Aku redha.


Ya Allah kenapa begitu berat dugaan yg kau beri pd aku. Aku bukan mengeluh Ya Allah. Aku sedar, utk aku dapatkan kejayaan yg aku pinta itu bukan mudah untuk Tuhan makbulkan. Aku tahu bukan semudah petik jari untuk aku dapatkan kejayaan yg aku pinta. Aku sedar jikalau Tuhan berikan aku kejayaan yg aku pinta dgn begitu mudah, maka aku akan mudah lalai dan alpa terhadapMu Ya Allah.

Adat manusia, mudah lupa. Adat manusia bila dah susah baru nak cari Tuhan. Ya Allah, aku cuba untuk jadi yg terbaik. Aku cuba untuk bagi yg terbaik. Kalau ini yg kau tentukan untuk aku, aku redha Ya Allah. Aku dah usaha sehabis baik. Hanya Tuhan saja lah yg tahu apa yg aku rasa. Hanya Tuhan sajalah yg tahu apa yg aku rasa semalam, pagi tadi, sebelum masuk dewan peperiksaan, semasa jawab soalan dan yg paling genting bila nak hantar kertas soalan. Ya Allah, aku redha dgn apa yg jadi. Aku tidak salahkan Tuhan atas apa yg terjadi. Aku redha.

Aku tahu bukan mudah untuk kita dapatkan apa yg kita mahu. Aku tahu, untut dapatkan kejayaan tu kita kena berusaha dan tempuh pelbagai dugaan. Aku sedar yg hidup kita ni bukan selalunya senang dan bukan selalunya kita di atas. Aku juga sedar yg kita tidak akan hargai apa yg kita dapat itu jika kita tidak diberi kesusahan terlebih dahulu. Ya Allah, kau berikan lah aku ketenangan.

THANKS FOR READING

2 karut mengarut:

Aisya J said...

bersabar :) sume yang berlaku tu ada hikmah dia :)

SHAFIQAH SHARMEEN said...

Thanks Aisya :)