29 Julai ialah hari mengemis

Hwaa, kesian kesian.
Kesian kesian kesian kesian. Shaff mengemis. Percaya ta ? Percaya laa. Aku mmg mengemis. Hwaaa, percaya laa wahai kawan-kawan ku.
Semalam duet dlm purse mmg tinggal 5 hengget je. Ta terfikir pn nk cucuk duet plak masa duet tgl 10 hengget ke hape ke. Sb mmg ta kuasa laa nk jalan jauh2 semata-mata nk cucuk duet. Sekali, hambekk kau ! Malas kan nk cucuk duet.
Ta kuasa kan nk jalan jauh jauh. Semalam duet aku mmg cukup2 je makan utk breakfast.
Nk lunch mmg tinggal 2hengget je. Mmg nk buat tayik gg pun ta cukup.
Tapi nasib laa time breakfast mkn agak knyg. so, lunch tade laa kebulur sgt.

Mula-mula mcm ta kesah la duet tgl 2 hengget sb ingat lepas class MAT jam 12.20 tu nk g bank then cucuk duet kan. Tapi apesal mcm suwey sgt then mmg nk kasi aku rasa mengemis agaknya.
Bole pulak ATM Maybank tu buat hal. Saje ta kasi aku keluarkan duet. Haihhh.
Panas je hati. Akhirnya, buat keputusan beli roti gardenia yg kecik tu RM2.30. Makan dgn peanut choc pn sedap. Kenyang pn kenyang.

Tu utk lunch. Tapi utk dinner mmg da tade da duet aku. Nk cari celah poket ke celah baju ke mmg tade da. Yg ada duet syilling laa kan.
Beli gula-gula bole laa kan. Ada pasar malam pulak tu. Tak ke mcm bangang pegy pasar malam tapi duet tade. Maka dgn itu aku terpaksa laa pinjam duet kawan. huk huk huk, hampeh je kan. Kesian betul aku. Mmg kesian.
Aku pn mcm ta percaya je aku tade duet. Tu laa padahnya ta nk cucuk duet awal2.

Hwaa, malam ni ada perasmian sukan kolej. Tema merah sb aku kolej merah.
so,merah membara ouh jantungku.... bla bla bla.
Aku malas nk pegy tapi cop punya pasal terrrrrrpaksa laa pegy.

BYE !

THANKS FOR READING

saya SAYANG classmate saya

Wahh, statement nk meletoppp ! Auww auwww :)
Act, ni gambar-gambar kt bawah ni time latihan choral speaking. Yeahh, aku ta masuk tp saje menyemak dan memberi semangat utk member2 yg masuk. Ha, bagus kan bagus kan ?
Duduk bilik je pun ta best jugak. Heee.

Plus, bilik pn roomate semua busy class. Harini pun class mmg clash habes dgn myra ketot. So, better aku lepak ngn classmate kan. Masa mula-mula masuk mcm arghh, annoyingnye ! Alaa, masa tu ta kenal lagi. Then ta sampai seminggu pun kt class tu.
Now, lama-lama hee, syoknyee class 1B. Semua sempoi-sempoi :)
Saya sayang classmate saya.
Euwww, statement mcm tajuk karangan. haha


Yg ni aku paling suka. Dats why gambar ni 1st. Heee :)


Bukan semua classmate ada. Ada yg busy dgn ROTU, ada yg busy dgn charade. Ni yg join choral speaking je. Hee :)



Gambar ni nampak bumper aku besar tapi I likkkkeeee. Bukan aku suka bumper aku besar (==") tapi gambar ni yg lawa. Ehem ehem..


Ha, yg ni bukan time choral speaking. Ni tengahari td. Gurls only.

Sekian, terima kasih.
BYE !




THANKS FOR READING

Entry panjang

Hai semua. Ha, saje kasi tajuk entry panjang sebab aku rasa mcm nk bg korang entry mmg panjang laa. bolee gitu ?Bole je. aku pun yg menaip. Actually, saje nk menaip dikala bulu roma sedang berdiri tegak kerana terlalu sejuk. Apesal ntah sejuk sgt. Aku pn tatawu. Cehh, padahal baru je lepas mandi dan basuh baju. Sikat rambut pn belum. Punya laa nk hupdate blog sgt.
Oke oke, sikat rambut dulu. baru ta selebet je aku tgk.


Hwaa, harini cukup sebulan aku di uitm. Hoyeahh hoyeahh cepatnya masa berlalu kan. Kalau tarikh ni masa bulan lepas, time nih kt Masjid Al-hikmah dgn ta mandi lagi. Eeuuww, busukk ! Memori orientasi :)
Uitm dihatiku :D


Dan harini jugak sebagai meraikan annivesary sebulan diUiTM (jgn nk annivesary sgt. act sempena English Week), aku dan classmate aku join treasure hunt. Ataupun Lendu race. Hoyeahh, dalam UiTM je pun tapi penat nk mati. Peluh jgn cakap laa. Mencurah2 bagaikan di ladang gandum. Hahaha


Seperti biasa, kita gambar dulu ! Dari kanan Meen, Dora the explore (HAHA) dan Hajar :)


Diikuti tuan punya belog. Lemak laa belog aku gambar korang je yg masuk kan. Ehehe. PPffftt, belum start pn treasure hunt tapi da berkipass. Apa cerita ???


Yg ni aku suka. Haiihh, dora ni comel kan. (mesti dora baca muka da merah2 blushing) HAHA


Part yg agak kurang digemari. Telur+milo. Shumpah sedap. Try laa kt rumah ye. hahaha
Sanggup minum sb ganjaran 3 budak hitam group aku belanja aku cool blog. Yeahhhhhh :D


Checkpoint ke 4 kot. Haa, dora kalau da tgk gambar ni mesti kt class bebel bebel.
'Siod kau shaff msk gambar tu. Kejam kau shaff'
Da aku mmg kejam nk buat mcm mana. haha. suka suka :)


2nd last checkpoint. Sempat je nk bergambar. Blog punya pasal.
Sorry laa, bravo (nama group) da tercabut gara-gara tgn terlalu selim. Heeeee =="



Tgk, teruk da rupanya. Kesian aku tgk.


Tapi dora puny lawa je lagi. Macam baru pakai. Cehh, konon tgn dea selim laa. Tgn aku lagi selimm laa. T__T


Dan dan, yeahhhh dapat no.9 daripada 20 group. Oke what ? 1st clue je pon da menyimpang jauh tapi masih mampu jadi top 10. Ahaha. Bukan sekali menyimpang tapi ada laa 2 3 kali. Padahal dalam UiTM je pun.


Bravo bravo dapat no. 9. Meen da surrender habes laa tu. Cetttt !


Entah kenapa aku senyum sebegitu rupa. Buruk betul. Ingat iklan gigi ke hape. Haiiihh =="


Last but not least, aku sgt enjoy dan I love u guys :)


*Nak off nk study FAR lepas tu krohh krohhh. BYE !

THANKS FOR READING

Hujung minggu yg membosankan.

Mood : Kekenyangan tahap dewa.


Hwaa, baru je lepas lunch. Haihh, minggu ni bilik aku mmg senyap gila. Roomate semua balik. Tinggal berdua je dgn Nurul. Nasib laa kepala gila. So, bilik tetap havoc even ahli bilik berkurangan. hehe
Hujung minggu yg membosankan. Da laa roomate semua tade. Bilik senyap. Tatawu nk buat apa. So, duduk dalam bilik online belajar makan tidur makan tidur makan tidur. Dapat pulak akk nurul dtg then bawak makanan sedap-sedap seperti Tomyam kegemaran aku, ayam msk merah kegemaran aku jugak dan kek coklat. Hwa, aku mmg ta berapa nk ngam dgn kek2 ni tapi kenapa kek yg akak nurul bawak ni sedap sgt ?
Cehh shaff, kalau da kuat makan tu apa je yg ta sedap. HAHA

bole belajar mcm ni ? Aku perlukan ruang yg lebih besar. Meja yg lebih besar pls -__-
Meja yg sekarang ni ta muat laa nk letak lappy nk letak buku2. nk belajar sambil online pn senang. Ha, ni da penuh je meja. lappy da la gedabak semacam. Buku lagi laa tayah cite kan.



Da tawu meja kecik. Lagi mau letak segala bagai barang atas meja kan.
Lagi nk ade cawan nk da botol air besta bagai atas meja tu. Sesak nafas aku tgk meja blaja aku nih. Huk huk huk, kesian shaff T__T
Weekend je aku belajar ade lappy depan mata oke. Weekdays time belajar belajar. Time online tolak tepi semua buku. haha


Aku rasa dah tension gila duduk dlm aircond nih. Tapi nk buat mcm mana aku tetap suka duduk dlm ni sb bebas peluh. HAHA.
Yeahh, kulit aku tersangat laa kering buat masa sekarang. Bibir pn mcm tu jugak. Padahal da bertangki-tangki air aku minum. Mana taknye, pegy class, class pn aircond. Balik bilik, bilik pn aircond.Dehydration beb. Huuuu..



1stly,
Terima kasih Hencek Vaseline Total Moisture si tinggi lampai yg bantu melembapkan kulit kulit aku yg kering sampai ta selera da aku nk tgk. hehe
2ndly,
Cik Puan Muda Vaseline Intensive Care yg memulihkan bibir aku yg pecah teruk Khamis lepas. Hari jumaat terus baik sebab tepek vaseline 13 14 inci. Hee :)


Lastly, sedang mencari-cari sunblock utk muka aku yg semakin membelang. Kuda belang pn ta berbelang mcm aku ni ha. Hwaa, ni gambar lama. Nk putih mcm dulu. Kenapa sekarang aku rasa aku huduh semacam ? Ah, menci =="

Okayh, nk study FAR then MAT. Rajin ta rajin ta ? Mesti laa rajin kalau besfren sentiasa di sisi. I love You fb. Muahhh !

BYE :)

THANKS FOR READING

Lega dan Lembu

Hoyeahh, quiz da habes. fuhh, lega kot. Kalau ta risau komain lagi sb aku ni bukan laa pandai pn MAT. Time sekolah dulu bole la dikatakan budak bengap admath. hek hek hek. Aku mengaku aku ta pandai.
Jgn nk riak sgt shaff. Ade stalker ta suka. Bwueekkkk !
Da tawu ta suka ta payah ah nk stalker stalker blog aku. Bikin panass chatbox aku je. haihh.

Okayh, ta nk rosakkan mood. Alkisahnya begini. Malam nk kuiz tu mmg laa semangat berkobar2 nk study. Tapi ptg2 nk ke malam tu mmg da terasa penat laa kan. Mana taknye patutnya hari khamis tade kelas ptg tapi ptg tu ade pulak. habes 6.30 pulak tu kan. Mmg laa waktu yg sgt tidak digemari =="
Then, lepas isyak ade yaasin blok. Hwaa, time baca yaasin tayah cite laa kan. Menguap 1o hampir ke 2o kali laa.
Penat laa katannyyeewww !
Habes je terus masuk bilik HUHAHUHA kejap dgn roomate then aku terus senyap di atas katil. Tetapi disebabkan terrrrrrlalu penat aku mengigau bagai time tidur tuh.
Nasib dan nasib laa aku ta sleepwalking kan. Berdasarkan cerita membe aku mmg laa tak bole blah langsung time aku mengigau tuh.
Satu bilik gelakkan aku. Patut ke ? Ta patut betul. Kena laa faham shaff ni PENAT. heee :D
10.30 tidur 12.30 baru bgn. Haa, roomate lain sibuk basuh kaki basuh muka ondway nk tidur aku pulak baru nk celik terkebil-kebil cari buku cari kalkulator bagai sb nk study. Hwaa, teruk betul shaff ni.
Tapi mmg da biasa pn kan stay up stay up ni.
Time SPM dulu mmg burung hantu laa. Bila da kt UiTM ni je kalau tidur lambat mcm rasa ta patut je. Padahal kelas start kul 8.30 bukan mcm sekolah yg kul 7 da kena kena ade perhimpunan bagai.


Bukti yg aku betul-betul belajar. Haa, pening kepala kau belajar simple interest. Tade laa pening sgt pn. Senang je. Cehh, ayat nk bajet gila mcm kau super duper power MAT kan. Jgn nk riak sgt shaff. Huuu =="



Oke, aku mmg pening pn belajar MAT. Da la belajar atas katil. Katil da la bwh aircond. Da rupa org dlm pantang laa aku kan dgn sweater stokin bagai. Comfoter siap. Betul sejukk wokk. Akhirnya aku turun katil jugak.
Belajar kt meja kan senang shaff. Alaa, baru bgn tidur terus pegang file terus study. Mamai lagi time tu. Tu yg study atas katil pn jadi. Heee :)


.
..
....
........
............
.................
...........................
.................................
.......................................
...........................................


Korang mesti tertanya-tanya apa kaitan quiz MAT dgn tajuk lembu diatas ? haha.
Mmg takde kaitan. Actually malam semalam ada induction kolej then aku dapat group lembu. mboooo. Lembu bukan sebarang lembu. Ini lembu Lendu laa. hehe


Hasil kerja kumpulan lembu lendu. haha. Mmg ta laa aku yg buat benda alah ni semua.. Ni budak AD (Art Design) yg buat. Org seni laa katakan.

Okayh, aku bukan org seni. BUBYE :D

THANKS FOR READING

Saya jelous T__T


Hwaa, saya jelous jelous jelous. Jelous tgk kawan blogger yg lain terkedek-kedek update belog.
Arggh, menci ah. Aku ta berkesempatan nk update sb terlalu busy ye minggu ni.
Ulangan : TERLALU busy.
Bukan je terrrrlalu busy malah terrrrlalu miskin.
Haiihh, kenapa laa kat UiTM Melaka ni tade CIMB. aku nk cucuk kad ni.
Hampehh betul.

Dan dan dan aku terrpaksa pantang cool blog sb betul2 tade duet. Hwaaaaa, sedih ta cerita aku ?
Ouh, lupa yg aku ada hutang korang video Song of the Sea tu kan.
Next entry ye sayang sayang cendana ku semua.
PROMISE!
Malam ni ta bole sb kena study MAT sb esok ade quiz. Wish me luck.
Oke, nk mandi dan
maghrib. BYE !


lawa kan castle belakang tu. Kt situ laa kitorang tgk Shrek 4D. sumpah besttttt wokk :D


THANKS FOR READING

Universal Studios & Sentosa.

Hai semua. lama ta hupdate kan. kepala hotak pn da bersawang je memikirkan niat aku yg ta tertunai ni ha. Niat apakah ?
Last saturday aku ke singapore. Alaa, tgk tajuk pn da tawu. So, tayah nk buat2 tatawu kan. Aku ke Universal Studios dan Sentosa.

tadaaa, itu diaa, Universal Studios :D


Sumpah best dan sumpah penat. hehehe.
Aku ta nk upload gambar byk2 seperti manusia yg ta hengat dunia. Korang pandai2 laa pergi kt fb aku dan lihat. Maaf, cuma mereka yg menjadi friend sahaja bole tgk photo aku oke. Act, aku ada video utk korang. Aku mmg rakam special utk readers aku semua. See, even aku kt singapore pn aku tetap ingat kt readers aku semua and readers aku ta ramai mcm korang tapi elok laa kita mengeratkan silaturahimkan.
*apa yg cuba aku sampaikan ? =="

Niat aku da elok laa tu. nk kasi korang tgk Song of the sea kt Sentosa tapi aku ni busy sgt dan ta mampu nk menunggu video tu upload yg berkurun lamanya. Aku cuma mampu update dan kasi tawu korang yg aku da pn ke Singapore. Pada awalnya aku hanya mampu berserah ta nk pergi Singapore tu sb ada perkara wajib yg aku kena buat tapi nk buat mcm mana kan. Wajib ke Singapore lebih lagi dpd wajib ke event sabtu tu. hehehe




Ni je yg mampu aku upload di saat2 genting di mana aku ade presentation BEL ptg ni dan ade koko lepas habes je cls BEL then malam ada meeting. Ha, genting kan kan ?
Baik kau ckp genting. betul2 busy nih. Ha, mahu lebih byk gambar.
Jemput jemput laa ke fb sy ye anak2 sekalian.
*Tapi gambar ta habes upload lagi. weeee :D

BYE :)

THANKS FOR READING

Hari ni aku penat. PENAT sgt !

Hwaaa, penat. Mmg ta dapat nk nafikan yg aku mmg penat gila. Semenjak jak jak ni kan suka sgt buat entry mengeluh penat laa ape laa kan. Dulu b4 masuk Uitm bukan main semangat laa kan nk belajar. Ni nk mengeluh bagai. Habes tu ta kan aku nk mengeluh mengadu bagai kt sini atau sini pulak kan. Tu da masuk belog org lain menyemak bagai kan.


Jap jap. kasi aku makan oreo softcake jap.



wahh, best best sambil menjilat-jilat jari. Ta tahan makk tgk oreo softcake tu lama2 dlm almari. agaga. Okayh, makan sudah. mari kita kembali ke sri pentas. Ye, harini aku penat sgt. After class MAT tadi aku terus ke bilik Tuan Haji Ismail kerana sebab2 tertentu. Wahh, aku jumpa Tuan Haji buat muka suci lagi murniii je. Then terus bergegas ke library. wahh, shaff sekarang komain rajin laa pegy library kan. Cehh, baru 2nd time. Pegy bukan nk study mahupun mencari buku. Tapi pergi dgn tujuan utk fotostat buku CTU yg cuma berjumlah RM3 dan aku dapat jimat RM12 ye rakan-rakan semua. Malah, aku juga mampu membeli vanilla smooties 3 kali dgn RM12 aku tu.
*Ta sudaa laa cool blog kau shaff. i'm addict bebeh :D


Alkisahnya aku kat library. Mmg laa hari memalukan diri kot kt library tadi. Bukan saja memalukan diri malah merosakkan mesin pusaka milik library itu. Agagaga. Mmg ta laa kan aku sorang-sorang kt libary tu. Aku dgn classmate aku meen. Cehh, kwn aku ni 1st time nk guna mesin fotostat tu. Aku pulak 2nd time. Aku mmg da confident gila laa ni nk fotostat kan. Mmg confirm reti. CONFIRM sgt kan. Huru-hara laa kan kt library tu sebab aku pn mcm bangang sekejap nk guna mesin tu. PUSAKA laa katanyyyeewwww! Yela, kitorang ni nk fotostat ade laa dalam 100 helai kot Maybe lebih. So, mmg take time laa kan nk guna mesin tu. Tu pun aku ada jugak buat amal jariah bg laluan kt student2 lain nk print bagai. Tu pn da cukup baik. Tu pun kejap guna mesin depan kejap guna mesin belakang. Mmg laa terrrrsgt ramai manusia kt library td. Dan mmg terrrrsgt laa ramai manusia yg nk guna mesin fotostat tu td. Dan aku terrrsgt laa bengang kt library tadi dgn perut yg terrrrsgt laa lapar kan.. Ada laa sejam atau lebih kt situ. Penat jgn cakap laa kan.


