Saya lah yg paling hijau.

Harini aku bangun awal terus update belog. Senangnye hati. Lepas tu tengok TV. Oh seronoknye kan. Sedap tidur adik kejut sebab pos laju dah sampai. Homaigoddddd, dapat jam dari Feng. Okay you so sweet syg. I love you.

Tak sampai setengah jam aku senyum sorang-sorang sebab teringat mamat kat perak tu. Tiba-tiba Meen call Myra text ckp pasal result. Hoi! Hilang senyum kambing aku. Jantung terus berdegup kencang kalah kelajuan mesin basuh yg tengah basuh baju tu. Rambut aku habis semua gugur. Bulu mata bulu kening semua habis gugur. Botak! Bulu ketiak pun tak terkecuali! (Dah kau jgn gelak.)

Terus online tapi tak boleh bukak. Aku dah geram ni. Eksaited takut gerun semua adaa. Tapi studentportal lembap. Aku tak nak tengok dah. Geram. Rasa nak telan je broadband ni. Tiba-tiba boleh tukar kaler hijau. Betul suruh tukar jadi hulk. Ahh aku rasa kalau boleh nak telan laptop ni sekali. Dengan frame yg ada depan aku ni pun aku nak telan. Ahh meja ni pun sekali lah kalau boleh. ggrr!

Okay nak off nak masak. Ha tunggu studentportal terus pandai masak tawu tak! BYE.



THANKS FOR READING

0 karut mengarut: