Jangan guna perkataan taktahu kalau sebenarnya kau MALAS!


Wahh tajuk mmg takde panjang lagi lepas tu siap tanda seru kat belakang yg tak tahan tu. ececeh. Lama dah aku nk update pasal ni tapi taktahu kenapa seru tu tak sampai-sampai. hehe. Well, apa yg aku nak cakap sebenarnya untuk entry kali ni. Err err sekejap kasi aku pikir jap tehee.

Benda ni mcm ni. Korang tak payah nak ambil serius sangat aa pasal entry ni. Biasa lah kalau aura Dr Shafiqah Kamtumi dah datang memacam ah aku nak bebel kat blog aku nih. Kita selalu je jadikan alasan TAK TAHU untuk cover perangai malas korang tuh. Ecehh korang kan. Okay aku pun termasuk sekali ah.

Contohnya mcm ni. Katakan bilik korang mmg selalunya bersepah then mmg malas tahap gaban mintak penampo punya lah nak kemas. So, korang akan cakap yg ohh I tak reti mengemas. Mintak maap lah pd bakal-bakal suami. Ah boleh gitu?

Mengikut ajaran aku lah kan, bukannya tak reti tapi sebenarnya malas. KAN? Apa mengemas pun tak reti. Sikit punya hal lah brader. Wa tutup mata pun boleh laa. *riak! nyiahaha.
Contoh kalau baju kau yg berlambak-lambak punca bilik kau bersepah. Kau lipat then masuk lah dalam lemari. Tu pun tak boleh? Katakan malas jugak kau buat alasan tak reti lipat baju. Lipat ala kadar pun boleh. Asal benda-benda tu semua tak bersepah depan mata.

Senang cerita kau letak balik barang-barang yg bersepah tu kat tempat asal. Even kau tak boleh lipat baju dgn kemas atleast barang2 kau tak bertaburan mcm tu je. Buat sakit mata je kan. Yang penting benda bersepah tu orang lain tak nampak. Biar lah kau sorang je yg nampak dah cukup.

Psstt! kalau peremfuan peremfuan, mak selalu suruh Joyahhhh, pergi kopek bawang bla bla bla. Mesti kau jawab Tak reti makkkk!. Wahh mmg alasan baik punya kan tak nak buat kerja. Malas punya cerita kau hentam malas kan.

Kalau lelaki mak kau suruh mentanak nasi kau hentam jawab taktahu lah takreti lah. Mmg lah mintak kaki aku je kan. Jangan ah mengada sgt buat alasan tak rasioanal mcm tu punya gaya. Dah besar kan. Tak perlu lagi kot buat alasan mcm tu. Cehh tapi kalau aku kau suruh tukar tayar kereta aku boleh lah jawab taktahu sebab aku mmg TAKTAHU. hehehe

Macam dah banyak sangat cakap ni. Renung-renungkan dan selamat beramal dari Dr Shafiqah Kamtumi!

BYE.


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: