Oh tidak!


Oh ya. Puas lah aku menulis panjang-panjang tadi then kononya nk rehat satu jam sebab hencek F ajak super saver. Lepas habis je super saver aku maka hilanglah apa yg aku dah taip tadi. Cis, agak menyirap jugak. Tak ingat dah tadi nk cakap pasal apa. Now kita tukar topik lah ye.

Entah tiba-tiba Hencek F ajak gayut. Aku yg tengah seronok menaip dgn lajunya sebab idea mencurah-curah pun terpaksa akur sebab bukan selalu pun super saver dgn dia kan. Bagus tak bagus tak? Aku korabankan blog kejap semata-mata untuk Hencek F. Cehh, tak sweet langsung! haha. Korbankan blog konon. Gayut tapi fesbuk depan mata. Pakai earphone siap.

Tak tahu kenapa tiba-tiba Hencek F layan teka-teki malam nih. Aku pun layannnn! Agak sedap teka-teki tuh aku pun post status. Auuww seronok tgk respon masing-masing. F pun tak boleh buat apa. Redha je dapat aku yg langsung tak pay attention kt dia. hehe. Sorry. Janji tak buat lagi. :)

Seronok main teka-teka orang. Sekali Meen dgn Azad hentam teka aku pulak. Hoyeahh tak tahu tak tahu. Apehal tanya aku? Sakit hati tengok status aku banyak-banyak teka orang. Huahua, best oh. Tak caya sila cuba sekarang. Anda akan gelak sampai tercekik mouse. Pastikan tercekik mouse. Kalau tak tercekik kau telan je mouse tuh. Kalau besar sgt amek broandband lepastuh telan habis cerita. End.

Cerita ini tamat disini. Sebenarnya bukan nak cerita pasl teka-teki ke F ke G ke W ke bukan bukan. Tgk tajuk lah kan. Hari ni Jumaat kan? Aku pun tak perasan sebab tahu bgn makan tgk tv dan online. Ohh heaven betul hidup aku. Sebulan setengah je merasa macam nih. Lepas nih kena naik turun tangga batu caves kt Tun Merah tu balik. ggrr.

Bila Jumaat maka adik aku yg dekat hostel tuh pun mengada lah nak balik rumah. Aaa ni yang tak enak ni. Balik mmg best tapi kalau balik dah bawa balik baju-baju dia yang banyak dekat hostel tuh. Err, aku baru lepas kemas bilik kot. Agak lah. Kasi lah bilik aku ni bersih teratur dan kemas untuk seminggu pun jadik lahhh. Ni 3 hari pun tak lepas lagi. Kesian betul aku.

Aku mmg tak lah nak kasi adik aku yg masukkan baju-baju dia dalam almari tuh. Tak tak TAK BOLEH! Kang senget sana senget sini aku yang gila. Baik aku yg kemas. Err tapi bukan malam nih la. Kemas esok pagi lah kan. Haa bestnye dapat akk mcm aku. Tak payah susah-susah kemas bilik. Seronoknya jadi adik aku kan tak payah susah nk kemas almari.

Okay, tu takpe lagi sebab aku mmg rela buat kerja tu semua. Tapi yg tak rela bila balik bawak aku ayam KFC dua ketul dgn burger sebijik. Kau tak nak? Mesti lah nak kan. Aku lagi nak kurus lagi dia offer aku makanan macam tuh. Mesti lah aku makan. Eh, tak kan nak tolak. Org kata jgn tolak rezeki. Cehh, padahal aku apa je yg tak nak. Semua nak. Tengok badan lah. XD


KFC. nyum nyum nyum. Sedap kan. Makan depan lappy je wak sambil layan fesbuk. Punya lah pemalas nak makan dalam pinggan. Anak sapa? Tak tahu tak tahu.


Lepas tuh dia kasi aku burger. Err sedap oii. Menyesal kalau tolak kan. Rezeki jangan ditolak katanya. huahua.


Esok dah tak payah makan sebab malam nih je dah makan untuk satu hari esok. Sekarang dah boleh tidur sebab dah pukul 3.30. Perut dah kenyang credit dah habis jari dah penat telinga dah pekak mata dah kuyu. Apa lagi?

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: