Anak.akak.adik


Kita kat dunia ni masing-maing ada pangkat masing-masing. Paling tak pun pangkat kita sebagai anak. Yelah macam org yang anak tunggal tu. Tak boleh nk ada pangkat akak ke adik ke abg ke kan. Bila kita jadi akak, kita mesti lah sayang adik kita kan? Bodoh lah tak sayang. Marah mmg marah tapi tak benci. Air dicincang takkan putus katanya.

Macam entry lepas aku cakap adik aku bawa balik baju-baju dari hostel. Then aku yg kemas. Aku tak kisah. Aku kan akak. Pagi-pagi lagi tadi dia dah ikut mama pergi mana ntah. Aku bgn terus kemas baju-baju dia. Aku tak kisah sebab aku mmg suka kemas-kemas nih. Aku suka keadaan yg kemas teratur dan bersih. So, aku tak kisah lah bila org cakap kenapa kau tak suruh je adik kau yg kemas. Kan baju dia. Biar lah. Kan adik aku tu.


Ni dia adik perempuan aku. Beza aku dgn dia setahun je. So, kitorang mmg rapat. Mama kata aku selalu kena buli dgn dia. Takpe, aku kan akak. haha
*comelnya aku dalam gambar ni. perasan perasan = ="


Then, habis kemas aku terus mandi. Habis mandi terus capai laptop dan online. Tak sampai 10 minit online adik lelaki aku mintak tolong hantar dia kt bandar. Nak keluar dgn kawan-kawan. Ahh, panas lah kau tahu. Hish, petang-petang lah sikit. Jahat aku jawab mcm ni kan tehee. Saje kasi dia susah hati dulu kan. Dulu aku pun mcm tuh tu jugak. Nak keluar mesti kena mintak tolong mama yg hantar. Bukan sebarang je boleh keluar.

Kadang-kadang bila mama tak boleh hantar, aku pun tak keluar lah. Nak buat mcm mana. Masa tuh budak lagi kan. Terpaksa lah aku pasrah je tak dapat nk keluar jalan-jalan dgn kawan. So, aku faham lah perasaan adik lelaki aku bila takde siapa yg boleh tlg hantarkan then tak jadik keluar. Terpaksa cancelkan semua plan dgn kawan. Frust menonggeng. Aku pernah rasa dulu.

Aku dah buat muka marah tension tak puas hati je dgn adik aku. Tapi dalam masa yg sama kesian jugak. Last-last hantar lah jugak. Kesian, lagi pun aku kan akak. Capai tudung capai kunci motor terus gerak. Panas mmg panas tapi dah jadi akak, tolong jelah hantarkan. Nanti dia pergi sendiri ntah ke mana-mana aku susah pulak. Yelah, dia kan adik aku.

Sampai rumah nk sambung balik online tadi tapi kena sidai baju. Haaihh nak buat macam mana. Akak aku dah suruh. Aku buat jelah. Yelah aku kan adik. Nanti tuan rumah murka kau baru tahu. Habis sidai baju mama mintak tolong buat kerja sikit. Takpe, tak kisah sebab aku kan anak. Buat jelah. Tak kisah pun sebab mmg dah biasa.



Lagipun kt rumah nih buat kerja-kerja macam sidai baju ke basuh baju kemas rumah ke mmg dah kerja aku dgn lain-lain. So, tak jadik hal lah kalau kau kasi aku satu rumah mcm kapal pecah. Aku boleh kemas lah. Kalau lepas kemas kau kasi ganjaran dekat aku lagi aku tak jadik hal nk kemas. huahua. Kerja berupah, biasa lah kan. haha




Tapi kalau kasi bab masak mmg aku fail. Hoyeahh aku mengaku aku tak pandai masak. Kalau cakap dgn mama nk belajar masak mesti mama shock kan. Haa, saje kan. Jelous jugak tgk Nurul dah pandai masak. Tapi aku je yg pemalas nak belajar masak. Bukan lah tak reti langsung! Ada lah sikit tapi kalau suruh aku masak ikan sweet sour konpem lah aku tak reti. Nanti saya belajar ye. End.

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: