Selamat sampai.

Selamat sampai di UiTM terchenta kau Shaff. Nak balik sgt kan. Nk study sgt kan. Bajet duk sini boleh study ah. Kita tengok kita tengok. Haaa, sampai sampai je tadi terus melantak Mee tomyam beli depan UiTM ni je haa. Fuhh, apesal tiba-tiba tomyam dia pedas gila gila gila. Tertumpah cili api ke apa. Ke org kedai ni saje nak boikot aku. Ciss! Oke, itu tipu.


Lepas makan kemas barang-barang. Sambil kemas tu ada lah terdetik sikit hati nih. Sikit je! Nk study. Sb tgk roomate komain bukak past year punya soalan. Eh, tak boleh jadik nih. Tapi lepas kemas barang-barang aku dgn TERsengaja buka mukabuku. Mmg tolak tepi lah kan buku CTU tuh. Cett. Shaff mmg gebang. Suka cakap besar suka bajet bagus suka apa lagi ? Oke dah. Shaff mmg cantik. Tettt. perasan kejap. HAHA!


Tapi tetiba rasa 'duk rumah lagi bagus'. Ahaa, mmg bagus. time dah sampai UiTM mmg mcmnih. Meroyan nak balik. Dah kt rumah meroyan melalak nk balik UiTM. Mana taknye. Membe sekepala semua sedap holiday lagi. Sedap goyang kaki kt rumah. Aku sorang je ni. Mula dah rasa bosan tahap gaban. Dengan fesbuk yg tak berapa nk aktif malam-malam mcm nih kan. Mmg jalan pintas aku blog je. Puas aku stalker blog orang. Now, mood aku pulak berblogging. Teheee :)


Tadi roomate aku msk bilik....

Kawan : Shaff, tadi kitorang pergi tgk carriedmark lepas tuh ternampak nama kau dekat bilik lect.
Aku : Ha?! (muka dah cuak. Hati dah panas. Kepala dah pening) Dia tulis apa ?
Kawan : Dia tulis SHAFIQAH SHARMEEN BT MOHD KARIM AC12O. SILA BERJUMPA DGN SAYA.
Aku : Serius dohh ? (WTH man. Shit gila.) Lect apa ha ?
Kawan : Tak perasan lah. Sorry. (sambil buat muka tak bersalah)
Aku : oke fine. Tengs yea.

Apa kau ingat hal ni habis kt situ je. Tak tak. Terus pergi bagitahu Meen time tuh jugak. Nasib tgh online. Jimat credit. Bukan jimat lagi, aku mmg tgh takde credit pun. Ingat bgtahu Meen boleh selesai masalah ke. Mesti lah tak. Tapi boleh lah bgtahu aku yg bilik lect apa dekat blok bla bla bla. Maklum lah tak pernah lagi jejak kaki kt bilik lect. Hehe.


Serius aku cuak. Bukan apa. Sekarang nih semua budak tgh kepoh pasal carriedmark. Ehh, ada yg tak elok ke kt carriedmark aku. Ke nk complain apa-apa ? Aku cuak jugak sb dalam kelas mana pernah senyap. Tersangat bising pun mcm ada je. Nak kata pasal ponteng kelas lagi la TAK sebab aku budak paling rajin dekat uitm nih. Oke tipu. Nak jadik calon (Meen cakap) lagi lah tak. Muka aku nk jadi calon ? Calon apa ke jadah nya Meen. Jadi, apa sebabnya ? Lect rindu aku sb lepas nih dah takde class ? Agaknye kot. Confuse.


Cuak confuse takut gelabah semua ada sebab tiba-tiba kena panggil kan. Dulu time sekolah asal kena panggil masuk bilik cikgu punya lah gelabah. Mesti check nametag check tudung check baju. Semua check. Sekarang nih nk jumpa lect nk check apa ? Err, NVM. Dpt coolblog sekarang kan best. Boleh legakan hati yg tgh berdebar-debar nih.

Sekarang nk tidur sebab mengantuk sangat sebab tidur kt rumah bgn tak ikut masa sendiri sb asyik kena kejut dgn akk aku je. Tambah dia kejut sambil buat muka mcm nk makan aku. So, terpaksa bangun jugak. Ikutkan hati lagi 2jam aku boleh bgn kot. Now, kt uitm. Tidur puas-puas. Kawan kejut boleh buat dekk. Tapi kalau akak aku or mak aku yg kejut mmg terpaksa bgn. haha

BYE.




THANKS FOR READING

0 karut mengarut: