Soalan tak nak sama je pulak kan. Tanya lah aku ni dah makan ke sihat ke tak bila nak update blog ke. Cewaahh.

Paling tak tahan ramai nak IM belum apa-apa lagi dah cakap congrats. Eh lu pehal. Gua tak cakap lagi result gua berapa. Lu dah hentam gua DL lah empat rata lah lima rata lah. Semua orang nak expect aku dapat DL, ingat aku pandai sangat ke? Peh tak dapat kan nanti dah emo. Haa, mmg lah kan. Tapi aku bersyukur sangat dah dengan result aku.


Haha bangun-bangun tidur terus online fesbuk semua nak update status 'syukur syukur alhamdulillah.'. Gua lek je. Gua tak cek lagi. Padahal gua tak ingat e-mail gua. Last-last gua menunggu dgn sabarnye guna studentportal. haha


Haha status pointer 3.99 tu tak tahan. Mintak maaf lah siapa yg percaya kan. Haha riak tak riak kan gua letak kat status pointer gua berapa.


Ha lu tengok ah. Gua ni bukan kemuts noe kan tak kasi tahu result gua. Lu orang semua pandai-pandai kan. Gua dapat tiga perfulohannn sembilan sembilan je. hahaha tipu tipu =.=


Dah, cukup untuk setakat ini. Gua taknak ada sape-sapa lagi IM gua ke text gua call gua tanya pasal result gua. Kalau tanya jugak meh makan silat gayung baldi segala.
*Azuan cakap muka aku time ni mcm bunga api nak sambut deepavali.
*Dapat tiga perfulohan sembilan sembilan muka mesti lah mcm bunga api. haha tipu tipu.

BYE.

THANKS FOR READING