Nombor telefon


Hai awak, nk nombor telefon boleh ? Nahhh, entry kali ini ingin aku cerita pada kau ttg nombor. Eh, bukan nombor ekor mahupun nombor giliran tetapi nombor telefon. Now kita ada handphone yg boleh simpan beratus-ratus nombor telefon. Kau tak payah nk hafal2 mcm org gila lahh. Tak pun kau tak payah nk pegy kedai buku beli notebook yg comel-comel malah sekecil-kecil alam untuk kau simpan semua nombor org yg kau kenal dalam buku tuh. Sekarang pakai handphone je derr. Lu pegy phonebook search Shaff. Haa, maka muncul lahh nombor aku 017***** tettttt!



Alkisahnya begini, saja ingin aku kongsikan tentang aku. Dulu time sekolah rendah dulu. Time pakai skirt lepas tuh rambut ikat dua pegy sekolah dulu mana lahh nk dapat pegang handphone derr. Mak aku pun pakai handphone mcm botol air tuh haa. Inikan pulak aku. Tapi kalau ada salah sorang kwn aku yg pakai hp time tuh mmg dah kena cop anak org kaya lahh kan. Pehh, lepas tuh kedengki sb dia ada hp tapi aku takde. Padahal time tuh dia pon pakai hp cap ayam yg buat baling anjing je pun! Masa tuh mmg aku dan kwn2 cuma bergantung pd telefon rumah jela. Lepas tuh menangis-nangis dekat kedai buku sb tak dapat nk beli buku yg kecik2 tuh sb nk simpan nombor kawan-kawan. Comelnye bila ingat balik.


Lepas tuh teringat nk call membe aku mesti kena pikir banyak kali sb takut mak dia jawab 'si polan takde. Dia dah tidur!' (dgn nada garang) Nak mampuihh kau! Padahal telefon nk tny pasal kerja sekolah. Tsk tsk tsk, sampai hati makcik! Time tuh aku mmg power lahh bab-bab ingat nombor telefon. Cehhh, sebelah mata je aku boleh sebut nombor telefon kawan-kawan aku. Siap lawan lagi sape ingat paling banyak. Lepas tuh nk telefon laju je tekan nombor. Takyah nk ingat-ingat pikir-pikir lagi dah. Ngaa, zaman budak sekolah rendah. haha.


But now, bila ada handphone semuanye berubah. Mmg tak ingat pun nombor telefon kawan2 aku. Kalau nombor-nombor family terdekat aku mesti lahh aku ingat kan. Paling ingat mesti lahh nombor sendiri. Kalau tak ingat nombor hp sendiri sila terjun bangunan sekarang. haha. Lepas tuh nombor member yg terdekat. Ehhh, bukan terdekat. Yg bertuah je kot. Teheee. Nombor balak aku pun aku tak ingat. Cettt, kantoi! ahaha. Asal aku nampak 014, tak lain tak bukan bopren aku lahh. Mana ada lagi. Dia je satu manusia yg pakai 014 dlm hp aku nih haa. ehehe, maap maap. Waktu mcm nih telefon rumah pun berhabuk-habuk haa kt rumah nih sb mmg jarang sekali nk guna. Mmg jimatlahh bil telefon.


*Psstt, aku nk balik uitm sb duk rumah mmg takde maknanye nk study pon. Pgg buku terus je tidur. Tak sempat nk bukak pun. Haa, mcm mana tuh kan. Lepas tuh sibuk je memanjang keluar rumah mengambil angin yg tak berapa bersih sekarang nih. Muar jerebu teruk kot!

Tengok lahh. Jalan-jalan cari makan. Wahhh, tak dapat coolblog dapat icekimo daily fresh pon sedap wokk!



A stands for ? Cettt, lu pikir lahh sendiri! haha.


BYE.


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: