Manusia berubah.

Hai.

Ehem testing testing. Cubaan meng-update selepas sihat sepenuhnya. Dua tiga hari lepas tiba-tiba mcm tak sihat. Ahh syukur aku dah sihat sekarang. Oh kaki aku stil bisa-bisa lagi tapi takpe, update belog tak guna kaki weee :)

Entry kali ni mmg dah lama dah aku nak update tapi aku still tak dapat nak cari point-point dia so mmg koje nye postpone jelah. Bila satu dua hari ni aku cuti dr fesbuk blog segala ni sb tak sihat tapi otak aku ni mmg duk pikir-pikir je. Siap dah karang ayat. Kan senang bila otak aku dah karang2 ayat dia terus save kat draft otak. Lepas tu bila aku online aku bluetooth jela terus ke lappy. Okay tak cadangan aku? Utk kebaikan korang jugak kan? Haha, korang dah boleh abaikan cadangan aku tuh sebab org yg baru sembuh ni mmg otak tak betul lagi. Kena hantar format agaknya. -.-

Kembali ketajuk asal.
Ada dua sebab kenapa manusia beubah. Yg ada dalam kepala hotak aku ni mmg ada dua je pun. So, aku nk bgtau dua-dua ni jelah. Kalau korang ada lagi bolehlah kita kongsi-kongsi nanti ye. Sharing is caring ngeeee :D

1. Berubah kerana masalalu dan kesilapan.
Yeahhh, manusia takde yg sempurna. Semua org buat salah. Tak kira lah tinggi mana darjat kau, banyak mana harta kau, cantik sangat muka kau, hensem mana muka kau and so on, kau ttp buat salah. Betul tak? Org kata experience is the best teacher. Bila kita buat silap dan silap kita tu buat kita jadi matang. Kita belajar dr kesilapan dan kita cuba yg terbaik utk masa akan datang. Kita cuba berubah jadi yg lebih baik. Betul tak? Selalunya, kalau dulu kita selalu sgt buat silap dan sekarang kita mungkin jadi yg lebih baik sb selalunya manusia belajar dr kesilapan. Bukannya sekarang kita tak buat silap langsung tapi atleast kau cuba tak ulang kesilapan yg sama. Kann?


2. Berubah kerana seseorang.
Maksudnya? Sini aku explain. Berubah kerana seseorang ni boleh berubah kpd yg tak baik dan kpd yg lebih baik. Alah, biasala lah tu. Bila kita jumpa org yg salah so secara tak langsungnya akan merubah diri kita kpd yg tak baik. Benda ni selalunya jadi bila kita jumpa org yg salah lah. Korang faham kan? Contohnya, dulu kau baik dgn A tapi bila kau jumpa B sebab si B ni lagi sekepala dgn kau so kau dah tak baik lg dah dgn si A ni. Padahal si A ni punya baik budaknya dan si B ni kira kawan yg menjurumus kan kau ke gaunglah senang citekan. Haaa tak nampak ke bila kita jumpa org yg salah secara tak langsungnya akan merubah diri kita ni. Yeahh rite people?

Dan seseorang itu mungkin akan berubah kpd yg positif sebab dia jumpa dgn org yg betul. Bukan lah org yg dia jumpa tu serba serbinya betul tapi atleast dia bagi perubahan yg baik kpd seseorang. Eh, kau paham ke apa yg aku cakap ni. Aku rasa mcm dah berbelit je. Takpe, kita teruskan. Contohnya mcm ni, katakan kau baru couple and gf kau kata dia tak suka boyfie dia merokok and kau stop smoking sebab kau syg dia. See, bukan ke itu perubahan yg baik? Haha balik balik rokok jugak yg jadi contoh. Okay tukar lain.

Contoh kedua, kau mungkin boleh dikategorikan org yg pemalas dan mmg muka kau jelah nak pinjam assignment org lain biau senang kau nak copypaste kan. But then, katakan kau couple and bf/gf kau always and always pesan kat kau suruh belajar rajin rajin and pasangan korang tu mmg selalu lah bagi sokongan padu kat kau. Padu okay! Sgt padu lah sokongan pasangan korang tu dan lama-lama kau pon rasa mcm tak berselera sgt dah nak copypaste assignment org ni. Kau rasa assignment buatan sendiri lagi hebat. Dan dan lebih membanggakan bila prestasi kau pun meningkatlah jugak dpd sebelum ni kat bawah dan asyik jatuh merundum je kan. Haaa, tak ke ianya menunjukkan perubahan yg positif. Kann?

Huh huh, panjang lebau ha dah cakap ni. Okay people, ini cuma pendapat aku. Aku cuma nak kongsi apa yg aku rasa. Itu je. Sharing is caring kannn.

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: