Random Update. Ditipu tertipu penipu menipu.

Hai yoo.

Serius masa aku buat entry ni aku mmg tgh geram gila. Aku rasa aku tekan papan kekunci ni kuat nk mampos sampai nak kasi satu bilik ni dengar. Haa aku rasa aku nak mengucapkan kata-kata yg manis tp lebih kpd mencarut sb aku betul-betul geram. Thanks Feng sb buat aku mcm ni. Mmg sampai lah hati kau kan nak buat aku mcm ni. Ahh yg perempuan tu pun tak padan nak menggatal dgn pakwe orang. Agak dah takde lelaki lain ke. !#@$#^$%&*%^$

Seriously aku rasa my night is getting sucker bila aku terpaksa tahan ngantuk sebab nak study statistic ni sorang-sorang then tiba-tiba boleh pulak ada perempuan ntah mana mengaku dia suka balak aku Feng. Hoi hoi, ni apehal nak kacau mood aku pulak ni? Dah laa aku ni tgh nak hampir-hampir dgn bulan mengambang, so mood aku mmg tgh swing lah kan. Boleh pulak perempuan ni call aku cakap dia suka balak aku then dia mintak aku putus dgn balak aku. Eh eh, ni apehal ni.

Masa mula-mula aku dapat call ni aku mmg dah cool habis dah. Kalau org tgk pon boleh salute lah sb ada minah yg tgh call aku cakap yg dia suka balak aku then minah tu mintak aku putus dgn balak aku but then aku boleh dgr mcm nak taknak je sambil makan coklat dan jawab 'tu je? Dah habis cakap dah?' Padahal hati mmg tgH geram lah tapi takpe, sabau kata org Melaka.

Lepas tu dia boleh pulak cakap yg masa aku dating Feng dia pernah langgar bahu aku. Kahkahkah aku mmg nak kena recognise sorang-sorang yg langgar bahu aku. Kepala hot dia lah. Then boleh pulak nak pick up aku kt UiTM esok sb nak jumpa aku. Starting dr sini cool aku mmg takde dah. Aku mmg dah marah gila time ni. Mmg aku agak meninggikan suara lah masa ni kan. Apa ke bodoh malam-malam mcm ni dia boleh call aku n cari gaduh. @!$#%$^$!

Masa minah ni call aku cakap yg dia dah lama suka balak aku, aku rasa mcm tak kisah lah kan. Tapi bila dia cakap yg act Feng ni nak mintak putus dgn aku tp dia takut so Feng mintak tlg minah ni cakapkan kt aku. WTH are you talking about haa? Kau tau tak aku onthephone kau dgn suara yg mmg kuat, kesian tau tak kat roomate aku yg tgh tidur. @$#$%$^&%^$*&^%!

Cehh, kau nampak betapa marahnya aku? Serius lah aku cakap aku mmg dah cukup cukup cukup lama tak rasa perasaan yg aku rasa sekarang. Kau tau, aku rasa aku dah lama tak rasa perasaan yg begitu marah mcm ni sekali. Serius aku sgt marah tadi tapi sekarang maybe dah cool sikit after aku dapat explanation dr kawan2 aku yg aku ni actually kena prank. Lagi sekali !@$@#$%$#^%&^&*&^. Geram!

Btw, thanks friends sebab prank aku Thanks sgt sebab buat aku marah sampai mengigil tangan aku. Thanks sgt! Aku dah lama tak rasa marah yg mcm tadi tu. Serious. Aku td sipi-sipi gak ah nak menangis kan ceh ceh tapi sebab aku ni kuat lagi gagah perkasa so aku tahankan je air mata aku tu. Erghh kerana air mataku begitu berharga so aku tidak menangis langsung pon tadi hahahhahaha.

Ucapan ribuan terima kasih kepada mak tiri yg sgt kejam ahh menyampah aku dgn kau Meen sb jadikan aku korban, Idora, Syera, Aida Nik dan lain-lan. Maseh lah ye. Maseh lah prank aku, aku mmg cukup tak sangka ah korang nak prank aku mcm ni sekali. Terus takde mood nak study haa. Nak tidur ahh.

*Aku rasa aku betul-betul ah syg Feng kan sb aku mcm nak nanges dah tadi lepas aku letak call minah td tu. HAHAHAHA korang mmg @#$@#%$^%7 (lagi sekali)
]
BYE.


THANKS FOR READING

2 karut mengarut:

Aisya J said...

ohmaiii! gila laaa. HAHAHA kalaui dah marah gila gila dah kat kawan tu sume. walau. HAHA takut gila kalau betul betul en :p

SHAFIQAH SHARMEEN said...

@Aisya J : gila kann. I yg kena prank ni lagi lah. nak marah kawan kan. so terpaksa lah buat cool je. :)