Skema betul.


Pagi tadi bangun awal mcm biasa. Mcm biasa jugak bila bangun tidur terus baring atas sofa dan tengok TV. Tapi pagi tadi tak sempat buka TV sebab baring atas sofa terus sambung tidur balik. Tiba-tiba sedar Iwan ada kat sebelah then dia tengah tengok TV. Kartun ah apa lagi kan pagi-pagi butess tu. Aku kalau bangun pagi mesti nak tengok TV tapi bukan channel Ceria lah kan. Mesti channel HBO ke Starmovies ke AXN ke kan.. Mmg syok ah layan pagi-pagi mcm tu.

Tapi pagi tadi aku terpaksa layan Ultraman apa ke jadahnye kartun tu semua sebab Iwan tak nak tukar channel. Huh! Okay fine aku tak kisah lah ultraman ke geng bas sekolah ke Nnija boy ke layann kan aje pagi pagi mcm tu kan. TERpaksa layan sebab tak larat nak bergaduh dapatkan remote control sebab mata aku kuyu lagi.

Aku layankan aje Ultraman tu dengan mata tertutup. Dengan harapan aku boleh sambung tidur balik sebab mmg tak masuk lah Ultraman dgn aku. Lain lah totally spies ke Detective Conan ke. Best lah sikit. Sikit jelah. Mata tutup tapi telinga dengar. Mcm kelakar lah kan bila ultraman dgn raksasa tu berkomunikasi guna 'awak - saya' haha. Tak brader lah weh pakai 'awak- saya' Tak gangster lah. Raksasa tu pun, dah lah RAKSASA guna 'awak - saya' Peh, tak raksasa betul!


Tak silap aku ultraman ni la aku tengok tadi. Dulu masa aku kecik-kecik layan kartun Ultraman ni ada satu je. Sekarang Ultraman dah ada anak. Heh, dengan siapa Ultraman tu kahwin (?)


Doraemon ni tergolong dlm kalangan superhero ke?

End.
BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: