Sifat Marah


Dear readers,

Aku baru je selesai solat dan lepas solat tadi terus terdetik nak update pasal marah. Entah kenapa. Tapi semenjak dua tiga menjak ni mmg senang-senang je aku nak marah. Paling teruk yg jadi mangsa ialah Iwan budak kecik muka tak bersalah tu. Kesian.

Bulan mengambang nak dekat agaknya. Tu yang emosi tak berapa nak stabil. Well, apa yang aku nak cakap nih hasil google-an aku di internet baru kejap tadi. Tapi aku cakap guna bahasa aku sendiri. Okay guys ?

Sifat marah ni datang dari hati dan ada kaitan sikit dengan keimanan. Bila kita dapat tahan marah dengan bersabar maka orang itu dikatakan kuat imannya. Korang kan selalu kata 'sabar itu separuh dariapa iman' KAN? Asal nak marah je itu aje lah ayat korang guna. Persoalannya, dapat tahan ke perasaan marah tu dengan bersabar? Err, ada lah sikit. Ceh! =.=


Budak kecil pun tahu marah.

Hasil kajian aku. Cehh kajian. Tak hasil pencarian aku dekat google tadi, bila seseorang itu lagi tinggi darjatnya, lagi tinggi pangkatnya, lagi banyak hartanya, lagi ramai pengikutnya maka tinggi lah egonya. Hal ini kerana (siap penanda wancana. haha) sifat pemarah berasal dpd sifat ego. So, lagi ego seseorang itu, lagi pemarah lah dia.

*Ramai cakap aku ego. Pemarah kah aku? =.=


Marah betul bila internet lembap nak mampus. Sabar sabar = ="


So, penyelesaian untuk sifat marah ialah dengan mengambil wuduk dan beristigfar. Cara ni mampu meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Well, carani korang semua tahu kan. Bila kita marah, terus je ambil wuduk. Confirm reda sikit kan.

Cehh, mcm bagus je aku kan. Tak, aku bukan buat entry ni nak tunjuk baik ke apa ke. Entry ni aku tujukan untuk diri aku sendiri. Aku kan pemarah. Mmg pemarah tapi lagi banyak marah dalam hati jelah. Ceh, sabar lah konon. hehe. Tak pandai nak marah tengking-tengking orang nanti aku jugak yang menangis. Haih, kememeh sikit. Tsk tsk tsk, kan dah kantoi kememeh T__T

Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”

Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”


So kawan-kawan sekalian alam, kesimpulanya kat sini, kita sebagai umat Islam mestilah dapat kawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu. Lepas ini aku kena banyak kan bersabar. So, renung-renungkan dan selamat beramal. End.

BYE.






THANKS FOR READING

0 karut mengarut: