Hari demi hari

Hai.

Harini aku dah start class. My first class and class tu ialah class BEL 311. Dan yg paling penting aku lambat. Demn it ! Itu aku tak suka sebab mcm bg first impression yg tak elok kat lecturer aku. Dah lah sir tu agak garang. Takut auww. Mcm singa auww. Rasa nak telan je sir tu auww. Auwww ! -.-

Lepas ni akan jadi rutin harian aku datang kelas pagi pakcik hantar lepas class lepak bilik memekak buat mcm bilik sendiri, bila malam baru call pakcik suruh ambil. Nanti call Azuan takpun Alin suruh hantar depan bustop depan UiTM tu sebab pakcik aku tak masuk dalam sampai kolej aku. Memang tak lah aku nak jalan kaki dari kolej ke bustop malam-malam macam tu sorang-sorang pulak. Bila sampai rumah terus on laptop lepas tu boring erghh ! Tak sukanyewwww >.<

BYE.

THANKS FOR READING

New semester.

Hai.

Rasa mcm sekejap je dah masuk semester baru. Tapi bagus lah. Aku rasa dah mati kutu duduk rumah sebulan tak buat apa. Tapi rasa semester baru ni mcm susah sikit lah pada aku sebab aku tak dapat kolej and then terpaksa illegal dekat kolej. Takde lah illegal pun sebab mama suruh aku duduk rumah pakcik aku. Nak duduk kolej dengan almari takde, katil takde memang lah takde tempat pun nak letak barang-barang aku ni yg banyak. Lagipun trauma lah dgn kes laptop hilang last sem. So, aku decide duduk rumah pakcik aku ni. Agak jauh sikit lah dari UiTM tapi takpe lah janji ada tempat tidur and barang-barang aku kat tempat yg selamat

Ahh ayat memang nak sedih. Sedih lah weh terpaksa tinggalkan roomate aku yg 15 orang tu. Ni aku sorang-sorang duduk dalam bilik online je. Kalau kat kolej ni mesti riuh-rendah bilik aku tu. Sobss sedihnya :( Lepas ni aku ulang alik lah ke UiTM tu. Pergi balik kelas pakcik aku yg hantar. Kalau ada kelas malam memang menapak lah kat Tun Merah tu. Rasa mcm susah kan mcm ni. Tapi nak buat mcm mana. Parents aku yg tentukan. Diorang tak kasi duduk rumah sewa and tak bagi aku illegal dekat Tun Merah tu. So, aku akur jelah walaupun aku sebenarnya tak berapa suka dgn keadaan yg mcm ni. Hmm.

Esok class 10.30 pagi. Wohoo, I miss you DAIS3B !



THANKS FOR READING

It's all about you my sweety.

Hai.

Sekarang ni jenis nak update entry pasal it's all about je. Suka hati lah sebab haritu dah tercakap dekat adik aku yg aku nak buat entry pasal dia. Dah TERcakap, kena lah buat kan. Hehe Macam korang semua tau yg aku ada adik perempuan. Dia muda setahun je dari aku. Aku panggil dia Ayin. Dia lah segala-galanya untuk aku. Cehh ayat. Barang aku barang dia. Barang dia barang aku. Kecuali boyfriend sebab taste dia tak sama dengan aku huehuehue. Semua barang kitorang kongsi. Baju, bilik, katil, tudung, semua lah.

Ada satu malam tu aku dengan Ayin ni masing-masing tak mengantuk. Dia messages kawan dia aku messages Feng. Lepas tu ada lah borak-borak. Masa tu aku teringat, dulu masa kecik-kecik kitorang kalau dah baring atas katil sama-sama lepas tu nanti ada je nak usik. Mula cucuk perut adik aku. Kang tetibe main geletek-geletek pulak. Haa ketawa lah kau kasi satu kampung dengar. Dia geletek aku, aku tendang dia, dia sepak aku, aku tarik rambut dia. Memang takde ah nak gaduh cara baik punya. Ni kasar punya gurau yg memang takde maap sampai dah bosan gaduh lepas tu gaduh betul-betul. Lepas tu tak bertegur. Kelakar bila ingat balik. Tadi bukan main gelak lepas tu bergaduh betul-betul.


Mak aku cakap adik aku masa kecik-kecik baik, alim. Kecik-kecik dah melalak nak pakai tudung. Dia tengok mak aku pakai tudung dia pon nak jugak. Tengok jelah gambar atas ni. Sikit punya baik dia pakai tudung tau. Cetengok aku, haremm. Siap pakai baju takde lengan, siap nampak ketiak. Nasib baik budak. Tapi memang aku tak tipu, antara adik-beradik aku dia lah yang paling alim. Even aku yg sekolah agama ni pun tapi dia lagi alim lah dari aku. Adik aku kalau dah bercakap, mmg bernanah lah telinga kau. Akak aku pun tak suka gaduh mulut dengan Ayin sebab mmg confirm kalah lah. Takde maap punya dia hentam dengan ayat-ayat dia tu.

