Weekend with friends.

Hei yo hei yo.

Patutnya kan dalam jadual aku, hujung minggu yg lepas ni aku join satu event DAIS ni. Homestay kat Kg. Alai, program anak angkat. Tapi entah mcm mana, aku pun dah eksaited gilosss nak join program tu tup tup last minute cancel. Memang frust menonggeng lah. Dah lah tak plan nak balik Muar pun sb dah ada program kan tambah pulak Jumaat malam tu ada common test AIS. Memang tak boleh balik lah. Sekali tu, hari Jumaat tu program tu cancel pulak. Heyy marah betul aku.

Si Myra pun tak jadi lah nak balik sebab dia pun join program tu dengan aku. Myra pulak kan, mana boleh duduk UiTM hujung minggu. Maklum lah Myra kan PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu) hahah. Dah program tu cancel, dia pun laju aje buat program baru. Dan dan aje ajak si Azuan dgn Awal keluar Sabtu tu sebab taknak boring duduk kolej. Yang si Azuan dgn si Awal ni pandai-pandai pulak nak overnight Jumaat malam tu. Hamboiii, aku mmg follow the flow jelah.

Lepas test AIS malam tu terus gerak DP. Dah lambat kot, Myra nak tengok Sekali Lagi kan. Heyyy tak feeling langsung tengok dua orang mamat ni. Gelak je kerjanyaaaa -.- Lepas midnight kitorang makan kat mamak, lepas tu bantai lepak McD sebab nak online. Kecoh gila bila kitorang empat orang duduk berbual. Awal gelak satu Melaka dengarrrr >.<

Meet Azuan and Awal. Kat Klebang masa ni. Lain-lain gambar tunggu next entry okay bebeh. :*

Bila dah boring duduk McD, kitorang terus gerak Klebang. Mcm2 aktiviti buat bila overnight dgn tiga orang budak ni. Heyy tak jadik apa lah kan. Dah pagi sikit, kitorang gerak pergi pantai sebelah jeti kot. Memang tepi pantai tu semua batu. Masing-masing bantai tidur kat situ. Dah lah bawah batu bunyi tikus je memanjangggg. Heyy, menakutkan.

Subuh Sabtu dah balik UiTM sebab semua dah bantai tidur. Tidur dalam kereta masa ontheway balik UiTM sampai mengigau, malu netul mengigau depan Azuan dgn Awal. Kalau dgn Myra takde hal lah. Dah biasa haha. Sampai UiTM bantai tidur sampai petang. Lepas tu malam, roomate aku pulak overnight. Heyy mana boleh jadi tinggal aku dgn Myra je dalam bilik. Myra buat program baru. Nak tengok sunrise pulak pagi Ahad tu. Amboiii Myra laju ajeee ! Terus ajak Azuan okayy. Best :)

Pukul 7 gerak dari UiTM memang takde lah sunrise kan. Dengan hujannya lagi. Kitorang terus g breakfast, best gila roti canai dia. Lepas tu terus gerak pantai sebelah jeti tu. Lepak dengan roomates aku yg overnight malam semalam. Happening gila.

Masa ni hujan so terpaksa berteduh kejap. U rock guysss !

Hujan berhenti je, kitorang gerak MITC sebab nak main bowling tapi penuhhhhh -.- So, kitorang gerak Jusco, karaoke pulak. Ewahhh 2 jam melalak, masing-masing takde suara. Pukul 3 petang semua dah penat terus balik UiTM. Memang penat gila uolsss. Tapi best gila. Jarang lah nak lepak dengan Azuan and Awal ni lama-lama kan. Semua kepala gila. Lepas ni boleh lepak lagi. weee. Next entry aku tunjuk gambar okayy. Semua gambar kat iphone Myra, hmmm kena tunggu dia upload lah ye.

*Oh, lagi 3 hari nak cuti mid-term. Tak sabarrrrr >.<



THANKS FOR READING

0 karut mengarut: