Seperti jantung di otak kanan.


Perumpamaan langsung tak boleh pakai. Entah dengan cikgu mana aku belajar. Haihh nak buat macam mana, dah aku rasa tajuk tu je yang ada dalam kepala aku sekarang ni. Harini, untuk kali kedua nya lah aku bungkus semua kelas pada hari Jumaat. Huehue, malu dengan diri sendiri sebab semester 3 entah berapa kelas lah aku bungkus. Kalau difikir balik, time sekolah dulu waktu cikgu-cikgu memang didefinisikan sebagai cikgu yg garang kalau dah warning 'siapa ponteng lari satu padang', tapi muka aku juga yg ponteng. Muka aku juga yang asyik-asyik demam tipu tapi surat cuti langsung takde. Huahua. Inikan pula dah jadi pelajar universiti, yg lecturernya masa mula-mula kelas je warning 'siapa tak datang kelas, mesti ada surat' dengan nada menakutkan. Tapi apakan daya, semester ni semua kelas yg aku bungkus satu surat pun takde. Pheuwwww !

Ini bukan soal nak membangga diri aku selalu bungkus kelaas-kelas aku, tapi ni soal apedehal kalau dah mengantuk sangat kita bungkus aje lerr. Huehuehue. Tapi harini tak tipu. Harini migrain Tuhan saje lah yg tahu. Berdenyut-denyut kepala aku sebelah kanan seperti jantung tu kau letak kat otak kanan. Berdegup nya macam tu sekali hokayy. Sheram tau. Haha. Minggu ni mmg tidur 3 4 pagi lah sebab nak menyiapkan system for AIS220. Tak faham kenapa aku mesti belajar ini semua. Ahh redha redha.


Semalam tidur around 3.30 am macam tu dan untuk pertama kalinya untuk semester ni aku iron baju before tidur. Sebab dah risau kot aku terbangun pukul 8 pg, takut dah tak sempat nak iron baju. Lecturer AIS220 aku ni dah laa garang. Sheram nok. Tapi hampa, malangnya aku langsung tak sedar pagi tadi. Huehue. Before tidur semalam pun memang dah sakit kepala. Taktau lah, masuk harini dah 3 hari dah aku sakit kepala je. Pagi tadi mmg tak boleh bangun langsung sebab kepala berat gila dengan sakitnya. Huh !

Bangun pun pukul 12 tengahari, tu pun sebab roomate aku semua mengusik kepala aku. Kononnya aku demam sebab tidur tak bangun-bangun. Siap belikan lunch aku tau. Auww tu yg sayang dgn roomates aku. Prihatin. Huehue. Alang-alang dah belikan lunch, aku pun bangun. Budak bilik aku kalau makan mmg semua berjemaah. Aku pun dan dan gosok gigi cuci muka, join sekali lah makan berjemaah. Tapi kepala still berdenyut-denyut. Makan tak habis pun.

Kononnya lepas makan nak sambung siapkan system, tapi mampu on laptop je lepas tu kepala sakit sangat rasa nak pecah. Mintak member aku panadol lepas tu baring kat katil lepas tu langsung tak sedarkan diri langsung. Padahal ada quiz MAF kot petang tadi. Haa nampak ? Sorry madam saya sakit kepala sambil buat muka seposen, tangan letak kat kepala. Hihik. Lalok betul aku makan panadol tu. Entah panadol apa yg kawan aku bagi ntah. Tapi sebab aku ni kuat, ceh kuat ke bbrr. Aku bangun tidur terus mandi, baru nak mandi uolss hikhokhikhok. Sambung balik buat system sampai sekarang. Pheuww hebat kan aku. Takde lah hebat pun kalau dah buat system sambil facebooking dan tweeting harus lah hebat nyiahaha.

Lepas rasa mcm nak muntah mengadap system ni, rasa nak mengedit gambar. Aii lama bebenor lah aku rasa tak bukak photoshopkan. Hihik, maka terhasil lah.

Aku tak hebat, aku biasa-biasa je. Ini je aku mampu.

Tapi malang, edit gambar dah lama habis tapi sekarang tak sambung buat system. Harus lah tak sambung buat system kalau dah syiok menaip panjang lebor kat blog ni kan. Hahah, dah jangan banyak main shaff. Harus lah siapkan system tu malam ni jugak sebab Ahad nak kena study. Isnin ada test huh ! Hebatkan lecturer aku dah hujung sem pun buat test. Bbrr

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: