Semalam banyak benda pelik terjadi kat aku.

Hai yo semua!

Uhh aku banyak kerja ni tapi aku nak jugak update sebab mmg banyak betul benda pelik terjadi kat aku and kawan-kawan aku semalam. Mmg pelik sangat sampai taktau dah kitorang nak buat apa.

Semalam kitorang sewa kereta 5 jam sebab nak pergi Mydin and Jusco sebab kawan-kawan aku ni semua nak beli barang. Haihh Myra lah manusia yg paling banyak sekali beli barang. Aku? Haihh mantain tak beli apa-apa pun der. Ala maklum lah duit takde. Mampu jadi driver je semalam. Hihi

Idora semalam nak amik kereta kat akak yg sewakan kat kitorang tu and then terus merungut-rungut sebab katanya kereta takde aircond. Bukan main merungut lah apa lah padahal dia taktau kat mana button nak tekan aircond tu. Haihh pelik lah ada orang mcm kau ni Dora.

Then, bila Idora and Hajar dah amik aku so aku lah jadi driver. Pemandu seantero dunia ni lagi lah pelik. Mmg pelik lah kalau bawak kereta dari UiTM ni sampai Alor Gajah tak turunkan handbreak. untung lah kau Shaff dapat hidup sampai sekarang ni tau. Bahaya betul!

Dah tu tau bawak kereta tak betul lagi tak mau pandang depan. Ni tak, duk sibuk pandang kiri kanan cari farmasi sebab Idora nak g farmasi. Tengok kiri kanan tak mengagak sampai termasuk lorong sebelah. Ada satu kereta dari depan datang. Nasib jauh lagi. Kalau tak taktau jadi apa. Pelik betul ada orang yg macam aku ni. Haihh.


Sampai Mydin nak parking kereta sampai terlanggar tayar kereta sebelah. Pelik betul macam mana lah aku boleh lepas dapat lesen P. Haihh. Sampai bergegar kereta sebelah. Nasib takde apa-apa. Tapi yg peliknya dan dan lah kereta tu bergegar, makcik punya kereta tu datang. Eh tengok nak pelik pelik kat aku. Tau ke aku baru lepas langgar kereta dia? Huh aku terus cabut. Aiyok taktau! Haaaa.

Habis beli barang dekat Mydin terus chow and kali ni Idora yg drive. Pelik kan, dan dan lah kau nak kasi Idora bawak. Si Dora ni tak pandai sangat bawak auto sebab dia biasa bawak manual. Orang teror kan bawak manual sampai bawak auto pon boleh terlanggar divider. Eh gila betul langgar divider! Kali ni kereta kitorang pulak bergegar. Haiiyoo memang untung lah kasi Idora bawak. Terangkat sebelah kereta. Woohoo gila!

Dah tu pergi Melaka Central. Sebelah Mydin tu je pun. Nak masuk parking pun taktau. Haihh kau tau tak kalau kita nak masuk parking tu kan ada palang kan. Selalunya benda macam tu kan ada pondok nanti kita amik tiket ke apa kan. Ni takde! Mane lah kitorang tau. Duk berhenti lah depan palang tu mikirkan betul ke ni jalan masuk. Padahal palang tu sensored. Kalau depankan sikit kereta tu nanti palang tu naik lah. Hee, memalukan betul!

Lepas ke Melaka Sentral kitorang gerak pergi Jusco. Alaa pergi dekat-dekat je sebab masing-masing takde duit kan. Then kitorang jumpa ular. Peh menakutkan betul jalan-jalan dalam Jusco tiba-tiba ada ular. Mau tak lari kitorang. Kecoh satu Jusco!

Haa, ada orang tu buat pertunjukkan ular mcm tu lah lebih kurang. Siapa nak pegang dan ambil gambar boleh je. Idora yg berani. Aku berani jugak tapi berani amik gambar je. Kehkehkeh. Mana ada ular mengular dalam Jusco. Gila ke apa doe.

Lepas dah beli barang kat Jusco, terus blah. Jalan dah jauh. Dah nak sampai Lendu pun. Tadi lalu jalan terang rasa mcm biasa je. Lagipun masa tu tak lah gelap sangat tapi bila dah masuk jalan Lendu masing-masing rasa mcm gelap semacam. Huuu berdiri bulu roma sebab gelap sangat. Rupa-rupanya tak bukak lampu depan. Takpayah nak scary sangat lah kan gelap. Kau yg tak bukak lampu depan kau nak takut pulak. Hehe

Okay, aku bukan seorang pemandu yg bagus. Aku tau tu.

Dah sampai UiTM, akk kereta tu dropkan aku and Myra depan kolej aku. Masa tu baru perasan masa kitorang beli McD untuk yg take away punya burger prosperity takde pongg! Yg ada burger untuk roomate Hajar je. Apa ni! Kucewa hampa tak dapat hamper. Dah laa prosperity tu roomate aku punya. Pfftt -.-

Ni dua budak kecik ni yang pergi beli take away tu. Jangan salahkan mereka. Tapi salahkan abg Mekdi tu. Hee pasrah!

Act, malam semalam kolej aku ada event tapi sebab kitorang pun balik dah lambat and penat, so ponteng ah tak pergi. Mula-mula line macam clear je tak pergi. Siap kunci pintu bilik segala. Tapi terkantoi pulak. Siap kena amik nama and nombor matrik. Apa ntah gaya macam kat sekolah! Myra dah bengang je. Aku pun bengang jugak!

Comel.

Dua budak kantoi tak pergi event kolej. Yeayy nombor matrix kena amik! -.-

Okay, panjang sangat dah story. Penat dah menaip sampai nak terbenam dah keyboard aku ni. Memang banyak benda pelik kan berlaku. Mau tak pelik kalau banyak sangat kesalahan lalulintas yg kitorang buat. Hehehe peace yaww XD

Sangat cool.

BYE!


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: