Pagi yg hening

Hai selamat pegi.

Pukul 8.15 am dah terpacak kat kelas. Classmate pon tak ramai lagi yg datang. Sekarang ni dah pandai manage masa. Takde dah lambat datang kelas. Kalau ada class 10.30, kul 9 dah bangun and make sure baju semua dah iron, buku-buku dah get ready and paling penting sekali mesti dah breakfast.

Harini dah habis 3 minggu aku kat UiTM ni. Kejap je rasa kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu ke-empat. Semester tiga ni rasa mcm tough je. Minggu pertama dah start belajar. Minggu kedua dah ada kuiz, mcm tu jugak dgn minggu kedua ketiga dan keempat heh. Mmg rabak lah otak kalau tiap-tiap minggu kuiz. Lagi rabak kalau tiap-tiap hari kena jawab kuiz. Tapi rasa mcm bagus jugak untuk aku sebab kalau takde kuiz mmg takde maknanya lah aku nak duduk rumah tu sambil bukak buku dan study. Hampeh.

Mengantuknya masa taip entry ni. Semalam tidur pukul 2.00 pagi, memang lambat lah tu. Sejak duduk rumah ni pukul 11.15 malam mata dah terkebil-kebil tahan mengantuk. Duduk kat bilik tu sorang-sorang memang takde kawan lah bercakap. Kalau dah bosan sgt, tengok maharaja lawak kat youtube tu. Gelak lah sorang-sorang. Eee sedihnyaa :(

Tapi kadang-kadang rasa mcm bestnya duduk rumah mcm ni. Tak payah nak fikir baju tak basuh lagi ke, pagi tak sempat breakfast ke, malam nak makan apa ke. Semua dah depan mata. Dah mcm puan besar. Paling teruk pun kalau aku dah lambat nak pergi kelas, mesti minum teh O panas ke, milo panas ke. Emm nyummy ! Nanti next entry aku nak tunjuk gambar roomate aku yg tak macam roomate kat rumah tu. Satu-satunya kawan aku kat rumah tu. heee :)

BYE.


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: