Badan lain kepala lain

Hai.

Hari Selasa haritu last class so rasa macam huh hah huh hah settle semua presentation quiz test. Petang tu mmg dah rasa lega kepala otak aku, tinggal nak fikir final je sekarang. After makan , roomate aku sibuk ajak jogging. Memang tak lah lepas makan nak lari memang muntah lah cite dia. So, kitorang decide main badminton je. Tepi kolej aku ada macam laman yg luas jugak lah tapi hari tu macam lecak kan so tak dapek lah den nak nolong. Main jelah bawah bumbung, bagi bola pun slow-slow je, tak boleh nak tunjuk pro sangat kan. Main bola bawah je pun. Itu pun rasa macam main dengan dinding je. haha

Roomate aku kalau dah bersatu bergabung memang jangan harap lah, bising sampai kena sound dengan budak level atas. Lalala tak layan bo. Mula-mula main badminton tapi lepas tu rasa macam tak adil sebab berdua je yg main, yg lain semua tercongok. So Minah decide main baling selipar. Wahh main game ni yg bising gila. Tapi kisahnya entry ni, gambar-gambar yg diambil semuanya free hair. Alaa bilik kat sebelah tu je, jadahnya nak pakai tudung. Dalan kolej sendiri kan. Aku pulak haritu takde kerja, makanya terhasil lah satu gambar yg boleh tahan lah kalau sekali pandang macam main badminton dengan berbaju kurung bertudung siap. Padahal, muka semua aku kasi potong gambar lain aku tampal kat gambar time game tu. Huehuehue

Ini sekali pandang tak macam muka tampal kan. Elok je shawl tu letak kat baju aku semua. Padahal, muka ni gambar dari entry lepas. Badan je real. Muka tudung semua tak real. haha

Yang ni bak kata Nabila dah macam queen of hears dalam cerita Alice in Wonderland. Haha kepala besau nau.

Hahahah yang ni memang gelak tak habis. Muka feel okay main badminton.

Yang ni lawak. Hahaha tudung si Ain tu boleh pulak ada bunga api. Tak perasan masa edit. Macam terbakar pun ada jugak tudung dia tu. Haha muka Alin pulak lawak. Kepala besar. haha

Yg ini Nabila punya kes. Tak real gila kepala dia. haha masa ni dah malas nak buat. Tengok Ain jelah apa aku dah buat. hikhikhik

Main baling selipar paling best. Main dengan Siti Aminah macam main rugby. ahaha. Main punya seronok menjerit tergelak sana sini sampai budak level atas turun lepas tu jerit kat kitorang. Aaaaa tak heran. :p

BYE.


THANKS FOR READING

All in one with lots of love.

Hai !

Ingat lagi entry lepas ? Yg aku beraya rumah Meen dengan classmate aku. Ingat ? Ya, anda harus ingat sebab entry kali ni ialah sambungan entry tu lah kiranya cuma adegan yg berlainan je. Wahh, guna perkataan adegan macam lain macam je. Cehh -.-

Lepas dah melantak makan makanan free kat rumah Meen, aku decide nak pergi dataran pahlawan. Ahh Melaka kan, kau nak suruh aku pergi mana lagi. Situ jelah tempatnya. Alang-alang adik perempuan aku kat sana, aku pun nak ke sana lah nak jumpa dia. Beriya sangat nak jumpa adik aku, mcm tak jumpa kat rumah. Ingat nak sangat ke aku jumpa adik aku, tu semua tipu helah je. Dia dah janji nak belanja aku. Maka harus lah aku meluangkan masa sebab ada orang nak belanja auwwww. Tapi, sebab adik aku pun dengan kawan dia dengan bopreng dia, maka haruslah aku angkut bopreng aku sekali. Baru lah all in one namanya. Lepas dah beraya dengan classmate, pergi DP jumpa bopreng jumpa adik sekali. Haa semuanya kesayangan dalam hidup aku.

Tegar tak tegar lah dari rumah Meen Azuan hantar sampai MC, lepas tu amik cab pergi KBM jemput Feng lepas tu gerak DP dengan berbaju kurung dan heels. Harus lah tegar hokayyy haha. Tapi kan, motif tunjuk gambar ni sebenarnya aku tengok gambar ni nampak aku mcm cekeding je, padahal halamak tak dapat lah mat nak cekeding kan. bbrr

Mulanya plan lepas aku dah berjimba dengan si Feng dengan adik aku ni, aku nak blah balik Muar tapi bila wayang aku habis je adik aku text aku ajak overnight. Wahh ini enggak bisa dongg. Mana boleh bro nak overnight dgn baju kurung dan heels. Pengsan --' Maklum lah, adik aku kan budak Kolej Universiti Islam Melaka, makanya nak balik lambat tu memang dah takut lah. Dah malam kan. Kang kena tahan pulak. Budak KUIM limit sampai pukul 7 je pehh pehh pehhh ! Tu yg dia bantai ajak aku overnight.

