Apa azam aku untuk tahun 2011?


Dup dap dup dap nak masuk tahun baru nih.
Kejap je masa tuh berlalu. Rasa mcm baru je jadi pelajar lepasan SPM. tapi ahad ni dah balik UiTM and dah masuk pun semester 2. Kejap kan? sigh -.-
Masa tak tunggu kita. Tapi kita yg kejar masa n manfaatkan masa tuh sebaik mungkin. Huh sigh again!

Wishlist untuk tahun 2011 mcm banyak. Alaa buat banyak2 lepas tuh tak dapat bawak lah pergi tahun seterusnya. Tu yg tak best. Kan best kalau apa yg kita impikan untuk tahun tuh semuanya tercapai. Huh tak semua yg kita nak kita dapat kan. Sigh again and again.

Wishlist aku untuk tahun 2011
1. STUDY.
Err aku nak balik UiTM untuk semester dua ni dgn azam baru. Entah, mula-mula mcm down sikit dgn result aku before this sebab sikit lagi 4 rata kan. Eh silap lagi sikit nak capai target. Tapi beberapa hari lepas kot aku IM dgn kawan aku. Err lebih kpd senior kat UiTM tuh and bukan kos aku pun. Dia ckp something yg bagi semangat baru untuk aku. Wahh fikir sejenak jugak kan. Tapi betul. Ada hikmah disebalik apa yg berlaku.

And semester dua ni aku tak nak lagi dah amik mudah je dengan kerja2 yg lect bagi. Buat taktahu ke apa ke. And paling penting aku rasa aku tak nak lagi dah main-main dlm kelas. Uhh ni susah ni. Aku rasa nak serius sikit dlm kelas. Serius aku tak tipu aku kuat main dlm kelas. Huh. Usaha tu kena lenih sikit dpd yg lepas kalau nak berjaya. Bukan sikit tapi BANYAK!

2. BERUBAH.
Well takde manusia yg sempurna dlm dunia ni. Tahun 2011 aku nak jadi manusia yg lebih baik. Ahh, kita jadi manusia tuh selalu je lalai kan. Jadi anak kadang-kadang terlawan ckp mak. Jadi student selalu je malas belajar. Jadi kawan kadang-kadang terrobek kan hati kawan. Jadi gf selalu je marah bf. EH? hehe Jadi isteri? Belum kawin lagi! Nak berubah untuk diri sendiri. Takde sape yg nak ubah diri aku kalau bukan aku sendiri kan. Buang lah yg negatif-negatif tu. Taknak tengok dah. Bak kata dlm buku bahasa malaysia Buang yg keruh amik yg jernih. Ha gitewww! hehe


3. DSLR.
Ishh memang lah kan. Sakit hati betul tengok yg dah pakai tu. Tadi aku dah usha bafak aku dah. 'Yah, nak camera ni boleh?' Err ada bg jawapan yg mcm tuh. Haritu yek tny aku nak apa. Ni aku dah bgtawu tak nak pulak kata 'Ye esok ayah beli ye myn'. Nyiahaha. Ni mcm takpe lah lagi kan. Tapi kalau dpt thn 2011 ni mmg welcome home baby DSLR.

Okay dah ahh. Tak boleh bgtahu yg banyak-banyak. Ni yg simple-simple dan boleh diketahui oleh ramai orang. Azam baru yg real-real punya biar aku sorang jelah yg tahu kan. Cewahh ayat! Yg lain-lain ialah rahsia seri paduka baginda sultanah Shafiqah Kamtumi.
Happy New year people!

BYE.


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: