Jangan cepat putus asa

Hai

Firstly rasa nak minta maaf sangat kat blog ni sebab lama dah tinggalkan. Taktau lah. Rasa tak menyempat nak update blog. Busy memanjang je. Kalau online fb pun mmg takde apa lah nak buat pon dgn blog ni. Mmg takde apa nak diceritakan. Semuanya boring dan menyedihkan. Sedih ke ? Burghhh !

Semester tiga betul-betul tough. Taktau lah mcm mana semester empat lima nanti. Takut sangat. Macam-macam nak kena buat. Itu ini. Lepas tu koko pulak jadi assistance. Kena buat proposal lah, kena buat itu ini. Damn. Aku tak suka nak pegang jawatan sb mcm ni lah. Banyak tanggungjawab nak kena pegang. Aku bukan taknak bertanggungjawab tapi kalau aku yg conduct memang tak terjawab lah nanti cerita dia kan. Tapi alhamdulillah Selasa lepas proposal dah hantar kat ustazah. Nasib baik lah ustzah tu cool gila je dengan aku. Mintak-mintak lah lawatan tu nanti diluluskan.

Haa, nampak tak gaya seorang pelajar yg berkaliber ? Haa itu tipu. Kbye.

Bayangkan jelah minggu keempat dah kena submit assignment CTU. Wahh, memang tak tentu arah lah nak buat. Berlapar perut nak siapkan CTU punya pasal. Aku kalau lapar memang tak boleh nak diterima akal betul. Rasa mcm kejamnya, kenapa aku tak dapat lunch lagi ni. Teruk !

Muka dah taktahan lapar. Lagi mau ajak ambil gambar. Takde mood langsung dah tau. -.-

Isnin ni kena pergi kilang Yakult untuk assignment AIS200. Lepas tu buat report semua. Burghhh. Then Jumaat kena submit proposal for database. Dangggggg ! Aku takde idea lagi nak buat sistem apa. Mcm mana nak buat proposal doe. Bengap. T.T

9 10 haribulan ada Program anak angkat, homestay kat Kg. Alai Melaka. Lepas tu kuiz MAF AIS dan lain-lain semua menunggu lagi. Test lagi. Dangggggg ! Hambik kau hambik hambik ! Memang kena kuat semangat jelah nak belajar ni kan. Harap sangat dapat DL lagi semester tiga ni. Insyallah.

Lepas ni tak boleh main-main lagi.

BYE.

THANKS FOR READING

Perihal bulan Rejab


Fadhilat Bulan Rejab
  • Berpuasa 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  • Berpuasa sunat Re11jab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai.
  • Berpuasa Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga.
  • Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali).
  • Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Saiyidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Saiyidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat diatas titian Siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke syurga.
  • Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.
  • Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur.
  • Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.
  • Berpuasa sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
  • Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk Mi'raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.
  • Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Kiamat.
*Puasa ganti tak habis lagi -.-
*Orang sibuk cakap pasal bola, tapi aku tak sebab aku tak minat bola. Burghhhh!

BYE.

THANKS FOR READING

Bila susu dutch lady low fat versus lemon tea.

Hai.

Harini lunch koko crunch. Shedap sgt ! Pagi tadi breakfast nasi lemak, lepas tu 1230 tadi makan nugget. So rasa mcm dah kenyang habis dah, memang taknak dah lunch kan. Tapi bila sampai koperasi tiba-tiba rasa mcm best kan kalau dapat makan koko crunch dengan susu low fat tu. Nyummy.

Tapi tapi tapi tapi, sedihnya aku bila ku sangkakan susu dutch lady tapi rupa-rupanya ice lemon tea. Ahhh sedih lah dol. Benci ! Taktau ah mcm mana. Aku tengok peti ais tu air kotak dutch lady, so aku pun amik lah yg belakang-belakang sb nak yg sejuk lah kononnya. Sampai kaunter pon aku tak perasan yg air kotak tu ice lemon tea. Mana taknya, duk sibuk hai hai dgn classmate aku yg kat luar koperasi tu. Duk sibuk borak-borak dengan orang lain. Heh benci betul. Sampai bilik, dah ready mangkuk semua tengok-tengok air ice lemon tea. Eeeeeee >.< aku dah lah tak suka ice lemon tea. Benci benci benci !

Makan kokocrunch macam tu jelah sampai habis. Benci ahhhh !

BYE.

THANKS FOR READING

Perihal cermin mata.

Hai.

Sedih ah dah seminggu cermin mata CD aku ni hilang. Dah penat dah mencari tapi tak jumpa. Sedih ah, dah lah beli pakai duit gaji masa lepas SPM dulu. Dah lah mahal, boleh pulak hilang mcm tu jeeeeeeeeee! Tak kesian betul kat aku. Benci ah mcm ni.

Seminggu lepas hilang spec CD tu terus tukar spec baru. Ahh ni beli yg murah tu je haa. Lepas tu buat cermin. Apedehal, janji aku nampak. Dah lah seminggu takde spec mcm orang gila lah duduk dalam kelas tu tak nampak apa. Biar murah janji lawa. Sama dgn Incik Boyfren pulak tu huehuehue. Kbai.


THANKS FOR READING

Hartabenda awam untuk orang awam.


Hai

Harta benda awam adalah untuk kegunaan orang awam. Bukan untuk kau sorang buat mcm atok kau punya. Haa emo tak emo tak ? Semalam dapat bus pukul 830 malam. Memang lambat sebab apesal ramai sangat yg nak balik Muar ntah. Duhh, selalu ngam-ngam je dapat bus 630 petang tapi semalam mmg takde luck. So aku tunggu lah punya tunggu.

Dah tu aku asar dan maghrib kat surau Melaka Sentral tu. Dah habis solat mcm biasa lah nak pakai tudung. Nak pakai tudung pulak mcm biasa lah nak tengok cermin. Ye, aku faham majoriti yg solat kat surau tu semua bertudung dan semua nak guna cermin. Aku faham masing-masing nak betulkan tudung tapi tolong lah jangan nak buat cermin tu mcm atok kau punya pulak. Heh emo betul aku.

Semalam aku solat dah kira lambat lah dalam 740 mcm tu. Surau pun tak ramai. So, yg nak guna cermin pon tak ramai. Sampai part aku nak guna cermin tu, adalah satu minah ni. Aku nak describe dia 'perempuan tak ada perasaan'. Dia boleh guna cermin tu selamba dek je mcm takde orang lain yg nak guna. Aku yg kat belakang ni sampai dah terlanggar mcm2 orang dah. Aku dah lah dah cakap 'excuse me', eh dia buat tak dengar je. Dia lagi betulkan shawl dia tu. Nak marah nak maki, baru lepas solat kan. Sabar jelah yg mampu. Nasib lah pakai tudung. Aku sarung je, lepas tu balik McD aku guna cermin McD. Lagi besar lah. Puas hati aku. ggrrr.

So, conclusionnya ialah kita bila guna hartabenda awam tu reti2 lah berkongsi. Cermin tu boleh guna untuk dua orang kot. Kau pun tak besar mana kot. Aku lagi besar kot walaupun ramai cakap aku dah kurus kahkahkah. Dah ah, lepas ni aku tak nak jumpa oarng mcm kau lagi. Tersirap darah aku. Minum sirap lagi bagus.

BYE.

THANKS FOR READING

Pagi yg hening

Hai selamat pegi.

Pukul 8.15 am dah terpacak kat kelas. Classmate pon tak ramai lagi yg datang. Sekarang ni dah pandai manage masa. Takde dah lambat datang kelas. Kalau ada class 10.30, kul 9 dah bangun and make sure baju semua dah iron, buku-buku dah get ready and paling penting sekali mesti dah breakfast.

Harini dah habis 3 minggu aku kat UiTM ni. Kejap je rasa kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu ke-empat. Semester tiga ni rasa mcm tough je. Minggu pertama dah start belajar. Minggu kedua dah ada kuiz, mcm tu jugak dgn minggu kedua ketiga dan keempat heh. Mmg rabak lah otak kalau tiap-tiap minggu kuiz. Lagi rabak kalau tiap-tiap hari kena jawab kuiz. Tapi rasa mcm bagus jugak untuk aku sebab kalau takde kuiz mmg takde maknanya lah aku nak duduk rumah tu sambil bukak buku dan study. Hampeh.

Mengantuknya masa taip entry ni. Semalam tidur pukul 2.00 pagi, memang lambat lah tu. Sejak duduk rumah ni pukul 11.15 malam mata dah terkebil-kebil tahan mengantuk. Duduk kat bilik tu sorang-sorang memang takde kawan lah bercakap. Kalau dah bosan sgt, tengok maharaja lawak kat youtube tu. Gelak lah sorang-sorang. Eee sedihnyaa :(

Tapi kadang-kadang rasa mcm bestnya duduk rumah mcm ni. Tak payah nak fikir baju tak basuh lagi ke, pagi tak sempat breakfast ke, malam nak makan apa ke. Semua dah depan mata. Dah mcm puan besar. Paling teruk pun kalau aku dah lambat nak pergi kelas, mesti minum teh O panas ke, milo panas ke. Emm nyummy ! Nanti next entry aku nak tunjuk gambar roomate aku yg tak macam roomate kat rumah tu. Satu-satunya kawan aku kat rumah tu. heee :)

BYE.


THANKS FOR READING

Bila cantik versus buruk.


Hai everyone.

Today aku nak share something yg aku rasa common kot pd semua orang. Cantik versus buruk ni lebih kepada orang lah. Bukan barang. So bila kita describe orang tu cantik ke buruk ke. tu semua subjektif. Tapi mcm kejam je nak describe someone tu buruk. Kejam gila kalau cakap 'Eh, kau tak cantik doe, tapi buruk lah siod hahaha'. (-_-')

Jangan cakap orang mcm tu. Tak baik tau, kejam gila ishhh. Maksud aku kat sini katakan kau suka orang tu sebab dia cantik sangat takpun handsome gila babas. Handsome gila babas bermaksud lelaki tu handsome sangat dan mmg terbabas lah kau jalan kalau tengok dia. Pheuwww ! Hiperbola gila -.-

Okay, contoh aku suka Ali. Ali ni handsome gila, muka mcm Tom Cruise, badan tough, tinggi lampai, wahhh ni melampau sgt lah puji mcm ni. Kembang magggie Ali nanti. Lepas tu kalau tengok Ali ni buat apa-apa je mesti semua aku anggap baik. Kalau ada benda tak baik yg Ali buat mesti aku akan think positive. Kalau Ali tu tak datang kelas, aku akan fikir yg Ali tak sihat ke, demam ke pening ke. Eee sian Ali errkk. Ni contoh okay, takde kaitan dgn yg mati mahupun yg hidup. Tettt.

Then, katakan aku tak suka si Abu ni. Abu ni takde lah tak handsome pon. Comel lah jugak mcm barney tapi perangai dia tu kadang-kadang memang menyirap darah jugak lah kan. Menyakitkan hati. And sebab perangai dia yg annoying gila tu, so aku memang tak suka lah dengan si Abu tu. Kalau si Abu ni tolong lecturer, mesti aku akan fikir 'Alaa Abu tu bodek je tu'. Kalau Abu tak datang kelas ' Eeee Abu ni, dah lah tak pa
ndai. Ponteng kelas pulak tu.'.

Haa, nampak tak permainan dia ? Nampak tak perbezaan yg besar antara yg cantik dengan yg buruk. Bila kau suka orang tu, apa je yg dia memang semuanya cantik. Semuanya baik. Memang takde cacat cela, cehhh! Tapi kalau dah tak suka tu, buat lah baik mcm mana pun sebelah mata tertutup separuh pun belum tentu nak pandang. Kejam kan ? Tapi tu lah hakikatnya.

Benda mcm ni bukannya terjadi bila aku suka Ali dan Amat suka Mira. Boleh jadi jugak aku tak suka Mira, Mira tak suka Lenny. Abu tak suka Atan. Kawan kan, kalau kau tak suka dia tu, memang kau taknak kawan kan dengan dia. Dulu kawan baik, semua nya aku suka pasal Mira, tapi sekarang aku dah tak suka dah nak kawan dengan dia sebab dia mcm tu mcm ni. Lepas aku dah tak kawan dengan Mira tu, apa je yg Mira buat memang ada je benda yg tak kena kat mata aku. Semua yg dia buat tu semuanya buat aku meluat menyampah dan sebagainya. Okay, ni cuma contoh.

Tapi korang boleh nampak kan perbezaan dia. Berbeza sangat. Hmmm, tapi kejadian Tuhan tu semuanya cantik. Yg jadi tak cantiknya sebab tingkah laku seseorang tu. Muka cantik muka handsome tapi kalau perangai mcm sampah pun tak boleh jugak kan. So, biar takde rupa yg menawan janji ada hati yg bersih. Cehh, renung-renungkan dan selamat beramal !


BYE.

THANKS FOR READING

Serabai + serabut = rumput. EH ? HAHA

Hai uolsss.

Lama betul tak mengupdate entry. Aiii orang duk sibuk tanya bila Shaff nak update belog. Lama Shaff tak update belog. Cecite pasal ni pasal tu. Alaa uolss kita takda masa uolss. Sibuk memanjang. Ahh menyampah. Takpayah nak uolss sgt lah, takpayah nak bajet hot sgt lah Shaff. Duduk dalam oven tu tau lah kau hot ke tak hot. Haaa ;)

Actually aku pun taktau nak update pasal apa ni. Tiba-tiba rasa mcm aii lama beno aku tak update. Susah hati pulak aku. Cehh. Padahal roomate aku Hanis baru tegurkan lama Shaff tak update blog. Aku pun dan dan jelah nak update belog tapi takde cerita menarik yg nak cecitekan. Boring :/

Korang kan, pernah tak ada satu hari tu rasa mcm hilang semua keyakinan korang tu. Just sebabkan mungkin baju korang mcm selekeh ke, shawl tak menjadi ke, rambut serabai ke. Ee sumpah aku tak suka situasi mcm tu. Memang kalau boleh takmau lah nak keluar jumpa orang. Masa tu rasa, pehh downnya aku dgn keadaan aku ni. Kalau masa tu baju aku yg buat hal, mmg sampai kapan pun aku takkan pakai baju tu lagi. Betul tak ? Aku ada baju yg memang aku taknak pakai lagi dah. Sebab mmg ahhh tension lah. Ggrr emo ni emo haaa.

Lepas tu korang pernah tak rasa mcm nak tidur. Dah baring dah golek-golek dah pejam mata tapi tetap jugak takmau tidur. Degil betul. Bila dah bangun dah mengadap laptop baru lah terkebil-kebil mata ni rasa mengantuk nak tidur. Haihh, tu lah apa yang aku rasa sekarang ni tau. 4.30 jap lagi ada kelas, aku tidur dulu. Hehehe tu je nak cakap.

BYE.

THANKS FOR READING