It's all about you my sweety.

Hai.

Sekarang ni jenis nak update entry pasal it's all about je. Suka hati lah sebab haritu dah tercakap dekat adik aku yg aku nak buat entry pasal dia. Dah TERcakap, kena lah buat kan. Hehe Macam korang semua tau yg aku ada adik perempuan. Dia muda setahun je dari aku. Aku panggil dia Ayin. Dia lah segala-galanya untuk aku. Cehh ayat. Barang aku barang dia. Barang dia barang aku. Kecuali boyfriend sebab taste dia tak sama dengan aku huehuehue. Semua barang kitorang kongsi. Baju, bilik, katil, tudung, semua lah.

Ada satu malam tu aku dengan Ayin ni masing-masing tak mengantuk. Dia messages kawan dia aku messages Feng. Lepas tu ada lah borak-borak. Masa tu aku teringat, dulu masa kecik-kecik kitorang kalau dah baring atas katil sama-sama lepas tu nanti ada je nak usik. Mula cucuk perut adik aku. Kang tetibe main geletek-geletek pulak. Haa ketawa lah kau kasi satu kampung dengar. Dia geletek aku, aku tendang dia, dia sepak aku, aku tarik rambut dia. Memang takde ah nak gaduh cara baik punya. Ni kasar punya gurau yg memang takde maap sampai dah bosan gaduh lepas tu gaduh betul-betul. Lepas tu tak bertegur. Kelakar bila ingat balik. Tadi bukan main gelak lepas tu bergaduh betul-betul.


Mak aku cakap adik aku masa kecik-kecik baik, alim. Kecik-kecik dah melalak nak pakai tudung. Dia tengok mak aku pakai tudung dia pon nak jugak. Tengok jelah gambar atas ni. Sikit punya baik dia pakai tudung tau. Cetengok aku, haremm. Siap pakai baju takde lengan, siap nampak ketiak. Nasib baik budak. Tapi memang aku tak tipu, antara adik-beradik aku dia lah yang paling alim. Even aku yg sekolah agama ni pun tapi dia lagi alim lah dari aku. Adik aku kalau dah bercakap, mmg bernanah lah telinga kau. Akak aku pun tak suka gaduh mulut dengan Ayin sebab mmg confirm kalah lah. Takde maap punya dia hentam dengan ayat-ayat dia tu.

Lepas tu masa kitorang sekolah rendah dulu, adik aku ni sorang lah aku yg ikatkan rambut dia tiap-tiap pagi. Ikat sampai dia puas hati. Kalau dia kata tak cantik, aku ikat lah balik. Mak aku cakap aku masa kecik-kecik selalu kena buli dengan dia. Yela, adik aku ni memang alim tapi kaki buli pppfftt T.T Sampai dah besar panjang dah pakai tudung, tudung pun aku yg pinkan lah apa lah. Kalau nak pakai shawl aku lah mangsa kena pakaikan. Nasib jadi akak kan tapi takpe aku tak kisah.

Masa ni aku gmuk. Tak senonoh je muka. Gemuk gila weh. Adik aku yg baju kuning. Yg lelaki tu cousin aku.

Bila dah besar hilang lah sikit perangai membuli dia tu kan. Tapi ada lah kadang-kadang. Geram je. Dulu masa sekolah, kalau dia tak siap kerja sekolah takpun kerja sekolah banyak bertimbun-timbun nanti aku tolong lah dia buat satu dua. Tolong jugak kan. Kalau kerja sekolah aku yg tak siap mmg takde ah dia nak tolong. Memang dia tak amik port langsung. Bila fikir balik, boleh tahan kejam jugak Ayin ni. Haha

Lepas tu masa kitorang kecik-kecik kalau pergi mana-mana mesti orang ingat aku dengan Ayin kembar. Masa kecik muka lebih kurang kot. Jenis pakai baju nak sama. Pakai gaun pun sama. Colour pun sama. Kalau dia pakai kasut, aku pun pakai kasut. Kalau dia pakai tshirt hijau aku pun hijau. Semua sama. Bila dah besar muka dah lain dah. Dah takde dah orang nak cakap kembar. Pakai baju pun takde dah nak sama-sama ni.


Adik aku ni lah tempat nak mengadu nak lepas geram semua. Semua rahsia aku pun dia tau. Kawan dia pun aku kenal, kawan aku pun dia kenal. Kitoang memang rapat, kalau adik aku ni ada boyfrined lepas tu aku taktau nanti aku akan cakap 'Kau ekk ada bf tak cite eh. Mcm ni ahhh !' Cehh bajet nak marah. Padahal aku yg duduk UiTM tak balik Muar memang lah dia tak cerita hehe. Kalau aku balik dari UiTM nanti da lah satu hari yg kitorang lepak dalam bilik satu hari berborak pasal cerita masing-masing. Gedebak gedebuk cerita, cakap sampai tak cukup air liur lepas tu tau tau je kitorang tertidur.

Ha, cakap pasal tidur, adik aku ni suka cium aku masa tidur haha. Malu ah nak cerita kan. Tapi dia ah yg cakap, 'masa kau dah tidur semalam aku cium kau' Eee malu lah dol. Bajet nak sayang aku lah ? Hahaha Tadi petang pon tengah duk tengok TV tiba-tiba dia cium aku. Eee apa ni ? Bajet adik yg baik lah kau ? Haha.

She's my sister, friend, and everything to me.

BYE.





THANKS FOR READING

4 karut mengarut:

FATIN TAHA said...

Lepas ni suruh ayin cium aku pula ahaha :D

Anys Amyra. said...

habislah.lepas ni shella pulak suruh buat pasal dia.it's all about shella, lepas tu daus pulak.haha.

SHAFIQAH SHARMEEN said...

@Fatin Taha : ahh baik aku je cium kau dol. HAHAHA

SHAFIQAH SHARMEEN said...

@Anys Amira : Taknak, lepas ni nak buat it's all about Anis Amira. :)