I do feel better.



Belajar dr kesilapan. Hmmm.
Mungkin ada hikmahnya semua ni berlaku.
Now, Shafiqah Sharmeen diisytiharkan okay sepenuhnya :)
Study utk paper terakhir. Hurrrr (-_-')
:D

BYE.

THANKS FOR READING

Kecewa lagi.

Hidup ni bukan selalunya indah. Hidup ni bukan selalunya kita senang. Dalam hidup ni bukan semua hati dan perasaan org tu kita boleh jaga dgn baik. Bukan semua org takkan kecewa dgn kita. Bukannya kita ni takkan kecewa langsung. Ya Allah,aku kecewa sekarang ni. Seriously. Sgt kecewa. Bukan cuma aku tapi mak aku,akak aku,adik aku n paling penting sekali adik perempuan aku. Bila org penting dlm hidup kita ni kecewa dgn kita, rasanya sgt teruk. Sgt down. Fine,aku dah hilangkan laptop adik aku. Yes, bukan salah aku. Mungkin dr kelalaian aku jugak tp bukan ni yg aku mintak. Tp kenapa aku? Kenapa mesti masa aku bwk laptop adik aku kt uitm ni masa ni jugak kena curi? Kenapa?

Ya Allah. Kenapa mesti masa aku final? Kenapa? Okay fine,dah mmg takdir laptop tu nk kena curi. Okay fine,aku kena bertanggungjawab. Okay fine,aku dpt duit pt sem depan ni aku ganti blk laptop adik aku. Salah aku kan tak kunci almari. Tapi bukan aku sorang. Okay fine.dah memang nasib aku yg malang. Ahh,dah mmg nasib aku asyik kecewakan hati mama dll je. Dlm masa tak sampai sebulan,dpt result kalau aku tak DL memang kecewa lg! Tak dpt dslr lagi kecewa! Kecewakan hati mama lg! Ahh memang nasib aku! Ya Allah.

P/s: via mobile phone. So, sorry fr entry yg tk kemas.

THANKS FOR READING

Just stay strong.


Exam fever :(
Do the best for QMT and FAR paper. Uhh scary!

Shaff, don't think about the last paper.

Doa, usaha, ikhtiar, tawakal :)
Ohh my dreammmmm :(
Emm my wish? Emm I hope so.

Goodnight.

BYE.

THANKS FOR READING

Aku redha.


Ya Allah kenapa begitu berat dugaan yg kau beri pd aku. Aku bukan mengeluh Ya Allah. Aku sedar, utk aku dapatkan kejayaan yg aku pinta itu bukan mudah untuk Tuhan makbulkan. Aku tahu bukan semudah petik jari untuk aku dapatkan kejayaan yg aku pinta. Aku sedar jikalau Tuhan berikan aku kejayaan yg aku pinta dgn begitu mudah, maka aku akan mudah lalai dan alpa terhadapMu Ya Allah.

Adat manusia, mudah lupa. Adat manusia bila dah susah baru nak cari Tuhan. Ya Allah, aku cuba untuk jadi yg terbaik. Aku cuba untuk bagi yg terbaik. Kalau ini yg kau tentukan untuk aku, aku redha Ya Allah. Aku dah usaha sehabis baik. Hanya Tuhan saja lah yg tahu apa yg aku rasa. Hanya Tuhan sajalah yg tahu apa yg aku rasa semalam, pagi tadi, sebelum masuk dewan peperiksaan, semasa jawab soalan dan yg paling genting bila nak hantar kertas soalan. Ya Allah, aku redha dgn apa yg jadi. Aku tidak salahkan Tuhan atas apa yg terjadi. Aku redha.

Aku tahu bukan mudah untuk kita dapatkan apa yg kita mahu. Aku tahu, untut dapatkan kejayaan tu kita kena berusaha dan tempuh pelbagai dugaan. Aku sedar yg hidup kita ni bukan selalunya senang dan bukan selalunya kita di atas. Aku juga sedar yg kita tidak akan hargai apa yg kita dapat itu jika kita tidak diberi kesusahan terlebih dahulu. Ya Allah, kau berikan lah aku ketenangan.

THANKS FOR READING

Random Update. Ditipu tertipu penipu menipu.

Hai yoo.

Serius masa aku buat entry ni aku mmg tgh geram gila. Aku rasa aku tekan papan kekunci ni kuat nk mampos sampai nak kasi satu bilik ni dengar. Haa aku rasa aku nak mengucapkan kata-kata yg manis tp lebih kpd mencarut sb aku betul-betul geram. Thanks Feng sb buat aku mcm ni. Mmg sampai lah hati kau kan nak buat aku mcm ni. Ahh yg perempuan tu pun tak padan nak menggatal dgn pakwe orang. Agak dah takde lelaki lain ke. !#@$#^$%&*%^$

Seriously aku rasa my night is getting sucker bila aku terpaksa tahan ngantuk sebab nak study statistic ni sorang-sorang then tiba-tiba boleh pulak ada perempuan ntah mana mengaku dia suka balak aku Feng. Hoi hoi, ni apehal nak kacau mood aku pulak ni? Dah laa aku ni tgh nak hampir-hampir dgn bulan mengambang, so mood aku mmg tgh swing lah kan. Boleh pulak perempuan ni call aku cakap dia suka balak aku then dia mintak aku putus dgn balak aku. Eh eh, ni apehal ni.

Masa mula-mula aku dapat call ni aku mmg dah cool habis dah. Kalau org tgk pon boleh salute lah sb ada minah yg tgh call aku cakap yg dia suka balak aku then minah tu mintak aku putus dgn balak aku but then aku boleh dgr mcm nak taknak je sambil makan coklat dan jawab 'tu je? Dah habis cakap dah?' Padahal hati mmg tgH geram lah tapi takpe, sabau kata org Melaka.

Lepas tu dia boleh pulak cakap yg masa aku dating Feng dia pernah langgar bahu aku. Kahkahkah aku mmg nak kena recognise sorang-sorang yg langgar bahu aku. Kepala hot dia lah. Then boleh pulak nak pick up aku kt UiTM esok sb nak jumpa aku. Starting dr sini cool aku mmg takde dah. Aku mmg dah marah gila time ni. Mmg aku agak meninggikan suara lah masa ni kan. Apa ke bodoh malam-malam mcm ni dia boleh call aku n cari gaduh. @!$#%$^$!

Masa minah ni call aku cakap yg dia dah lama suka balak aku, aku rasa mcm tak kisah lah kan. Tapi bila dia cakap yg act Feng ni nak mintak putus dgn aku tp dia takut so Feng mintak tlg minah ni cakapkan kt aku. WTH are you talking about haa? Kau tau tak aku onthephone kau dgn suara yg mmg kuat, kesian tau tak kat roomate aku yg tgh tidur. @$#$%$^&%^$*&^%!

Cehh, kau nampak betapa marahnya aku? Serius lah aku cakap aku mmg dah cukup cukup cukup lama tak rasa perasaan yg aku rasa sekarang. Kau tau, aku rasa aku dah lama tak rasa perasaan yg begitu marah mcm ni sekali. Serius aku sgt marah tadi tapi sekarang maybe dah cool sikit after aku dapat explanation dr kawan2 aku yg aku ni actually kena prank. Lagi sekali !@$@#$%$#^%&^&*&^. Geram!

Btw, thanks friends sebab prank aku Thanks sgt sebab buat aku marah sampai mengigil tangan aku. Thanks sgt! Aku dah lama tak rasa marah yg mcm tadi tu. Serious. Aku td sipi-sipi gak ah nak menangis kan ceh ceh tapi sebab aku ni kuat lagi gagah perkasa so aku tahankan je air mata aku tu. Erghh kerana air mataku begitu berharga so aku tidak menangis langsung pon tadi hahahhahaha.

Ucapan ribuan terima kasih kepada mak tiri yg sgt kejam ahh menyampah aku dgn kau Meen sb jadikan aku korban, Idora, Syera, Aida Nik dan lain-lan. Maseh lah ye. Maseh lah prank aku, aku mmg cukup tak sangka ah korang nak prank aku mcm ni sekali. Terus takde mood nak study haa. Nak tidur ahh.

*Aku rasa aku betul-betul ah syg Feng kan sb aku mcm nak nanges dah tadi lepas aku letak call minah td tu. HAHAHAHA korang mmg @#$@#%$^%7 (lagi sekali)
]
BYE.


THANKS FOR READING

Random update. Dapat DSLR onthespot. Wohooo!

Suatu ketika dimana baru je lepas makan malam dan mengemas dapur.

Mama : Myn, tgk ni mjalah 3 cite pasal DSLR.
Myn : Ha ha? Desupppppp, *tercongok depan tv dgn mata terkebil-kebil. Kagum tgk effect gambar yg dia buat dlm video tu.
Mama : Pehh mcm tgk wayang.
Myn : Pehh lens dia ma. *mata terkebil-kebil
Mama : Berapa harga dia?
Meen a.k.a kwn aku lah : D90 mahal ohh.
Myn : Kwn myn baru beli dgn lens besar gedabak harga 32++
Mama : Takpe, nty besday Myn tahun depan mama belikan eh.
Myn : Alaa mama cakap kalau DL sem ni Myn dapat DSLR.
Mama : oh eh? Okay, dapat DL on the spot mama belikan.

Wohooooo, tersenyum sampai telinga. Siap main kenyit mata dgn Meen lagi. Jeng jeng jeng. Eh jap jap, ada lagi perbualan yg mmg buat aku senyum sampai nak rabak dah pipi nih.

Mama : Myn tgk tu cane dia handle camera tu. Myn kena belajar lah benda-benda ni semua.

Eh eh eh senyum sampai rabak pipi :)

Myn : Wahhh mama, baik hire a teacher for me utk ajar pasal photography ni semua mcm kwn Myn tu haaaa. Ehem ehem sambil senyum dan menunggu respon.
Mama : Tulah, kena belajar ni.

Naaaaaaa, cool tak cool. Last sekali aku cakap pasal hire a teacher tu aku da tak ingat actually respon mak aku tu tapi respon harus lah positive. Kalau tak positive masakan tidak malam-malam mcm ni nk random update segala. Haktuihhh. Dah tu je nak cakap. Nak off nak studdy *ceh ceh ceh.

BYE.

THANKS FOR READING

Ingat senang nak dapat Mr.Perfect? Tak dapat!

Hey yo.

I like it I like it I like it! Dah mcm intro lagu Rihanna yg baru ni. Sekarang study week weh. Kau tau final next week je. Cepat je. Betul org cakap pejam celik pejam celik tau tau nak masuk dah semester tiga. Mak aihhh. T_T

Harini Melaka cuti, wahh untung lah dapat balik rumah awal satu hari. Boleh lah balik Lendu cepat sikit. Duduk rumah lama-lama nanti bukannya study pon. Tau buka mukabuku je mmg tak jadi apa lah kan. Aku nk jawab apa dlm paper time final nanti. Mmg nahas. So, Ahad ni balik lah Lendu balik walaupun mmg mcm taknak je kan tapi apakan daya aku terpaksa lah sb nk Mr.DL. Kau ingat senang nak dapat Mr sorang ni. Tak dapat Mr.Perfect a.k.a empat rata, dapat Mr.DL pon aku sujud syukur! Tak study tak dapat lah. Menyesal nanti. Erghh!

Dah banyak sgt membebel. Meh meh sekarang ni last class semua nak buat tradisi ambil gambar dgn lecturer. Lecturer aku muda-muda tau. Pandai-pandai lah detect mana satu student mana satu lecturer ngeh ngeh ngeh.


Mana satu lecturer? Yg baju hijau bawak beg coklat tu dah tentu lah bukan. Yg baju biru lagi lah bukan sb mmg takde muka lecturer pon. Haha. Baju pink tu lecturer QMT aku. Naaaa, lecturer paling rock oh. Mau tak rock, org Muar tu. Miss, kita gang ah! Gimme ten! Yeayy :)

Ni pon satu masalah jugak. Taktau dah mana satu lecturer. Haihh. Yg paling kiri bertudung labuh ialah lecturer AIS aku. Best ohh. Dia ngajo kau nak berapa contoh? 10 pon dia boleh bagi sampai kau paham. Haa untung! Haha

Okay fine, mmg aku kesian duk belakang nmpk tangan je. Masing-masing gila kuasa nak masuk gambar -.-' Satu-satunya lect lelaki class DAIS 2B. Sir Zakimi ajar economy best ohh. Dah lah best, baik pulak tu lepas tu mmg kelas dia jelah yg boleh balik awal. Untung!

Hee menci doe mamat ni semua bukan lah nak bagi aku space sikit. Ni pon kes gila kuasa nak masuk dlm gambar. Kesian Shaff kan. Sobsss :'(

Yg bertudung merah ialah lecturer BEL kitorang. Woohoo feveret lect ni weh. Sporting gila ohh. I like Miss Fazu. Miss, peh-lis lah ajar class kitorang lagi next sem. Dgn Miss je sy boleh speaking ikut sedap mulut. Hehehe

Siap keluar kelas pergi dataran keris semata nak ambil gambar satu kelas. Eh cop, idea ambil kelas kat dataran ni idea lect aku okay. Nampak tak? nampak tak betapa coolnya lect aku. Lagi cool dia tny sape ada bawak DSLR. Hahaha

Okay, ni dikira gambar sampingan lah. Hehehe

Sarang hae by DAIS 2B. Ahh mesti ah love aku yg paling lawa sekali. Hahaha sharp tu weh. Untung lah kau berdiri kat belakang tu, panas!

BYE.

THANKS FOR READING

Mimpi indah yg terpaksa dikorbankan.

Hey yop!

Sekarang dah pukul 4.40 PAGI tapi mata membuntang mcm ikan buntal. Padah minum nescafe, mmg lah tak boleh tidur. Kepala nak gila dah study statistic ni. Jari nak kebas dah tekan calculator. Lama dah aku tak buat kerja gila mcm ni. Gila ke? Gila lah sebab mmg tak penah lagi sem ni aku minum nescafe berpaket-paket. Tiba-tiba nak second test ni aku mcm dapat hidayah supaya stay up dan study lebih banyak dpd sebelum ni. Uhh DL tolong lah jadi milik aku! Esok aku kelas 8.30 pagi tau. Test statistic pukul 8.30 malam. Tapi aku buat relax jelah tgk roomates aku tidur mimpi siap mengigau semua. Bukan buat relax, tapi terpaksa. Erghh berkorban utk kejayaan.


Wish me luck.

BYE.

THANKS FOR READING

Takde mood nak membebel.

Hai.

Tengok tajuk tau yg aku mmg takde mood nak cakap banyak. Aku dah upload gambar banyak punya untuk korang cuci mata. Boleh tengok sampai lebam.

Proudly present my lovey dovey roomies :)

Berempat berbaju kotak-kotak beronggeng di Dataran Pahlawan. HEHE.

I love Melaka. (Takde kaitan lagsung ppfffttt -.-)

I love LOMO :)

Keterujaan kelaparan kebuluran kejakunan. Extra cheese please. SEDAP!

Ketensionan lalu membawa diri dan bershopping. Keseronokan yg terlampau terhadap shawl2 yg murah tahap jimbam. Akak belakang dah tension layan aku. Ahh, customer is always right. Hahah

Test mcm2 baju. Seronok! Nabila Sofian is my lesb partner. Eh no, shopping partner. Dia sgt sporting! Oh lupa, Nabila Sofian also my camera partner. Rawrrr!

Kepala upin & ipin lagi BESAR dr kepala saya.

Nabila Sofian is my best photographer. Ngeee :)

Shafiqah Sharmeen is the best model on that day kahkahkah. Over -.-

BYE.



THANKS FOR READING

Pokok Sakura di UiTM Melaka?

Apa kau ingat Jepun je ada osaka. Hey, UiTM Melaka pon ada tau. Dats why sy sangat berbangga menjadi pelajar UiTM Lendu Melaka. Ceh ayat mintak penampo harharhar. Aku mmg dah aim lama dah satu port ni. Hari-hari pergi balik kelas lalu depan pokok ni. 'Lawa ni kalau amek gambar' kata aku dlm hati. Kalau balik kelas tu mmg aku akan stop kejap dkt port tu lepas tu aku amik gambar. Tapi mmg gambar pokok dan bunga dia semata-mata lah kan.

Nak amik gambar aku mmg takde org yg boleh tlg amikkan sb aku balik kelas mmg sorang-sorang wuwuwu sedihnya. Tak tak, act kawan2 aku ramai di zon area tasik so aku dgn roomate aku sorang ni mcm tercampak je kat atas bukit ni ha. So balik kelas tu mmg dah biasa dah jalan sorang-sorang sentapmaknak! Pergi kelas berdua dgn Ayni. Woo Ayni ialah kwn sy yg sgt setia sb every time nak pergi kelas dan aku mcm biasa lah lambat nak nak lagi kelas pagi kan dan Ayni akan tunggu aku. Kalau aku ckp 'Ayni pergi lah dulu, aku lambat' dia jawab 'Eh takpe lah kita pergi saing jelah' Haa terharu menangis 2 saat kejap haha. Tapi kalau lepas kelas aku selalu je tinggalkan dia sb err err dia keluar kelas lambat kot harhar. Okay, ni nak cerita pasal pokok sakura ke pasal roomate aku yg sgt baik hati dan aku yg sgt kejam? Haihh suka sgt lari topik.

Pagi-pagi Sabtu haritu aku dah kena bangun. Eh, ini betul-betul pagi tau aku bangun. Nak mandi pon mcm tak mampu sb air sejuk tahap jimbam! Pagi-pagi dah kena pergi court netball sb ada game. Taktau lah aku apa function Encik Mirul suruh kitorang pergi sb aku mmg datang lepas tu cuci mata tengok budak-budak ni panaskan badan then bila game start kitorang blah sb mmg kitorang je yg datang. Yg lain tak bangun agaknya. Panas betul. So, utk sejukkan hati yg panas ni sb pagi-pagi dah mcm org bodoh dtg court netball tp tak buat apa so kitorang memulakan operasi mengambil gambar. Untung ada Alin yg tak suka ambil gambar so dia jadi cameragirl and untung ada Nabila yg suka ambil gambar mcm aku jugak. Yes maka itu dia, penuh lah gambar dlm phone.


Huh, apa punya style yg aku duk posing kat belakang tu. Bapak hodohnya. Haha. No, act gaya dia mcm ni tau tangan kanan tu letak kat pinggang then yg tgn kiri tu garu kepala tapi nmpk aku mmg saje letak tgn kiri tu kat kepala kan? Ish tak suka menyampah betul dgn pose ni. haha

Sy suka gila dgn bunga-bunga dia kaler purple ni. Betul-betul rasa mcm Osaka. Kau ada? Haa takde. Untung belajar kat UiTM Melaka hahaha.


Aku suka betul dgn gambar ni tapi aku tak faham lah kenapa mesti Alin snap masa aku tgh gelak. Tgk, gambar dah tak lawa. Haihh.

'Alin, amik lagi sekali. Mcm tadi jugak. Aku tak kira!' Err tapi tak jadi pon mcm gambar kat atas. Takpe lah, tak berani nak suruh lagi sb Alin garang kuang kuang kuang kantoi takut dgn Alin. Haha

Lastly gambar sy yg gemuk lg pendek. Hodoh betul rupanya tp takpe sy tak kesah.

BYE.


THANKS FOR READING

PROJEK NETWORK BLOGGER.

Hai.

Wahh tajuk gempaks gilos. Act, projek ini ialah anjuran Denaihati.com. Aku dah ditag oleh cikgojes Bella Ayub ni. Tak sangka mak nyah. Lately ni selalu berbalas komen je dgn cik gojes ni. Dia komen entry aku dan aku rasa sgt terharu wuwuwu lepas tu bila kena tag pasal Projek Network Blogger oleh cik gojes ni lagi lah aku terharu lepas tu mcm nak menangis-nangis. *melampau -.-


Nahh, cik gojes ni ialah org pertama. Blog cik gojes ni aku baru jumpa juga baru-baru ni. Aku mula-mula jumpa blog Bella Ayub ni terus jatuh cinta 2 minit kejap dgn header dia lepas tu terus jatuh cinta dgn penulisan dia and terus jadi reader yg setia. Cewahh! Suka dgn cara penulisan Bella ni, sgt sempoi and dia sangat lawa.


Ni lah dia satu-satunya blogger lelaki yg aku tak pernah nak miss langsung entry dia. Aku suka dgn penulisan dia. Sempoi walaupun dia ni kadang-kadang mmg kerja nak kondem perempuan je kan tapi takpe sebab kalau baca entry dia mesti gelak. Mmg menyakitkan hati bila dia cakap pasal perempuan tapi tetap suka. Mantopp kau Mr. K. Hehe


Akk comel mcm jepun ni aku like sampai rosak mouse aku. Comel gilos! Blog dia pon best. Kalau tak best takkan lah aku nak singgah ye dak. Blog dia banyak tips. Bukan setakat tips kecantikan je. kesihatan, edit gambar mcm2 lah. Tips pilih ikan segar pon dia bagi tau. Jgn memain tau. Hebat tak hebat. hahah


Wahh siapa tak kenal FL. Gojes gila. Suka betul tengok gambar-gambar FL ni. Mmg jatuh cinta 5 minit lah dgn dia. Blog FL ni pun banyak tips. Then dia mmg cerita pasal life dia jelah. Nak nak lagi pasal life dia as a student kat Bandung and life dia as a part time model. Sila singgah sebab blog FL ni mmg tak menghampakan. LIKE!


Lastly, Maria Elena yg mmg gila-gila .Seriouly, aku suka gila dgn video-video dia, sempoi gila. Masa baru-baru jumpa blog dia mmg tak tidur malam sampai lebam mata lah aku melayan semua video dia and older post blog dia. Pergi blog dia and then korang boleh jumpa video-video dia. Takpun cari jelah kat youtube tu. Ada punya lah.

Ya, itu dia lima list blog paling kerap aku singgah. Blogger skang ramai gilos. Yg untung yg bagus, dia famous lah tapi kita berblogging bukan untuk famous kan. Untuk kepuasan masing-masing. So, aku mmg tabik spring sampai tercabut jari lah dgn diorang ni semua. Semuanya hebat!

Anda ditag. Terima Kasih :)

Anis Amirah
Athirah Medan
Wawa Zameri
Nisa Kay
Fatin Taha
Farahanis Waheda

*Aku tahan lapar masa buat entry ni. Malas nak tangguh sb lepas ni ada entry lagi tehee.

BYE.



THANKS FOR READING