Apa yg kita nk jawab bila....


Oke fine. Final exam just around the corner tapi aku boleh je update belog dan online fesbuk tanpa mengendahkan org lain pun. Erkk, org lain ? Siapa tu ? Tension tahu tgk org lain sedap je study. Tapi tak bleh jugak nk tension sangat sebab aku sendiri dengan rela hati yg tak nak study. Aku jugak yg saje buat tak pandang buku CTU kt atas meja tuh. Aku jugak yg saja je buat dekk boleh tidur setiap kali pegang buku CTU. Haa, mcm mana tuh ? Siapa yg patut kita salahkan ? Aku? Mesti lah tidak kerana sesungguhnya aku manusia yg sangat baik. Oke, itu tipu.


Bila final nak dekat. Masing-masing duk heboh study. Mmg
study lahh kan. Dgn study week yg mmg ramai boleh balik rumah lepas tuh duk sibuk update status bila nk study. Tak study lagi dan bla bla bla. Ye, aku ckp org padahal aku pun sama je. Tehee. Lepas tu nak dekat-dekat nih kan. Ramai dah yg balik ke uitm. Lepas tuh masing-masing duk sibuk interview kawan kan. Dah study ? Da prepare ? Berapa byk kau study ? Kau study apa je ? yg paling tak tahan kalau ada yg tanya kau balik rumah kau study tak ? Haa, apa nak jawab ?




Kadang-kadang soalan mcm ni pun boleh buat aku confius. Yelah, katakan lah kau jawab aku dah study dah. Aku dah study semua subjek tapi sikit-sikit je. Tak pun ada yg bg jawapan yg rasa mcm nk terjun bangunan je. Aku dah prepare 150% dah. Rasa tak sabar nk jawab exam. Tak pun, aku balik rumah tak tgk tv pon. Study memanjang. Pehh, panas je hati. Rasa nk terjun bangunan tapi tak nak mati.


Tapi kalau aku bg jawapan aku tak study pun! aku balik rumah tgk tv je. Aku takde mood nk study. Mcm2 kan. Kita pun tak tahu jawapan apa yg sesuai kita bg untuk puaskan hati org yg tanya kita tuh. Kalau jawab dah study and 100% dah prepare tapi last last result tak meletup lepas tuh orang keliling dok sibuk mengumpat cakap yg kita nih masa sebelum exam cakap dah study dah prepare tapi result mcm tahi kambing jugak. Macam mana pulak kalau kita bg jawapan yg kita belum study dan tak prepare apa-apa pun lagi tapi nty result keluar boleh tahan bagus sampai berasap je mata kawan-kawan kau tgk result kau.


Jadi, kalau ada yg tanya kita cuma perlu jawab biasa-biasa saje. Buat muka dunno je. Boleh jadik dah study dan boleh jadik kau tak study lagi kan. Lain lah kau tanya aku kau online tak semalam? Mesti lah aku jawab online sebab aku mmg tak bole lepas dgn mukabuku. Ni kau tny dah baca buku tak. Mmg lah aku kena fikir banyak kali nk jawab apa sampai buat entry lagi. haha.


Hee, padahal elok je aku study tadi. Tiba-tiba terbukak dashboard lepas tuh terus je update entry ni mcm mana ? Teruk betul. Dari semalam semalam semalam baca bab 1 je. Esok dah hari Ahad. Tak boleh buat apa. Aku mmg TAK lah kalau baca-baca nih. Panas je mata kalau duk baca je. Lain lah study matematik ke akaun ke. Bulat lah mata aku malam-malam mcm nih tekan kalkulator. Ni baca ? Mmg aku baring tarik selimut lepas tuh mimpi indahh. Haa, heaven! Nasib baik aku tak amek kos undang-undang kan. Kalau tak mmg aku buat undang-undang sendiri lah jawabnye. haha


BYE.


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: