Benda tak dirancang ni mmg senang je nak jadi.

Hai.

Eleh aku tau lah aku lama ta update. Korang pon dah malas nk bukak blog aku kan. Ishh jangan gitu nyah. Mak baru baik demam ni sampai tak boleh bangun. Gitu lah gamaknya kalau asal weekend je mmg tak gheti nak duduk bilik bukak buku kan. Duit keluar pon daH mcm air. Supp kejap je aku dah miskin! Hepp lepas ni mogok tak keluar bandar lagi! -.-

Aii susah lah bila dah terbiasa bilik ni huru-hara dgn suara 16 orang sekali bila sampai masa semua berambus keluar dr bilik ni ada yg balik rumah ada yg pergi camping tinggal lah kami berempat. Padahal bilik kat sini standard 4 oranglah derr. Itu lah dia perangai kalau dah terbiasa duduk ramai-ramai. Sekali tinggal empat orang mmg mati kutu lah cite dia.

Jumaat petang kitorang relax lagi. Masa berlalu jam 8 malam dup dap dup dap. Itu pon si Alin anak Dato' Sabri ni dah bising-bising ckp bosan. Kitorang relax lagi. Dup dap dup dap dah pukul 10.30, si Alin betul bosan ni. Dia ajak overnight pulak. Ingat kan main-main. Ceh ceh, sekundal dia pon dah kat DP patut lah ajak keluar. Bila semua dah buat keputusan, semua siap mcm lipas kudung. Huru-hara betul. Gila kau keluar pukul 10.45. Meroyan pak guard tengok kitorang. Tak faham bahasa ke apa kan dah cakap waktu mcm tu tak boleh keluar dah. Eh tapi ni Shaff weh. Mari keluarkan taktik lama yeayyy bebas dr kurungan UiTM!

Tengok movie World Invasion bapah ah dapat seat 3 dari depan tak senget pulak kepala kau kan. Dengan cite yg main tembak tembak bom sana bom sini mau tak juling pulak mata kau kan. Tengok sekali dgn si Nazif and the gang ggrr maseh lah belikan tiket kitorang yg seat 3 dari depan kann -.-

Habis movie mcm biasa lah rutin kan lepak McD. Masing-masing tny soalan nak sama, nak pegi mana ni nak pegi mana., Tu lah dia keluar tak plan, tau tau je eh dah dalam panggung wayang. Haa sekarang ni semua dah mati kutu taktau pegi mana. Last-last lepak dataran je dengan 3 orang budak ni ha tambah sorang laki laki sekundal si Alin ni haa. Takpe lah boleh jadi hero kitorang kot kot nak kena colek ke cehhh =='

Habis satu Melaka kitorang round sebab nak tunggu malam. Yelah si Nabila Dato' Sofian ni teringin nak pergi Jonker Walk. Kita turutkan ajeee. Tengok wayang lagi cerita Hikayat merong Mahawangsa pon boleh lah berbaloi lah aku beli tiket tapi yg penting mmg tak ah nak duduk seat 3 dari depan kan haha. Layankan game basketball kat tempat game. Main game kereta fight dgn Latip ceh dia ingat dia teror sgt ke haa. Sumpah lah mmg seronok keluar dgn korang tapi penat tak payah cerita lah habis nak tecabut semua skru skru kat lutut aku tapi takpe lah bukan selalu dapat overnight dgn korang kan. Jangan serik lah ye kita mandi asas je kat toilet MP tu ehh. Orang tengok pon pelik kahkahkah. Mai sini jom tengok gambar. Kalau baca je apa aku membebel kau orang pon boleh naik juling kan. ggrr

Wahh gambar dah boleh buat cover album lah kan. Wonder girlss eww eww. Girls Generation? Eww eww. Ahh tak payah lah nak group segala!


Tu ha hero sorang tiba -tiba terselit konon boleh lah selamatkan kitorang kot kot kena colek ke. Tapi orang pon taknak colek kitorang. Emm takpeeee -___- Dahlaa hero dia sorang, amik gambar semua nak lompat, habis semua gambar aku rosak sebab kau lah latip! Tunggu lah nanti aku pakai dslr kau nak melompat lebih tinggi pon aku tak kesah jgn lompat tak turun balik da laaa -.-

Tu lah dia Nabila Dato' Sofian ni ha. Mak aii jalan dgn dia penat mak nyah. Semua kedai pon dia nak masuk. Setiap line pon dia nak usha. Ikutkan aku ni takde duit jek. Kalau tak semua pon aku da beli hihi

Dia juga merangkap my lesbian partner. Jeles ahh tengok ada satu gay partner kat hattan square main peluk peluk pegang pegang punggung eh kitorang pon nak la jugak jadi lesbian partner haha.

Sekian cerita untuk hari Jumaat dan Sabtu. Cerita untuk Ahad nanti lah next entry kan. Paintball punya pasal aku mc 3 kelas semalam. Mmg taknak main lagi dah paintball. Sakit dia mmg ummpphhh lah!

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: