Perkara yg buat perempuan tak suka lelaki.

Hey.

Lelaki lelaki sekalian lai lai sini baca ini entry sesuai untuk hang semua. Peringatan untuk awak tau yg perempuan tak suka lelaki bila lelaki tu mcm ni ke mcm tu ke. Harapkan muka awak yg hensem gilos je tapi perangai mcm tayik pun tak guna juga ye dakk? Okay sini ada 7 list. Ehemm Feng, awak boleh take a note yeah.

1. KAKI MEROKOK

Lalala aku tau lelaki kat Malaysia ni majoriti semuanya perokok tapi apa boleh buat kebanyakkan perempuan kat Malaysia ni ramai yg demand lelaki tak merokok. Tapi sb bilangan perempuan yg ramai dan lelaki yg SIKIT so perempuan terpaksa lah akur dgn boyfriend yg kaki rokok. Apokan dayo, tapi jgn pulak awak hisap rokok fuh fuh asap masa dating dgn girlfriend pulak ye. Alamatnye mmg mintak maki lah. Peace :)

2. CEMBURU BUTA

Ye saya tau awak sayang girlfrined awak tapi jangan lah melampau-lampau. Ehenmm, lelaki sekalian. Bila korang couple maknanye korang syg girlfriend korang (for sure lah kan) and korang percaya yg pasangan korang tu sayang jugak kat korang. So for what kau nak cemburu membabi buta? Kesian babi tu kena buta sebab jelous korang tu. Boleh cemburu tapi takpayah nak guna sgt lah ayat "cemburu tandanye sayang' kan. Cemburu ada batas lah brader. Takkan nak berkawan pon tak boleh kan. Take a note ya boys :)

3. MENINGGIKAN SUARA

Wah wah mentang-mentang kau lelaki kau nak main tinggi tinggi suara. Elok sikit ye lelaki. Sy tau awak balak dia tapi awak belum jadi suami yg sah pd pasangan awak tu. So, rasanya awk tak perlu lah nak tunjukkan sgt kuasa veto awak sebagai lelaki tu kan. Perempuan ni hati dia lembut, kalau sikit je awak tinggikan suara kesan yg tinggal kat hati perempuan tu banyak tau. Haaa nampak tak permainan dia? Nak marah tu agak-agak lah yee.

4. MENGONGKONG

Ha lelaki! Wahh awak kalau ye pon nak mengongkong agak-agak lah. Ni aweks awak tu nak bercakap dgn lelaki pon tak boleh. Kemain lah awak tak kasi dia cakap dgn lelaki lah apa lah tapi awak boleh pulak sedap cuci mata tengok perempuan seksi. Nanti kalau awek awak kata jgn tengok perempuan lain awak kata awek awak tu queen control. So, kita berpasangan ni kena lah bertimbang rasa baru lah hubungan nya bahagia. Cewahhhhh !

5. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Hey lelaki, awak kalau nak selfish sgt tak payah lah nak pasang niat nak main couple couple ni. Nanti awek awak jugak yg sakit hati. Kesian lah perempuan asyik kena aniaya je kuikuikui. Korang lelaki kena tunjukkan yg korang sbg lelaki boleh bertolak ansur boleh bertimbang rasa. Tunjuk kat awek korang betapa macho nya korang. Ni tak, makan sendiri sendiri amik, minum sendiri sendiri amik. Beg sendiri sendiri bawak. Aii perempuan ni bukan lah lemah ke apa ke tapi saja nak mengada dgn korang. So korang as a boyfriend apa lah salahnya tolong bawak kan makanan awek korang. Kalau tengok dia bawak beg berat ke apa salahnya tolong bawak kan. Ni tak awak pandang awek awak lepas tu buat senyum je. Bukan nak tolong. *tangan ke dada mata ke atas, sentapmaknak!

6. KURANG MEMBERI PERHATIAN

Eleh sy tau awak lelaki mesti cakap perempuan mengada nak message call selalu. Bukan mintak messsages call selalu but atleast awak tau lah apa yg awek awak nak. Ni tak, awek awak marah pun awak taktau. Awek awak merajuk pun awak taktau. Apa yg awak tau? Cuci mata je tau! Perempuan kan, sinonim lah dgn manja. Mintak perhatian tu bukan lah 24 hours awak kena layan dia tapi layan tu biar elok sikit. Ambil berat pasal dia. Biar dia rasa dihargai. Perempuan kan. kerana diri mereke begitu berharga. Peace :D

7. PANAS BARAN

Pehh mmg tak boleh nak buat apa lah kalau dpt lelaki yg panas baran lepas tu taktau nak control. Agak lah sikit marah tu ye. Jangan lah awak marah kat orang lain lepas tu lepaskan kemarahan awak tu kat perempuan. Dah lah kena tinggi suara, lepas tu nak pukul sana sini. Ewahh banyak hensem muka awak nak main pukul-pukul. Nak pukul-pukul biar lah setanding dgn awak. Tak payah nak pukul perempuan. Mmg dayus lah cerita dia kan. Lagi satu, kalau marah tolong lah jangan nak baling baling barang pulak. Awak lelaki kan macho. Lelaki kan suka berlagak macho, so kalau awak dapat kawal kemarahan awak tu dah kiraa paling macho lah. Tak salah pon kalau kawal kemarahan tu. Awek awak tgk pon meleleh air liur tgk pakwe dia tahan marah. Halamak jatuh cinta dua minit kejap.

Okay dats all for tonight. Tak boleh nak bg point banyak sangat lah kan sebab lelaki pon ada je sebab tak suka perempuan kenapa kan. Apa k jadah ntah malam-malam m'update pasala benda mcm ni. Haihhh. Emm tapi kalau dapat version sebab lelaki tak suka perempuan kan best. Takpe, nanti aku buat lah sendiri -.-

BYE.



THANKS FOR READING

5 karut mengarut:

Bella Ayub said...

hahahaha..setujuuu.. yang kaki merokok tu permintaan sangat tinggi.. tapi alhamdulillah bf kite tak merokok..huhu

SHAFIQAH SHARMEEN said...

bella ayub : kan kan untung lah awak dpt bf tak merokok. bukan senang nak dpt oo. kerana diri mereka bgitu berhargaaa. weewiitttt~ hehe

misz molecule said...

yezza!



semua itu guwa sokong you dear..



dan memang dah banyak kali berhadapan dengan orng sebegitu rupa.



tapi kalau dah jodoh.. terima je la kan>>>?

SHAFIQAH SHARMEEN said...

misz molecule : kannn, kalau dah jodoh apa boleh buat. benda ni semua boleh diubah ye dakk? hehehe

athirah said...

tiba2 rasa... setuju!!! hahahhaha