Aku ke diorang yg emosi?


Eh hey you babe.

Err, mari aku cerita then korang yg baca kena bgtahu aku siapa yg emosi. Aku ke diorang? Ayuh dgr cerita aku! Ayuh ayuh! ewahhh.

Disebabkan semalam hari yg memenatkan. Tidur pun tak lambat sgt tapi sebagai balas dendam semalam penat nak mampuihh, yeayy harini aku bangun lambat. Yeayy tak bgn pagi pergi jog sebab pagi tadi hujan lebat lebat mmg syiokk habis tidur tarik selimut sampai kepala. Bila bukak mata, matahari dah terpacak atas kepala. Mmg aku tak nak bgn sebab mata aku mmg tak boleh bukak. Yes syioknye tidur!

Rumah aku sekarang nih ada tetamu. Sepupu lelaki aku 3 orang ada kat rumah. Mmg aku lah kena buat kerja lebih sikit. Selalu tak masak tp dah ada tetamu kena lah masak kan. Laki laki ni kalau ada kat rumah semuanya nak depan mata. Tahu bila time nak mandi ada tuala ada baju. Time nak makan ada makanan. Time nak berjalan ada motor. Time nak melepak dah ada port. Hishh.

Hari-hari yang lepas aku jogging pagi, so aku balik jogging terus beli breakfast je untuk diorang. Takpun aku hentam buat roti telur ke kan. Janji diorang bangun mandi lepas tu menapak kt meja makan dah ada makanan. Tapi pagi tadi aku tak bangun pergi jogging. AKu tak bangun pagi so takde lah makanan. Padankan mukanya!

Lepas tu aku jengah dapur. Jengah je. Lakilaki kat rumah ni kata 'buat lah sarapan myn'. Ewahh mmg dah pukul 11.30 kau nak sarapan apekejadah haremmnye! Pandai lah kau goreng telur sampai hangus. HIHI. Lepas aku dah kemas bilik segala aku prepare lah bahan-bahan nak masak. Ewahh bahan bagai! First time ni nak masak takde yg profesional tgk. Mak aku pun takde.


Tukang masak cap ayam. haha

Ehem ehem, berbekalkan keyakinan yg ada. berbekalkan skil yg tak power nih aku pun main campak-campak. Ewahh mcm tak percaya Shaff masak. HIHI. Tak kisah lah masak kan. Tapi laki laki yg ada ni semua tak guna. Semua nak nganjing2 aku. Bobo betul. Sakit hati aku. Kau bising-bising kau masak lah bobo! Sudah lah aku yg masak. Kau nak bising mcm org kebulur apehal? Lempang nak? Ke kau nak kaki aku?

Aku dah lah bangun tidur terus buat kerja masak segala untuk korang. Bagi lah support ke sokongan yg padu ke. Ni tak. Aku pun main taram je. Dah lantak kau ah. Janji ikan masak kicap aku siap. Kenyang dah korang kan? Dah jangan bising!

Okay gaya mcm aku yg emosi. Aku ke yg emosi? Aku ke aku ke?

THANKS FOR READING

2 karut mengarut: