7 gejala yg berlaku semasa bahana paper AIS130


Whoaa, tajuk mengalahkan karang SPM. Shit man. Aku baru je lepas paper yg agak membunuh semalam. Segala macam ragam keluar bila nk paper AIS. Dalam kata nama lain Discovery computer. Computer application bla bla bla. Apa kena mengena aku nak amik akaun tiba-tiba belajar pasal komputer belajar pasal network siod. Takpe takpe, belajar apa je yg tak susah kan. Semua susah. So, tak boleh nk merungut. Hoyeahh Shaff motivate diri sendiri.

So, jom kita layan beberapa 7 gejala yg aku alami sepanjang 2 hari sebelum paper AIS. Baru lah pelajar cemerlang katanyewww! Hoyeahh :D

1. 1 paper sebelum paper AIS dah mula baca nota before tidur. Selamat lah dah buat nota kecik kecik yg comel comel belaka tuh. Takde lah aku tidur dengan buku AIS yg tebal nye mmg patut letak kt library je. Sosak nafas den oi kalau bawak tidur buku tuh.

2. Habis je paper MAT malam tuh dah terus buka buku. Ye, bagus betul kan. Selalunya malam lepas habis paper harus lah enjoy sekejap dan bebas buku. Tapi untuk paper AIS katakan TIDAK kepada enjoy. ggrr.


Kau mampu nk habiskan baca 9 bab dan nota nota yg ada nih dalam masa 2 hari? Kau mampu?


3. Khamis petang dah say bubye dekat fb. Harus lah jauhkan diri dari fesbuk sepanjang 2 hari ni. Nak mampus kau sedap baring golek golek atas katil sambil online fesbuk. Mmg hancur lah result AIS aku nanti. Terpaksa kau tahu untuk kepentingan aku sendiri. Tu pun ada je yg nganjing-nganjing aku kan sb tak online. Nganjing-nganjing aku sb rajin gila babis study sampai tidur pun mengigau-ngigau tak cerita lagi. ==

4. Khamis dan Jumaat berkampung dekat library dari pagi sampai malam. Kau mampu? Haa, ni salah satu cara aku untuk jauhkan diri dari lappy dan fesbuk. Dan cara untuk menjauhkan diri dari aku study 10minit lepas tuh tidur 2 3 jam atas katil yang empuk tuh kan. Aku mcm tak percaya dua hari before paper AIS aku bgn awal then terus ke library. WhatTheeee. Mmg tak lah kan tapi berbakulkan dan berbekalkan semangat yang adoo aku mampu untuk bgn awal pagi. Kau mampu?

Khamis petang. Thx to Myra sebab teman aku berkampung dekat library nih. Kita sama-sama lapar sama-sama kenyang sama-sama mengantuk masa duk library nih.


Kita sama-sama pergi beli coolblog. Haruslah minum coolblog. Dah tentu dah dekat. Buat bakar semangat kata budak kecik sorang nih. Waklu minum coolblog bakar semangat nk study AIS. haha

Khamis malam. Library kosong oh. Serius tak percaya. Aku dengan Myra je yg ada time nih.


Buat muka comel sikit. Tehee.

5. Baju-baju kotor dalam laundry bag mmg dah penuh sampai tak muat dah. Mmg tak lah aku basuh kan. Nama pun aku duk library dari pagi sampai malam. Yg ada masa aku nk basuh baju. Tidaklahhhhhhh. Tak terurus baju baju aku. Mana taknye. Duduk library then balik bilik petang tuh untuk mandi. Mandi SAHAJA. AIS130 kau betul-betul menyeksa aku. ==''

6. Tak cukup tidur. Fuhh, Jumaat tuh aku tidur tak sampai 2 jam der. Nak habiskan 9 chapter kan. Ada je soalan spot tapi aku tak pasti dan aku lebih prefer baca semua dan Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik untuk paper AIS nih. Biasa lah bila dah final ni semua orang tak cukup tidur. Yelah, final beb. Jangan main. Semua nk kejar dekan. Siapa tak nak dekan doh. Aku pun nak. Bak kata Meen nk dapatkan DSLR kena dapat DLsr dulu. Kau tak nak DL (deanlist) ? Aku nk dohh. Tersenyum bangga mak aku kalau aku dapat dekan. Ye, aku mampu. Doakan saya ye kawan-kawan.

7. Tidur malam pun tak lena. Dah tidur pun tak sampai 2 jam nak lena apa nye kan. Jumaat malam tu lepas aku balik dari library aku study kejap then aku tidur dalam 45 minit gitu. 45 MINIT ye. Tapi aku mengigau tak tentu hala. Based on cerita kawan aku n video yg diorang rakam. Memang agak memalukan. Tapi nk buat mcm mana kan. Penat sangat. Haha, satu bilik gelakkan aku. Patut ke ? Tak patut!


Oke cukup lah tuh 7 gejala sebelum paper AIS. Aku cuba buat yg terbaik untuk subjek computer nih sebab dia subjek membaca. Kalau tak baca mmg tak boleh jawab. So, alhamdulillah aku dapat buat yang terbaik untuk paper AIS ni. Tinggal satu paper je lagi. FAR here I come bebeh. Wish me luck untuk paper akaun kawan.

Lepas paper AIS terus keluar melepak dekat Bandar Hilir Melaka. Hoyeahh.

p/s: I love you F.


BYE.












THANKS FOR READING

0 karut mengarut: