Sabar jelahhhhhh.

Sebenarnya aku da taip panjang berjela. Semua aku da cerita dlm satu entry. SEMUA! yg aku rasa nk cerita kt semua. TAPI, kerana kesilapan aku mengawal mouse comel nih hilang semua yg aku tulis. Kau rasa apa yg aku rasa ? Aku rasa aku rasa aku mcm nk hentak lappy nih sekarang. Haa, bukan senang nk dapat mood tadi tuh. Cukup cukup serius. Haa, ni mood da tukar cara penulisan pon da kembali seperti biasa. Ahh, geram aku. Kesalahan sendiri. Terpaksa la pasrah ! Terpaksa buat balik tapi mana boleh curi balik mood yg tadi tuh. Mana nk dapat ? Tulis pakai hati laa.

Sekarang mari dengar cerita aku. Tulus dan ikhlas dari hati aku.
Sebenarnya minggu nih bukan la minggu yg seronok bagi aku. Masa cuti rasa mcm da tak sabar dah nk balik uitm nk jumpa kawan-kawan nk story mcm2. Tapi bila class da mula, semuanya lain. LAIN! taktahu apa yg lain. Aku ke yg lain ? Entah. Semua tak jadi mcm yg aku bayangkan. Semuanya berubah. Tambah lagi minggu ni kepala otak mcm serabut. Serabut sgt. Kenapa eh ? Entah. Mcm banyak masalah yg dtg. Mcm byk sgt benda yg aku kena fikir. Hati tak tenang mcm selalu. Tak lapang mcm selalu.

Minggu nih aku lebih banyak habiskan masa aku kt bilik dan TIDUR. itu yg aku tak suka tapi itu laa yg aku buat. Dalam kelas pun tak boleh nk ceria mcm selalu. Kenapa eh ? Entah. Kalau dlm kelas bila aku diam dan serius org sebelah mesti tny Shaff ok ? ada masalah ke? Tak sihat ke ? yg selalu perasan mesti laa Meen sb dia yg selalu dgn aku. dan YES ! mesti lah aku jawab aku oke sambil buat muka yg pura-pura happy. Kau rasa apa yg aku rasa ? Aku rasa aku nk menangis. Okeh, yg ini mcm da terjujur sgt jee.

Apa yg aku fikir ? Entah. Apa masalah aku sebenarnya ? Entah. Kenapa kau tak happy Shaff ? Entah. Oke, ni bukan jawapan yg baik aku sendiri tak dapat jwb soalan nih. Aku rasa aku perlukan seseorang. Tapi entah laa. aku bukan jenis yg cerita masalah pd org lain. Aku lebih suka simpan dan pendam. Jadi aku ambil keputusan tulis disini. Bila aku tulis dlm ni takde sape yg nk tny kau kenapa ? Betul kan ? Kalau kita cuba cerita masalah pd org lain atau menangis depan org lain mesti soalan yg keluar kau kenapa ? Aku tak pandai nk jawab soalan yg mcm tuh.

Apa yg aku tulis nih betul-betul dr hati aku. Entah, SO HERES MY STORY tempat terbaik aku luahkan apa aku rasa. Sb dia tak bole tny balik kau kenapa ? kan ? Lagi satu nk cerita. Minggu ni minggu paling sikit aku makan. paling SIKIT ! Isnin Selasa Rabu tak jumpa nasi pun. Err, tak tahu kenapa. Selera mkn da hilang. Tak tahu pergi mana. Hmm, aku amik masa 2 jam tulis entry nih. Entry yg simple tapi penuh makna. Aku kena amik masa sb aku tak tahu apa ayat terbaik yg aku perlu guna utk luahkan apa yg aku rasa. Ciss, aku benci mcm nih! Sudahh ! Sampai disini saja. Sekian terima kasih sb sudi meluangkan masa baca entry aku yg tak best ni.

BYE.



THANKS FOR READING

0 karut mengarut: