Hari ni aku penat. PENAT sgt !

Hwaaa, penat. Mmg ta dapat nk nafikan yg aku mmg penat gila. Semenjak jak jak ni kan suka sgt buat entry mengeluh penat laa ape laa kan. Dulu b4 masuk Uitm bukan main semangat laa kan nk belajar. Ni nk mengeluh bagai. Habes tu ta kan aku nk mengeluh mengadu bagai kt sini atau sini pulak kan. Tu da masuk belog org lain menyemak bagai kan.


Jap jap. kasi aku makan oreo softcake jap.



wahh, best best sambil menjilat-jilat jari. Ta tahan makk tgk oreo softcake tu lama2 dlm almari. agaga. Okayh, makan sudah. mari kita kembali ke sri pentas. Ye, harini aku penat sgt. After class MAT tadi aku terus ke bilik Tuan Haji Ismail kerana sebab2 tertentu. Wahh, aku jumpa Tuan Haji buat muka suci lagi murniii je. Then terus bergegas ke library. wahh, shaff sekarang komain rajin laa pegy library kan. Cehh, baru 2nd time. Pegy bukan nk study mahupun mencari buku. Tapi pergi dgn tujuan utk fotostat buku CTU yg cuma berjumlah RM3 dan aku dapat jimat RM12 ye rakan-rakan semua. Malah, aku juga mampu membeli vanilla smooties 3 kali dgn RM12 aku tu.
*Ta sudaa laa cool blog kau shaff. i'm addict bebeh :D


Alkisahnya aku kat library. Mmg laa hari memalukan diri kot kt library tadi. Bukan saja memalukan diri malah merosakkan mesin pusaka milik library itu. Agagaga. Mmg ta laa kan aku sorang-sorang kt libary tu. Aku dgn classmate aku meen. Cehh, kwn aku ni 1st time nk guna mesin fotostat tu. Aku pulak 2nd time. Aku mmg da confident gila laa ni nk fotostat kan. Mmg confirm reti. CONFIRM sgt kan. Huru-hara laa kan kt library tu sebab aku pn mcm bangang sekejap nk guna mesin tu. PUSAKA laa katanyyyeewwww! Yela, kitorang ni nk fotostat ade laa dalam 100 helai kot Maybe lebih. So, mmg take time laa kan nk guna mesin tu. Tu pun aku ada jugak buat amal jariah bg laluan kt student2 lain nk print bagai. Tu pn da cukup baik. Tu pun kejap guna mesin depan kejap guna mesin belakang. Mmg laa terrrrsgt ramai manusia kt library td. Dan mmg terrrrsgt laa ramai manusia yg nk guna mesin fotostat tu td. Dan aku terrrsgt laa bengang kt library tadi dgn perut yg terrrrsgt laa lapar kan.. Ada laa sejam atau lebih kt situ. Penat jgn cakap laa kan.


Habess je aktiviti bergelak ketawa membengangkan diri dan memalukan diri sendiri kitorang pn blah dari library tu. Aku pn ta sanggup da mengadap library tu da. Pantang jap. Ta nk pegy library beberapa hari. Hehehe. Kitorang amek haluan masing-masing. Kolej ta sama. Meen ke sana aku ke sini. Haiihh, aku sorang2 jee oii. Da laa bawak buku AIS besar nk gedabak plus kertas2 yg aku da photostat td. Da la ta bawak file. Ta huru hara plak kan aku kan. Sampai nk terrrrrjatuh tangga da.
Naseb sempat stabilkan bdn. Kalau ta mesti aku da melalak berguling-guling dan terjun tasik terus sb jatuh tangga kan.. Malu laa oi kalau jatuh tangga. Jatuh laa saham oii. haha.


Dan aku terus berjalan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Terus je ke koperasi. Beli apa yg patut. Beli file beli roti beli tu beli ni. Mmg byk laa mcm membeli belah kt mall je. cewahhh. Then, perut pn da bagi bagi hint kan. Perut da mengeluarkan berbagai bunyi kan. Macam tawu2 je atas koperasi tu ada line clear kan. Mmg laa lapar sgt laa tu. Part yg sedihnya sampai je kt atas kedai makan tu da kemas2 nk tutup da. Haaa, saje nk kasi aku nanges-nanges kt situ laa kan. Aku mmg buat seploh sen jee kt makcik tu sambil berkata 'ala makcik, takde makanan lagi da ke ? Saya lapar ni. Kesian saya.'


Hwaaa, makcik tu terpedaya dgn muka seploh sen aku. Hoyeahhh hoyeahhh. Dapat murah lak tu. heh. Good job shaff :D


Balik je kolej. Sampai je bilik terus buat muka ketat sb mmg penat gila. Mana taknye da la penat then kena naik tangga batu caves tu. Mmg saje pn nk buat muka ketat. Then terus berkejar-kejaran sb nk rebut mesin basuh pulak. Tadi mesin fotostat ni mesin basuh pulak. Dapat je turn mesin terus makan sb lapar dan lauk SEDAP sgt. Habes makan sidai baju yg banyak tu sampai ta cukup hanger kan. Sampai terpaksa cilok-cilok roomate nye. Aha :)
Then tetibe mcm annoying gila tgk kasut dan selipar yg berlambak2 depan pintu bilik aku ni. Aku pun rela hati susun je. Then sapu2 bilik jap. Then baru laa dapat chance nk online ni. Haaa, penat ta korang kalau jadi aku ? Penat kan. Aku tawu penat. Korang pn mesti da penat sb baca entry aku yg panjang mcm gampang ni. Sorry laa ye BYE :D



THANKS FOR READING

0 karut mengarut: