All in one with lots of love.

Hai !

Ingat lagi entry lepas ? Yg aku beraya rumah Meen dengan classmate aku. Ingat ? Ya, anda harus ingat sebab entry kali ni ialah sambungan entry tu lah kiranya cuma adegan yg berlainan je. Wahh, guna perkataan adegan macam lain macam je. Cehh -.-

Lepas dah melantak makan makanan free kat rumah Meen, aku decide nak pergi dataran pahlawan. Ahh Melaka kan, kau nak suruh aku pergi mana lagi. Situ jelah tempatnya. Alang-alang adik perempuan aku kat sana, aku pun nak ke sana lah nak jumpa dia. Beriya sangat nak jumpa adik aku, mcm tak jumpa kat rumah. Ingat nak sangat ke aku jumpa adik aku, tu semua tipu helah je. Dia dah janji nak belanja aku. Maka harus lah aku meluangkan masa sebab ada orang nak belanja auwwww. Tapi, sebab adik aku pun dengan kawan dia dengan bopreng dia, maka haruslah aku angkut bopreng aku sekali. Baru lah all in one namanya. Lepas dah beraya dengan classmate, pergi DP jumpa bopreng jumpa adik sekali. Haa semuanya kesayangan dalam hidup aku.

Tegar tak tegar lah dari rumah Meen Azuan hantar sampai MC, lepas tu amik cab pergi KBM jemput Feng lepas tu gerak DP dengan berbaju kurung dan heels. Harus lah tegar hokayyy haha. Tapi kan, motif tunjuk gambar ni sebenarnya aku tengok gambar ni nampak aku mcm cekeding je, padahal halamak tak dapat lah mat nak cekeding kan. bbrr

Mulanya plan lepas aku dah berjimba dengan si Feng dengan adik aku ni, aku nak blah balik Muar tapi bila wayang aku habis je adik aku text aku ajak overnight. Wahh ini enggak bisa dongg. Mana boleh bro nak overnight dgn baju kurung dan heels. Pengsan --' Maklum lah, adik aku kan budak Kolej Universiti Islam Melaka, makanya nak balik lambat tu memang dah takut lah. Dah malam kan. Kang kena tahan pulak. Budak KUIM limit sampai pukul 7 je pehh pehh pehhh ! Tu yg dia bantai ajak aku overnight.

Aku pun fikir-fikir, alaa mana pernah overnight dgn adik aku ni. Layan lah tapi harus lah shopping dulu. Kasi beli itu seluar dan baju lah. Erghh sekarang gua tgh pokai.

Dari berbaju kurung bertukar menjadi gadis semasa. Hihik.

Kalau dah overnight tapi tak midnight movie, tak best ahh. Midnight movie wajib bro. Padahal tadi petang dah bantai tengok The Smurf. Midnight aku dgn Feng tengok Contagion yg sumpah bosan tahap jamban. Adik aku tengok hantu bonceng syiokk ah kan. Habis midnight movie kitorang lepak dataran lah, sebab takde kereta. Kalau ada kereta dah jauh aku jalan. Haha. Tapi lepas midnight movie mood Feng tak betul. Apehal, bulan mengambang agaknya -.-

Ajak bergambar pun takmau. Okay bai.

Bergambar sorang-sorang lah jawabnya sebab Feng taknak layan aku. Elehh.

Tapi ada adik aku dengan member dia yg kat belakang tu. Tak lah boring pun kalau Feng taknak bercakap dengan aku. Haha

Oh ya, aku ada adik perempuan yg cantik :)

Mood tak okay lagi, tengah buat sportcheck harian lah teww kat hp aku. Bbrr.

Macam zombie aku malam tu, memang semuanya penat. Taktau lah kenapa. Feng lagi lah, baru lepas orientasi terus keluar dgn aku lepas tu tiba-tiba overnight mmg dia penat lah. Tapi itu lah gunanya jadi bopreng. Takkan aku bertiga je perempuan nak overnight. Kang kena culik, baru kau tau erti penyesalan. Haha. Pagi tu lepas dah puas tidur merata, adik aku pun nak salin baju sebab nak balik KUIM so kitorang pun mandi asas (cuci muka gosok gigi) then breakfast kat Subaidah. Bantai roti telur. Lepas tu terjumpa dgn Almy Nadia auww.

Aku sebenarnya lah kan, malas nak tunjuk gambar ni sebab dgn posing aku yg entah apa-apa jelah kau Shafiqah Sharmeen. Rasa malu dengan diri sendiri 2 saat lepas tu upload. Nak buat mcm mana dah terupload haha.

Berjimba sekejap kat dataran lepas tu wayang lagi lah sementara kawan adik aku jemput. Ho ho hoyeahh kali ni Hantu Bonceng pulak. Hahah memang kopak duit aku bhaiiii !

Tapi before nak tunggu wayang aku duduk kat fountain lepak-lepak, Feng baca paper, adik aku berborak dengan kawan dia dan aku ? Cuba teka aku buat apa ?

Ni posing baru atau apa ?

Yes tidur. Haha. Terima kasih lah wahai abg sayang Affandey Zulkifle sebab snap gambar aku ni. Aku memang mengantuk gila, maklum lah baru lepas bantai roti telur kan. Memang tidur lah. Apedehal, tidur jelah. Aku ada baring kejap kat situ lepas tu adik aku suruh bangun. Haha apedehal, aku kat mana-mana pon bolehhhh. Dah lah tepi tu kolam ikan, sejuk je kan rasa air air kan. Kalau terjatuh mmg best boleh mandi sekali lah. Tapi untungnya tak jatuh hikhokhikhok.

Aku baru perasan yg dah pukul 2 pagi lepas aku menaip macam panjang sangat kan. Sampai disini jelah ya kawan-kawan. Selamat malam ! Eh, pagi !

BYE.


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: