Sakit hati part 2

Tajuk untuk sakit hati part 2 kalai ni ialah
JANGAN TEMAN ORANG DATING!

Tidur dah lambat malam semalam. Nak tidur awal bopren ajak bergayut. Agak tak cukup dah dahan pokok kat matrix Perak tu. Tu yang dia nak gayut dekat dahan kekasih hati. Cehh -.-

Dah puas gayut sampai nk pekak telinga aku mmg dah mengantuk tahap gaban mmg pikir nak tidur dahh. Esok pagi-pagi nak teman adik tersayang jog dgn bopren dia. Yelah bopren dekat kan. Bopren kita jauh noe tu duk main gayut-gayut je! Itu pun Encik Bopren nak buat superpower lagi sekali. Eh supersaver! Kalau buat lagi sekali aku konpom dgn subuh-subuh aku terlajak.

Bangun pagi lambat sikit. Subuh pun jam 7. Dah laa lambat mama suruh iron baju dia dulu. Okay fine. Dah lah lambat kena pergi rumah Encik Gonjeng dulu. Nak pergi sama-sama konon. Menyampah aku. Dah laa siap tunggu depan rumah lambat pulak si Encik Gonjeng ni. Mmg rasa nak baling je helmet kat dia biar kasi teleng sikit kepala kau.

Bila dah sampai dia duk sodap jalan dgn Encik Gonjeng. Eh aku sorang tinggal kat belakang? Mmg tak adil. Dah laa ajak Encik Gonjeng boleh pulak tak lari. Mmg sia-sia bangun pagi2 teman kau orang duk jalan lenggang kangkung. Kata nk jogging, baju seluar sportshoes mahal semua dah pakai mmg sia-sia ah tak lari. Last last lari sorang-sorang. Takpe lagi lari sorang boleh pulak nak tersungkur depan org ramai. Bobo punya lubang apesal aku tak nampak!

Dah 5 6 lap lari. (Cehh nak gempak je lima enam lap). Batang hidung dua orang tu tak nampak nampak. Takpe lagi. Kita tunggu sementara aku nk sejukkan badan. Eh sampai badan dah sesejuk yg amat pun tak nampak lagi batang hidung nye. Agak dah balik rumah jalan kaki ke apa ni. Takpe sabar lagi. Orang dating kan.

Eh dah nampak dah batang hidung ingat boleh laa balik. Eh dia boleh duk sembang tepi sungai pulak. Eh aku mmg bangun pagi ni pergi tanjung jadi tunggul je kat sini. Nak balik lah!

10 minit, takpe sabar lagi.

20 minit, takpe sabar lagi.

40 minit. Sabar sabar lagi.

Satu jam, mmg dah nak terbaring tersungkur terniarap tertiarap semua lah kat situ. Yg datang kemudian pun dah balik aku ni yg datang awal tak balik balik tapi duk tepi sungai mcm takde masa depan. Memang lah kan. Dah lah sakit perut nak berak. Terpaksa duk jauh jauh dari mamat hensem sebab takut terkentut kuat kang buek malu den yo! Haha

Nasib aku tak baring kat dekat motor tadi. Boleh tidur mimpi bangun balik tidur mimpi balik lah tunggu diorang. Msg dah tiga empat kali dah hantar siap caps lock bagai. Eh orang bercinta mmg tak kisah apa. Dah lepas nih tak nak teman korang dating lagi. Monyosal ikut!

BYE.

THANKS FOR READING

4 karut mengarut:

YB Raz said...

hyeeee jejalan sini :)

ANYS AMYRA said...

macam ni la aku rasa bila teman kau dating dulu2.hahahaha.dan2!

SHAFIQAH SHARMEEN said...

eh penah eh kau teman aku dating? HAHAHAH

SHAFIQAH SHARMEEN said...

eh penah eh kau teman aku dating? HAHAHAH