Perempuan menangis bukan sebab dia lemah!


Hai.

Sekarang suka sangat buat entry khas untuk perempuan. Apesal tiba-tiba bersifat perkauman ni Shaff? Eh, bersifat perkauman tu bukan lain ke? Err takpe abaikan! Okay lelaki, dengar sini elok elok. Oh silap, buka mata luas-luas dan baca ni. Jangan sesekali cop perempuan lemah bila kau nampak dia menangis. Jangan suka suka hati kau cakap perempuan tak kuat sebab dia selalu menangis.

Yes, aku setuju perempuan kalau ada masalah je menangis. Time gembira pun menangis. Tapi korang wahai lelaki sekalian, jangan cakap perempuan suka menangis tanpa sebab. Hello, kitorang perempuan, tuhan jadikan kaum perempuan dengan hatinya yang lembut. Jiwa perempuan ni halus even luar dia Ya Allah kasar nauzubillah tapi dia perempuan dan dia ada hati yg sangat lembut. Perempuan cepat tersentuh. Tolong faham yg itu ye lelaki sekalian :)


Perempuan menangis bukan sebab dia lemah tapi sebab dia nak lepaskan apa yg tertanggung dalam hati dia. Perempuan menangis sebab hati dan jiwa perempuan tak kuat mcm lelaki. Yeahh lelaki kan ego. Mana nak menangis tak tentu pasal. Ye tak? Perempuan lepaskan perasaan dia dengan menangis. So, takkan lah perempuan nak menangis suka-suka kot. Kerana airmataku begitu berharga kot. Haihh

"Tangisan ialah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan bukannya lemah.. Melepaskan bebanan yg ada dengan menangis dapat mengumpulkan kembali kekuatan normal"
-sumber Google

Memang silap besar siapa yg cakap perempuan menangis sebab lemah!
Mereka yg menangis dapat mengembalikan 5 kali ganda tingkat normal dan kewarasan selepas menangis berbanding mereka yg tidak menangis.
-sumber wikipedia

So, lelaki kalau nak menangis pun takpe kan. Dpt meningkatkan lima kali ganda tingkat normal kot. So, mmg takde istilah permpuan menangis sebab lemah! Bukan okay. Aku cepuk sekor sekor nanti! Dah tu je nak cakap. Emosi betul sejak dua menjak ni

BYE.

THANKS FOR READING

Semua masalah boleh settle.

Oh sentapmaknak!

Jangan nak cepat give up lah bila ada susah sikit. Jangan nak melatah lah bila susah. Jangan nak merungut ke apa. Jangan jangan. Kita manusia, biasa lah susah ke apa ke. Tak semua orang boleh senang je all da time. Lumrah hidup lah ada masa kau senang ada masa kau susah.

Semua masalah boleh settle. Kau ada problem, just be cool. Jangan nak tension-tensionkan diri. Buat relax je. Masalah boleh settle kalau kau pandai cari jalan mcm mana nak settlekan. Kalau kau duk merungut je mmg lah tak settle masalah. Ye tak?

Dah, itu je nak cakap. Menangis ni buat mata pedih. Buat aku mengantuk pun ye jugak.


BYE.



THANKS FOR READING

Gulai tempoyak ikan patin mmg menarik perhatian.

Morning semua.

Gulai tempoyak ikan patin sedap ke? Ntah aku taktau lah sebab aku mmg tak makan tempoyak sebab bau dia tak menyelerakan aku. Tapi aku mmg suka blog Gulai Tempoyak Ikan Patin ni haa.

Aku mmg tau lah kewujudannya blog dia ni sebab aku pernah lah usha dia. Eh usha blog dia okay. Bukan usha dia. Aku usha sebab aku kan follow adik dia Nisa Kay. So aku tau lah yg dia ni abg Nisa Kay.

And and, masa aku post entry aku yg ini, si gulai tempoyak ni comment entry aku. Wow, mcm tak percaya. Taktau mana datang tiba-tiba je dia comment entry aku. Dia ajak aku join bloglist dia. So, apa lah salahnya kan. Dah alang-alang tu kannn. Bukan susah ponggg!

Korang pergi lah singgah blog dia. Not bad lah weh. Best jugak laa. Dia ni design header. Kau tengok jelah header adik dia. Lawo doe. Berkenan betul aku. Bukan header je, banner si Nisa ni pon mengancam. Untung lah ada abang kan. Hehe


BYE.




THANKS FOR READING

Semalam banyak benda pelik terjadi kat aku.

Hai yo semua!

Uhh aku banyak kerja ni tapi aku nak jugak update sebab mmg banyak betul benda pelik terjadi kat aku and kawan-kawan aku semalam. Mmg pelik sangat sampai taktau dah kitorang nak buat apa.

Semalam kitorang sewa kereta 5 jam sebab nak pergi Mydin and Jusco sebab kawan-kawan aku ni semua nak beli barang. Haihh Myra lah manusia yg paling banyak sekali beli barang. Aku? Haihh mantain tak beli apa-apa pun der. Ala maklum lah duit takde. Mampu jadi driver je semalam. Hihi

Idora semalam nak amik kereta kat akak yg sewakan kat kitorang tu and then terus merungut-rungut sebab katanya kereta takde aircond. Bukan main merungut lah apa lah padahal dia taktau kat mana button nak tekan aircond tu. Haihh pelik lah ada orang mcm kau ni Dora.

Then, bila Idora and Hajar dah amik aku so aku lah jadi driver. Pemandu seantero dunia ni lagi lah pelik. Mmg pelik lah kalau bawak kereta dari UiTM ni sampai Alor Gajah tak turunkan handbreak. untung lah kau Shaff dapat hidup sampai sekarang ni tau. Bahaya betul!

Dah tu tau bawak kereta tak betul lagi tak mau pandang depan. Ni tak, duk sibuk pandang kiri kanan cari farmasi sebab Idora nak g farmasi. Tengok kiri kanan tak mengagak sampai termasuk lorong sebelah. Ada satu kereta dari depan datang. Nasib jauh lagi. Kalau tak taktau jadi apa. Pelik betul ada orang yg macam aku ni. Haihh.


Sampai Mydin nak parking kereta sampai terlanggar tayar kereta sebelah. Pelik betul macam mana lah aku boleh lepas dapat lesen P. Haihh. Sampai bergegar kereta sebelah. Nasib takde apa-apa. Tapi yg peliknya dan dan lah kereta tu bergegar, makcik punya kereta tu datang. Eh tengok nak pelik pelik kat aku. Tau ke aku baru lepas langgar kereta dia? Huh aku terus cabut. Aiyok taktau! Haaaa.

Habis beli barang dekat Mydin terus chow and kali ni Idora yg drive. Pelik kan, dan dan lah kau nak kasi Idora bawak. Si Dora ni tak pandai sangat bawak auto sebab dia biasa bawak manual. Orang teror kan bawak manual sampai bawak auto pon boleh terlanggar divider. Eh gila betul langgar divider! Kali ni kereta kitorang pulak bergegar. Haiiyoo memang untung lah kasi Idora bawak. Terangkat sebelah kereta. Woohoo gila!

Dah tu pergi Melaka Central. Sebelah Mydin tu je pun. Nak masuk parking pun taktau. Haihh kau tau tak kalau kita nak masuk parking tu kan ada palang kan. Selalunya benda macam tu kan ada pondok nanti kita amik tiket ke apa kan. Ni takde! Mane lah kitorang tau. Duk berhenti lah depan palang tu mikirkan betul ke ni jalan masuk. Padahal palang tu sensored. Kalau depankan sikit kereta tu nanti palang tu naik lah. Hee, memalukan betul!

Lepas ke Melaka Sentral kitorang gerak pergi Jusco. Alaa pergi dekat-dekat je sebab masing-masing takde duit kan. Then kitorang jumpa ular. Peh menakutkan betul jalan-jalan dalam Jusco tiba-tiba ada ular. Mau tak lari kitorang. Kecoh satu Jusco!

Haa, ada orang tu buat pertunjukkan ular mcm tu lah lebih kurang. Siapa nak pegang dan ambil gambar boleh je. Idora yg berani. Aku berani jugak tapi berani amik gambar je. Kehkehkeh. Mana ada ular mengular dalam Jusco. Gila ke apa doe.

Lepas dah beli barang kat Jusco, terus blah. Jalan dah jauh. Dah nak sampai Lendu pun. Tadi lalu jalan terang rasa mcm biasa je. Lagipun masa tu tak lah gelap sangat tapi bila dah masuk jalan Lendu masing-masing rasa mcm gelap semacam. Huuu berdiri bulu roma sebab gelap sangat. Rupa-rupanya tak bukak lampu depan. Takpayah nak scary sangat lah kan gelap. Kau yg tak bukak lampu depan kau nak takut pulak. Hehe

Okay, aku bukan seorang pemandu yg bagus. Aku tau tu.

Dah sampai UiTM, akk kereta tu dropkan aku and Myra depan kolej aku. Masa tu baru perasan masa kitorang beli McD untuk yg take away punya burger prosperity takde pongg! Yg ada burger untuk roomate Hajar je. Apa ni! Kucewa hampa tak dapat hamper. Dah laa prosperity tu roomate aku punya. Pfftt -.-

Ni dua budak kecik ni yang pergi beli take away tu. Jangan salahkan mereka. Tapi salahkan abg Mekdi tu. Hee pasrah!

Act, malam semalam kolej aku ada event tapi sebab kitorang pun balik dah lambat and penat, so ponteng ah tak pergi. Mula-mula line macam clear je tak pergi. Siap kunci pintu bilik segala. Tapi terkantoi pulak. Siap kena amik nama and nombor matrik. Apa ntah gaya macam kat sekolah! Myra dah bengang je. Aku pun bengang jugak!

Comel.

Dua budak kantoi tak pergi event kolej. Yeayy nombor matrix kena amik! -.-

Okay, panjang sangat dah story. Penat dah menaip sampai nak terbenam dah keyboard aku ni. Memang banyak benda pelik kan berlaku. Mau tak pelik kalau banyak sangat kesalahan lalulintas yg kitorang buat. Hehehe peace yaww XD

Sangat cool.

BYE!


THANKS FOR READING

Aku kembali pulih. Aku mesti kuat.

Hai kawan,

Yeah aku sudah pulih. Pulih sepenuhnya. Ahh entry lepas mungkin aku yg terlalu emosi dgn perasaan sendiri. AKu emosi dan aku tak dapat kawal perasaan aku. Aku takde tempat nak luahkan dan aku rasa belog ialah jalan terbaik. And kawan-kawan bg respon positif pd aku. Yeah kawan-kawan aku. Thanks friends.

Aku terharu sgt dgn korang yg prihatin dgn aku. Thanks for those yg IM aku, inbox aku, messages aku, call aku. Aku terharu dengan korang. Thanks for Feng sebab sibuk sangat nak tau kenapa dengan aku. Sorry tak story pun kat awak apa yg jadi pd saya. Sorry Feng. Atleast awak tau keadaan semasa gf awak yg mengada ni.

And a big million thanks untuk Fatin my dear lovey dovey friend. Entry kau betul-betul buat aku nak menangis lagi. Tapi aku kuat. Ye aku kena kuat. Walau apa pun yg jadi aku kena kuat. Aku tak boleh lemah. Aku kena kawal emosi aku. Jangan biarkan hal kecik ni pengaruh otak aku. Ye, aku kena KUAT!


Thanks again Fatin. Thanks a lot. Takde perkataan yg boleh aku guna utk aku describe apa yg aku rasa sekarang. :')

Entry yg sangat ringkas tapi penuh makna. I love you friend.


Thanks pada mereka. Thanks Apple, Toko, Farah and Esyraf.

Thanks kawan. Thanks sgt untuk Farah Diana. Aku tak kenal kau Farah but kau betul-betul buat aku nak menangis tadi. Apa yg kau ckp tu mmg betul and sikit sikit kau buat emosi kembali stabil.

Now, aku dah pulih. Aku dah normal. Aku dah jadi Shaff yg real. Shaff yg happy go lucky. Yeahh aku kena kuat.

Thanks kawan. Thanks Meen yg risaukan aku. Thanks untuk semua lah! Yeahh aku ada kawan. KAWAN :)

*Wish me luck for common test FAR (financial accounting) tommorow.

BYE.


THANKS FOR READING

Dari seorang kawan kepada seorang kawan.

Salam,

Tajuk sedih gila. Okay, now aku takde masa nak buat lawak bodoh ke buat ayat batak ke apa ke sebab aku rasa petang ni mood aku mcm lost. Demm, mana kau pegy haa mood. Well aku sendiri tak suka dengan mood aku yg mcm ni. Aku taktau dengan siapa aku nak bercakap. Aku taktau dengan siapa aku nak berkongsi. Aku taktau dengan siapa.

Aku kawan dengan semua orang tapi aku taktau siapa kawan baik aku atau siapa yg betul-betul aku perlukan.

Aku boldkan ayat ni sebab ayat kat atas ni sepatutnya jadi tajuk untuk entry petang ni tapi well aku rasa mcm panjang lebar sangat so aku pilih tajuk lain.

Aku taktau dengan siapa aku nak ceritakan masalah aku. Aku taktau dengan siapa aku nak kongsi perasaan aku sekarang. Aku taktau depan siapa aku nak menangis sekarang. Yeah korang mungkin nampak aku sbg budak perempuan yg dgn style huduhnya dan gelak ketawa yg tak penah lekang dr mulut dia tapi aku manusia dan aku ada perasaan. Setiap yg aku ketawakan tu tak bermakna aku takde benda untuk ditangiskan. Urghh ayat tangkap leleh!

Yeahh masa aku buat entry ni mood aku tak betul dan aku betul-betul rasa nak menangis sekarang. I don't know why. Tiba-tiba macam ni. -___-

Aku kawan dengan semua orang. Yeahh semua orang ialah kawan aku tapi mungkin ada yg rapat. Kalau rutin aku pergi kelas aku akan always and always dengan Meen. Kadang-kadang mungkin dengan Dora dan boleh jadi sesiapa je yg masuk kepala dengan aku. Tapi bila aku dekat bilik, bila aku dekat kolej kawan aku dah lain. And yg paling rapat ialah Myra. Boleh jadi juga Nurul. Aku taktau siapa. Yeah aku kawan dengan semua orang kan. And korang boleh nampak yg aku tak stick dengan seorang kawan.

Aku takde kawan yg aku boleh ceritakan masalah dan perasaan aku. Aku takde kawan yg aku boleh menangis depan dia. Aku takde kawan yg aku boleh peluk dia dan bgtahu dia apa yg aku rasa sekarang. Aku takde kawan yg boleh pujuk aku menangis sekarang. Aku takde. Okay, aku tau aku emosi. Tapi tak semua orang boleh terus happy dan happy kan. Aku boleh tipu korang dgn pretend to be happy tapi dengan diri aku sendiri aku tak boleh tipu.

Aku ada Dia. Orang cakap bila kita serabut, kita boleh ambil wudu' dan kita akan rasa tenang. Yeah munkin aku boleh terus solat Asar sebab aku mula taip entry betul-betul lepas azan tadi. Aku serabut dan aku akan buat apa yg patut.

BYE.


THANKS FOR READING

Jaguh netball kan. Harus lah menang. Wahhh!

Hai.

Semalam I main netball utk part 2. Lai lai, sape cakap aku tak reti main netball. Elok sikit lah. Entry ni sambungan utk entry I LOVE DAIS. Dat day, lawan futsal tapi semalam netball utk perempuan dan lelaki takraw. Ahh pasal takraw takpayah cerita sb aku tak amik port.


Lai lai tengok kaki lah wehh. Ni kaki jaguh netball weh. Jangan pandang aku takde mata eh. Elok sikit. HIHI.


Position centre okay. Kau ada? Lai lai sini tengok org lah. Halamak, terpilik utk SAFA kot. Woott woott jaguh netball kan. Hahaa

Tak tak, actually yg pgg position centre tu Nana (depan sekali sebelah kiri). Okay foinee aku tak pandai main netball. Dgr diorang bincang WD GS apa ke jadah nya ntah semua tu mau ternganga mulut aku. Taktau siod. Kesiann -.-


Sesi warm up. Bosan gila aku time ni. Roomate semua join, aku je tak. Classmate si Dora dgn Meen tak sampai-sampai lagi. Mati kutu lah aku kat situ sensorang. Time ni aku bajet coach suruh diaorang warm up segala. Haipp coach okay!


Idora & Meen dah datang. Tanduk sudah keluar.
Idora kalau amik gambar tak pernah mengecewakan. Yeahh dis is my feveret picture. Mau tak feveret kalau dah jadi profile pic mukabuku. Wengggg :)


Apa yg tak boleh kan. Semua pon boleh. Lek je duk baring bersantai kat court ni haa. Apedehal, kita kita je kann. ahaha


Love like this mucho mucho :)


Comelnye. Kesian org sebelah tu. Org lain yg main netball kaki dia yg luka teruk. Eww, takut aku tengok. Mau tak emosi, terkopek kuku kaki dia doe. Mcm mana ntah boleh terjatuh. Nak kata main netball tak jugekkk!

Dah dah, nak siap pergi kelas qmt. Tunggu-tunggu jugak mane tau dapat msg cakap kelas QMT batal ke kan. Takde pulak. So kena pergi lah.

BYE.

THANKS FOR READING

Lets Partayyyyyy bebeh!

Hei and Good Morning!

Tiada apa yg lebih menggembirakan selain dpd kelas cancel. Yuhuuu!
Lagi menggembirakan bila harini mmg kelas aku sgt sgt pack! Dan sgt sgt penat. So bila ada satu kelas cancel, aku rasa aku lah manusia yg paling bahagia. Kau bahagia tak?

Aku bahagia tapi sekarang aku mengantuk sebab aku bangun pukul 8.30 pagi tadi sebab nak siapkan akaun. Dengan gigihnya aku dan aku berbangga sebab aku mampu bangun dengan tayik mata berlambak-lambak dan air liur basi yg tak kering lagi tu aku terus mengadap buku. Eww! Takde ah tayik mata dan air liur basi okayy.


Paling teruk pun bantal aku penuh dengan peta dunia je. Kehkehkeh

BYE.

THANKS FOR READING

I LOVE DAIS.


Hai!

Semalam course I ada buat suka futsal lawan antara part. Alaa, tak cakap awal-awal part 2 ada hantar wakil futsal. Kalau tak boleh aku join. Aii terpaksa ahh sembunyikan bakat terpendam kaki bangku aku ni. Tapi takpe lah. Kalau aku masuk pun nanti team aku menang pon tak best jugak. Kasi lah team lain menang. Amik amik, aku kasi chance. (Poyo bajet terer -.-)


Harus lah bergambar dgn baju course I. Oii I love DAIS youuuu!

Myra a.k.a Mymin. Tak kisah lah nak panggil apa. Malam ni you main bole jaring I cheer kuat kuat okay. Go SENTAP go MAK go NAK! SENTAP MAK NAK!

Meet my lect Miss Fazu. Haa taktau yg mana kan. Yg pakai spec yg berbaju merah. Haa juga merangkap kepada penyumbang nama team kitorang Sentapmaknak (SMN) !

Meet my coursemate. I LOVE DAIS :)

I love DAIS again! Love love love tak terucap lahhh sebab bg penangan bola dpd belakang kan. Mau tercabut tangan aku. Aduhh terima kasih laa pada siapa yg tendang tu. I'll see you in court bebeh. Haha

BYE.


THANKS FOR READING

Kau pikir kau punya jelous jelahhhhh?!!!

Hai!

Hurrr aku tgh marah ni. Kau jgn lah nak tegur tegur aku. Geram betul lah bila bergaduh sebab si boyfie jelous. Eh, kau pikir jelous kau je. Jelous aku tak pikir pulak. Sepak nak? Pelempang ke? Angin betul satu badan aku. Haihh kan dah emosi entry aku ni.


xxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ececeh marahnya lahai. Tak, tadi tu tipu je. Eww eww apa ni nak marah. Yg sana marah jelous takkan yg sini pun nak marah jelous jugak kot. Aii tak kuasa lah mak. Kalau dua-dua dok marah sana marah sini mcm mana masalah nak settle? Dah laaa aku punca masalahnye. Takkan aku pulak nak marah. Aku dah laa tak pandai nak marah-marah ni. EH?



Haa, fb aku mmg aku simpan IM org kesukaan aku. I mean org yg kalau aku online muka muka dia lah aku nak kacau. And and org yg aku suka stalk. Ehemmm.
Si Feng ni tangan gatal onlinekan fesbuk aku. Alaa wa buat lek je. Wa tak buat salah. Tapi tapi dia mmg jelous betul dengan manusia manusia yg namanye telah di highlight tu. Tettt, lelaki kalau dah jelous..... Haa sentapmaknak!

Kalau dia buat hal nak marah ke jelous segala dgn aku, aku sbg perempuan yg tak pandai nak marah ni (haha poyo habis takreti marah) kena lah bertolak-ansur. Aii aku tau aku baik jgn puji2 lah. Malu lah mak. Kalau lelaki ni jelous dgn kita, tandanya dia sayang kita ececeh menyampah betul. Apa boleh buat dapat boyfie mcm ni tapi takpe I sayang dia. Hehe.

Solution utk masalah mcm ni, kalau Encik Boyfie nak marah marah kau. Takpun tiba-tiba dia moody semacam kalah kita yg datang bulan ni tandanye ada lah tu celah ntah mana-mana yg dia jelous. And and, korang jangan pulak lah nak angin sama. Buat relax je. Kalau sama-sama nak marah mmg bergaduh jelah nanti. Mmg tak jadi apa lah. Mcm aku. buat relax je. Cehh padahal dlm hati dah terbako je. Nasib lah aku ni penyabar. Haha

Okay, dah tu je nak cakap. Mintak maap Feng.

BYE.


THANKS FOR READING

Kau ingat kau cantik sgt? Poorrahhhhh!

Hello yaww man.

Yeahh semalam rasa badan mcm tak sihat sgt sampai lah pg tadi. Alaa biasa lah org kalau dah balik rumah lepas tu kena balik U balik mmg mcm2 lah sakit datang. Sakit kepala lah nak muntah lah nak pengsan lah senggugut lah. Poorahhh alasan semua tu!

Nak nak lagi pagi tadi. Mak aiii punya lah sakit kepala aku nak bangun pagi. Ikutkan hati nak MC je mintak cuti sakit. Haa kau ingat UiTM ni bafak kau punya. Ingat kan lagi minggu ni banyak assignment and test maka aku gagahkan diri! Boleh je bangun act. Sakit kepala tu alasan je. Poorrrahh!

Cerita dah lari topik. -.-
Eh kau! Ingat lawa sangat ke haa? Alaa nak buat muncung2 gitu. Kau ingat santek sangat ke? Eww. Okay relax.
(Breath in breath out)

Relax derr, wa takde nak kondem kondem org kat blog ni. Takde aku nak copy paste gambar kau letak kat blog aku ni lepas tu nak mengutuk kau cakap kau tak lawa ke apa. Dah laa tak lawa lagi nak letak dlm blog aku. Mmg tak ahh. Miahaha kejam.

Aku tak kejam sangat nak cakap kau tak lawa kat blog aku ni. Paling kejam pon aku face to face dgn kau lepas tu aku jerit kat telinga kau 'KAU INGAT KAU LAWA? poorahhhhhhhh!'. Tu je. Tak de laa kejam sangat kan.
Haihhh tapi aku takde lah berani sgt nak buat mcm tu. Huh keling!

Eww tak lawa!

Kau ingat santek buat muka annoying mcm tu? Hurrr.

Adik aku cakap mcm ikan buntal. Yeke?

Yelah, mcm ikan buntal. Dah, menyampah lah aku mcm ni!

BYE.

THANKS FOR READING

Jerawat batu vs Nasi beriani.

Hey!

Kasi aku gelak jap. Hahaha apesal siod tajuk mintak penampo. Takde kaitan langsung!
Okay okay, aku ni act tengah siapkan assignment programming ni. Aduhh lepas tu terbukak plak new post. Adoii mcm mane ni Shaff. Bila nak siap. Dah laa buat coding asyik error je. Boleh pulak update entry segala. Okay jap je ni. Janji kejap je. Nyiahaha.

Tadi lepas mandi aku duk belek-belek stone pimple (jerawatbatu) aku ni. Err sakit tau. Sob sob! Lepas tu webbie sana sini tunjuk sikit jerawat batu. Eww korang tengok esok muka korang pulak ada. Aiyokk aku taktau.

Kau nampak? Pehh jauh sebatu pun nampak tau!

Tadaaa, takde dah jerawat yeayyyy -.-

Okay, gambar takde motif.

Err, aku perasan mcm style je pakai shawl ni mcm ni. Style doe. Boleh bawak g class. Hot gitu! Haha. Okay kau tak hot Shaff. Uhh -.-

Ohh pasal nasi beriani ye. Aku tak makan apa-apa dr pagi tadi. Bila semua org dah tidur, aku pergi dapur selongkar makanan. Eh jumpa nasi goreng yaww. Aku panaskan dan aku makan. Wehh dah habis makan baru aku perasan nasi tu bukan nasi goreng.
Tapi nasi beriani -__________-
Patut laa rasa tak macam nasi goreng.

Dah, nak siapkan kerja.

BYE.

THANKS FOR READING

Kita sbg perempuan kena kuat. ! Tak boleh lemah!

Hai peeps!

Harini taknak cerita apa pun. Aku bangun tidur tadi terus capai pencuci muka terus cuci muka. Ala maklum laa jerawat batu sdg bermaharajalela kat hidung aku ni. So baik sikit lah bangun tidur terus cuci muka. Kalau tak mmg terus online je. Haha

Aku buka itunes terus feeling2 lagu Jar of Hearts by Christina Perri. Pehh wa cakap sama lu lagu ni feeling habis. Dengan lirik dia, halamak mmg wa suka baiii. Sesuai sangat lah untuk manusia manusia yg tetttt! Sape makan telur dia lah yg kentut busuk. Lepas tu teringat entry yg aku baca dekat sorang famous blogger ni.
Make your ex regret leaving u..

Lai lai ini takde kena mengena dgn aku. Sila lah baca. Aku mmg setuju 160% dgn apa yg dia ckp untuk entry dia ni. Biasanya kalau kita dah kena tinggal selalunya kita akan always keep calling and messaging. Merayu menangis bagai dengan dia biar dia tak tinggalkan kita. Tapi dia haktuihhhh sebelah mata pun dia tak pandang kau. Pathetic gila kata Kak Baldiah. Ohh jgn mcm tu wahai kaum hawa. Kita kena kuat sb kaum hawa selalunya dianggap lemah. Oh tidak. Aku kuat. ahaha

Sometimes. kita tak boleh jadi baik sgt sb kebaikan kita tu yg akan buat hati kita sakit. Waduhh sedar laa wahai kaum hawa, u should think of yourself first kata Kak Baldiah. Kau akan kelihatan sgt bodoh bila merayu menangis depan dia tapi dia langsung tak menghargai kau. Jangan sesekali buat diri kau kelihatan sgt bodoh.

Bila korang dah ditinggalkan, first sekali korang jgn sesekali contact ex korang. JANGAN! Jgn pretend mcm korang tak pernah clash pun. Jgn layan dia as a boyfriend pun. Bila dia dah tinggalkan kau and then kau merayu merayu nak balik semula dgn dia. In case kata dia accept kau balik. Tapi kau rasa dia terima kau balik atas dasar sayang atau dasar terpaksa? Yes, atas dasar terpaksa sb dia mesti kesian tgk kau yg merayu mcm org gila. Kau akan kelihatan sgt gilakan dia. Well, kau mmg sayang dia tp sb dia berlaku kejam dgn kau and kau harus lah berlaku kejam jugak. Kann?

Jangan lah sesekali biarkan ex korang tgk korang menangis dan merayu. Korang akan nmpk sgt lemah! Korang boleh menangis tapi ex korang tak boleh tahu langsung. Korang kena kuat. Korang kena buat dia menyesal tinggalkan korang. MAKE HIM REGRET! Buat dia rasa yg kau pun tak heran langsung kena tinggal. Tunjukkan kat dia yg korang boleh hidup tanpa dia even situasi sebenar korang mmg sayang gila kat dia kan. Buat apa nak sayang orang mcm tu. Tinggalkan dan teruskan hidup!

Bila korang dah ditinggalkan dan ex korang mesti expect korang akan call dan messages merayu sb dia tau yg korang sayang dia. Jangan contact langsung! Abaikan dia. Anggap yg dia tu tak pernah wujud pun dlm hidup korang. Jangan jadi baik sangat. Bila kita baik sangat org akan pijak kepala kita. So, HURT THEM BACK! Mcm mana dia sakitkan hati korang mcm tu lah korang lawan. Dia tinggalkan korang, so korang tinggalkan dia jugak. You are making him feel rejected bila korang ignore dia.

To make your ex regret losing your love, just accept the breajup and move on. Let your ex see that you have the strength and maturity to live your life without him. Bila dia tengok korang boleh respect keputusan dia untuk be alone so he will be have more respect for you then.

Time to move on girls.
Nobody has the authority to bring us down. Remember that!

Isi kandungan diubahsuai mengikut sesedap rasa aku. So, thanks Kak NurulBaldiah atas entry akk yg begitu mendalam. Cehh, lepas tu layan lagu Jar of Heart ni pehhh tangkap leleh.

BYE.



THANKS FOR READING

Emosi sangat!

Ehem ehem testing yawww.

Whoaa internet kat office mak aku laju gila. Hilang mengantuk mata ni. Harini merungut nak balik rumah. Seboleh-boleh nak balik. Taktahu laa kenapa. Selalu tak balik rumah sebulan muka buat relax je. Ni mak aku pun suruh balik aiii apa ni suruh balik kan aku dah merungut nak balik.

Padahal uitm ni tak kasi balik. Perintah berkurung kepala hangguk dia laa nak main kurung-kurung pulak. Budak sekolah pun tak ada perintah berkurung. wuwuwuw. Yg penting sekarang aku dah kat Muar. Peace sikit XD

Mekasih yaw Azuan hantar aku sampai Melaka central. Adoii aku dah pikir-pikir ni cane laa aku nak amik bus kat Alor Gajah pergi Melaka Central. Pehhhhh TAK RETI yaww. Sorang-sorang pulak tu. Dlm kelas BEL td merungut jelah aku. Sorry lah classmate yg dgr aku mengenget nak balik tp taktau cane kan. Sorry yaw sakitkan telinga korang. Hehehe

Habis je kelas BEL terus roger roger Azuan mintak tolong hantar pergi Melaka Central. Whoaa aku belum sampai bilik lagi dia dah suruh aku tunggu depan tangga Tun Merah yg ala ala batu caves tun. WhattheFiish man! Aku berjubah ni. Jangan nak suruh aku berlari pulak balik kolej. hurr mmg berlari pon -.- Hilang sopan santun ala ala minah arab kan dgn jubah ni bila naik tangga pun dah tunggang langgang!

Sampai MC, ehem ehem bordobar laa den ni kan. Aduhh sorang-sorang ni. Dah laa alim semacam dgn jubah segala. Weirdo gila je aku tadi. Dah laa usha tiga empat kaunter takde tiket. Woi, balik Muar jelah. Takkan takde tiket kot. Pehlis laa weh! Usha punya usha. Pusing empat enam kali dapat pun jumpa tiket! Yes wa syg lu lah amoi sb kasi wa tiket balik Muar.

Dapat naik bus rasa heaven gila. Yes! berjaya pun balik Muar naik bus sorang-sorang. Huahuahuahua. Mengada gila takut naik bus. Sampai bustand Muar manusia kat situ nak tengok pelik je. Macam lah aku weirdo sgt. Eh, harini hari Jumaat sukahati mak ayah lecturer aku lah aku nak pakai jubah pun. Hempuk dgn beg laptop ni baru tau. Haaaaaa emosi betul aku. Dah laa penat ni. Tengok aku mcm aku tak pakai baju pulak. Bongok!

Haa emosi dah kan. Now, kat office mama. Mama nak siapkan kerja and then baru balik rumah. Haihh sumpah aku penat gila. Sakit kepala pun ada jugak ni. Takpe, yg penting aku bukan kat UiTM lagi. Yeahhh. Home sweet home bebeh :)

BYE.


THANKS FOR READING

FENG lagi!


Hai, selamat malam semua.

Yeahh cuti nak habis da. Esok class. Nasib laa kerja aku dah siap. Sketch utk mind maping FAR dah beres. Esok tinggal nak lawa-lawa kan je. Asiggnment AIS ontheway nak siapkan. Kerja apa lagi yg aku tak buat. Edit gambar pun sempat je harini. Whoaa taktau kenapa la sekarang kalau buka lappy je mesti gatal tgn nak edit gambar. Kalau buat coding dah siap dah kan. Ni tak, sibuk nak edit gambar. Hehehe.

Lalala, tajuk Feng lagi. Asyik lah Feng. Tak nak story apa pun. Nak tunjuk je I edit gambar dia. Kau apa kesah. Lantak ah aku nak buat apa. Aku nak edit gambar sape pun kau kesah apa. Bf aku. Bf kau ke? Aku suruh kau editkan ke? Takkan. Kalau tak, mulut tu tak payah nak becok sgt mengutuk aku!

Okay taknak emosi. Sila sila lihat hasil kerja tangan sy yg lembut lagi halus ni.

Tadaaaa. Semalam main potong2 gambar tetibe terus jadik pulak mcm ni. Wahh sekali aku klik mouse terus jadi mcm ni. Ceiitt!


Cubaan kedua. Tak berapa nak kemas sgt sb hari pun dah malam. Lepas tu dah pukul 12 lebih masa aku buat gambar yg ni. Nak supersaver dgn Feng nty lambat Feng marah ayokk taktau.


Tadaaa sila sila tatap mata hidung mulut I yg tak lawa ni.

Okay, tu je nak story.

BYE.


THANKS FOR READING

Salam Maulidur Rasul 1432H

Salam semua.

Sesungguhnya hari ini ialah hari cuti dan masing-masing dah plan nak berdating dgn makwe pakwe, plan nak lepak pantai (roomate aku), plan nak siapkan assignment tanpa buka mukabuku (plan aku), plan nak tidur sehari-harian, plan nak tgk movie da berbagai-bagai plan. Wahh mmg org suka cuti mcm ni. Siapa je tak suka. org gila pun suka.

Ye, suka mmg suka tapi jgn lupa berselawat ke atas Nabi kita. Ingat lah kita cuti hari ni sb hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Aii semalam mmg tak dgr ceramah kat masjid. Tapi sempat jugak lah aku selawat sama-sama dgn Dato' Mizan kannnnn. Lepas tu terus cabut lari. Nyiahaha.


Alolo comel sungguh dua anak ni. Alolo muka aku mcm mak org. Tak bole blah!


Terima kasih laa ye Nana atas tajaan jubah dan tudung sarung awak. Sesungguhnya Nana laa roomate sy yg paling baik sb sanggup mendermakan jubahnya kp sy walaupun sy tak mandi lagi. Ceiiitt!


Kau tgk laa Ya Allah muka astaga mmg takde maap. Tu laa siang-siang dah plan taknak pergi masjid malam tu. Punya laa degil taknak dengar ceramah sekali kena jugak sb akk MT tu apesal mcm dah tau tau je aku tak nak pergi ni ishh. Balik class 6.30 terus mengadap lappy. Bukan nak salin baju ke mandi ke. Tambah lg bulan mengambang, mmg laa tak solat. Lg laa tak ingat nk mandi. Tau tau lepas maghrib akk MT dah panggil pergi masjid. Dia iringnye kitorang sampai masjid. Ciss mmg tak boleh lari.

Sampai masjid selawat gedebak gedebuk, habis selawat terus cabut! Fuhhhh selamat aku sampai bilik terus mandi. Jadi anak-anak, jgn lah contohi sy ye. Sekian wassalam.

Salam Maulidur Rasul 1432H.

BYE.


THANKS FOR READING

Aku ialah aku. Hipokrit itu bukan aku.

Hai, selamat siang rakan taulan sekalian alam. hehe

Aku ialah aku. Aku bukan kau bukan kau dan bukan KAU. Kau nak cakap apa pun pasal aku , apadehal. Ada aku kesah. Kau mmg suka jaga tepi kain aku kan. Suka nak tengok kain apa aku pakai, kaler apa kain aku. Masalahnya aku tak suka pakai kain. Tapi kalau kau nk jaga jugak tepi kain aku, silakannn.

Gambar masa lepak Pantai Klebang haritu byk gambar candid. Mcm2 gaya. Ohh sorry derr, tak main lah candid yg tipu punya 'Weh kau amek gambar aku. Konon-konon candid'. Ciss tak der. Ni betul betul diluar tabi'i. Oh tak, betul-betul taktau gambar aku diambil. Wahh mcm artis lalala :)

Aku suka gambar candid. Sb gambar candid ni tak tipu. Kau tergelak sampai terkeluar anak tekak pon mmg takde cover. Ada aku kesah. Sentapmaknak!
Tapi gambar candid mmg selalunya tak lawa. Bukan tak lawa je, tak senonoh pon ada. Apa aku kesah. Aku mmg tak lawa. Ada aku kesah lalala ?

Phorographer credit to Nana.

Gambar candid ni mmg la tak boleh nak cover betul saiz bdn aku. Apa aku kesah. Aku mmg gemuk.

Gambar 1 :
Sdg asyik membetulkan baju sambil memandang org sekeliling. Tak pandai cover betul. Tgh2 laut nak betulkan baju. Tak sopan betul. Aishh apa ni!
Gambar 2 :
Jalan jalan tepi laut sambil mkn kacang. Apadehal aku mmg mcm ni. Aku mmg suka makan. Kau apa kesah. Err muka tak boleh blaaa.
Gambar 3 :
Err taktau apa motif gambar. Gambar diluar jangkaan. eh?


Aku mmg tak senonoh. Aku mmg gila. Aku mmg tak sopan. Kau apadehal? Apa kau kesah? Ini laa aku. Tak perlu hipokrit. Just be yourself derr. Ni diri aku. Kau sibuk aku tak sopan ke apa ke kau kesah apa.


Astaga. Sape ni sape ni? Agak memalukan. Tapi ini laa aku. Kau sibuk apehal?


Lalala aku tak kesah kau nak ckp apa pasal aku. Yg penting aku happy dgn life aku. Kau tak perlu kot nak jaga tepi kain aku. AKu tak pakai kain. Aku tak pakai skirt. Aku pakai jeans. Kau apa kesah?



It is necessary to get to know me before you can judge me. Something very powerful can be inside myself.


Be nice to everyone and don't judge people when you see them at the first time.

* Sorry for the grammatical error. Yelah, aku tak pandai mcm KAU!
BYE.



THANKS FOR READING