Aku pun fikir-fikir, alaa mana pernah overnight dgn adik aku ni. Layan lah tapi harus lah shopping dulu. Kasi beli itu seluar dan baju lah. Erghh sekarang gua tgh pokai.

Dari berbaju kurung bertukar menjadi gadis semasa. Hihik.

Kalau dah overnight tapi tak midnight movie, tak best ahh. Midnight movie wajib bro. Padahal tadi petang dah bantai tengok The Smurf. Midnight aku dgn Feng tengok Contagion yg sumpah bosan tahap jamban. Adik aku tengok hantu bonceng syiokk ah kan. Habis midnight movie kitorang lepak dataran lah, sebab takde kereta. Kalau ada kereta dah jauh aku jalan. Haha. Tapi lepas midnight movie mood Feng tak betul. Apehal, bulan mengambang agaknya -.-

Ajak bergambar pun takmau. Okay bai.

Bergambar sorang-sorang lah jawabnya sebab Feng taknak layan aku. Elehh.

Tapi ada adik aku dengan member dia yg kat belakang tu. Tak lah boring pun kalau Feng taknak bercakap dengan aku. Haha

Oh ya, aku ada adik perempuan yg cantik :)

Mood tak okay lagi, tengah buat sportcheck harian lah teww kat hp aku. Bbrr.

Macam zombie aku malam tu, memang semuanya penat. Taktau lah kenapa. Feng lagi lah, baru lepas orientasi terus keluar dgn aku lepas tu tiba-tiba overnight mmg dia penat lah. Tapi itu lah gunanya jadi bopreng. Takkan aku bertiga je perempuan nak overnight. Kang kena culik, baru kau tau erti penyesalan. Haha. Pagi tu lepas dah puas tidur merata, adik aku pun nak salin baju sebab nak balik KUIM so kitorang pun mandi asas (cuci muka gosok gigi) then breakfast kat Subaidah. Bantai roti telur. Lepas tu terjumpa dgn Almy Nadia auww.

Aku sebenarnya lah kan, malas nak tunjuk gambar ni sebab dgn posing aku yg entah apa-apa jelah kau Shafiqah Sharmeen. Rasa malu dengan diri sendiri 2 saat lepas tu upload. Nak buat mcm mana dah terupload haha.

Berjimba sekejap kat dataran lepas tu wayang lagi lah sementara kawan adik aku jemput. Ho ho hoyeahh kali ni Hantu Bonceng pulak. Hahah memang kopak duit aku bhaiiii !

Tapi before nak tunggu wayang aku duduk kat fountain lepak-lepak, Feng baca paper, adik aku berborak dengan kawan dia dan aku ? Cuba teka aku buat apa ?

Ni posing baru atau apa ?

Yes tidur. Haha. Terima kasih lah wahai abg sayang Affandey Zulkifle sebab snap gambar aku ni. Aku memang mengantuk gila, maklum lah baru lepas bantai roti telur kan. Memang tidur lah. Apedehal, tidur jelah. Aku ada baring kejap kat situ lepas tu adik aku suruh bangun. Haha apedehal, aku kat mana-mana pon bolehhhh. Dah lah tepi tu kolam ikan, sejuk je kan rasa air air kan. Kalau terjatuh mmg best boleh mandi sekali lah. Tapi untungnya tak jatuh hikhokhikhok.

Aku baru perasan yg dah pukul 2 pagi lepas aku menaip macam panjang sangat kan. Sampai disini jelah ya kawan-kawan. Selamat malam ! Eh, pagi !

BYE.


THANKS FOR READING

Random Raya edisi classmate.

Hai

Dah cakap bukan even balik uitm pun tak semestinya raya dah habis. Walaupun assignment, quiz dan test berlumba-lumba, tetapi mood raya harus diteruskan. Raya tahun ni tak best sebab tak balik rumah lepas tu tak dapat join mama marhaban , pergi open house sana sini. Duit raya tak banyak. Kesimpulannya tahun ni raya paling tak best dan raya paling stressssss.

Dan disebabkan raya tahun ni yg paling stress so, aku dan kawan kelas yg lain dijemput datang rumah meen. Ada open house, makan sedap makan free siapa yg takmau ? Harus lah meluangkan masa untuk makanan free. Hikhok


I've got an interesting classmate right ? Yeahhh cool DAIS3B. I love uollss aww.


Seronoknya raya lalala -.-

BYE.

THANKS FOR READING

My inspired


Alahai, kasut dia cantiknya nok. T.T


THANKS FOR READING

Seperti jantung di otak kanan.


Perumpamaan langsung tak boleh pakai. Entah dengan cikgu mana aku belajar. Haihh nak buat macam mana, dah aku rasa tajuk tu je yang ada dalam kepala aku sekarang ni. Harini, untuk kali kedua nya lah aku bungkus semua kelas pada hari Jumaat. Huehue, malu dengan diri sendiri sebab semester 3 entah berapa kelas lah aku bungkus. Kalau difikir balik, time sekolah dulu waktu cikgu-cikgu memang didefinisikan sebagai cikgu yg garang kalau dah warning 'siapa ponteng lari satu padang', tapi muka aku juga yg ponteng. Muka aku juga yang asyik-asyik demam tipu tapi surat cuti langsung takde. Huahua. Inikan pula dah jadi pelajar universiti, yg lecturernya masa mula-mula kelas je warning 'siapa tak datang kelas, mesti ada surat' dengan nada menakutkan. Tapi apakan daya, semester ni semua kelas yg aku bungkus satu surat pun takde. Pheuwwww !

Ini bukan soal nak membangga diri aku selalu bungkus kelaas-kelas aku, tapi ni soal apedehal kalau dah mengantuk sangat kita bungkus aje lerr. Huehuehue. Tapi harini tak tipu. Harini migrain Tuhan saje lah yg tahu. Berdenyut-denyut kepala aku sebelah kanan seperti jantung tu kau letak kat otak kanan. Berdegup nya macam tu sekali hokayy. Sheram tau. Haha. Minggu ni mmg tidur 3 4 pagi lah sebab nak menyiapkan system for AIS220. Tak faham kenapa aku mesti belajar ini semua. Ahh redha redha.


Semalam tidur around 3.30 am macam tu dan untuk pertama kalinya untuk semester ni aku iron baju before tidur. Sebab dah risau kot aku terbangun pukul 8 pg, takut dah tak sempat nak iron baju. Lecturer AIS220 aku ni dah laa garang. Sheram nok. Tapi hampa, malangnya aku langsung tak sedar pagi tadi. Huehue. Before tidur semalam pun memang dah sakit kepala. Taktau lah, masuk harini dah 3 hari dah aku sakit kepala je. Pagi tadi mmg tak boleh bangun langsung sebab kepala berat gila dengan sakitnya. Huh !

Bangun pun pukul 12 tengahari, tu pun sebab roomate aku semua mengusik kepala aku. Kononnya aku demam sebab tidur tak bangun-bangun. Siap belikan lunch aku tau. Auww tu yg sayang dgn roomates aku. Prihatin. Huehue. Alang-alang dah belikan lunch, aku pun bangun. Budak bilik aku kalau makan mmg semua berjemaah. Aku pun dan dan gosok gigi cuci muka, join sekali lah makan berjemaah. Tapi kepala still berdenyut-denyut. Makan tak habis pun.

Kononnya lepas makan nak sambung siapkan system, tapi mampu on laptop je lepas tu kepala sakit sangat rasa nak pecah. Mintak member aku panadol lepas tu baring kat katil lepas tu langsung tak sedarkan diri langsung. Padahal ada quiz MAF kot petang tadi. Haa nampak ? Sorry madam saya sakit kepala sambil buat muka seposen, tangan letak kat kepala. Hihik. Lalok betul aku makan panadol tu. Entah panadol apa yg kawan aku bagi ntah. Tapi sebab aku ni kuat, ceh kuat ke bbrr. Aku bangun tidur terus mandi, baru nak mandi uolss hikhokhikhok. Sambung balik buat system sampai sekarang. Pheuww hebat kan aku. Takde lah hebat pun kalau dah buat system sambil facebooking dan tweeting harus lah hebat nyiahaha.

Lepas rasa mcm nak muntah mengadap system ni, rasa nak mengedit gambar. Aii lama bebenor lah aku rasa tak bukak photoshopkan. Hihik, maka terhasil lah.

Aku tak hebat, aku biasa-biasa je. Ini je aku mampu.

Tapi malang, edit gambar dah lama habis tapi sekarang tak sambung buat system. Harus lah tak sambung buat system kalau dah syiok menaip panjang lebor kat blog ni kan. Hahah, dah jangan banyak main shaff. Harus lah siapkan system tu malam ni jugak sebab Ahad nak kena study. Isnin ada test huh ! Hebatkan lecturer aku dah hujung sem pun buat test. Bbrr

BYE.

THANKS FOR READING

New me ?

Aip aip.

Raya dah habis ni baru nak buat rambut uolss. Rambut baru tau. Please jangan jelous sb rambut baru colour pink gittew tau.

Aaaaaa (mulut ternganga) puhlishhh nak rambut mcm ni. Awesome sangat tau dengan panjangnya, kaler pink purple lagi. Huaaaa.

Ahh mimpi lah kau nak new me new me. Gila kau nak free hair pulak. Paling teruk pon aku kaler kan rambut kaler pink ni haa tapi untuk tontonan didalam bilik jelah. hahaha.

*speaking test and test AIS200 settle. Oyeahhhh :D

BYE.

THANKS FOR READING

Random Raya edisi kanak-kanak

Hai.

Agak sakit hati sikit masa nak update entry ni. Gambar semua dah pilih, dah edit. Tinggal nak upload je. Bila time nak upload je internet down, upload upload asyik error. Rupa-rupanya mama off wifi. Sabar yop sabar. Sebab nak update punya pasal on balik, tapi still tak boleh upload. Check wifi, bapak aku pulak tutup arghhh -..-'

Kali ni random raya edisi kanak-kanak, so entry ni mmg penuh gambar budak-budak jelah. Hihik. Masa raya ketiga, mmg semua sedara mara aku sebelah arwah ayah aku nak datang rumah. Almost 50 orang lah jugak. Itu pun ada yg tak dapat datang. Tapi rumah aku still riuh-rendah. Aku pun masa haritu mmg busy gila, sampai tak cukup tangan nak melayan sepupu sepapat semua. Kanak-kanak kecil mmg ramai lah tak payah cerita. Living room aku masa haritu bak kata cousin aku mcm taska dah.

Sebagai permulaan gambar aku bagi tengok gambar tiga budak perempuan yg mmg kaki bergambar. Kamera aku pun dia nak pegang. Sekali snap dan tu jugak nak tengok. Aii mmg pening kepala nak melayan budak-budak ni.

Before aku kasi korang layan gambar edisi kanak-kanak, meh sini nak tunjuk gambar ahli keluarga sebelah arwah ayah aku. Itu pun ada je yg tak masuk gambar. Nak completekan semua mmg susah lah.

Ahli pakatan sepupu Melaka. haha. Sepupu belah arwah ayah mmg ramai lelaki. Ni ada lelaki-lelaki yg tak datang. Kalau cukupkan semua mmg mcm pupus je perempuan huehuehue.

Ahli pakatan mak bapak sedara. Hihik. Incomplete.

Berderet budak-budak kecik kat depan. haha. Incomplete.

Sebahagian yg makan kat dalam. Ramai yg makan kat luar.

Okay jom layan kanak-kanak riang yg masing-masing degil kepala batu.

Ketuanya. Yang ini, degilnya nauzubillah kau confirm kalah. Yg ni pow mak aku duit raya banyak kali. Dia dapat duit raya paling banyak. bhaha. Nama diberi Rafiq Hariri. Tapi ditukar jadi Rapiq Haroro sb mmg horor budak ni. Haha

Iman si baju merah, Faris si baju kuning. Aku suka Faris sebab dia ada sopan sikit kalau nak dibandingkan dgn si Haroro tu. Iman ni sopan jugak tapi takmau orang. Sombong -.-

Gang sekutu.

Ni Yan. Adik Iman.

Haroro si horor nyiahaha.

Aaa so cute, pakai kasut daddy eh. Sorry lah, aku tak ingat nama anak cousin aku ni. Hikhik :p

Ni adik beradik. Yg akak ni tak ingat nama -.-' Yg adik baju hijau ni Nabil tapi panggil tokbil. Tokbil ni boleh tahan gangster jugak. Sekali tarik rambut, peluang nak botak tu 70% lah. Sakit kepala 3 hari 3 malam.

Pak busu Eddy dgn err err taktau nama jugaaaa -..-'

Bestfriends.

Ini aku suka. Kau tokbil mmg terbaik ahhh :D

Macam baik kan muka ? Padahal dia tengah usha hamper kat belakang tu. Tak dapat jack ! bhahah.

Lastly, Ikram baby tak reti duduk diam. Yg tudung kuning my mummy onomnomnom. Mak aku ada gaya tak nak dapat baby baru ? Err takpelah, aku taknak adik lagi.

Okay dah. Banyak sangat gambar, banyak sangat membebel. Sekian.
BYE.


THANKS FOR READING

Random Merdeka Raya

Hai.

Selamat Hari Raya yg ke-4. Tak faham aku kenapa hari ni dah Jumaat. Tinggal Sabtu lepas tu Ahad dah kena balik UiTM. Aku tak faham kenapa sekejap sgt cuti aku. Brr. Lagi tak faham kenapa dah kat rumah pon pemalas mcm gajah nak update blog. Pheuww sentap tau. Bukan malas tp line internet kat rumah down so sorry to say. Hari raya kan. Ayuh lah bermaaf-maafan hikhik.


Reatk cermin ? No no :D


Couple of the year.

Best ever picture. Wohooo, ni aku nak frame kan. hakhakhak.

Raya kedua :)

BYE.

THANKS FOR READING