Habess je aktiviti bergelak ketawa membengangkan diri dan memalukan diri sendiri kitorang pn blah dari library tu. Aku pn ta sanggup da mengadap library tu da. Pantang jap. Ta nk pegy library beberapa hari. Hehehe. Kitorang amek haluan masing-masing. Kolej ta sama. Meen ke sana aku ke sini. Haiihh, aku sorang2 jee oii. Da laa bawak buku AIS besar nk gedabak plus kertas2 yg aku da photostat td. Da la ta bawak file. Ta huru hara plak kan aku kan. Sampai nk terrrrrjatuh tangga da.
Naseb sempat stabilkan bdn. Kalau ta mesti aku da melalak berguling-guling dan terjun tasik terus sb jatuh tangga kan.. Malu laa oi kalau jatuh tangga. Jatuh laa saham oii. haha.


Dan aku terus berjalan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Terus je ke koperasi. Beli apa yg patut. Beli file beli roti beli tu beli ni. Mmg byk laa mcm membeli belah kt mall je. cewahhh. Then, perut pn da bagi bagi hint kan. Perut da mengeluarkan berbagai bunyi kan. Macam tawu2 je atas koperasi tu ada line clear kan. Mmg laa lapar sgt laa tu. Part yg sedihnya sampai je kt atas kedai makan tu da kemas2 nk tutup da. Haaa, saje nk kasi aku nanges-nanges kt situ laa kan. Aku mmg buat seploh sen jee kt makcik tu sambil berkata 'ala makcik, takde makanan lagi da ke ? Saya lapar ni. Kesian saya.'


Hwaaa, makcik tu terpedaya dgn muka seploh sen aku. Hoyeahhh hoyeahhh. Dapat murah lak tu. heh. Good job shaff :D


Balik je kolej. Sampai je bilik terus buat muka ketat sb mmg penat gila. Mana taknye da la penat then kena naik tangga batu caves tu. Mmg saje pn nk buat muka ketat. Then terus berkejar-kejaran sb nk rebut mesin basuh pulak. Tadi mesin fotostat ni mesin basuh pulak. Dapat je turn mesin terus makan sb lapar dan lauk SEDAP sgt. Habes makan sidai baju yg banyak tu sampai ta cukup hanger kan. Sampai terpaksa cilok-cilok roomate nye. Aha :)
Then tetibe mcm annoying gila tgk kasut dan selipar yg berlambak2 depan pintu bilik aku ni. Aku pun rela hati susun je. Then sapu2 bilik jap. Then baru laa dapat chance nk online ni. Haaa, penat ta korang kalau jadi aku ? Penat kan. Aku tawu penat. Korang pn mesti da penat sb baca entry aku yg panjang mcm gampang ni. Sorry laa ye BYE :D



THANKS FOR READING

13 Julai 2010 ialah hari yg memenatkan

Hai ! kita bertemu kembali. eh, rajin laa shaff update belog sekarang. Haiihh, assingment belum bertimbun2 lagi sedangkan kelas lain sudah pun sibuk buat latihan MAT utk chapter 2 tapi class aku masih lagi kt chapter 1 dan sibuk dgn bermacam-macam assingmnet tapi class aku mcm relax lagi.. Punya laa lambat dan relaxnyeeee. -=="


Oke, ta nk terlalu jauh terpesong. Hari ni mmg penat. penat GILA. Mana ta nye. Da la last nite aku tidur lambat sb study FAR. Punya laa semangat gila kan nk dtg class FAR pg tadi Last last cancel kan class nye. Kenapa mesti bila aku tgh bersemangat ?
Ta habess lagi tu part semangat ea. hehe.
Disebabkan class cancel so, aku decide pergi jela library. Pffftttt, sudah 2 minggu kot kat Uitm tapi pg tadi 1st time masuk library. kahkahkah, teruk kau shaff !
Photostate pn tatawu mcm mana. Nasib classmate aku tolong. tu pun malu sb ta buat kad fotokopi lagi. (Jgn gelakkan aku :D)


Hwaaa, besar ouh library aku. eh, silap. library Uitm Melaka. hehe
After da siap kerja2 kt library aku terus chow ke dataran keris utk menjemput si kecil Myra yg baru je lepas shoot utk gambar kelas. haiihh, budak tu mmg kena berjemput ta kira dimana saja anda berada. *Nasib laa punya kawan yg baik mcm aku T__T
Then, sebagai ganti aku da menjemput dea (Padahal tade laa jauh pun libraray dgn dataran keris) Myra belanja cool blog. Yeaaahhhh, cool gila ! Vanilla Smooties plus grape jelly. heh, korang da tawu feveret aku. so, senang laa kan sape sape yg nk belanja aku cool blog lepas ni. *perasan =='


Dapat cool blog terus balik dan lunch. Lepas lunch tetibe mcm rajin sgt aku harini. Aku pn menyampul laa buku2 yg patut. Heh, selalu balik class terus tidur kan sb ptg ade class. tapi harini ta. Punya laa rajin kan. Betul rajin sampai nk g class BEL pn lambat. Mcm org gila aku jalan. org gila pn ta jalan laju mcm aku. Balik dr class BEL terus siap-siap utk koko. Makk aii, kawad beb. Lama da aku tinggalkan dunia kawad. Haiihh.
Time nk kawad tu laa sakit kepala bagai. Penat sgt kot. Badan ta rehat. Manja sgt!
Betul punya penat laa balik koko aku terus tidur kroohhh kroooohh sampai 8.30. Padahal ade Malam Jalinan Inspirasi ape ke jadah ntah kt masjid tu. Pukul 9 baru gerak ke masjid. Nasib dekat je masjid dgn kolej aku. Muka pn ta berapa nk suci dalam debu je pergi majlis tu. Majlis laa sgt. ntah pape jee !


betul ntah pape punya majlis sb aku ta dgr pape pun. Maka dgn itu, bermula acara text org tersayang. Ehem ehem, siapakah ?
Muka nk serious gila babisss kan. auuwww !


Hp ta lepas ye dari tgn tapi nk jugak bergambar.. Maklum laa text org terSAYANG :D


Heeeee, sory laa ye. sibuk pulak time time ni nk manicure kuku bagai. hek hek hek. Manicure laa sgt !


Kesimpulannya disini, aku mmg penat. Tapi belog punya pasal sekarang da 1.15 tapi aku masih lagi didepan lappy. Mata da kuyu, hati da sakit jiwa da kacau gua tidur dulu.

CHOW !





THANKS FOR READING

Hari bersemangat merupakan hari yg mencabar bagi aku

Hai semua. yess, aku sgt bersemangat harini. starting from bgn sahur lagi mmg betul-betul semangat nk dtg cls FAR pg tadi. Even bgn sahur agak liat tapi aku tetap bersemangat. Haihh, buat masa sekarang aku masih lagi mampu menahan nafsu makan yg membuak-buak, nak-nak lagi nampak cool blog yg sememangnya coolllllll habes laa. :D


Eh, susah nk bgn sahur pn kira mencabar kan. Lepas sahur tidur, lepas subuh pn tidur. Punya laa mengantuk kan. Then, pagi pagi lagi da pergi kelas berpayung bagai sb hujan kan even ta la hujan lebat pon. Tapi kata org tua sediakan payung sebelum hujan. Ha see see, kalau karangan SPM ni da dapat markah sb guna peribahasa taw.


After dat, sampai je kelas dapat tempat duduk belakang sekali. Ala, mmg aku susah laa nk duduk depan pn sebenarnya. hehe. Yg cannot go laa kan dapat duduk sebelah boys. Hwaa, aku belum cukup mesra lagi dgn classmate aku ye. So, tadi baru laa nk communicate ngn boys kelas aku. So far so good. Tade laa payah sgt pn kan. Belajar pn best je sebab aku bersemangat kan. So, ta faham pn kena laa fahamkan. Kata cik Idora kita aku ni pendiam je dlm class. Auuwww ! pendiam kau ! ta mesra sebati gittewwww mmg laa pendiam. Tunggu laa da sebulan dua nty. hehe.


Pppffffttt, kalau korang nk tawu laa, aku tadi mmg betul betul dA niat nk beli cool blog bila class FAR habes. Ulang suara : BETUL-BETUL NIAT !
Tapi naseb laa ada ayni yg sedia membantu aku pulang ke pangkal jalan. PUASA shaff. bawak bawak laa bertendang da bawak bertunang. haihh, teruk betul.
Betul betul LUPA ye. L.U.P.A


Habes suda part lupa aku puasa harini. Masuk pulak part beli buku yg besar tebal GEDABAK ! Haiihh, kenapa laa mesti hari aku puasa aku baru nk beli semua buku yg gedabak gedabak tebalnya. Kenapa laa bila aku puasa baru matahari baru nk menyilau-nyilau teriknya tanpa segan silu kt atas kepala aku. DUGAAN shaff. DUGAAN. nama pn puasa kan. Aku mmg sabar je. Sepanjang jalan nk balik kolej mmg mulut berzikir je. panas, penat, berat, lapar. bilik bilik bilik, aircond aircond aircond. Betul, ni laa yg aku bebel sorang bila jalan nk balik kolej td. Lagi nk sampai lagi aku bebel sikit je lagi sikit je lagi. Aircond aircond aircond. Panas nokk. Berat pulak tu angkut buku tebal-tebal kan. Sakit je mata aku tgk senior senior yg syiokk je naik kereta kan. sabar shaff SABAR.

Ha, tengok tengok. saje nk interframe kan buku tebal-tebal nih. Tipu tipu aku angkat ni semua tadi. Dictionary tafsir bagai tu aku mmg ta angkut laa. Yg aku angkut buku di belakang dictionary tu jee pn. Eh, buku BEL yg nipis tu pn berat nokk. Kau bayangkan buku yg tebal tu.


Sampai je E1004 aku peh, heaven gila. Syiookk kau !


Aku da mengantuk tapi ta bole nk tidur sb risau kot kot Mia text aku pasal class BEL. Buatnya ta sedar. alamatnya mmg ta ke kelas laa kan. Tahan je mata ni. Tahan je tgk roomate aku tidur berdengkur dengkur selimut bagai. Tahan je tgk roti hot chocolate biskut jacob dalam almari kan. haha, teruk shaff, puasa mcm budak2. hehe


Entah kenapa aku rasa jelek muak menyampah tgk gambar ni sb jelas gila buat senyuman palsu. Sumpah aku benci. Tapi saje nk kasi korang tgk gambar yg ta berapa nk cun ni. Kalau da termuntah-muntah lepas tgk muka aku ni tayah nk bgtawu aku ye. Kecik hati aku =="

BYE :D




THANKS FOR READING

Jgn tanya kenapa

Mood : Tidak berapa baik
Tahap kestabilan : Tak berapa nk stabil
Tahap kegembiraan : Tidak sama sekali
Tahap kemarahan : MEMBUAK-BUAK rasa nk lempang je laju laju !


Jangan tanya kenapa. Tajuk pn aku da btawu awal2. so, korang baca dan jgn tanya kenapa. Agak-agak nk kena sepakan penalti aku eh eh, salah. sepak terajang aku aku meh meh sini tanya aku kenapa. Betul tgh marah ni. betul mood ta berapa nk baik pun even aku sekarang da kt muar. ceettt !


Start dpd semalam rasa mcm apesal mcm suwey sgt harini. sumpah mcm cipan. Dan harini mmg sumpah tade mood nk cakap byk dgn orang lain. Nasib ta kt kolej. confirm2 roomate aku perasan dan tanya KENAPA. Ahh, harini rasa asyik tidur jee. Da laa semalam b4 tidur da kena marah. mmg SUWEY ! pg pg bgn da kena marah sumpah seranah kan. Sesungguhnya mmg SUWEY ! bgn mandi siap-siap sb nk pergi Melaka Sentral tapi mata mmg ta larat la nk bukak sb semalam tidur ada mcm terGANGGU sikit. pagi tadi pn mata sepet semacam je sb ta mampu nk bukak luas-luas sb aku betul-betul mengantuk !. Dan aku lebih byk mendiamkan diri pg tadi. Semua mcm suwey jee harini.


Da laa nak makan burger Mcd ta kesampaian sb Mcd kt MC tu mcm cipan. Ada ke patut ta jual burger laa dik sb pembakar rosak. WTFreak !
Naik bus muka kecewa ta dapat hamper sb ta dapat mcm burger.


Tu je nk cakap. tade mood da nk menaip. mata pn super kuyu ni. Padahal baru je bgn tidur. Mood betul-betul tade. Siapa yg bertanggungjawab diharap kembalikan mood ceria aku. MESTI !

CHOW !

THANKS FOR READING

Tasik Tun Fatimah

Hai readers. hwaaa, mata mengantok sebenarnya tapi tasik punya pasal aku bukak jugak mata luas2 sb nk update kan. siap psg lagu low lagi konon kasi gegar kepala hotak biar kasi ta tidur. Siap minum hot chocolate untuk kali kelima. *TIPU !


Harini bilik sunyi sepi jee even ade 6 orang dlm ni tapi yg mulut kepoh mcm myra yg ketawa berdekah-dekah mcm nurul da balik rumah. so, tinggal laa aku sorang dan yg lain2 yg ta berapa nk bising. Tadi petang kan da update. tapi malam ni tgn ni mcm gatal jee nk update lagi. ala, bukan selalu pn kan. Mmg ta pernah pn aku update 2 kali sehari. hehe. TASIK punya pasal kan.
korang mesti cakap 'shaff ni ta pernah jumpa tasik ke hapee.'.
Ish, teruja beb tgk tasik tu. haha, TERUJA laa sgt ! mana taknye, hari2 aku lalu depan tasik tu hari2 laa mengadap tasik tu. malam ni laa baru dtg feel nk amek gambar ke kan. padahal da la malam. bukan nampak pn. Kena pulak hp kita yg 3.2 megapixels ni. Yela hp kita murah je. ta mahal mcm hp awk semua. Kita tade dslr mcm awk semua. ahh, menyampah mak !


Petang tadi ta makan nasi pn kan. alaa, kan da ckp td makan maggie je kot. Malam ni laa perut siap da buat gig bagai sb da meronta-ronta nk makan nasi. Gigih lepas maghrib terus siap terus pegy line clear nk makan nasi pattaya. Sumpah sedap. aku suka suka suka ! Tapi mmg hampehh sb kedai yg sedap tu ta bukak. perut pn da merajuk sb ta dapat nk sumbat nasi pattaya kan. so, makan jela nasi goreng cina. haaiiihhh.
After dat roomate aku yg lain semua sibuk laa nk jalan kt tasik. Jalan jela kan even dlm kepala da fikir aku nk balik onlineeeeeee !. ape bolee buat. Den ikut jolaaa!


Mak ta kuasa nyah nk cakap byk. nyah tgk laa gambar yg kualiti ta berapa nk baguss ni. tayah laa nk komen ke hape ke. Nty mak dtg serang laa kalau nyah komen2 ye. Mak cili2 mulut tu nty.
*Tetibe mood nyah da dtg =="


JENG JENG JENG!

Ni la mak. muka baru lepas makan. auuww auuww !
ni laa tasik Tun Fatimah yg student Uitm Melaka banggakan. hehe


Perkanalkan roomate saya yg ke berapa pn tatawu laa kan. NANA :)


Jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh.


baru aku tawu roomate aku yg ta berapa nk bising ni pn komain lagi posing. hehe



saya sudah berjaya berada di kolej saya. makan kerepek pisang walaupun baru je lepas makan. Da jalan jauh sgt. kenyang pn lapar balik. hehe


Akhir sekali ingin saya nyatakan disini, saya berbangga menjadi warga Tun Merah. hoyeahhhhh bebeh :)


*Maaf, kualiti gambar ta bagus dan size pn mcm kedekut je. da ngantuk laa, ta kuasa mak nk setting.


Roomate semua da tidur. Ape kehe nye semua komain awal lagi tidur. Tawu laa sejuk. Agak2 laa tinggalkan aku sorang2 je yg tgh online ni. K laa nk join the club.

bubye !

THANKS FOR READING

AGM D'AIS

Assalamualaikum semua. Hai hai. Aku baru je lepas berhempas pulas selesai kan soalan sequences coursemate aku. Baru jee lepas makan maggy plus hot chocolate. Aku sekarang da ketagih hot chocolate. nyum nyum nyum :) Padahal duet byk je lagi nk makan kt syahbandar tapi mmg laa malas nk menjejakkan kaki kt sana plus berbaju kurung bagai ni. Plus aku nk jimat energy utk cls ptg nty. ceetttt ! Actually entry ni nk hupdate semalam tapi disebabkan balik dr AGM terus huhahuha dgn budak bilik. after huhahuha masing2 terus pgg buku dan belajar. aku pn mcm ta sampai hati je nk bukak lappy dan update belog kan. Yela, dlm bilik yg 16 org ni mcm aku sorang jee yg ta suda mengadap lappy kan. Tapi tapi tu ta bermakna aku ta study. Aku mmg laa ta bole nk tgk org study. Konpem konpem laa aku pn nk study jugak. Haiihh, semalam tgh2 study MAT kepala mmg da niat da nk hupdate tengahari ni. Even ptg nty aku ada BEL cls tapi perlu ke tidur di waktu-waktu yg indah seperti ini ? hehehe


Okay, back to the topic. AGM yg sedang aku cakap sekarang ni means Annual Greeting Meeting. Meeting utk kos aku la. Dari part 1 sampai part 6, Haiihh, kenal2 laa merapatkan silaturahim kan. Silaturahim laa sgt. Da laa kata senior jumlah student DAIS dari part 1 sampai part 6 bersamaan dgn jumlah pelajar masscomm part 1. Hishh, punya laa sikit budak kos aku. Then senior2 ni kenalkan laa apa itu DAIS. Apa beza DAIS dgn DIA. Ingin saya nyatakan disini ye kawan kawan. Tapi firstly nk mohon maaf dulu kt budak2 DIA sb ni nk compare ni so, korang korang kena terima laa apa yg aku nk cakap ni kan. haha. Kata senior laa DAIS ni lebih advance laa dari DIA sb kitorang belajar komputer. DAIS ni kira gabungan antara akaun dan komputer. So, lebih susah sikit dari DIA. DIA kira belajar manual laa. haa, senior aku yg cakap eh. Korang jgn marah aku =="

Aku ta nk explain byk2. Bukan korang baca pn. Bukan ada kait pn dgn korang pun. Bukan korang suka pun. cehhh. padahal da ta hengat da apa akk n abg2 senior ckp semalam T__T.


Tadi after cls ade amek amek gambar. Haaiihh, aku pun pelik ntah kenapa tetibe nk amek gambar kan. rupanya gambar kelas je pon. Nty kalau da siap aku scan kasi readers aku tgk k. cehh, mood tgh baik. baik sgt niii. Da laa roomate aku harini ramai yg nk balik. Aku je kena balik esok. ish, mmg laa hampehh je kan. Dala minggu depan family aku ada trip pegy Singapore aku ta dapat join. Mmg laa hampeh gila! Menyampah jee. da laa ta dapat join sb ade taklimat ntah hape ke jadahnye ntah ! Ha, geram jee nih. Rasa mcm nk tekan keyboard ni laju laju kasi terbenam ke dalam biar ta bolee guna lagi da. haiishhhh, ade ke patut nk rosakkan lappy sendiri ? =="


Da pukul 1 laa. tetibe rasa nk tidur di waktu waktu indah ni plus aircond da sejuk. bubye semua :)

THANKS FOR READING

berlemak laa kalau hari hari nasi lemak.

Kenapa laa setiap kali datang syahbandar mesti nasi putih ta keluar lagi. Kenapa laa mesti nasi lemak yg ada bila aku msk Syahbandar untuk makan tengahari. Menggila mcm ni kalau tengah-tengahari makan nasi lemak lepas tu masuk bilik aircond dan kemudian tidur. kkroohhh kkrrooohhh !

Mengeluh mcm da seminggu je makan nasi lemak tiap kali lunch. Padahal baru jee 2 hari. Tapi even baru 2 hari aku mmg ta tahan bila lepas makan mesti mata mcm da setim setim nk tidur. haaiihh, mcm mana kalau ada cls petang ? ha,sila meroyan sebentar sb mesti ngantuk time cls ptg tu nty. hampehhhh !

Lunch tadi kali kedua makan nasi lemak. bila bukak jee thermos ouh, kenapa laa nasi lemak.
Tapi sb bau nasi lemak yg mmg menggoda, akhirnya aku tertewas jugak dgn nasi lemak tu. Beli bungkus je. makan dlm bilik aircond lagi best. Lepas makan mata terus stim menandakan yg mmg nk tidur laa kan. Plus plus, penat kot bgn pagi kena pegy class. Tgh sedap sedap krroohhh kkrroooooh tetibe mcm terngiang-ngiang jee suara mak aku suruh basuh baju. haaa, tetibe. Mana dtg pulak suara mak aku kan. Bgn jee terus basuh baju sb sementara matahari tgh terik baik aku sidai baju kan. Dan sememangnya laundry bag aku da penuh dgn baju kotor.
Nak harapkan myra yg konon lepas online nak basuh baju mmg hampehh laa kan. aku tidur dea pn tidur sama samapi ta sedar diri. haha. Bila aku da sibuk habis sidai baju plak dea baru bangun. siod kau myra. hehe

Habis jee basuh baju terus online. tapi sumpah mcm gampang bila bukak fb notification punya laa sikit nk mammmmm ! Menci betul ! Nasib laa ade belog. Nasib laa ramai pulak yg update. terubat sikit marah yg ta tentu hala sb notification kt fb sikit.
*ade ke patut nk marah sb notification sikit ?? T_T

Ta kuasa laa mak nk taip panjangpanjang.
Mata setim semacam. Tidur dulu.


Malam nty ada AGM DAIS.
BYE !


Tiba-tiba saya rasa rindu dgn dua makhluk ini. =="


THANKS FOR READING

Hari hari akan ulang bende yg sama. percaya laa !

Minggu orientasi da habis. Class pn da mula even masing-masing belum ada textbook even jalan-jalan kt uitm ni belum cam betul-betul lagi even kelas-kelas aku pun aku masih ta berapa nk ingat. tapi aku kena ingat jugak sb benda-benda ni laa yg aku akan ulang hari-hari, jalan tu laa yg aku lalu hari-hari. so, tade laa alasan laa nk cakap 'alaa, ta ingat laa cls T101 kat mana. alaa, kt mana ea DKHEA4, alaa, kt mana ea toilet berdekatan. alaa, mcm mintak penyepak jee nk mengada-ngada sebegitu rupa kan. bukan ke da 18 tahun. pandai-pandai laa hidup dan jgn cuba nk mengada-ngada tatawu mcm mana nk cari kelas mcm mana nk ingat jalan-jalan kt uitm ni. Uitm Melaka ta besar sgt pun. cuba kalau lepaskan kt shopping complex yg besar GILA, pandai pulak kau jalan sorang-sorang dan pulang ke pangkal jalan kan. ni Uitm jee kot.

Ahad lepas masing-masing sibuk jalan-jalan kt Uitm sibuk nk campus tour sendiri sebab nk cari cls utk hari Isnin dan seterusnya. aku ? hmm, hampeh jelaa shaff nk buat campus tour kan. aku berserah jee. cehh, padahal malehh nk keluar bilik. betul, serious aku ta cari. nasib laa roomate aku ni 8 orang budak DIA and the others budak kos aku. so, diorang yg rajin-rajin belaka ni p cari kelas. aku cuma tny jee. 1st day cls aku , tade laa semangat pn. biasa jee, mcm tade perasaan tapi aku bgn mmg awal. haaiih, breakfast kot. muka control macho je pg tu padahal dlm hati da susa hati sb ta sure cls kt mana. yg aku tawu kt bangunan lama. Nasib laa ade budak nama sama ni. dea laa yg tolong aku. siap berjemput kt depan fakulti kot. punya laa ta guna shaff ni kan. hehe. takut sesat ! the 2nd day pn sama jugak. tatawu jugak cls kt mana. tawu pn gitu-gitu je. haiih, main hentam jee. jalan pn confident gila jee. haa, sekali hambekk kau! sesat beb. haa, nasib pandai cari. jumpa jugak clsnye. konon 1st day ta nk sesat. kan da sesat jugak. tu laa padahnye ta nk usaha cari cls sendiri. nk bergantung pd org je. kau ni shaff. tolong jgn nk mengada-ngada.
oke ! :)


Untuk 3 hari ni oke laa. aku pn dapat cls yg oke laa jugak. Ulangan : JUGAK.
tapi bila msk cls mesti ade je bende yg akan hee, kenapa laa. euuww, tolong laa. ish, mengapakah. ouh,pls ! emm, ada laa. tak bole laa aku mentioned kt sini apa dea.
ta penting pn actually. aku je yg melebih-lebih (-__-)


Setakat ni aku baru masuk class Financial Accounting, Computer Application & Communication in Accounting, Consoliating Languange Skills and kelas yg aku rasa paling enjoy laa setakat ni class CTU. Class agama oke. serious suka. auuww ! class yg belum lagi ada ialah business mathematics. ouh, terasa berdebar-debar ye sb budak cls lain da dapat pn notes MAT. aku da pn selak-selak sambil menghirup hot chocolate buat kali kedua. sambil-sambil tu jugak aku berfb. sambil tu jugak terfikir-fikir dan mengutuk diri sendiri sb ta belajar admath betul-betul time sekolah dulu. terasa menyesal =="


Lepas ni hari-hari laa kena lalu tasik, hari-hari lalu tepi Dang Merduwati, hari-hari kena naik turun tangga. ouh, tangga ni penting. hehe. hari-hari makan kt Syahbandar. semuanya hari-hari laa. bende ni laa yg aku ulang dalam beberapa bulan ni. Bgn pg pn tayah ada yg kejut sb sebelum pukul 7 mesti mcm da tersedar sb sejuk sgt kot. yg penting selagi ta pukul 7 aku ta kan bgn. hehehe. Tiap-tiap hari aku ada class pagi. bersiap pagi-pagi mcm tu buat hati bikinnnn panassss jee tgk roomate lain masih membongkang mcm org gila dan berdengkur tanpa menghiraukan orang lain. tapi malam-malam da bole berfb sedangkan yg lain sibuk nk pegy class. hahaha.

okay okayh myra comel da call ajak makan. dea lapar sgt. sumpah kwn aku tu manja sgt.

BUBYE !

THANKS FOR READING

1 minggu

Hai hai semua. hwaaa, rindu kt semua. seminggu berpantang fb berpantang belog. dapat jee online mcm 'wahh, byk gila entry2 yg aku kena baca nih'. hwaa, mcm homework kan. seriously, sekarang buat entry nih sambil menekan-nekan keyboard satu persatu dgn tgn yg sejuk sambil bersweater berstokin bagai. haaiihh, mcm kt overrrrc pulak da! plus, mata yg da separuh kuyu sb baru jee lepas makan then hujan pn turun mcm nk suruh aku tidur tapi aku gigih jugak bukak mata luas-luas sb nk update entry nih. dan aku jugak siap buat hot chocolate panassss meletup punya sb sejuk doeeeeee !


Cadbury hot chocolate drink 3 in 1.
serius sedap bende bila minum panas2. nikmat wokk.


Oke oke, kembali pd tajuk asal. seminggu nih betul betul busy punya. serious ta tipu even ade jugak aku post status aku kt fb. tu pn via celcom sms jee. nk online pakai lappy mmg ta dapat derr sb lappy aku ni pn baru dpt smlm. tu pun hasil pujuk rayu aku kt mak aku. baru dapat ni haa. baru laa tgk hasil pantang fb pantang belog selama seminggu. haha. oke, 1st impression aku bila sampai jee uitm melaka ni mcm alamak, aku da sampai da. nk daftar da ? rasa mcm tiba-tiba aku takut bila tengok student2 uitm. serious mcm cuak gila babis jee time tuh. daftar pn da lambat so, time nk beratur utk daftar tu ta laa lambat sgt sb da tengahari kan. dan hasilnya aku dapat kolej Tun Merah bilik 1004. makk aiih, siap bgtawu bilik, abes semua lepas ni nk serang bilik aku laa. haa, tetibe =="


serious, nk sampai kt kolej aku kena guna tangga yg ala-ala batu caves nih. tapi sekarang bukan nk cerita pasal tangga tapi nk cerita mcm mana bapak aku angkut lugage aku yg gedabak aku tuh time menapak kt tangga batu caves nih. haa, tengok tengok !


oh daddy, I love you ! haaa, kesian makcik tepi tu kan.


ha, view from kolej aku. lawa kan. ni kalau kepala serabut mcm hape duduk la luar ni haa. confirm tenang beb. trust me bebeh ! janji kau ta terjun turun suda laa. hehe


yeaahh, pintu bilik aku. bilik lain semua pintu kecik cinenot je oke. pintu bilik aku je yg besar. so, disebabkan pintu bilik besar kan. bilik pn kena besar dan ahli2 nye pn besar. i mean, ramai. 16 org kot. haaiihh, mmg ramai tp tape laa meriah beb :)


katil mucuk mucuk aku. haa, betul betul bwh aircond. gila kau nk tidur ta off aircond? ade besok pg aku ta bgn pulak sb da mati kesejukan. haha


1stly, abaikan katil sebelah. hahaha. ulat beluncas yg colour mcm pelangi ni katil sebelah punya. saje nk pinjam bwk msk belog. see, siap ade stokin. wajib pakai beb bila nk tidur. sejukkkkkkkk !


ni kt mana pn aku ta pasti. tapi yg paling penting masa ni aku da hangen satu badan sb duduk kt atas lantai ade laa dlm 1 jam lebih. sumpah penat gila. mmg mcm gampangg jee. dan akhirnya aku tertidur. ceeettttt !


hari berbaju batik. haaiihh, tengok, budak tudung labuh ni mengingatkan aku kt maahad. ni adalah jalan utk ke Dewan Bendahara. turun naik bukit. kau sanggup ? aku sanggup dan terrrrrrpaksa. haha


diharap pelajar2 mematikan telefon bimbit anda atau tukar kepada silent mode. hasilnya, aku main msg sorok2 dalam beg. haaaiihh, mcm waktu sekolah =="


campus tour. sumpah fheennaaatttttttt ! sumpah ta tipu. plus matahari terik memancar-mancar tanpa segan silu. muka aku pn da berbelang mcm kuda belang dan tgn aku da hitam. oh GOD !


wif Azma Shazmiera kita. budak bilik aku, budak katil bawah aku. budak kos aku. semuanya budak aku. hehehe


yg paling penting budak kecik ni suka sgt main sudoku smapi tertidur-tidur.


suka gambar nih even ta nampak muka aku yg mcm kuda belang tu tapi tetap nampak bibir aku yg menawan. aauuuwwww ! haha


mcm ta percaya yg aku sekarang ade ID card. dulu pakai name tag jee kot. hehe


dia lagi. kata bdk2 kt sini muka kitorang sama. katenyewwwwww ! masa dea pakai tudung jee oke. sama kee ? korang tentukan :)

Last day, hoyeahhhh! gumbira bebeh.

Last sekali aku nk cakap yg aku sgt ta puas hati dgn gambar ID card aku. sb ape ? sb aku ta sempat nk senyum siodd. muka sumpah mcm bangang gila. tapi tapi, aku think positive org tgk muka aku, bukan tgk ID card aku. cehhh, padahal da sumpah seranah sb muka ta lawa kt ID card. heeehh !


esok da start cls, wish me luck guys :)

BUBYE !

THANKS FOR READING