18 tahun untuk satu malam

Hai.

Err cuti-cuti mcm ni tambah takde duitnya mmg takde lah aku nak pergi mana-mana. Sebenarnya aku dah taktau dah nak update pasal apa lepas tu tiba-tiba mcm terkeluar idea ahaa lebih baik update pasal gathering malam haritu. Alaa bukan kawan-kawan aku oi. Aku pun tua setahun je dgn adik aku so kawan dia kawan aku, kawan aku kawan aku lah. EH? haha

Actually aku just tumpang gembira jelah bila adik aku cakap dia nak jumpa kawan sekolah rendah dia. Aku cuma tumpang senyum jelah. Nak keluar duit takde. Ni betul takde duit. Singget je ada. Singget tu pun aku taktau kat mana. Haihhh (-_-') But then tiba-tiba adik aku mintak temankan dia. Eh? Temankan? Haa boleh tapi siapa nak bayar nanti? Haa aku takde duit. Pasal duit dah mention awal-awal dah hehehe.

Eh meriah kau kat Sabak Awor tu. Heh, aku pun sebab kawan-kawan adik aku tu pun mcm tak kenal so aku terpaksalah jadi friendly. Takde lah aku tercanguk je tak cakap ye dak. Kalau gathering dgn kawan-kawan aku, aku rasa mau lari semua customer kat kedai tu sb bising sgt. Haha Biasa lah kalau dah jumpa kaum sendiri. Makan tak payah cerita lah. Pejam celik kelip-kelip mata fuyooo boleh tahan sedap taktahan aku tengok. Kitorang makan ikan siakap tiga rasa, ikan bakar apa ntah, kupang, sotong goreng, tomyan bla bla bla sekian.

Senyum tak perlu kata apa-apa. Heh aku dah lapar sebenarnya ni. Lama sangat lah kan tunggu kawan adik aku yg tak sampai lagi -.-

Lapar jgn cerita lah kak oi. Tunggu kawan adik aku yg sampai lambat mmg lah perut aku dah mcm2 lagu main. Nasib tu semua kawan adik aku je, kalau kawan aku mmg takde tunggu dah. Aku bedal je. *Eh weh, apa ni amik gambar org tengah makan! Ngee :D

Lepas makan lepak jap borak-borak jap. Memang aku bedal je apa topik yg diorang borakkan. Semua 18 tahun kan. Aku sorang je 19. Eh, ada lah kawan Wawa merangkap photographer kitorang siapa ntah nama aku dah lupa hehehe.

Bila dah lama sangat duduk kat Sabak Awor tu rasa mcm kedai tu kitorang punya, kawan adik aku pun decide ajak pergi tanjung. Emm layan dik layannn.

Okay fine, aku mmg nampak gemuk. Eee baju tu baju tu betul lah kasi hilang confident aku. Baju tuh mak aku baru beli dr Bandung haritu so rasa mcm tak adil kalau aku letak je dalam almari. So aku pakai lah untuk malam tu. Pehh, lepas ni taknak pakai dah baju tuh T.T

Yeayy ni nampak mcm kurus kejap. Haha okay fine amik gambar aku mcm syok sendiri -.-

Haa yg ni aku suka. Thanks lah err sape kawan Wawa tu eh. Mat mat mcm tuh laaa tehee.

18 tahun untuk satu malam :)

Si gemuk.

Boleh tak lepas ni nak jadi 7 tahun pulak ? hehe mcm seronok pulak lah lepak dgn kwn adik aku. Ehh ingat umur ni boleh main order-order. Puihhh!

BYE.

THANKS FOR READING