Thanks to Amalina Rafe

Hello peeps.

Again and again. Korang kalau tengok tajuk Thanks to siapa siapa TAG lah tu tak lain tak bukan. Award pulak dah kali ni. Takpe, a million thanks to Amalina Rafe. Aaa tak baik sgt pun dgn dia. Tapi alam maya mendekatkan lagi jurang yg ada antara kami. Paham? Aku pun tak faham.


1) berikansatu nickname utuk pemberi award ini
err apaa amal? candy. sebab kau mcm gula-gula (?) HAHA

2) ucapan untuk pemberi award.
Thanks again friend :)

3) berikan 6 artis yang korang minat.
Bruno Mars! *dgn terujanya aku menaip. haha
Justin Timberlake.
Lisa Suriani.
Scha Al-yahya *Awan Dania. err tetibe.
Scarlet Johansson
Taylor Swift.
Maher Zain *suka hati mak bafak aku tambah lagi satu. HAHA

4) berikn award ini kepda 10 blogger
err byk sangat. Kenapa tak cukupkan 20 je.
Idora Lovet Dovey.
Meen Lovey Dovey.
Anis Amirah Lovey Dovey
Fatin Taha Lovey Dovey.

BYE.

THANKS FOR READING

Bila orang tengah angau.

Hai kawan,

Harini aku nak kasi korang tanda-tanda angau. Ini bukan langau ke lalat ke nyamuk BUKAN. Ada sesiapa kat sini yang tengah angau? Ehehe dulu aku boleh dikatakan tengah angau. DULU aa. Bukan sekarang. Seronok angau-angau ni. Yelah kita suka dia tapi dia tak tahu kita suka dia. *psstt syok sendiri lah wey. Tapi takpe. Well bila keadaan mcm ni. Semuanya indah. Cewahh kau tengok dia lawa cantik kacak bergaya semua ada kat orang yg kau minat tu kan. Dialah segalanya. Cewahh XD

Act entry ni khas utk kawan aku. Semalam sedap syok online dia IM aku and then dia story yang dia suka sorang budak tu. Ala budak tu. Comel-comel aje. Sweet je aku tengok. Phewiitt. Err tiba-tiba dia suruh aku update blog pasal angau. Cehh tahu lah orang tengah angau kan. Tidur pun sampai termimpi Y****. Ye tak? Tapi thanks. Kau bagi aku idea nak hupdate blog tehee.


Aku tahu kau tengah tersengih kawan. HAHA.


Okay, tak nak cakap banyak. Bawah ni aku bagi 10 tanda orang angau. SEPULOH okay. Banyak tuh. haha.


1. BERDEBAR
Well, ini biasa lah. Katakan korang minat someone yang mungkin satu sekolah satu universiti satu tempat kerja, pasti pasti lah kalau terserempak tu rasa berdebar kan. Macam nak terkeluar lah jantung ni. Takut takut orang yg kita suka tu pandang kita kan. Halamak, kalau pandang lagi tak tentu arah lah kan. haha

2. SUSAH NAK TIDUR
Cewah bukan main susah nak tidur. Sebelum tidur tu mesti golek-golek atas katil lepas tu peluk bantak lepas tu kau sengih-sengih sorang. HAHA. Biasa tu biasa sangat dah! Mmg tak boleh tidur lah kalau asyik ingatkan siDia tu kan. Kalau tidur confirm confirm masuk mimpi. Pastu bangun pagi terus senyum sorang-sorang. Apa kes (?) haha

3. AMBIL BERAT.
Wah ambil berat i tell you! I mean mcm semua benda yang dia buat kau nak tahu. Dia duduk mana kelas apa kawan dgn siapa apa nama panggilan. SEMUA lah. Okay yang ini aku mengaku. Dulu aku ada lah minat sorang mamat ni. Habis semua maklumat peribadi dia aku tahu. Hey, I'm-shy=to talk haa. haha. Pantang kalau ada orang cakap pasal Dia. Mesti dan harus dengar dan ambil tahu. Phewitt :)



4. CEMBURU.
Haa ini biasa. Yang ini mmg lah. Kalau dah suka tahap gaban kepala botak kan. Kau tengok dia wall to wall dengan lelaki/perempuan lain lepas tuh mcm manja-manja sikit. Mesti naik je hangen kau kan. Takpun kau tengok dia selalu lunch dengan mamat/minah mana-mana ntah. Err, susah aku nak gambarkan perasaan masa tu. Tapi aku pernah alaminya. Ye tak Meen? HAHA.

5. GELISAH.
Yang ini kalau dah satu tempat belajar satu tempat kerja mmg hari-hari kau nak cari lah dia. Terserempak kejap dapat tengok muka dia yang lawa hensem tu sekejap pun jadi lah. Alahai gila angau kau kan. haha. Kalau dah dua tiga hari tak terserempak mesti gelisah semacam. Peh baru terserempak je tu. Belum jumpa lagi. Hihi.


Hekhek, comelnya. *wink wink wink

Oh cukup lah setakat itu sahaja. Banyak cantik kau nak banyak. Kang panjang berjela entry aku. Tak kuasa mak. 5 dah lah. Korang angau korang tahu lah korang mcm mana kan. Tak payah aku cakap hupdate entry bagai pun korang tahu kan. Tapi ini cuma untuk berkongsi dan khas untuk KAU! Hihi. End.


BYE.




THANKS FOR READING

Sifat Marah


Dear readers,

Aku baru je selesai solat dan lepas solat tadi terus terdetik nak update pasal marah. Entah kenapa. Tapi semenjak dua tiga menjak ni mmg senang-senang je aku nak marah. Paling teruk yg jadi mangsa ialah Iwan budak kecik muka tak bersalah tu. Kesian.

Bulan mengambang nak dekat agaknya. Tu yang emosi tak berapa nak stabil. Well, apa yang aku nak cakap nih hasil google-an aku di internet baru kejap tadi. Tapi aku cakap guna bahasa aku sendiri. Okay guys ?

Sifat marah ni datang dari hati dan ada kaitan sikit dengan keimanan. Bila kita dapat tahan marah dengan bersabar maka orang itu dikatakan kuat imannya. Korang kan selalu kata 'sabar itu separuh dariapa iman' KAN? Asal nak marah je itu aje lah ayat korang guna. Persoalannya, dapat tahan ke perasaan marah tu dengan bersabar? Err, ada lah sikit. Ceh! =.=


Budak kecil pun tahu marah.

Hasil kajian aku. Cehh kajian. Tak hasil pencarian aku dekat google tadi, bila seseorang itu lagi tinggi darjatnya, lagi tinggi pangkatnya, lagi banyak hartanya, lagi ramai pengikutnya maka tinggi lah egonya. Hal ini kerana (siap penanda wancana. haha) sifat pemarah berasal dpd sifat ego. So, lagi ego seseorang itu, lagi pemarah lah dia.

*Ramai cakap aku ego. Pemarah kah aku? =.=


Marah betul bila internet lembap nak mampus. Sabar sabar = ="


So, penyelesaian untuk sifat marah ialah dengan mengambil wuduk dan beristigfar. Cara ni mampu meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Well, carani korang semua tahu kan. Bila kita marah, terus je ambil wuduk. Confirm reda sikit kan.

Cehh, mcm bagus je aku kan. Tak, aku bukan buat entry ni nak tunjuk baik ke apa ke. Entry ni aku tujukan untuk diri aku sendiri. Aku kan pemarah. Mmg pemarah tapi lagi banyak marah dalam hati jelah. Ceh, sabar lah konon. hehe. Tak pandai nak marah tengking-tengking orang nanti aku jugak yang menangis. Haih, kememeh sikit. Tsk tsk tsk, kan dah kantoi kememeh T__T

Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”

Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”


So kawan-kawan sekalian alam, kesimpulanya kat sini, kita sebagai umat Islam mestilah dapat kawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu. Lepas ini aku kena banyak kan bersabar. So, renung-renungkan dan selamat beramal. End.

BYE.






THANKS FOR READING

Terima Kasih Tira Medan!

Hello awak semua.

Aaa, semenjak dua menjak ni ada aje yang ngeTAG aku kan. Betul nak tag ke saja nak perli aku sebab aku mmg pemalas nak hupdate belog? Tadi tidur sekejap. Bangun-bangun dah pukul 3.40. Ahh mmg malas betul cuti-cuti mcm nih. Rasa nak online terus buka laptop dan connect internet. Buka dashboard Tira Medan update blog. Baca dan tiba-tiba ' Phewittt, dia dapat header free kaler kuning'. Daulat Tuanku. HAHA. Okay tak kelakar. Dia tag aku. =.=


Okay guys, stop mengarut dan mencarut. Here we go.

RULES :
1. Put your music library on shuffle
2. For each question press the next button to get your answer.
3. You must write the answer to the question, no matter how silly it question.
4. When you done, tag it to 20 person.
* Followers aku mmg ramai nak tag sampai 20 orang =.=


If someone says 'is this okay?' you say?
Gimme more by Britney Spears.

How would you describe yourself?
Unbreakable by Westlife.

What do you like in a guy/girl ?
Say it right by Nelly Furtado.

How do you fell today ?
Its like that by Mariah Carey.

What is your life purpose ?
I'm Yours by Jason Miraz.

What's your motto ?
Cari Jodoh by Wali.
(waklu motto cari jodoh!) HAHA!

What do your friend think of you?
Kenapa by Shazzy.
(Kenapa apa kawan? Kenapa kenapa ???? )

What do you think of your parents?
Savin' me by Nickelback.
(Saving me huh ?)

What do you think about very often?
You're not sorry by Taylor Swift.
(Heh ??)

What is 2 + 2 ?
Losing my way by Justin Timberlake.
(Homaiigod, JT. I love JT. Answer : four! )

What do you think about your bestfriend(S) ?
Teman tapi Mersa. by Ratu
(Kawan, kita mesra kan kan ?)

What do you think of the person you like?
Berhenti Berharap by Sheila On7.
(Mmg dah berhenti berharap dah suka kt kau! cewahhhhh.)

What is your life story?
Unfaithful by Rihanna.
(Err ini tipu. Aku setia. Rihanna yg tak setia kot. HAHA)

What do you want to be when you grow up?
Hampir ke situ by Mendua.
(Haa, semakin hampir ke cita-cita aku. Err, ada kaitan tak?)

What do you think when you see the person you like ?
Your love is my drug by Keisha

What will you dance at your wedding ?
Yesterday by The beatles.
(Lyn lagu mcm nih masa kawin? Tak best betul!)

What will they play in your funeral?
Hot by Avril Lavigne
(Hoi org mati sila hormat lah! haha)

What is your biggest fear?
Jadikan aku yang kedua by Astrid
(Tak nak tak nak. Aku tak nak jadi yg kedua)

What is your biggest secret?
Hanya kau by The Siblings
(Hanya kau yg aku sayang. Cewahhh!)

What will you post this as?
Love like Woe by The Ready Set.
( ??? )

I'm done! Siapa baca dia lah yang ditag. Harap maklum.

BYE.


THANKS FOR READING

Blogwalking.


Hello Guys, Selamat Malam semua.

Even cuti aku takde buat apa-apa pun. Kerja pun tidak, tapi aku masih tidak tahu mengapa mood utk berblogging itu masih tidak ada dalam diri aku. Oh mungkin sekali kekeringan idea. Duduk rumah menghabiskan biskut dan coklat, apa jelah idea yang aku ada untuk story mory dengan korang semua kan. Lain lah kalau hang out kejap dgn kawan-kawan ke. Pergi holiday dgn family dekat Paris ke Eropah ke. Yelah aku boleh update 3kali sehari kan. =.=

Perkara yang paling menyeronokkan cuti kali ni ialah online dan tengok TV. Apa lagi nyah yang paling seronok. Itu aje lah. Paling seronok bila merayau-rayau ke blog yang superb best. Mmg dari mula sampai habis lah aku baca. Sakit jugak lah mata aku. Tapi hobi kan. Hobi baru. cehhh.

Aku lagi suka bila blog mmg dah best lepas tuh tuan empunya pulak lawa comel cantik. Boleh meleleh air liur derr kalau tatap lama-lama. Aku mmg suka lah tengok minah yang cun-cun kat luar sana. Halamak, kalau aku lelaki mmg dah lama jadi girlfie aku. Blog-blog feveret macam Fatin Liyana, Ailyl Rozana, Fida Aishah, Irine, Hanis Zalikha, Mira Uttika and Cik Nadia Bayu mmg menjadi pujaan hatiku lahhh. Tengok link tepi dalam blog aku ni pun diorang tersenarai dalam KAU ILHAMKU.

Aku mmg tak follow ramai orang sebab aku malas nak sesak-sesakkan blog following aku. Yang atas-atas nih mmg aku sentiasa follow. Bukan follow je, aku dah baca dari mula-mula lagi lah. Biasa lah aktiviti dikala kebosanan. Diorang pun semua berbakat lawa cantik bla bla mmg seronok jelah follow belog dieorang. Sedap pulak cuci mata kan.

Klik untuk tumbesaran secara mendadak. Aku mmg suka kalau blogger yang aku follow letak butang like. Mmg tanpa segan silu dan pemalunya aku klik.


Semalam, mmg bosan tahap gaban lah kan. Aku duk sibuk bukak blog orang. Fewitt usha awek cun lah sampai fening kepala lah kan. Then terjumpa sorang awek cun lah hoii. Nisa Aminullah. Terjumpa dan terus suka. Terus FOLLOW. Style lah wa cakap sama lu.


Kan aku dah cakap aku suka butang like. Itu bukti aku suka.

Aku suka blogwalking tapi aku mmg tak meninggalkan sedikit kesan atau apa-apa comment pun dekat blog orang tu. Kecuali butang like. HAHA. Aku tak tahu kenapa tapi mmg tak lah. Kalau-kalau dtg angin tak betul aku, baru aku tinggal jejak kat shoutbox diorang. Itupun kalau ada! Comment mmg jarang sekali. Even blog kawan aku sendiri. Tengok mood lah kan. Hehe.

BTW, bukan blog perempuan je yang aku usha. Hello aku bukan lesbian okay! Ada lah jugak mamat seorang dua yang aku follow macam Khairul, Aizul, AliffCullen. Halamak, aku paling suka Khairul lah kan. Ayat dia mmg sentap habis dgn perempuan. Mmg aku suka. 10/10 aku kasi untuk Mr K ni. Aizul ni pulak aku lebih suka pada gambar-gambar dia. Gambargrapher lah mamat sorang ni. AliffCullen ni sempoi je. Budak Sarawak. Aku suka penulisan dia.

Itu sahaja untuk harini. Oh lupa, aku mmg tak minat nak buka blog yang guna shortform ala-ala kita tengah msg kan (aq, kaw, nan, saia, uwh, ney dll). Watafak, sumpa benci gila!

BYE.



THANKS FOR READING

TAG oleh Cik Idora

Salam satu Malaysia.
Kabare kamu semua? Lama tak m'hupdate. Kekeringan idea dan kekeringan masa. Dan Cik Idora kita telah menyelamatkan blog aku dpd bersarang.

Here we go,
fill out these question and make a new note called ABC about you,
then tag 25 ppl, if you got tag by me, you have to take survey and repost it :)

A. AVAILABLE : NO!

B. BIRTHDAY : 30 January 1992.

C. CRUSHING ON : myself MAYBE..

D. DRINK YOU HAD LAST : mineral water :)

E. EASIEST PERSON TO TALK : yeah, myself. The easiest way. I don't know how to share something personal with other people. That's ME.

F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT : Grenade by Bruno Mars and One in a Million by Neyo.

G. : Brother G ? Already not interested with him anymore. HAHA.

H. HOMETOWN : Muar.

I. IN LOVE WITH : Affandey Zulkefli. Cewahh :)

J. JUNGLE: scary place ?

K. KILLED SOMEONE : yeah I wish to kill HIM if I could to do so.

L. LONGGEST CAR RIDE : Going to Melaka Wonderland. Nothing Interesting on my holiday T__T

M. MILKSHAKE FLAVOUR : Chocolate Milkshake with Pearl. I love Coolblog :)

N. NUMBER OF SIBLINGS : Four. 3 princess and only one prince.

O. ONE WISH : I wish to live happily together with him.

P. PERSON YOU CALLED LAST : Feng Fung Fang.

R. REASON TO SMILE : is to make people happy.

S. SONG YOU LAST HEARD : Speak Now by Taylor Swift.

T. TIME YOU WAKE UP : 11 AM. :D

U. UNDERWEAR COLOUR : Stupid question! haha

W. WORST HABIT : Irritability in the two-three days.

Y. YOYOS ARE : what yoyos ??

Z. ZODIAC SIGN : Aquarius.


That's it! I'm done. So, see you in the next entry.

BYE.


THANKS FOR READING

Dia datang menceriakan hari-hariku

Cewahh ayat mcm mintak penampoo! Elok sikit boleh? Jgn nak in character sgt ehh. Ah cuti sebulan setengah takde buat apa. Sumpah bosan. Hari-hari itu aja yg aku buat. Bgn tidur tengok TV online. Mmg menghabiskan biskut kt rumah. Menternak lemak membesarkan badan biar makin comel. Comel takpe lagi. Gemuk yg taknak. Sesiapa yg nak lemak? Meh kita transfer via bluetooth.

Konon nak cari kerja tapi kalau hari-hari tidur lambat bgn lambat mandi lambat semua lambat. Macam mana nak kerja? Mmg tak jadi apa. Tahu makan kasi ternak lemak je. Tunggu jelah naik semester baru badan dah mcm Giant. T__T

Selepas beberapa mesyuarat dilakukan dan atas persetujuan ramai maka kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengambil seorangg budak yang akan menceriakan hari-hari aku. Hoyeahh I'm lovin it! Iwan meh come to mama baby. Cewahh bajet ibu mithali lagi penyayang nih.


Iwan sekarang dah pandai. Dah cerdik. Dah pandai cakap. Semua pandai lah. Dengan kupiah dia ni ha. Dengan spec aku lagi. Habis semua barang aku dia main. Takpe takpe, ibu mithali kann? haha


Haha, 10 kali tengok gambar nih 10 kali gelak. Macam apa da.


Itu mmg spec Iwan. Takpe, main lah sampai patah. Akk mmg banyak duit nak beli spec baru = ="


Budak gedik! haha


Tujuan sebenar aku sorang je nak bergambar. Tapi dia pun nak jugak. Err, takpe, ibu mithali kann? HAHA.


Dia lagi lagi dan lagi.


Tujuan sebenar masih lagi seperti di atas. Tiba-tiba boleh ada dia kt sebelah. Apa cerita ini? haihh.


Yang ini comel kan? Muka mcm sama je lebih kurang. Ala korang tak cakap pun aku tahu. haha perasan perasan.


Ha, kelihatan ye muka seorang yang penyayang. Si-sila untuk mertua-mertua yg nak jadikan saya calon menantu. tehee..


Iwan mesra camera. Dua-dua comel. auww haha.


'Kenapa akk pakai cermin mata tu. Iwan nak lah' Err, barang aku mmg barang dia. Takpe takpe T__T



And you know what. Semenjak dah sekolah sekarang. Dah pandai baca. Semua dia baca. Semua tu takpe lah. Ni dgn messages aku pun dia baca. Hp aku yg bunyi dia yg ambil. Barang aku kan barang dia. Aku cakap dalam telefon pun dia sibuk. Takkan kawan aku pun kawan dia jugak kot? Err.

Semalam pergi Econsave beli barang-barang dapur dgn mak n akk aku. Dah menjadi kebiasaan, sekarang kalau nak beli apa-apa mmg tgk ingredients dulu. Cek kalau-kalau ada yg E5** yg tak halal tu semua kan. Budak kecik nih pun sibuk nak tengok juga. Dah pandai baca kan. Budak kannn.


Budak kepoh. Suka sangat dgn Nescafe tu.


Tengok lah. Kepoh semacam. Mama, ini takde. Beli lah. Cehh, mcm duit dia. haha


Sekarang belajar mengaji. Belajar semayang. Alhamdulillah. Bagus kan. Siapa lagi yg nak ajar kalau bukan aku. Ibu mithali kan. miahaha.

End.
BYE.

THANKS FOR READING

Bila semua berkumpul

Hai awak.


Haa kita janji nk story pasal family gathering kita kan. Kita nak story laa nih. Lambat sikit aje. Now broadband dah okay. Laju oh. Saya suka gila. Nak buka blog pun laju semacam je. Mcm ferrari laa kan. Upload gambar pun pantas dan efisiean. Alaa, baru lepas bayar mmg lah laju. Tunggu lah akhir bulan mesti mcm ppffttt!


Tak nak cakap banyak tak nak membebel sorang-sorang. Mari kita layan gambar.


Jumaat malam makan kat Sabak Awor Muar. Masa ni ada lagi yg tak sampai. So, mari tahan nafsu makan tu. Depan mata dah menunggu mcm2 yg sedap. Tahan je air liur meleleh. haha


Kau perasan tak? Sape perasan? Family aku semua comel-comel kan? Sihat-sihat belaka. Itu tanda kami bahagia. HAHA.


Birthday girl. Da 50 tahun Mak Long aku tapi tetap hot you!
Homaigoddddd, aku meleleh kejap aa tgk cheese kek tu. Peh peh, mana nak cari kek malam-malam mcm nih. Tekak tiba-tiba gatal nak makan kek lah. Ish >.<
4 dara pingitan. Auww. Eh tak. Yg hujung sekali sebelah kanan tu dah kahwin. Eh, perasan tak aku, adik n akk aku mcm TV3. Merah kuning biru. Iklan kejap. TV tigaaaaaa (nada ala2 mcm dalam TV tuu)


Comel kan? Tak? Yg penting aku tembam, ppfftt!


Cousin lelaki aku yg paling sporting lahh.


Happy family. Masih ada juga yg tak masuk dalam gambar.

Yang penting aa kan. Masa kat kedai makan nih takyah cakap apa laa kan. Mmg aku book satu kedai tu. Bising bukan main. Mmg mcm takde orang lain yg makan dekat kedai tu. Orang lain duk sibuk pandang-pandang je. Apa aku pedulik. Ada aku kisah? haha. Then lepas makan tu pergi lepak tanjung kejap. Lama tak buat. Dulu aku kecik selalu lepak sini dgn makcik-makcik aku. Lepas tu aku dgn sepupu yg sebaya aku main gelongsor tu. Sampai midnight. Ada lah berlendir ketiak aku main kt situ. Tapi masa kecik-kecik aaaaa. Skang main buai je. Tu pun duduk sikit dah bunyik. Buai tu dah tak kuat kot. Aku tak lah berat mana =="


Sistah :)


Then tomorrow morning tu kitorang gerak ke Melaka Wonderland. Nak pergi Sunway plan pun lepas minutes. So, pergi yang dekat jelah. Melaka Wondeland ni kecik je. Tak lah besar mana kan. Tapi boleh lah dari takde.


Muka before nak mandi. Takde ah gambar time aku mandi-mandi kan. Nak mampus kau? Seksi dan menyeksakan semuanya. haha. Yang penting aku jatuh time mandi kt sini. Dan sampai sekarang aku jalan terdengkot-dengkot. ppfftt >.<


Melaka mmg panas kan? Ada laa hitam sikit muka aku mandi kt sini. Tu pun nasib dah pakai sunblock. Amek gambar pun mata sepet je. Matahari memanco-manco!


Siap berpayung you. Time ni yg lain-lain semua dah berebut naik kereta. Sumpa weh panas. Terasa muka-muka kau perit. PANASSS.


Aku bukan tabik spring ke apa ke time ni. Panas dan aku cuba untuk menutup silauan cahaya matahari tu. cewaaa ayat!


Okay, sekarang dah lewat. Esok kita jumpa lagi.
BYE.

THANKS FOR READING

Pembuka bicara

Hello peeps.

Lama tak jumpa awak-awak semua. Wah rindu lah jugak kan.Since broadband aku buathal lembap nk mampus mcm mintak pelempang aku pun dah jarang online and mmg tak kuasa mak nk online via broadband lembap. Online pun sekejap-sekejap pakai laptop mak aku. Maklum lah laptop mak aku nih ramai pengguna nya. So, aku sebagai peminjam paham-paham bahasa jelah kan. Jangan nak pakai lama-lama mcm lappy aku pulak. Takpe aku faham.

So, sebagai pembuka bicara aku kali ni aku nak story mory lah sikit. Lama tak online, facebook pun lama tak update status, blog lagi lah lama tak update. Serius kalau aku online sekalipun mmg takde idea pun nak menulis. Kosong! Aku cuma mampu buka dashboard dan mengikuti perkembangan bloggers yg aku follow. Kadang-kadang tu bila dah baca blog orang ha mula lah idea tu keluar tapi bila aku mula je start klik new post peh mcm hape kan semua idea hilang. Mencikkk!

Btw guys, aku nak habaq lah kt ampa semua apa yg aku buat dua tiga hari ni kan. Agak busy lah kan tapi takpe aku pun tak lah bosan duduk rumah nih. Dgn broadband yg mcm mintak pelempang tu kan. Khamis aku dapat lah jumpa kawan lama aku. Kawan yg sama-sama berjuang untuk SPM dulu. Rindu lah. Sekarang dia makin kecil dan kurus. Aku? Makin besar walaupun hari-hari guna tangga batu caves. Demm!

Then Jumaat dan Sabtu, semalam lah kan. family gathering sebagai menyambut hari kelahiran aunty aku yg ke-50. Oh, pasal nih maybe tonight lah aku story sebab gambar takde. Tak seronok lah wak cerita pergi makan pergi Melaka Wonderland takde gambar kan. So, see you in the next entry guys. xoxo.

BYE.

THANKS FOR READING

I miss you.

Count On Me by Bruno Mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Woooooooh, Woooooooh
Yeah, Yeah

If you're tossing and you're turning and you just can't fall asleep,
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me,
Everyday I will remind you, ohh

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooooh, Wooooooh
Yeah, Yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You know you can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Oohhhh, ohhhhh
You can count on me cause I can count on you

Oh guys tolonglah hayati lirik kat atas nih. Serius aku suka gila. A million thanks to Hencek F sebab caller ringtone awk lagu nih. Tu yg kita suka je nak call awak. Dapat dengar lagu nih selalu sambil tersenyum sampai telinga. Bila tengok lirik dia Oh God I love all my friends. Err tetibe bukan. Semenjak dua tiga menjak nih macam rindu ahh sesangat dengan kawan-kawan. Nak nak lagi kawan baik kawan gosip kawan ketawa Fatin Taha dan Anis Amirah yang sekian lama tak jumpa. Bergunung-gunung aihh rindu aku kt korang. Plus lagi kawan mengadu kawan makan lunch kawan coolblog kawan main tumbuk-tumbuk Nur Sharmeen Farhan dan Syahira Idora. Kita jumpa tahun depan ye kawan. I miss you guys :)

Buat entry nih sambil dengar lagu Count on Me berkali-kali. Habis je aku ulang lagi. Habis je ulang lagi. Ulang sampai lebam kata Hencek F. Bruno Mars lagu awak mmg semuanya best best. Itu yang saya syg dekat awak tuh. Awak buat lah lagi lagu yg best-best ye. Buat lagu special untuk saya pun boleh. EH? haha, abaikan.

Goodnite Lovely people.
I love you.

THANKS FOR READING

Anak.akak.adik


Kita kat dunia ni masing-maing ada pangkat masing-masing. Paling tak pun pangkat kita sebagai anak. Yelah macam org yang anak tunggal tu. Tak boleh nk ada pangkat akak ke adik ke abg ke kan. Bila kita jadi akak, kita mesti lah sayang adik kita kan? Bodoh lah tak sayang. Marah mmg marah tapi tak benci. Air dicincang takkan putus katanya.

Macam entry lepas aku cakap adik aku bawa balik baju-baju dari hostel. Then aku yg kemas. Aku tak kisah. Aku kan akak. Pagi-pagi lagi tadi dia dah ikut mama pergi mana ntah. Aku bgn terus kemas baju-baju dia. Aku tak kisah sebab aku mmg suka kemas-kemas nih. Aku suka keadaan yg kemas teratur dan bersih. So, aku tak kisah lah bila org cakap kenapa kau tak suruh je adik kau yg kemas. Kan baju dia. Biar lah. Kan adik aku tu.


Ni dia adik perempuan aku. Beza aku dgn dia setahun je. So, kitorang mmg rapat. Mama kata aku selalu kena buli dgn dia. Takpe, aku kan akak. haha
*comelnya aku dalam gambar ni. perasan perasan = ="


Then, habis kemas aku terus mandi. Habis mandi terus capai laptop dan online. Tak sampai 10 minit online adik lelaki aku mintak tolong hantar dia kt bandar. Nak keluar dgn kawan-kawan. Ahh, panas lah kau tahu. Hish, petang-petang lah sikit. Jahat aku jawab mcm ni kan tehee. Saje kasi dia susah hati dulu kan. Dulu aku pun mcm tuh tu jugak. Nak keluar mesti kena mintak tolong mama yg hantar. Bukan sebarang je boleh keluar.

Kadang-kadang bila mama tak boleh hantar, aku pun tak keluar lah. Nak buat mcm mana. Masa tuh budak lagi kan. Terpaksa lah aku pasrah je tak dapat nk keluar jalan-jalan dgn kawan. So, aku faham lah perasaan adik lelaki aku bila takde siapa yg boleh tlg hantarkan then tak jadik keluar. Terpaksa cancelkan semua plan dgn kawan. Frust menonggeng. Aku pernah rasa dulu.

Aku dah buat muka marah tension tak puas hati je dgn adik aku. Tapi dalam masa yg sama kesian jugak. Last-last hantar lah jugak. Kesian, lagi pun aku kan akak. Capai tudung capai kunci motor terus gerak. Panas mmg panas tapi dah jadi akak, tolong jelah hantarkan. Nanti dia pergi sendiri ntah ke mana-mana aku susah pulak. Yelah, dia kan adik aku.

Sampai rumah nk sambung balik online tadi tapi kena sidai baju. Haaihh nak buat macam mana. Akak aku dah suruh. Aku buat jelah. Yelah aku kan adik. Nanti tuan rumah murka kau baru tahu. Habis sidai baju mama mintak tolong buat kerja sikit. Takpe, tak kisah sebab aku kan anak. Buat jelah. Tak kisah pun sebab mmg dah biasa.



Lagipun kt rumah nih buat kerja-kerja macam sidai baju ke basuh baju kemas rumah ke mmg dah kerja aku dgn lain-lain. So, tak jadik hal lah kalau kau kasi aku satu rumah mcm kapal pecah. Aku boleh kemas lah. Kalau lepas kemas kau kasi ganjaran dekat aku lagi aku tak jadik hal nk kemas. huahua. Kerja berupah, biasa lah kan. haha




Tapi kalau kasi bab masak mmg aku fail. Hoyeahh aku mengaku aku tak pandai masak. Kalau cakap dgn mama nk belajar masak mesti mama shock kan. Haa, saje kan. Jelous jugak tgk Nurul dah pandai masak. Tapi aku je yg pemalas nak belajar masak. Bukan lah tak reti langsung! Ada lah sikit tapi kalau suruh aku masak ikan sweet sour konpem lah aku tak reti. Nanti saya belajar ye. End.

BYE.

THANKS FOR READING

Oh tidak!


Oh ya. Puas lah aku menulis panjang-panjang tadi then kononya nk rehat satu jam sebab hencek F ajak super saver. Lepas habis je super saver aku maka hilanglah apa yg aku dah taip tadi. Cis, agak menyirap jugak. Tak ingat dah tadi nk cakap pasal apa. Now kita tukar topik lah ye.

Entah tiba-tiba Hencek F ajak gayut. Aku yg tengah seronok menaip dgn lajunya sebab idea mencurah-curah pun terpaksa akur sebab bukan selalu pun super saver dgn dia kan. Bagus tak bagus tak? Aku korabankan blog kejap semata-mata untuk Hencek F. Cehh, tak sweet langsung! haha. Korbankan blog konon. Gayut tapi fesbuk depan mata. Pakai earphone siap.

Tak tahu kenapa tiba-tiba Hencek F layan teka-teki malam nih. Aku pun layannnn! Agak sedap teka-teki tuh aku pun post status. Auuww seronok tgk respon masing-masing. F pun tak boleh buat apa. Redha je dapat aku yg langsung tak pay attention kt dia. hehe. Sorry. Janji tak buat lagi. :)

Seronok main teka-teka orang. Sekali Meen dgn Azad hentam teka aku pulak. Hoyeahh tak tahu tak tahu. Apehal tanya aku? Sakit hati tengok status aku banyak-banyak teka orang. Huahua, best oh. Tak caya sila cuba sekarang. Anda akan gelak sampai tercekik mouse. Pastikan tercekik mouse. Kalau tak tercekik kau telan je mouse tuh. Kalau besar sgt amek broandband lepastuh telan habis cerita. End.

Cerita ini tamat disini. Sebenarnya bukan nak cerita pasl teka-teki ke F ke G ke W ke bukan bukan. Tgk tajuk lah kan. Hari ni Jumaat kan? Aku pun tak perasan sebab tahu bgn makan tgk tv dan online. Ohh heaven betul hidup aku. Sebulan setengah je merasa macam nih. Lepas nih kena naik turun tangga batu caves kt Tun Merah tu balik. ggrr.

Bila Jumaat maka adik aku yg dekat hostel tuh pun mengada lah nak balik rumah. Aaa ni yang tak enak ni. Balik mmg best tapi kalau balik dah bawa balik baju-baju dia yang banyak dekat hostel tuh. Err, aku baru lepas kemas bilik kot. Agak lah. Kasi lah bilik aku ni bersih teratur dan kemas untuk seminggu pun jadik lahhh. Ni 3 hari pun tak lepas lagi. Kesian betul aku.

Aku mmg tak lah nak kasi adik aku yg masukkan baju-baju dia dalam almari tuh. Tak tak TAK BOLEH! Kang senget sana senget sini aku yang gila. Baik aku yg kemas. Err tapi bukan malam nih la. Kemas esok pagi lah kan. Haa bestnye dapat akk mcm aku. Tak payah susah-susah kemas bilik. Seronoknya jadi adik aku kan tak payah susah nk kemas almari.

Okay, tu takpe lagi sebab aku mmg rela buat kerja tu semua. Tapi yg tak rela bila balik bawak aku ayam KFC dua ketul dgn burger sebijik. Kau tak nak? Mesti lah nak kan. Aku lagi nak kurus lagi dia offer aku makanan macam tuh. Mesti lah aku makan. Eh, tak kan nak tolak. Org kata jgn tolak rezeki. Cehh, padahal aku apa je yg tak nak. Semua nak. Tengok badan lah. XD


KFC. nyum nyum nyum. Sedap kan. Makan depan lappy je wak sambil layan fesbuk. Punya lah pemalas nak makan dalam pinggan. Anak sapa? Tak tahu tak tahu.


Lepas tuh dia kasi aku burger. Err sedap oii. Menyesal kalau tolak kan. Rezeki jangan ditolak katanya. huahua.


Esok dah tak payah makan sebab malam nih je dah makan untuk satu hari esok. Sekarang dah boleh tidur sebab dah pukul 3.30. Perut dah kenyang credit dah habis jari dah penat telinga dah pekak mata dah kuyu. Apa lagi?

BYE.

THANKS FOR READING

Jom terjah.

Nahh, tajuk mcm iklan melodi. miahaha. Mari mari kita terjah apa yg si Shaff duk sibuk buat dgn bilik dia satu hari nih. Oii, mood gua tengah rajin siod. Lu jgn main main lah. Tgk kaki lahh wey. Wa kalau betul-betul rajin cam gini lah dia. Habis semua habuk dia sedut pakai vacuum. Nyah kau habuk nyah kau dari bilik aku. Dah sedap kau menternak anak-anak habuk cucu-cucu habuk dlm bilik aku selama 4 bulan nih kan. Sekarang kau sila berambus dari bilik aku. Geli tawuk! (emosi kejap)

Balik dari UiTM Selasa haritu bilik mmg dah macam kapal pecah dah. Biasa lah kan. Aku tinggalkan kt adik n akak aku. Habis dia lenjannye katil aku. Adik aku pulak menyepahkan almari eh macam almari tuh mmg ada baju kau sorang je. Ggrr agak sakit jiwa bila aku balik rumah dgn barang-barang yg banyak dari Melaka then sampai bilik keadaannya masyaallah. Den sobarr jelahhh! Balik mmg sumbat je barang-barang aku ntah mana-mana. Penat n tak larat aku nk kemas. Rabunya mmg mood nk mengemas tuh tak mari lagi plus aku pun kena tolong ayah aku sikit semalam so mmg tidaklahhh aku nk kemas bilik.

Harini pulak bangun pun agak lambat. Mak akak aku kejut mmg aku buat dek je. Aku mmg tak nak paksa bgn sebab aku tengah cari-cari mood mengemas aku. Lek je kena jerit dgn mak aku. Lek luuuu! Aku dapat je mood mengemas tuh terus je bangun dan mengemas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan keadaan aku sendiri (tak mandi lagi). Start betul tepat pukul 12 tengahari dan siap jam 6 petang. Niat nk potong rambut pun terpaksa ditunda sebab dgn keadaan aku yg tak mandi lagi mmg tak lahhh kan.

Oke oke aku tawu aku dah meraban banyak. Jom jom kita terjah bilik aku meh. Pehh aku nk tutup muka malu kejap. Malu siod bilik aku sepah wuwuwuw =.=


Firstly, kalau nk kemas kena pasang lagu. Lagu yg penting supaya tidak bosan ye anak-anak. Boleh melalak memekak dan test sikit suara nih kann. Practice nk masuk jgn lupa lirik pun bolehhh.


Sebelum. Masyaallah.

Selepas. Hwaa, boleh jadik calon menantu yg baik. Haha


Sebelum. Miahaha bersepah. Tutup muka sekarang malu = =


Tadaaa! Kemas kemas. BAGUS!. Bakul baju kotor jgn tengok! abaikan saja. Part ni mmg untuk baju-baju ayah aku je. Heh, kau tengok ah dia letak kemeja baju melayu semua kt sini. Bilik aku dah lah kecik. Takpe takpe. wuwuw T__T


Lek ah. Katil baru bangun tidur kan. Macam tak biasa lah korang nih. hehe


Wahh striking you colour! Aku cari cadar aku colour pink mana ntah hilang geram betul lah. Haihhh.


Lap lap piala-piala aku nih. Eh piala adik aku sekali. Ni je yg ada. Yg lain dah hilang. ngah ngah! Adik aku banyak piala pasal akademik. Aku banyak pasal olahraga. Eh, siapa ckp aku tak pandai? Saje aku kasi chance org lain dapat piala akademik. haha = =''


Maddle-maddle aku. Pehh lama dah siod tak olahraga. Rindu nk lumba lari. Feberet ohh main lumba lari. Dulu boleh ah main 800 meter kan badan pun kecik lagi kan. Sekarang badan dah besar mcm giant nk lari 100 meter pun kau terkedek-kedek Shaff. Hwaa = ="


Nahh, kotak kecil tapi bermakna. Dalam beg comel colour biru tuh aku simpan semua surat yg org penah bg dekat aku. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke separuh separuh ke. EH? Yg lagi satu tu aku simpan kertas2 coklat yg semua orang penah bagi dekat aku. Ohh sweet kan? Aku mmg suka simpan benda-benda mcm nih even kertas coklat sekalipun.


Hoyeahhh surat dari peminat. Aku baca balik tadi. wuwuw keluar air mata kejap. Surat raya ada surat cinta ada surat apa lagi ntah. Mcm2 ada. Yg takde surat nikah je. EH? :)


Aku suka perfume. Ni semua banyak yg dah habis. Ada yg murah ada yg mahal. Ada yg beli kt avon je ada yg org bagi ada yg sepuloh hengget. Eh, macam2. Aku simpan even kau dah kosong kan. Mahal-mahal aku beli tak kan nk buang plak botolnye. Tu pun ada lagi dalam kotak yg aku tak keluarkan. Aku suka Estee Lauder, Gucci Envy Me, Dior n bla bla bla. Bau Aku paling tak suka Mariah Carey yg botol purple tuh. Pehh bau kau kan!


Tadaaa segala jam milik aku. Banyak sangat tak tahu pakai mana. Eh, jam adalah aksesori penting aku. Tak kira dimana sekalipun. Paling lama jam Baby G. Aku pakai since standard 6 lagi. Casio jam pertama aku dapat masa bufday yg ke 16. Auww auww. Seiko dapat before msuk UiTM. Aries Gold yg kecik colour coklat tuh mak aku kasi kot. Lupa dahhh. Adidas tuh jam pertama ayah aku kasi before kahwin dgn mak aku. So sweet :)


Oke dah. Banyak dah barang-barang aku tunjuk kt korang. Sekadar berkongsi dan suka-suka. Kata aku dekat Meen menulis untuk kepuasan. Kan Meen? Sila setuju sekarang. Internet lembap tapi aku berjaya update. Yeahhhhhh!

BYE.









THANKS FOR READING