Lepas tu masa kitorang sekolah rendah dulu, adik aku ni sorang lah aku yg ikatkan rambut dia tiap-tiap pagi. Ikat sampai dia puas hati. Kalau dia kata tak cantik, aku ikat lah balik. Mak aku cakap aku masa kecik-kecik selalu kena buli dengan dia. Yela, adik aku ni memang alim tapi kaki buli pppfftt T.T Sampai dah besar panjang dah pakai tudung, tudung pun aku yg pinkan lah apa lah. Kalau nak pakai shawl aku lah mangsa kena pakaikan. Nasib jadi akak kan tapi takpe aku tak kisah.

Masa ni aku gmuk. Tak senonoh je muka. Gemuk gila weh. Adik aku yg baju kuning. Yg lelaki tu cousin aku.

Bila dah besar hilang lah sikit perangai membuli dia tu kan. Tapi ada lah kadang-kadang. Geram je. Dulu masa sekolah, kalau dia tak siap kerja sekolah takpun kerja sekolah banyak bertimbun-timbun nanti aku tolong lah dia buat satu dua. Tolong jugak kan. Kalau kerja sekolah aku yg tak siap mmg takde ah dia nak tolong. Memang dia tak amik port langsung. Bila fikir balik, boleh tahan kejam jugak Ayin ni. Haha

Lepas tu masa kitorang kecik-kecik kalau pergi mana-mana mesti orang ingat aku dengan Ayin kembar. Masa kecik muka lebih kurang kot. Jenis pakai baju nak sama. Pakai gaun pun sama. Colour pun sama. Kalau dia pakai kasut, aku pun pakai kasut. Kalau dia pakai tshirt hijau aku pun hijau. Semua sama. Bila dah besar muka dah lain dah. Dah takde dah orang nak cakap kembar. Pakai baju pun takde dah nak sama-sama ni.


Adik aku ni lah tempat nak mengadu nak lepas geram semua. Semua rahsia aku pun dia tau. Kawan dia pun aku kenal, kawan aku pun dia kenal. Kitoang memang rapat, kalau adik aku ni ada boyfrined lepas tu aku taktau nanti aku akan cakap 'Kau ekk ada bf tak cite eh. Mcm ni ahhh !' Cehh bajet nak marah. Padahal aku yg duduk UiTM tak balik Muar memang lah dia tak cerita hehe. Kalau aku balik dari UiTM nanti da lah satu hari yg kitorang lepak dalam bilik satu hari berborak pasal cerita masing-masing. Gedebak gedebuk cerita, cakap sampai tak cukup air liur lepas tu tau tau je kitorang tertidur.

Ha, cakap pasal tidur, adik aku ni suka cium aku masa tidur haha. Malu ah nak cerita kan. Tapi dia ah yg cakap, 'masa kau dah tidur semalam aku cium kau' Eee malu lah dol. Bajet nak sayang aku lah ? Hahaha Tadi petang pon tengah duk tengok TV tiba-tiba dia cium aku. Eee apa ni ? Bajet adik yg baik lah kau ? Haha.

She's my sister, friend, and everything to me.

BYE.





THANKS FOR READING

SUNSHINE SMILE CONTEST.

Hai.

Mentang-mentang result aku baru dapat semalam. Lepas tu result tu memang buat aku senyum lebau je kan. Lepas tu boleh pulak cik adik manis Adriana ni tag aku contest yg bagi hadiah yg PEHHHHH ! Tolong lah kasi aku menang weh. Kalau menang dapat POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600. Pehh ni kalau dapat memang hadiah untuk result aku lah kan. Nak menangis ni weh nak menangis ni.

In love with Polaroid. Will you marry me Mr. Polaroid ? :')

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/
http://aarrghitsme.blogspot.com/



2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar
(SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.


3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..


4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)


6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:
http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


Gambar yg dipertaruhkan.

Aku senyum masa ni sebab baru je habis kelas. Heh, siapa je tak seronok kelas dah habis kan. Boleh balik bilik sambung tidur heheh.

Aku tengok gambar ni, aku tau memang aku takde peluang yg besar nak menang. Serious ni sebab aku memang takde gambar yg lagi elok. Maklum lah laptop baru lepas format so semua pun lesap. Ni je yg ada. Ni jelah senyuman aku yg paling menawan (pehh menawan uolsss, tak mampu dik!). Kalau ada rezeki insyaallah kahwin lah aku dgn Mr.Polaroid ni. Fuhh fuhhh mintak biar mengena lah gambar ni. Amin.

Di tag :

BYE.




THANKS FOR READING

Alhamdulillah



GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA.

Kejayaan tu takkan hilang kalau kita sentiasa mencarinya. Takkan dapat kalau kita tak mengejarnya. Jangan pernah putus asa kerana putus asa itu lah permulaan kepada kegagalan. Jangan pernah mengeluh. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

*Janji tetap janji.

BYE.


THANKS FOR READING

It's all about Sharmeen.

Hai

Aku rasa kalau aku tak masuk UiTM mesti aku tak kenal twinny aku Sharmeen. She's a very good friend. Memang tak dapat dinafikan. Dia antara kawan aku yg paling sanggup buat apa je untuk aku. Hari pertama aku pergi kelas masa semester 1 dia lah kawan yg jemput aku kat luar bangunan sebab aku taktau kelas kat mana. Standard giteww nak pergi kelas kena berjemput-jemput. Dah mcm jemput-jemput udang pun ada jugak HIHI.

Masa akhir semester 1 aku ada test kok0. Slip exam masa tu hilang pulak. Puas cari dengan roomate sampai ke tong sampah tapi tak jumpa sob sob. But then bila dah sampai kat tempat berkumpul terus je aku cari Meen mengadu nasib kat dia. Dia lah yg yek yek nak call akak senior lah apa lah . Last-last dia teman aku lari balik kolej sebab nak print slip. Terharu sungguh sebab Meen mana boleh lari sgt :')


Lepas tu masa laptop aku hilang haritu, aku call Meen. Taktau lah kenapa aku call dia even kolej aku dengan Meen jauh tapi tak kira aku nak bagitau jugak. Lepas tu tau tau je dia datang kolej aku sebab nak tengok aku. Lepas tu dia lah yg teman aku buat report semua. Terharu sob sob :')

Aku rasa kalau aku tak pergi UiTM ni mesti aku tak tukar nickname. Yelah, sebab Meen ni satu course dengan aku lah aku tukar nickname. Time sekolah dulu puas lah sama nama Sharmeen dengan sorang schoolmate aku ni and kalau cakap aku Myn memang semua orang ingat the other Meen kat sekolah tu. Tak suka betul. Tu yang bila dapat tau Sharmeen ni satu course dengan aku , aku terus decide tukat nickname Shaff sampai satu tahap bila kawan-kawan kat UiTM panggil aku Sharmeen atau Myn aku rasa geli lah wehh. peh-lis lahh. Haha

Mungkin sebab nama kitorang sama lah aku dgn Meen jadi baik. Duduk dlm kelas mmg sebelah Meen lah mmg takde calon lain lagi dah. Kalau masa sem 1 dulu, mmg ada je aktiviti kitorang. Jenis duduk port belakang sekali lepas tu lect tengah bebel-bebel kitorang pas pas kertas. Nak cakap kang takut terover pulak. So , kitorang guna kertas jelah. Sampai penuh satu paper, siap sambung guna buku pulak. Dari satu topik ke satu topik, ada je benda nak cakap. Padahal lepas class boleh je kot gosip haha. Ala korang tak payah nak baik sgt mcm korang tak pernah gosip.

Bila sem dua ni rasa mcm insaf sikit lah. Takde dah pas pas kertas lagi. Duduk pun paling depan. Haa gitu kau. Memang nak buat kerja-kerja pas kertas bergosip tu memang dah tak dapat lah. Tapi duduk depan pun aku bising jugak. Tidur jugak lah aku dalam kelas tu. Memang aku lah budak paling senyap dalam kelas DAIS2B tu. EH ? Tak eh ? heheh

Err, abaikan jelah yg belakang tu eh. Haha.

Ni gambar masa sem 1. Jgn cakap aku tembam. Dem you ! Haha

Aku rasa aku dah lama tak lepak minum sirap makan lolipop ambil gambar mcm artis dengan makcik dua orang ni. Rindu pulak.

*Takutnya result Rabu ni. Err, buat relax jelah ! Gggrr

BYE.





THANKS FOR READING

Tanpamu hidup jadi sunyi.

Hai.

Benda yang aku paling tak suka bila dah masuk universiti ni ialah memang payah lah nak jumpa kawan time sekolah dulu. Masing-masing belajar jauh kemain. Masing-masing busy kalah PM. Nak set date nak kasi kumpul itu semua geng memang susah. So, cuti semester ni dapat lah jumpa Fatin ni ha. Tu pun untung dapat jumpa tau. Aku tak mampu lah keluar hari-hari melepak kan. Aku mampu duduk rumah kemas rumah online makan tengok TV.


Mula-mula lepak kat Tanjung masing-masing berkelakuan sopan. Duduk berborak gelak-gelak.

Lepas tu beli belon dengan kipas apa ntah jadah nama dia. Yeayy mula dah keluar tanduk dia. Snap sana sini tak hengat dunia.

Fine lah memang aku je kena pegang belon tu. Sedih ah mcm ni T.T

Kawan aku pun kawan adik aku jugak.

Hee comel kan adik aku. Tapi sorry lah adik, aku lagi comel okayy. Kau kan adik aku so tak boleh lebih dari akak okay ? HIHI.

Fine lah sekarang makin tembam. Menci lah macam ni :(

*Aku baru perasan yg Tanjung ni kadang-kadang lawa jugak. Hahaha.

BYE.


THANKS FOR READING

Siapa aku selepas 6 tahun ?


Hai

Wohoo selepas enam tahun aku dah duapulohlimatahun woii. Gua sudah tua ggrr. Masa tu aku rasa aku mungkin seorang akauntan yg unggul (ceh unggul -.-). Atau mungkin seorang pegawai bank. Ohh mungkin aku bekerja untuk syarikat ayah aku. Itu apa yg mama and ayah aku nak. Paling ye pun mungkin aku seorang pengusaha cupcake yg paling comel. EH ? pengusaha yg comel ke cupcake yg comel ? Konfius -.-

Okay, paling penting masa tu aku mesti seorang yg dah bekerjaya. Paling teruk pun aku nak before 30 aku nak bawak mama and ayah pergi umrah. Mama kata kalau nak bawak orang tua pergi umrah atau haji kena ada anak yg sanggup dan redha nak bawa orang tua mereka. Yelah, orang tua kan kadang-kadang tu nak ambil wudu' pon tak mampu kan. Nak jalan jauh tak kuat. Kena naik wheel chair. So, aku nak bawak mama and ayah. Aku sanggup. Apa yg aku nak buat ni takkan sama dgn jasa mak aku yg dah lahirkan dan besarkan aku. Okay ni mcm nak masuk entry hari ibu je.

One more thing, aku nak sambung master. Tapi kata Feng, kalau nak sambung kat oversea kena nikah dulu. Eh ? Alaa Feng, nanti kahwin lah ye ? Tapi aku nak kahwin paling muda umur 24 tu pon kalau jodoh dgn Feng ada puhhh puhhh PUIHHHH ! HEHE, okay ni dah masuk entry gatal miang nak kahwin.

Lagi, umur 25 eh ? Aku rasa aku mungkin dah ada kereta dah. Kalau rezeki ayah aku melimpah ruah kot ye paling melampau tahun depan dapat lah Jazz sebijik. Kahkahkah berangan -.- Kalau masa tu bisnes ayah aku berkembang dgn maju, aku nak kerja dgn bapak aku je. Betul ni, mama dah suruh akak aku kerja dgn ayah aku. Haa tu akak aku yg belajar senibina, kot aku yg belajar akaun ni konfem kena kerja dgn ayah aku. kan. Tak payah susah-susah kerja dgn orang.

Lagi apa eh ? Haaa, aku nak travel all around the world. Ayah aku suka wink wink wink. Travel tu biar bawak mama dgn ayah sebab mama aku suka berjalan dan shopping ayah aku pulak suka melancong. Hehehe dah laa aku rasa tu jelah ye. Nak berangan banyak kang jadi mat jenin pulak. Haha

Err yang penting masa aku 25 tu aku keep maintain dgn badan aku yg sekarang ni. Apedehal, slim world ada. HAHA

BYE.



THANKS FOR READING

Feng gila glamour.


Hey Beby, I just wanted to do something simple to say I love you and to put that smile I love so much back on your face. I want everyone to know how much you mean to me.You showed me that I was worth something, something more than I could ever imagine. We compliment each other in everything we do, making each other stronger. You'll never forget to let me know just how much you love me and I never forget to let you know just how much I love you as well. You're the love of my life right now and I really think you're my soul mate.


Honey, I am glad that you came into my life. I have always wanted the love of my life to be understanding, loving, caring, faithful and most of all someone who would accept me for who I am. Now I have found the person I was looking for. I have never trusted any boy the way I trust you. Sometime I even doubt myself, but I know I will never doubt you because you are my true love. I know deep down inside that you will never break my heart or never let me down in anyway.



I know when we first got together there's someone wanted us apart. They told us that our relationship would never last, and they still tell us that. But we have proven them wrong and I want you to stay in my life forever, as you will in my heart. I know forever is a very long time but it won’t be enough time for me to spend with you, showing you every day how much I love and care about you.


I had been searching for you all of my life. You have made me the happiest I have ever been. You are sincere, caring, loving man, and I wouldn't trade you for the world. I am so thankful and blessed that you loved me as much as I loved you. I know you have been hurt in the past and I will never hurt you like that. I am yours and you are mine forever and always. I hate that we broke up that one time but I think it made up realize what we lost. You are the one I've always wished for. I never thought that I would ever meet someone as special as you.


I love each and every moment I share with you.


As the years go by, I stop and think about all the memories we've made, the good times we've shared, and the love between us that keeps growing. You are not only my boyfie, but my bestfriend and soulmate. I'm in love with you even though I am thousands of miles away from you; I am forever by your side. Hmm, how sweet it is to be in love with an angel like you!


Ingatkan kawan-kawan aku je yg tau demand mintak tulis pasal diorang kt dalam blog aku. Eh, Feng pon sama juga. Boleh, sygg. I copy paste kat notes i je. Tak mampu nak buat dua kali. Mau bocor otak. hehehe Happy 8 month annivesary beby.


BYE.


THANKS FOR READING

Tikar + pintu = Benjol.


Hai.

Firstly aku nak mintak ampun kot kot aku tersalah taip ke apa ke dlm entry ni sb masa aku taip entry ni kepala aku mcm tak berapa nak betul. Berpinar weh kepala aku. Tapi mesti korang tanya apa kait tikar dgn pintu kan ? Gggrr

Yek ahh, dah lah berkhidmat untuk mama hantar tikar kat rumah nenek aku. Semalam rumah aku buat kenduri tahlil so tadi aku nak hantar balik lah tikar-tikar yg mak aku pinjam kat rumah nenek aku. Fine fine, part tolong hantar tikar kat rumah nenek tu dah baik dah tu, tapi part angkat tikar banyak banyak sampai tak cukup tangan sekali terhantuk pintu. Bucu pintu weh. Pehh, dah keluar macam-macam perkataan. Haa itu yg dah tak elok tu. Duhh (-_-')

Sekarang ada bulat kecil kat kepala kanan aku. Sakit jgn cerita eh, sakit dol ! Terasa urat-urat kepala aku naik. Gggrr terima kasih banyak-banyak pintu. Ohh terima kasih jugak kat tikar sebab tutup pandangan aku. Erghhh.

Cantik tak default facebook aku sekarang ? Cantik kan ? *Hahaha bangga diri.

BYE.


THANKS FOR READING

Jatuh cinta lagi. Auwww.

Hai.

Err rasa mcm nak jatuh. Bukan jatuh basikal. Tu sakit nanti luka tinggal parut tak best. Aku nak jatuh cinta lagi. Rasa mcm seronok. Tengok video ni alala rasa mcm kelapa aku keluar lep lep banyak banyak kaler pink tu. Auwww so sweet. Eh, aku type kelapa ke tadi ? Ohh kepala sorry.

Ohh lupa, happy teacher's day to all teachers.
Cikgu mana lah nak baca blog aku ni (-_-')


THANKS FOR READING

Kadang-kadang kita perlu menipu.

Aku tau kalau cakap pasal menipu semua orang tak boleh terima. Aku tau bila kita kena tipu semua orang pun marah. Semua orang tak boleh terima kalau kena tipu tapi kadang-kadang kita terpaksa menipu sebab kita nak jaga hati dan perasaan orang lain. Ye, mmg lah orang tak suka kena tipu, tapi kalau kita terlalu jujur dgn seseorang tu and then hubungan dgn orang tu mesti akan ada kesannya. Utk problem ni, kita terpaksa menipu utk beberapa perkara je. And the most reason is kena jaga perasaan orang tu. Betul tak apa yg aku cakap. Setuju tak ?

Contoh yg paling dekat aku boleh bagi bila kita in relationship. Dapat pulak bf yg mcm polis pencen suka tanya mcm2. Kena pulak ex-bf kau call, lama pulak tu. ha hambek kau kena soal tot tet tot tet dgn bf kau. Takkan lah bf kau tny dgn siapa gayut td, kau pun jawab je ex-bf kau. Mmg lah isytihar perang ketiga nama nye tu. Lepas tu terus mogok taknak layan seminggu. Mmg benda yg melibatkan ex ni senang je nak jadi isu. And the best solution kau terpaksa menipu. Maybe kau boleh tipu ckp kwn perempuan, kawan lama. Tapi kalau bf kau jenis sempoi and sporting bab kawan laki ni kau ckp jelah si Abu call dia tanya ni mintak pendapat ni tot tet tot tet pandai-pandai lah cari point nak tipu. Mcm tak biasa pulak menipu. Huehuehue. Kita tipu sb kita taknak benda mcm ni jadi isu and problem kat hubungan kita kan. So, tak salah lah menipu pun. Dah ex kau yg tiba-tiba meroyan call, bukan kita tau pon kan. Bukan kita mmg keep in touch pon dgn ex tu. Tp kalau kau mmg sdg ber-scandal dgn ex kau tu , tu dah lain case lah. Itu mmg menipu yg takde maaf bagimu! End.

Sometimes, boleh jadi jugak bila kita berkawan kan. Jujur sgt kadang-kadang tak menyelesaikan masalah pun. Bukan kita berniat nak tipu tp sebab kita nak jaga hati dan perasaan kawan kita. Betul tak ? Alaa dulu kita kecik-kecik selalu kena kelentong dgn mak kita. Kau nak aiskrim melalak satu kampung dengar, mak kita pujuk cakap tak boleh makan aiskrim nanti gigi semua rongak. Ha hambek kau. Nampak tak permainan dia ? Mak kita bukan nak tipu kita tapi dia taknak kita makan aiskrim sb nty gigi kita rosak. Takde lah rongak pon. Nampak benor menipunyeee. Itu je. Hehehe

BYE.


