Bersatu kembali.

Hai hai semua. Taip entry nih sambil tersenyum sampai ke telinga. Sedang gembira sedang bahagia. Haipppp, jgn tny kenapa. Harini keluar lagi ke Bandaraya Melaka. Mana lagi nk pergi kan. Bahagia lah pergi bersama yg tersayangss. ('s' tandanya banyak) Ramai lah sayang-sayang aku tuh. Cehh. Hangout bersama yg tersayang sebagai tanda treasurue hunt kitorang yg dapat no 9 dpd 20 group tuh kan.

Err, taktahu bila masa aku treasure hunt? Alaa, dah 3 bulan dah benda alah tuh. Tapi ni lah baru nk keluar sama2 celebrate. Gila dah lama baru kau nk celebrate. Org pun dah tak ingat. Kalau tny lect yg handle Treasure hunt tuh pun mesti dia pun dah tak ingat. hahaha. Oke, bagi sesiapa yg ketinggalan pasal treasure hunt tuh meh klik sini.

Dah baca dah ? Haa, aku tahu ada yg tak baca. Saje aku buat rajin kasi link kt situ. Mereka bertiga buat saya happy sgt. Eh, bukan 4 orang ke ? 3 ke 4? Tak tahu tak tahu. Firstly nk ckp thx sgt dekat parents Meen sb ambil dan hantar kitorang kannn. Aaaa, duit dah jimat tang tambang pergi balik. Tang makan pun jimat sb ada org belanja. Tang mana lagi jimat?


Okeh, taktahu nk cakap apa lagi. Jom layan gambar.



Anak beranak. Yg paling besar tuh yg paling bongsu sekali. Err, tak sedap ckp yg paling besar. Yg paling tinggi. Ehem ehem. Yg tengah Lovey Dovey Mommy and yg shawl biru belang mcm tiru aku tuh akk tiri aku. Tiri sb dia jahat dan kejam. Huahua



Berbaju merah ialah Hajar. Dah pakai wedges pun pendek jugakkk. lalala :)



Ye, Dora mmg lagi tinggi dari aku.


Yg benar-benar ye. Tadi tipu semata-mata tidak kena mengena antara yg hidup ataupun mati. Yg pendek-pendek nih mmg suka nk berlagak tinggi. hakhakhak!


Aku tahu dia sayang aku. Cehhh.


Ni aku suka.


Dia tiru aku. Tgk shawl lebih kurang je.



Dia tiru aku lagi. haha


Mak dan akk tiri. Meen dan Dora.



Aktiviti mereka bertiga semasa ketiadaan aku. Tak jeles tak jeles.
*Jeles tang gambar yg bawah tuh. =="



We love you Meen.


Eh, comel yg shawl biru belang-belang tuh kan. Tak, bukan yg pendek tuh. Tp yg tinggi sebelah kanan tuh. HAHA


Suka 2 gambar nih sb yg tukang snap tuh 'alahai, comelnya' Heheh


K.A.M.I


Baiklah anak-anak sekalian. Sampai disini saja entry sy utk hari ini. Nk tgk byk yg lagi byk sila jenguk fb sy. Oh, tuh pun siapa yg ada dlm friendlist aku jelah kan. Yg tak add tuh harap maaf lah ye. Aku mmg tak approve request yg tak dikenali. Kalau kenal aku sila lah hantar msg di inbox ye anak-anak. Dan dan gambar seterusnya jgn sesekali cuba dirumah. Bahaya.





DON'T TRY THIS AT HOME. HAHAHA


*mak aku cakap big apple tak halal. So, beware guys!
Lepas nih tak makan lagi. Yg atas adalah yg terakhirrrrrrrr!



Siapa ni siapa ni? Ntah, tak tahu tak tahu. haha
p/s: I Love You syg.

BYE.






THANKS FOR READING

Kenali Eqyn Mohd Yunos

Kali ni entry bergambar. Khas untuk Eqyn.
Kau boleh femes sekejap dekat blog aku.

Meet Eqyn Mohd Yunos.

Anak jati Malaysia.


Sweet


Gorgeous


Beautiful


Adorable


Cute.


Sekian..

THANKS FOR READING

Manusia yg bergelar kawan dan sahabat.

Kawan, sahabat, member. Lain perkataan tapi bawa maksud yg sama. Semua org ada kawan. Kawan baik, kawan rapat, kawan sebilik, kawan sekelas, kawan tidur sekatil, kawan makan sepinggan, kawan yg teman pergi toilet malam-malam buta (muka dia je yg bgn malam2 buta sebab nk teman kau pergi toilet) ada kan ?


Kita semua ada ramai kawan. Yelah, kawan dari sekolah tadika sampai sekolah menengah. Tambah lagi dah masuk universitas. Makin banyak lah koleksi kawan kan. Kalau org tanya kau kenal ke budak tuh ? Mesti kau jawab ohh, dia KAWAN aku. Ye, semua orang yg kita kenal kita labelkan sebagai kawan. Tapi bukan semua kawan kita boleh labelkan sbg kawan baik, kawan sejati, kawan selamanya and so on.. Betul tak apa yg aku cakap ?

Kawan pulak bukan semuanya yg satu kepala dgn kita. Bukan semuanya yg boleh sama-sama dgn kita time buat jahat. Bukan semuanya boleh terima kelemahan kita. Dan paling penting bukan semua kawan kita jujur. Betul tak ? Jadi, orang yg betul2 kita percaya atau betul2 ngam-ngam choyyy je boleh dilabelkan sebagai kawan baik. Entry kali ni lebih kpd kawan-kawan time sekolah dulu. Kawan yg sama-sama buat jahat, kena marah dgn cikgu/warden, fly sama-sama, pergi cc depan sekolah sama-sama lepas tuh kantoi dan kena jemur dgn ustaz. Mai, Nudya, Paleo, Jawe ingat lagi tak? hehe




Berkawan pulak masing-masing ada cara tersendiri. Ingat memasak je ke kena ada skill ? Berkawan pun ada jugak. Ada yg suka berkawan. Dengan semua org dia nk kawan. Too friendly, tak kisah kawan lelaki ke perempuan ke. Tapi ada jugak yg too shy. Pemalu dan susah sgt nk bergaul. Then ada jugak yg memilih. Memilih sb nk kawan yg betul-betul baik takpe lah. Tapi ni memilih nk kawan dgn org cantik/handsome je. Cehh, bajet dah lawa sgt sb nk kawan dgn org lawa/handsome je. =='' Ada jugak tuh yg nk kawan dgn anak org kaya jee. Konon boleh tumpang senang sekaki lahh. Ntah ntah anak org kaya tuh pun tak nak kawan dgn kau.

Macam aku, aku tak kisah dgn siapa aku kawan. As long dia baik dgn aku dan aku baik dgn dia. Time form 1 dekat SMKAS dulu aku baik dengan 3 orang minah ni. Semua asal JB. aku sorang je dr Muar. Tapi tetap anak Johor. Kiteorang cuma kenal 8 bulan je sb aku kena pindah ke sekolah Muar atas sebab2 tertentu. Even ktorang kawan 8bln tapi sampai sekarang still keep in touch. Masing-masing dah besar dah sekarang. Dah sambung belajar kt tempat masing-masing. Jauh dan lama dah tak jumpa tapi kami tetap kawan.

Perkenalkan.. Yg baju hitam Yana dan berbaju McD nih Azie.


Dan sicantik manis ni Zetty. Yeahh, dulu aku kenal korang semua hingusan lagi. Dengan aku-aku sekali berhingus. Tapi sekarang semua dah besar. Pandai-pandai pulak tuh. Lawa-lawa pulak tuh.


Then, lepas pindah Maahad. Aku jumpa kawan lain. Yg sampai sekarang ngam-ngam choyyyy! Dulu aku nih pendiam dan pemalu. Ha, percaya percaya ? Susah nk dapat kawan. Masa form 2 3 dulu dgn diorang je. Yg lain aku tak kenal. Even dia satu batch dgn aku pun aku tak kenal sb aku mmg kawan dgn org yg kawan dgn aku je. Oke, itu teruk. Masa f2 kawan ramai. Siap buat group. Haa, budak sekolah kan. Cehh. Hehe. Mmg ramai Farain, Atik, Tyra, Azhan, Enab, Emy, Meba n ramai lah. Mmg satu group.

Then bila naik form 4 berpecah sb ada yang pindah sekolah then ada antara kitorang yg tak sama kelas. Bila tak sama kelas then tak selalu lepak together kan. Masa nih aku jumpa kawan lain. Kawan sekelas. Sama-sama duduk luar. Non-resident lah konon. Cehh. Masa nih balik sekolah sama-sama, pergi kantin sama-sama, rehat sama-sama.Semua sama-sama lah senang cite kan.

Yg sebelah kiri Maryam dan sebelah kanan Anis. Sampai sekarang aku masih berkawan baik dgn Anis. The best friend I ever had.


Meet my Fatin. Ni pun kawan baik jugak. Dia satu sekolah rendah dgn aku tapi start baik dan sgt baik time f4. Bila naik f5 aku dah tak baik sgt dgn Maryam sb apa taktahu lah. Lagi satu dia jadi pengawas. Cehh, mana nk ngam pengawas dgn aku.


Kawan sampai bila-bila. Yang baju belang-belang ni Tyra. Dia nih friendly. Dia lah yg kurangkan sikit pemalu aku time f2 f3 dulu. :D


Aku rasa gambar ni kali kedua aku letak. Cehh, takpe. Aku suka. Comel-comel kawan aku. hehe


Pose sikit. Cehh, I loikkee. Rindu zaman sekolah. Rindu nk melepak dan merendek dgn dua mahluk kt atas nih. Masing-masing dah sibuk. Masing-masing dah jumpa kawan baru kan. ==


Dari kiri Paleo, Biha, Diba, Aku, Roy, Fatin Anis dan Jawe.


Aku rasa nk nangis sekarang jugak. Tsk tsk tsk. Tiba-tiba jadik emosi bila tgk balik gambar-gambar kita. Ahh, tak macho derr nangis-nangis ni. lap balik lap balik! Rindu kot time nih. Seronok bukan main dapat pakai jubah.


Tak lama lagi yg baju kotak-kotak nih terbang ke Aussie. Kau tengok, punya lah jauh dia tinggalkan aku. Cehh, konon. Nak ikut boleh ? ==


Diba dan Anis :)


Zaman kegemilangan selepas SPM. huhu, kau tengok lah betapa putihnya muka aku. Jelous! Sekarang dah lah hitam. Berbelang pulak tuh. Takpe takpe. T__T


300109. Masa nih baru lepas merentas desa. Muka sememeh tak senonoh. Tapi sempat jugak bergambar bagai sbg tanda menyambut hari kelahiran aku. Cehh. Ohh, terharu dgn korang. Sob sob.


Zaman sekolah dulu. Err, apesal poyo sgt.


Budak bilik prep. Cehh, budak dah duk asrama. Mesti ada budak bilik prep. Mmg muka kitorang je yg lepak bilik prep tuh. Mmg muka kitorang nih muka belajar. Eh? Selalu kena sound dgn warden sb bilik prep bising sgt. Belajar ke party dlm bilik prep tuh ? Sendiri mau fikir. haha


Gambar korang yg paling latest yg aku ada. Semua dah 18 tahun. Dah besar dah anak dara dahhhh. Dah boleh kahwin. Eh?


Lastly, gambar kita masa last hari SPM. Last pakai baju sekolah last last last. Time nih suka dah habis sekolah. Tapi sekarang rasa nk sekolah balik. Hwaaaa.


Conclusionnya? Kawan bukan senang nak dicari ganti. Even aku dah jumpa kawan baru kt UiTM nih tapi korang still kawan aku. Even kita dah jarang contact. Even kita dah jauh sekarang. tapi korang tetap kawan baik aku. Aku sayang korang. Sob sob. apesal poyo sgt ni.


BYE.

THANKS FOR READING