Perempuan menangis bukan sebab dia lemah!


Hai.

Sekarang suka sangat buat entry khas untuk perempuan. Apesal tiba-tiba bersifat perkauman ni Shaff? Eh, bersifat perkauman tu bukan lain ke? Err takpe abaikan! Okay lelaki, dengar sini elok elok. Oh silap, buka mata luas-luas dan baca ni. Jangan sesekali cop perempuan lemah bila kau nampak dia menangis. Jangan suka suka hati kau cakap perempuan tak kuat sebab dia selalu menangis.

Yes, aku setuju perempuan kalau ada masalah je menangis. Time gembira pun menangis. Tapi korang wahai lelaki sekalian, jangan cakap perempuan suka menangis tanpa sebab. Hello, kitorang perempuan, tuhan jadikan kaum perempuan dengan hatinya yang lembut. Jiwa perempuan ni halus even luar dia Ya Allah kasar nauzubillah tapi dia perempuan dan dia ada hati yg sangat lembut. Perempuan cepat tersentuh. Tolong faham yg itu ye lelaki sekalian :)


Perempuan menangis bukan sebab dia lemah tapi sebab dia nak lepaskan apa yg tertanggung dalam hati dia. Perempuan menangis sebab hati dan jiwa perempuan tak kuat mcm lelaki. Yeahh lelaki kan ego. Mana nak menangis tak tentu pasal. Ye tak? Perempuan lepaskan perasaan dia dengan menangis. So, takkan lah perempuan nak menangis suka-suka kot. Kerana airmataku begitu berharga kot. Haihh

"Tangisan ialah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan bukannya lemah.. Melepaskan bebanan yg ada dengan menangis dapat mengumpulkan kembali kekuatan normal"
-sumber Google

Memang silap besar siapa yg cakap perempuan menangis sebab lemah!
Mereka yg menangis dapat mengembalikan 5 kali ganda tingkat normal dan kewarasan selepas menangis berbanding mereka yg tidak menangis.
-sumber wikipedia

So, lelaki kalau nak menangis pun takpe kan. Dpt meningkatkan lima kali ganda tingkat normal kot. So, mmg takde istilah permpuan menangis sebab lemah! Bukan okay. Aku cepuk sekor sekor nanti! Dah tu je nak cakap. Emosi betul sejak dua menjak ni

BYE.

THANKS FOR READING

1 karut mengarut:

ieza.mazlan said...

suka post ni . nak pinjam quotes tu boleh tak ? hehe