Badan lain kepala lain

Hai.

Hari Selasa haritu last class so rasa macam huh hah huh hah settle semua presentation quiz test. Petang tu mmg dah rasa lega kepala otak aku, tinggal nak fikir final je sekarang. After makan , roomate aku sibuk ajak jogging. Memang tak lah lepas makan nak lari memang muntah lah cite dia. So, kitorang decide main badminton je. Tepi kolej aku ada macam laman yg luas jugak lah tapi hari tu macam lecak kan so tak dapek lah den nak nolong. Main jelah bawah bumbung, bagi bola pun slow-slow je, tak boleh nak tunjuk pro sangat kan. Main bola bawah je pun. Itu pun rasa macam main dengan dinding je. haha

Roomate aku kalau dah bersatu bergabung memang jangan harap lah, bising sampai kena sound dengan budak level atas. Lalala tak layan bo. Mula-mula main badminton tapi lepas tu rasa macam tak adil sebab berdua je yg main, yg lain semua tercongok. So Minah decide main baling selipar. Wahh main game ni yg bising gila. Tapi kisahnya entry ni, gambar-gambar yg diambil semuanya free hair. Alaa bilik kat sebelah tu je, jadahnya nak pakai tudung. Dalan kolej sendiri kan. Aku pulak haritu takde kerja, makanya terhasil lah satu gambar yg boleh tahan lah kalau sekali pandang macam main badminton dengan berbaju kurung bertudung siap. Padahal, muka semua aku kasi potong gambar lain aku tampal kat gambar time game tu. Huehuehue

Ini sekali pandang tak macam muka tampal kan. Elok je shawl tu letak kat baju aku semua. Padahal, muka ni gambar dari entry lepas. Badan je real. Muka tudung semua tak real. haha

Yang ni bak kata Nabila dah macam queen of hears dalam cerita Alice in Wonderland. Haha kepala besau nau.

Hahahah yang ni memang gelak tak habis. Muka feel okay main badminton.

Yang ni lawak. Hahaha tudung si Ain tu boleh pulak ada bunga api. Tak perasan masa edit. Macam terbakar pun ada jugak tudung dia tu. Haha muka Alin pulak lawak. Kepala besar. haha

Yg ini Nabila punya kes. Tak real gila kepala dia. haha masa ni dah malas nak buat. Tengok Ain jelah apa aku dah buat. hikhikhik

Main baling selipar paling best. Main dengan Siti Aminah macam main rugby. ahaha. Main punya seronok menjerit tergelak sana sini sampai budak level atas turun lepas tu jerit kat kitorang. Aaaaa tak heran. :p

BYE.


THANKS FOR READING

1 karut mengarut:

Idora Syahira said...

LIKE LIKE LIKE
haha style gmbau tuu.