THANKS FOR READING

List to do before 9.30 a.m

Selamat Pagi !

Fuh, menitik peluh aku weh. Lepas subuh tak tidur terus kemas rumah. Kucing aku boleh berak pulak dalam toilet belakang. Cis, kan tak pasal-pasal aku kena basuh bilik air pagi-pagi buta. Brr hampeh ! Bangun pagi, rasa mcm ada satu tanggungjawab yg kena laksanakan before 9.30 pagi. Apa diaaa ? Yes, semua dah siap !

  • Basuh toilet belakang : Checked !
  • basuh baju : Checked !
  • Kemas bilik mama : Checked !
  • Kemas bilik Shella (akak) : Checked !
  • Kemas dapur : Checked !
  • Kemas hall : Checked Checked !
  • Mop lantai : Checked !
  • Bagi kucing makan : Checked !
  • Bagi baby (kucing) susu dgn ikan bilis : Checked !
  • Bagi baby and dak cik makan ubat : Checked !
  • Kemas laman rumah : Checked !
  • Mandi : Err belum -.-
  • Dating : Err, kejap lagi ? Yeayyyy!
Amacam, ada mampu nak buat ni semua ? Ada mcm bibik tak pagi-pagi buta dah keluntang keluntang kemas rumah ? Ada tak ? Err kat mana eh nak apply jadi maid eh ? Haha, kbye nak pergi Melaka.

BYE.

THANKS FOR READING

Jatuh cinta dgn jiran sebelah.

Hai.
Kalau jiran aku baca confirm dah kembang maggie weh. Tang mana nak jatuh cinta dgn jiran sebelah. Kalau dapat mcm mamat dalam video ni boleh lah. Comel gila nak jatuh cinta mcm tu punya gaya. Malaysia mana ada mcm ni. Korea je ada. Cehh, sorry lah aku bukan peminat tegar Korea. Nama awek comel dalam video ni pun aku tak kenal. Credit to Sharmeen Farhan sb kasi aku video ni. Eeee comel sgt! Nanti kasi yg lain pulak okay!

My heart beating. Eee comel sangat >.<


THANKS FOR READING

Cubaan pertama: Cupcake comel.

Hei.

Cuti-cuti mcm ni mmg takde apa yg berfaedah pun nak buat. Ada lah berbakti sekali dua untuk mak aku setakat kemas rumah sapu sampah. Ahh itu takde hal. Kalau suruh masak haa itu kena pikir sat jap naa. So cubaan pertama aku untuk cuti semester kali ni ialah cupcake. Yeayyyyy jeng jeng jeng cupcake comel. Comel gila weh. Serius tak tipu. Patin cakap aku pentipu. Tak percaya lah tu aku buat cupcake. (-_-')

Comel kan. Eee sumpah geram gila aku tgk cupcake ni. Teringin nak buat cupcake. >.<

Err kata Fatin, aku pentipu sebab tak percaya aku buat cupcake. Eleh, aku bukan pentipu. Aku menipu je. Cecece, tang mana tu duduk rumah nak buat cupcake? Mmg terbako ler dapur aku. Duduk rumah semua channel pun aku explore. Sekarang ni mmg layan starworld je sb ada masterchef, Kimoro, MelB and yg paling penting DC cupcakes. Auwww, its so lovely wehh. Ggrr geram betul tgk cupcake dia. Rasa nak terkam je TV tu *okay itu menipu.

Yg buat cupcake pon comel apetah lg cupcake dia kan. Diorang ni adik-beradik. Tinggalkan kerjaya masing-masing sb nak buat bisnes cupcake. Tengok kasut Phua Chu Kang dia kaler pink tau. Kitew sukew sanad auww. Ahh boleh lah aku buat bisnes mcm ni lepas diploma *harapan T.T

Yg blonde ni Sophie dan yg lawa semanis cupcake ni Katherine.

Okay guyss, yg paling penting kat sini ialah tema dia weh tema dia. Pink wa cakap lu. Suka gila dengan kedai dia. Apron pon kaler pink. Kotak pun kaler pink. Mmg dah boleh tidur kat kedai dia ni. *Aku pun minat pink. Any problem with that? Muahaha

Lepas ni kalau nak buat suprise kat aku bg cupcake pun takpe tau. Mcm yg kat gambar kat atas ni. Comel jee. Tu pun aku dah terharu. Haha *Ntah siapa nk buatkan aku suprise . Anyone ? No one? Err >.<

BYE.

THANKS FOR READING

18 tahun untuk satu malam

Hai.

Err cuti-cuti mcm ni tambah takde duitnya mmg takde lah aku nak pergi mana-mana. Sebenarnya aku dah taktau dah nak update pasal apa lepas tu tiba-tiba mcm terkeluar idea ahaa lebih baik update pasal gathering malam haritu. Alaa bukan kawan-kawan aku oi. Aku pun tua setahun je dgn adik aku so kawan dia kawan aku, kawan aku kawan aku lah. EH? haha

Actually aku just tumpang gembira jelah bila adik aku cakap dia nak jumpa kawan sekolah rendah dia. Aku cuma tumpang senyum jelah. Nak keluar duit takde. Ni betul takde duit. Singget je ada. Singget tu pun aku taktau kat mana. Haihhh (-_-') But then tiba-tiba adik aku mintak temankan dia. Eh? Temankan? Haa boleh tapi siapa nak bayar nanti? Haa aku takde duit. Pasal duit dah mention awal-awal dah hehehe.

Eh meriah kau kat Sabak Awor tu. Heh, aku pun sebab kawan-kawan adik aku tu pun mcm tak kenal so aku terpaksalah jadi friendly. Takde lah aku tercanguk je tak cakap ye dak. Kalau gathering dgn kawan-kawan aku, aku rasa mau lari semua customer kat kedai tu sb bising sgt. Haha Biasa lah kalau dah jumpa kaum sendiri. Makan tak payah cerita lah. Pejam celik kelip-kelip mata fuyooo boleh tahan sedap taktahan aku tengok. Kitorang makan ikan siakap tiga rasa, ikan bakar apa ntah, kupang, sotong goreng, tomyan bla bla bla sekian.

Senyum tak perlu kata apa-apa. Heh aku dah lapar sebenarnya ni. Lama sangat lah kan tunggu kawan adik aku yg tak sampai lagi -.-

Lapar jgn cerita lah kak oi. Tunggu kawan adik aku yg sampai lambat mmg lah perut aku dah mcm2 lagu main. Nasib tu semua kawan adik aku je, kalau kawan aku mmg takde tunggu dah. Aku bedal je. *Eh weh, apa ni amik gambar org tengah makan! Ngee :D

Lepas makan lepak jap borak-borak jap. Memang aku bedal je apa topik yg diorang borakkan. Semua 18 tahun kan. Aku sorang je 19. Eh, ada lah kawan Wawa merangkap photographer kitorang siapa ntah nama aku dah lupa hehehe.

Bila dah lama sangat duduk kat Sabak Awor tu rasa mcm kedai tu kitorang punya, kawan adik aku pun decide ajak pergi tanjung. Emm layan dik layannn.

Okay fine, aku mmg nampak gemuk. Eee baju tu baju tu betul lah kasi hilang confident aku. Baju tuh mak aku baru beli dr Bandung haritu so rasa mcm tak adil kalau aku letak je dalam almari. So aku pakai lah untuk malam tu. Pehh, lepas ni taknak pakai dah baju tuh T.T

Yeayy ni nampak mcm kurus kejap. Haha okay fine amik gambar aku mcm syok sendiri -.-

Haa yg ni aku suka. Thanks lah err sape kawan Wawa tu eh. Mat mat mcm tuh laaa tehee.

18 tahun untuk satu malam :)

Si gemuk.

Boleh tak lepas ni nak jadi 7 tahun pulak ? hehe mcm seronok pulak lah lepak dgn kwn adik aku. Ehh ingat umur ni boleh main order-order. Puihhh!

BYE.

THANKS FOR READING

Thank you Mama.

Hai.

Apa yg mak kita cakap tu jangan dibantah. Jangan dilawan. Apa yg mak kita tegur tu jangan dibangkang sebab mak tau apa yg betul apa yg tak betul untuk anak-anak dia. Kalau mak tu marah bukan sebab dia tak suka tapi sebab dia sayang dgn anak-anak dia.

Mama is always right. Ibu tu tahu apa yg terbaik untuk anak-anak mereka.

Happy Mother's day mama.

Dear Mama,
Thank you for loving me, your daughter. Thanks you for your prayer, your support, and your caring to me. Thank you for teaching me about right and wrong and the consequences if I misbehave. Thank you mama for teaching me about compassion and caring for other people. I'm so blessed to have the best mom in the world. Thank you for always being there, even if I were wrong. Thank you for all the love and caring you have shown from the day you brought me to this world until now and thank you for being my mama. I couldn't have asked for a better one than you Mom.

No gift to your mother can ever equal her gift to you, LIFE.

"My mother was the most beautiful woman I ever saw. All I am I owe to my mother. I attribute all my success in life to the moral, intellectual, and physical education I received from her"

Happy mother's day Mama. I love you.

with lots of love,
Your daughter, Myn.


THANKS FOR READING

Roomate 16 orang rasa mcm nescafe all in one

Hai.

Entry kali serius tak tipu. Roomate 16 orang rasa mcm nescafe all in one. Plus 16 orang roomate aku ni semuanya satu fakulti so aku rasa 'wahhh bertuahnya aku >.'. Senang nak belajar. Ada yg pandai FAR, ada yg pandai QMT yg pandai. Ha lagi satu! Ada yg pandai masak. Patutnya kolej kena benarkan kitorang bawak kuali ke periuk ke so nanti takde lah masalah malas nak beli makanan kat luar. Susah je kitorang nak masak pakai rice cooker. Terhad tau. Yelah masing-masing makan sorang dua pinggang. Rice cooker mmg yg paling comel. Tu pun budak laki kasi pinjam. Kalau takde rice cooker tu mmg takde lah nak merasa Nurul masak. Cehhh.

Masa final haritu mmg seronok gila. Mula-mula pinjam rice cooker kat budak laki, yelah kolej sebelah tu je haa. So amalkan lah budaya meminjam apa salahnya kan. Budak-budak ni nak pinjam sebab nak goreng keropok lekor yelah ada kawan kitorang ni baru balik dr kampung dia kat Kelantan so dia bagi kitorang keropok. Wahh heaven je rasanya duduk dalam bilik aircond siap main goreng keropok lekor. Rice cooker dah laa comel je lepas tu siap goreng nak bagi kat budak-budak laki. Alaa budak-budak bilik aku ni mmg suka buat kerja kebajikan. Hahah. Tapi takde lah gambar goreng keropok tu sebab masa tu aku tak join. Tau tau je dapat dah siap goreng. Aku rasa aku tak join masa tu sebab aku sibuk belajar kot. KOT lahhh (-_-')

Tambah pulak si Nurul roomate aku ni suka masak. Suka benor lah dia dapat goreng keropok, so kitorang yg lain ni menumpang tuah lah dengan mengambil kesempatan dalam kesempitan (KDK bak kata si Alin dgn Bella). Kitorang mintak dia goreng mee. Suka lah Nurul dapat memasak. Main masak-masak tepi meja belajar je. Alaa kesian. Habis satu bilik bau. Nasib tak berasap. Yelah, bilik aircond kan, mmg lah bau sampai luar.

Nyummi. Hehe Ni first trip punya goreng. Yelah rice cooker kecik kan. Kira yg first trip ni untuk kitorang yg tak beli lunch, so yg dah beli lunch tu mmg bukan rezeki lah. Untung lah aku bangun dah pukul 2 mandi-mandi terus lunch. Orang masak pulak tu. Rasa mcm kat rumah :)

Yg second trip siap goreng kentang nyum nyum! Macam-macam kan. Ini lah kalau dah duduk ramai-ramai ada jelah benda yg nak dibuat.

Makan malam kitorang. Cukup-cukup je mee tu untuk 16 orang tau. Semua makan. Lepas tu roomate aku yg lain ada beli nasi lemak 3 bungkus tambah KFC pulak haa so mmg meriah lah masa ni.

Hmm aku rasa mcm dah rindu dah kat roomate aku. Bak kata Bella 'Ni dah cuti sem mesti ada orang post kat TMH1004 ckp rindu rindu' Alaa biasa lah kan. Adat lah kan kita kawan-kawan ni.. hehe

Meet Kina dari kiri dan Bella.

Myra dan Mina.

Mira, I miss you :)

Bella dan Ain.

Disebabkan entry ni pasal roomate aku so aku nak post banyak gambar-gambar aku dgn roomate aku. Emm gambar ramai-ramai takde lah sebab haritu laptop aku rosak lepas tu hantar format and tak backup. Damn you. Habis semua gambar semua video mcm tu je hilang T.T

With Myra. Masa ni dah last paper. Tak nampak tu senyum bahagia. Pehh, heaven lah paper last kitorang tak study pon. Duk melayan si budak kecik ni ha sampai 4 pagi.

Cehh konon belajar laa tu kan. 3 kali tengok gambar ni 3 kali nak tergelak. Duduk sebelah dia mmg lah kerja nak ketawa je. Ada je benda nak gosip. Untung lah kita tak satu kelas. Haha.

Makcik jual hanger. Hahaha. Orang lain sibuk study untuk paper last dia sibuk nak mengemas beg. Comel jee :)

I'm gonna miss you all friends. Tengok lah kot kot aku dgn Myra dapat kolej next sem kita jumpa lah ye. Cehh ni jelah ayat aku dgn Myra selalu guna. Sedih lah kitorang tak dapat kolej. Erghh -.-

Aku suka gila gambar ni so sb tu laa aku post. Kuikuikui. Bella ni peminat fanatik Bieber so no wonder lah kitorang berkaler purple. Haha

Eh, anak mak pakai jersi mak. Comel sangat baju merah tu. Hahah.

See you next semester TMH1004.

BYE.


THANKS FOR READING