Cinta versus Kawan

Hey

A relationship shouldn't ruin a friendship.
Bila dia terima kita jadi kekasih hati dia, dia kena terima orang yg ada disekeliling kita. Bila dia sudi terima kita jadi orang penting dalam hidup dia, dia kena terima dengan siapa pun kita berkawan. Jangan persoalkan dengan siapapun aku berkawan. Jangan jadikan tanda tanya kenapa aku pilih dia jadi kawan, jangan jadikan isu kenapa aku berkawan dengan dia. Aku tau dengan siapa aku berkawan. Bila aku pilih kau jadi teman aku, jangan kau sibuk persoalkan tentang hubungan aku dan kawan aku. Percayakan aku itu perkara penting.

Cinta

Bila bercinta, selalu je tersepit antara kekasih dengan kawan. Hati kawan nak dijaga, hati kekasih nak dijaga. Semua hati nak dijaga, hati sendiri terluka. Aku tak memilih bila berkawan. Aku tidak memilih status bila memilih kawan. Aku tidak mengira umur bila berkawan. Tapi bila kau berkawan dengan aku, kau kena terima dengan siapa pun aku bercinta. Aku yg buat keputusan untuk bersama dia, jadi kau sebagai kawan kena menyokong aku dari belakang.

Kawan.

Aku mungkin kau kata ego, tapi aku perempuan. Ego macam mana pun aku, aku tetap ada hati dan perasaan. Aku mungkin kau kata kawan yg happy-go-lucky, tapi sedih dalam hati siapa tahu. Haa taktau kan ? Taktau dah. Diam.

BYE.


THANKS FOR READING

I am very proud of you.

Hai.

Dua tiga hari ni ada lah orang tu dok senyum-senyum sampai telinga. Bila call pon suara happy bebenor je aku dengar. Maklum lah keputusan UPU keluar kan Sabtu lepas. Kalau online hari Sabtu haritu memang tengok status budak-budak matrik semua nya pasal UPU. Tahniah lah untuk semua kawan-kawan aku yg berjaya sambung degree. Yg tak dapat tu jangan sedih lah, ada lah tu rezeki masing-masing kan. Tu semua Tuhan yg tentukan. Apa yg jadi tu mesti ada hikmahnya kan. Ecehh, tunggu lah nanti aku post pasal aku degree pulak. Haaa hambikkk, nak jugakkk --'

Dan entry kali ni khas untuk kesayangan busuk masam aku. Siapa lagi lah kan, takkan Shaheizy Sam pulak. Mimpi lah dia nak jadi kesayangan aku. Mesti lah Affandey Zulkifle aku hikhokhikhok. Sebagai buah hati kesayangan Feng, aku bangga sangat lah bila dia dapat sambung belajar kan. Bangga bebenor lah rasanya. Sambung dekat Bandaraya Melaka pulak tu. Ha hambikk kau ! hikhokhikhok :P

Hidung tinggi betul Affandey Zulkifle ni. Eh, bukan sombong, maksud aku hidung dia tu. Hihih

It gives me immense pleasure to congratulate you on your well deserved to enter the UBM which is an outstanding achievement for me. I am very proud of you and keep it up sayang.

May today's success be the beginning of tomorrow's achievement. Congratulations Feng. I knew that if someone could do it, then it must be you. In two month, you're student in Bachelor of Business Administration (Finance) at UiTM Bandaraya Malacca. Well done my love!

Awak mungkin tak expect boleh pergi sejauh ni tapi saya percaya yg rezeki tu ada kat mana-mana asalkan kita usaha. Orang mungkin tak expect awak boleh dapat yg mcm ni tapi Tuhan tu Maha Adil. Rezeki awak kat sini, jadi jangan sia-siakan peluang ni. Jangan main-main lagi. Buat yg terbaik untuk semua orang. Buat orang pandang tinggi pada awak. Orang lain mungkin tengok awak takde apa-apa, tapi awak sangat bermakna pada saya. Ewahhhh :)

:)

*P/S amboii kemain masing-masing IM aku ckp untung Feng sambung degree kat KBM. Untung bebenorrrrr.

BYE.

THANKS FOR READING

Petua orang tua. Doakan saya.


Amboi, jangan nak petua orang tua sangat lah. Takde takde, blog ni mmg takde nak bagi petua untuk jadi tua ke petua nak jadi pandai ke. Mmg sampai tua lah takde. Pening dah kepala study database ni. Esok quiz dohhh. Quiz database susah dohhhh. Sem 3 ni susah dohhh. Tension dohhh. --'

Doakan yg terbaik untuk saya esok k. Doakan saya boleh jawab dengan tenang. Doakan sy boleh jawab semua soalan sebab roomate cakap quiz database susah gila dohhhh. Erghhhh !

BYE.



THANKS FOR READING

Weekend with friends.

Hei yo hei yo.

Patutnya kan dalam jadual aku, hujung minggu yg lepas ni aku join satu event DAIS ni. Homestay kat Kg. Alai, program anak angkat. Tapi entah mcm mana, aku pun dah eksaited gilosss nak join program tu tup tup last minute cancel. Memang frust menonggeng lah. Dah lah tak plan nak balik Muar pun sb dah ada program kan tambah pulak Jumaat malam tu ada common test AIS. Memang tak boleh balik lah. Sekali tu, hari Jumaat tu program tu cancel pulak. Heyy marah betul aku.

Si Myra pun tak jadi lah nak balik sebab dia pun join program tu dengan aku. Myra pulak kan, mana boleh duduk UiTM hujung minggu. Maklum lah Myra kan PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu) hahah. Dah program tu cancel, dia pun laju aje buat program baru. Dan dan aje ajak si Azuan dgn Awal keluar Sabtu tu sebab taknak boring duduk kolej. Yang si Azuan dgn si Awal ni pandai-pandai pulak nak overnight Jumaat malam tu. Hamboiii, aku mmg follow the flow jelah.

Lepas test AIS malam tu terus gerak DP. Dah lambat kot, Myra nak tengok Sekali Lagi kan. Heyyy tak feeling langsung tengok dua orang mamat ni. Gelak je kerjanyaaaa -.- Lepas midnight kitorang makan kat mamak, lepas tu bantai lepak McD sebab nak online. Kecoh gila bila kitorang empat orang duduk berbual. Awal gelak satu Melaka dengarrrr >.<

Meet Azuan and Awal. Kat Klebang masa ni. Lain-lain gambar tunggu next entry okay bebeh. :*

Bila dah boring duduk McD, kitorang terus gerak Klebang. Mcm2 aktiviti buat bila overnight dgn tiga orang budak ni. Heyy tak jadik apa lah kan. Dah pagi sikit, kitorang gerak pergi pantai sebelah jeti kot. Memang tepi pantai tu semua batu. Masing-masing bantai tidur kat situ. Dah lah bawah batu bunyi tikus je memanjangggg. Heyy, menakutkan.

Subuh Sabtu dah balik UiTM sebab semua dah bantai tidur. Tidur dalam kereta masa ontheway balik UiTM sampai mengigau, malu netul mengigau depan Azuan dgn Awal. Kalau dgn Myra takde hal lah. Dah biasa haha. Sampai UiTM bantai tidur sampai petang. Lepas tu malam, roomate aku pulak overnight. Heyy mana boleh jadi tinggal aku dgn Myra je dalam bilik. Myra buat program baru. Nak tengok sunrise pulak pagi Ahad tu. Amboiii Myra laju ajeee ! Terus ajak Azuan okayy. Best :)

Pukul 7 gerak dari UiTM memang takde lah sunrise kan. Dengan hujannya lagi. Kitorang terus g breakfast, best gila roti canai dia. Lepas tu terus gerak pantai sebelah jeti tu. Lepak dengan roomates aku yg overnight malam semalam. Happening gila.

Masa ni hujan so terpaksa berteduh kejap. U rock guysss !

Hujan berhenti je, kitorang gerak MITC sebab nak main bowling tapi penuhhhhh -.- So, kitorang gerak Jusco, karaoke pulak. Ewahhh 2 jam melalak, masing-masing takde suara. Pukul 3 petang semua dah penat terus balik UiTM. Memang penat gila uolsss. Tapi best gila. Jarang lah nak lepak dengan Azuan and Awal ni lama-lama kan. Semua kepala gila. Lepas ni boleh lepak lagi. weee. Next entry aku tunjuk gambar okayy. Semua gambar kat iphone Myra, hmmm kena tunggu dia upload lah ye.

*Oh, lagi 3 hari nak cuti mid-term. Tak sabarrrrr >.<



THANKS FOR READING

Be strong and smile


Sometimes, you just gotta be strong. It may hurt and you may shed a few tears, but everything's gonna be alright.

Smile.


THANKS FOR READING

Trip to Yakult's factory, Seremban

Hye.

Untuk semester tiga ni, subjek AIS200 kena buat trip ke kilang then kena buat report. Burghh, so disebabkan kelas DAIS3B satu-satunya kelas yg tak bertuah sebab tak berjaya dapatkan mana-mana kilang untuk dilawat, maka kelas kami dipecahkan kepada tiga. Dan group aku follow kelas C yg ke kilang Yakult. Boleh lah, daripada tak pergi kilang lepas tu kena duduk lab and buat assignment, baik pergi kilang dan buat report. Senang sikit. Senang ke ?--'

Bestnya jadi kelas B ni sebab dah pecah pada tiga, so ada tiga hari lah yg kelas terpaksa dibatalkan. Tapi insyaallah akan dipostpone. Ha, itu tak suka -.- Yang ikut kelas C pergi kilang Yakult kat Seremban Isnin lepas. Yang ikut kelas A pergi kilang Ayamas semalam (Selasa) dan paling best sape yg ikut kelas D pergi kilang coklat Beryl's kat Sri Kembangan pagi tadi. Damn, diorang siap singgah Sunway segala until 430 pm okayy. Enjoy betul kalau mcm tu.

Around 10.15 am bus gerak dari UiTM then ntah pukul berapa sampai, kitorang singgah kedai makan for breakfast. Eleh, Melaka ke Seremban tak jauh pun. Nak tidur dalam bus pun tak syiok langsung !

Lontong for breakfast. Sumpah sedap lah lontong dia. Nyummy. Mia and Shaff sibuk texting dgn mak masing-masing. MAK okay, MAK. haha

Still busy sms dgn Mama. Cakap dah sampai Seremban and baru je lepas breakfast. Brrr. Oh lupa, sebelah aku yg mcm Hana Tajima ni Nabellah Arshad. Ehemm, nak nombor ? haha

Nabilla Arshad busy. Jangan kacau.

Lepas breakfast, terus gerak ke Yakult. Lahhh dekat je. Tak sampai 10 minit pon. Lontong yg aku makan tadi tak sempat nak hadam punnnn --'

Welcome to Yaakult. Bertudung hijau ialah Madam Anita, my lecturer for AIS200.

Kilang Yakult di Seremban ialah satu-satunya kilang Yakult yg ada di Malaysia.

FYI, Yakult daripada Jepun dan Yakult ada banyak produk mcm kosmetik, makanan, suplement dan bla bla bla. Tapi cuma air Yakult je yg dipasarkan di Malaysia. Tu pun dua jenis je. Yakult Ace dan Yakult botol kaler biru tu ntah apa nama dia. Lupa --'

Shaff punya tangan over. Abaikan. Burghhh.

Classmate lain yg juga sama-sama join dengan trip ke Yakult. 3 group sahaja.


Members of DAIS3C and the lecturers.

Dah selesai pasal shirota strain hidup, lactobaliicus dan bakteria baik yg ada dalam yakult ni. Sesi membeli Yakult fresh dari kilang. Harga cuma murah 10 sen je dari harga biasa. WTF. Ingatkan dapat lah RM3.50 ke. Burghhh.

My group for this trip. From left Meen, Idora, Me, Bella and Mia.

Last gambar before naik bus. Simple gila kilang Yakult ni. Tak rasa mcm kilang pun. Pekerja dia cuma 40 orang je dan ada enam department. 40 orang je pekerja ? Memang takde lah peluang pekerjaan kat Yakult ni. Haha. Memang simple lah. Aku tengok pekerja dia pun siap menongak dagu tengok machine tu semua buat kerja. Bbrr.

Group lelaki dari kelas B. Dari kiri Amirul, Rahmat our classrap and Asnawi.

Then, seperti yg dijanjikan oleh kelas C kitorang singgah ke Jusco Seremban yg boleh lah daripada takde singgah mana-mana kan.

Usha beg leopard from Vincci cuma RM123 saje okay. Murah RM100 dengan beg Roxy yg aku nak beli. Tapi sayang, masa tengok beg leopard tu duit tengah takde so, BYE BYE. T.T

Lepas dah cuci mata menyakitkan hati sebab tak boleh beli. Perut pun lapar, mcm biasa lah singgah McD. McD je yg sesuai dengan selera tekak dan sesuai dengan jumlah duit yg ada dalam tangan kan. Hmmm.

Buruk. BYE.

Dah kenyang weeee :)

Posing depan garden apa ntah nama dia. Antik angat bunga-bunga dia. Ite uka angat. Erghh annoying !

Last gambar before berangkat pulang ke UiTM Melaka.

Terencat dan comel oleh Shaff dan Dora. Ehemmm, comel kan. Haha

Cucuk earphone, dengar lagu, tidur dan gerak balik ke Melaka.

BYE.

THANKS FOR READING

Sembilan bulan

Hai

Jusco Melaka banyak kenangan. Bila datang balik dgn Feng, rasa mcm excited gila. hihi. Dulu seminggu sebelum couple, kitorang jumpa kat Jusco. Ala mmg tak set date pon . Masa tu aku set date dgn orang lain, lepas tu si Feng ni je yg sibuk call aku cakap nak jumpa lah apa lah. Haa, last-last aku tinggalkan kawan aku tu, aku jumpa Feng. Jahatnyee -.-

Semalam datang Jusco terus je g kat bangku yg kitorang duduk dulu. Sebab masa lepas aku tinggalkan kawan aku kat Jusco dulu, aku jumpa Feng lepas tu kitorang lepak kat bangku tu je. Borak-borak mcm orang apa je kat situ. Masa tu kekok lagi. Masa tu poyo-poyo lagi. Masing-masing usha dari jauh je.

Tapi sekarang lain. Sekarang I love you, you love me, we are happy family lalalala barney -.-

Lepas dah lepak, shopping biskut cokelat jajan semua dengan Mymin. Memang happy family lah kan.

Taktau kenapa Feng mengada sangat haritu nak duduk kat troli. Eee berat >.< Tapi kita sabar je. Kalau aku yg duduk kat troli tu mau tak berjalan agaknye.


Feng bantai beli ice cream walls mini. Burghhh, mmg jenuh ah nak menghabiskan ice cream tu. Feng curi sudu kat foodcourt ! Tak senonoh --'

My girl Mymin. Comel kan, mcm aku kan kan kan. :)

We're are the perfect couple, we're just not in the perfect situation.

BYE.


THANKS FOR READING

Orang penting


Antara orang penting dalam hidup aku. Antara orang yg sentiasa ada untuk aku.

Feng & Mymin. Comel bila bapaknya mula mengukur ketinggian. Comel bila tengok Mymin kecik besar kecik besar je diri sebelah Feng. Haha

Mymin anak mak terbaik. Sayang lebih lah. Mmuahh !

*To be continued.

BYE.

THANKS FOR READING