Bila cantik versus buruk.


Hai everyone.

Today aku nak share something yg aku rasa common kot pd semua orang. Cantik versus buruk ni lebih kepada orang lah. Bukan barang. So bila kita describe orang tu cantik ke buruk ke. tu semua subjektif. Tapi mcm kejam je nak describe someone tu buruk. Kejam gila kalau cakap 'Eh, kau tak cantik doe, tapi buruk lah siod hahaha'. (-_-')

Jangan cakap orang mcm tu. Tak baik tau, kejam gila ishhh. Maksud aku kat sini katakan kau suka orang tu sebab dia cantik sangat takpun handsome gila babas. Handsome gila babas bermaksud lelaki tu handsome sangat dan mmg terbabas lah kau jalan kalau tengok dia. Pheuwww ! Hiperbola gila -.-

Okay, contoh aku suka Ali. Ali ni handsome gila, muka mcm Tom Cruise, badan tough, tinggi lampai, wahhh ni melampau sgt lah puji mcm ni. Kembang magggie Ali nanti. Lepas tu kalau tengok Ali ni buat apa-apa je mesti semua aku anggap baik. Kalau ada benda tak baik yg Ali buat mesti aku akan think positive. Kalau Ali tu tak datang kelas, aku akan fikir yg Ali tak sihat ke, demam ke pening ke. Eee sian Ali errkk. Ni contoh okay, takde kaitan dgn yg mati mahupun yg hidup. Tettt.

Then, katakan aku tak suka si Abu ni. Abu ni takde lah tak handsome pon. Comel lah jugak mcm barney tapi perangai dia tu kadang-kadang memang menyirap darah jugak lah kan. Menyakitkan hati. And sebab perangai dia yg annoying gila tu, so aku memang tak suka lah dengan si Abu tu. Kalau si Abu ni tolong lecturer, mesti aku akan fikir 'Alaa Abu tu bodek je tu'. Kalau Abu tak datang kelas ' Eeee Abu ni, dah lah tak pa
ndai. Ponteng kelas pulak tu.'.

Haa, nampak tak permainan dia ? Nampak tak perbezaan yg besar antara yg cantik dengan yg buruk. Bila kau suka orang tu, apa je yg dia memang semuanya cantik. Semuanya baik. Memang takde cacat cela, cehhh! Tapi kalau dah tak suka tu, buat lah baik mcm mana pun sebelah mata tertutup separuh pun belum tentu nak pandang. Kejam kan ? Tapi tu lah hakikatnya.

Benda mcm ni bukannya terjadi bila aku suka Ali dan Amat suka Mira. Boleh jadi jugak aku tak suka Mira, Mira tak suka Lenny. Abu tak suka Atan. Kawan kan, kalau kau tak suka dia tu, memang kau taknak kawan kan dengan dia. Dulu kawan baik, semua nya aku suka pasal Mira, tapi sekarang aku dah tak suka dah nak kawan dengan dia sebab dia mcm tu mcm ni. Lepas aku dah tak kawan dengan Mira tu, apa je yg Mira buat memang ada je benda yg tak kena kat mata aku. Semua yg dia buat tu semuanya buat aku meluat menyampah dan sebagainya. Okay, ni cuma contoh.

Tapi korang boleh nampak kan perbezaan dia. Berbeza sangat. Hmmm, tapi kejadian Tuhan tu semuanya cantik. Yg jadi tak cantiknya sebab tingkah laku seseorang tu. Muka cantik muka handsome tapi kalau perangai mcm sampah pun tak boleh jugak kan. So, biar takde rupa yg menawan janji ada hati yg bersih. Cehh, renung-renungkan dan selamat beramal !


BYE.

THANKS FOR READING

4 karut mengarut:

nadyamohamad said...

nadya suka ali , hihi

SHAFIQAH SHARMEEN said...

Cehh, Abu taknak ? Amat ke ? haha

nadyamohamad said...

nk Ali jgk sbb dia hnsem gler , kiki

SHAFIQAH SHARMEEN said...

@Nadya Mohamad : hahah Abu comel mcm barney taknak ?