Roomate 16 orang rasa mcm nescafe all in one

Hai.

Entry kali serius tak tipu. Roomate 16 orang rasa mcm nescafe all in one. Plus 16 orang roomate aku ni semuanya satu fakulti so aku rasa 'wahhh bertuahnya aku >.'. Senang nak belajar. Ada yg pandai FAR, ada yg pandai QMT yg pandai. Ha lagi satu! Ada yg pandai masak. Patutnya kolej kena benarkan kitorang bawak kuali ke periuk ke so nanti takde lah masalah malas nak beli makanan kat luar. Susah je kitorang nak masak pakai rice cooker. Terhad tau. Yelah masing-masing makan sorang dua pinggang. Rice cooker mmg yg paling comel. Tu pun budak laki kasi pinjam. Kalau takde rice cooker tu mmg takde lah nak merasa Nurul masak. Cehhh.

Masa final haritu mmg seronok gila. Mula-mula pinjam rice cooker kat budak laki, yelah kolej sebelah tu je haa. So amalkan lah budaya meminjam apa salahnya kan. Budak-budak ni nak pinjam sebab nak goreng keropok lekor yelah ada kawan kitorang ni baru balik dr kampung dia kat Kelantan so dia bagi kitorang keropok. Wahh heaven je rasanya duduk dalam bilik aircond siap main goreng keropok lekor. Rice cooker dah laa comel je lepas tu siap goreng nak bagi kat budak-budak laki. Alaa budak-budak bilik aku ni mmg suka buat kerja kebajikan. Hahah. Tapi takde lah gambar goreng keropok tu sebab masa tu aku tak join. Tau tau je dapat dah siap goreng. Aku rasa aku tak join masa tu sebab aku sibuk belajar kot. KOT lahhh (-_-')

Tambah pulak si Nurul roomate aku ni suka masak. Suka benor lah dia dapat goreng keropok, so kitorang yg lain ni menumpang tuah lah dengan mengambil kesempatan dalam kesempitan (KDK bak kata si Alin dgn Bella). Kitorang mintak dia goreng mee. Suka lah Nurul dapat memasak. Main masak-masak tepi meja belajar je. Alaa kesian. Habis satu bilik bau. Nasib tak berasap. Yelah, bilik aircond kan, mmg lah bau sampai luar.

Nyummi. Hehe Ni first trip punya goreng. Yelah rice cooker kecik kan. Kira yg first trip ni untuk kitorang yg tak beli lunch, so yg dah beli lunch tu mmg bukan rezeki lah. Untung lah aku bangun dah pukul 2 mandi-mandi terus lunch. Orang masak pulak tu. Rasa mcm kat rumah :)

Yg second trip siap goreng kentang nyum nyum! Macam-macam kan. Ini lah kalau dah duduk ramai-ramai ada jelah benda yg nak dibuat.

Makan malam kitorang. Cukup-cukup je mee tu untuk 16 orang tau. Semua makan. Lepas tu roomate aku yg lain ada beli nasi lemak 3 bungkus tambah KFC pulak haa so mmg meriah lah masa ni.

Hmm aku rasa mcm dah rindu dah kat roomate aku. Bak kata Bella 'Ni dah cuti sem mesti ada orang post kat TMH1004 ckp rindu rindu' Alaa biasa lah kan. Adat lah kan kita kawan-kawan ni.. hehe

Meet Kina dari kiri dan Bella.

Myra dan Mina.

Mira, I miss you :)

Bella dan Ain.

Disebabkan entry ni pasal roomate aku so aku nak post banyak gambar-gambar aku dgn roomate aku. Emm gambar ramai-ramai takde lah sebab haritu laptop aku rosak lepas tu hantar format and tak backup. Damn you. Habis semua gambar semua video mcm tu je hilang T.T

With Myra. Masa ni dah last paper. Tak nampak tu senyum bahagia. Pehh, heaven lah paper last kitorang tak study pon. Duk melayan si budak kecik ni ha sampai 4 pagi.

Cehh konon belajar laa tu kan. 3 kali tengok gambar ni 3 kali nak tergelak. Duduk sebelah dia mmg lah kerja nak ketawa je. Ada je benda nak gosip. Untung lah kita tak satu kelas. Haha.

Makcik jual hanger. Hahaha. Orang lain sibuk study untuk paper last dia sibuk nak mengemas beg. Comel jee :)

I'm gonna miss you all friends. Tengok lah kot kot aku dgn Myra dapat kolej next sem kita jumpa lah ye. Cehh ni jelah ayat aku dgn Myra selalu guna. Sedih lah kitorang tak dapat kolej. Erghh -.-

Aku suka gila gambar ni so sb tu laa aku post. Kuikuikui. Bella ni peminat fanatik Bieber so no wonder lah kitorang berkaler purple. Haha

Eh, anak mak pakai jersi mak. Comel sangat baju merah tu. Hahah.

See you next semester TMH1004.

BYE.


THANKS FOR READING

4 karut mengarut:

lolitasinta polkapolkie said...

wahhh meriahhh laa kw .. untong laa dpt bilik er cond + roomate ramaii .. hee . yg myra uh muke lbet kuwg fotostat laa nan kw , hee

Aisya J said...

haha bestnyaaa :D koran punya dorm ada aircond ke? :O wahh nice! :P

SHAFIQAH SHARMEEN said...

azie: haihhh azie, kitorang dpd orientasi lg org ckp mcm muka photostat.nk buat mcm mana dah jodoh kami. haha

SHAFIQAH SHARMEEN said...

@Aisya : yeahh ada aircond. so rasa mcm untung sgt lah :)