I love you Reddy.

Hai.

Happy Deepavali to all yg menyambut Deepavali. Alang-alang esok deepavali, boleh lah aku merasa sorang dua bf India kihkihkih. Walaupun semua orang pandang kau sebelah mata je sebab kau kecil, sebab kau ringan, sebab kau mcm mainan. Eh ? Mainan ? Yelah macam mainan sebab aku tengah cakap pasal camera ni. Korang jgn lah kat topik bf India tu lagi. hikhikhik, okay sambung. Walaupun colour kau mcm kek, kalau yg pandang tu mcm nak makan je tapi aku totap syg kau Encik Reddy my red canon. Muah muahh.

Actually, nak update blog saja jewwwww nak tunjuk kat korang yg kita ada header baru dgn Reddy baby love mmuah muahh. Hihih (gediks). Lepas tu saja jewww nak update blog sebab bersemangat tiba-tiba. Bukan semangat sebab deepavali ya no no no. Tapi sebab tadi buka Nuffnang setelah bertahun lama nya aku tak bukak. Memang lama pon. Tahun ni tak bukak lagi kot. Tadi je tiba-tiba TERbukak hahaha, tengok tengok ada buffered earnings. Wahhh terharu uolss. Manusia yg tak reti nak udpate blog ni boleh dapat buffered earnings tau. Menangis kesedihan kahkahkah.

Jangan nak buffered earning sangat lah, sikit je pun. Tapi aku bersyukur sebab cuti sem ni baru 3 kali je aku update blog haha. Okay, tu je. Happy Deepavali amma appa. Nanti bagi saya maruku okay.


BYE.

THANKS FOR READING

Berjimba [Part 3]

Hai.

Sebab ini entry berjimba part yg terakhir, dan sebenarnya masa aku update entry ni aku tgh main Tony Hawks dan tiba-tiba teringat 'ini kalau tak update harini, esok lusa tulat langkat belum tentu aku update' haha monolog sendiri. Nasib baik gambar dah siap upload semalam. Nak segerakan publish entry ni sebab kalau dibiarkan PSP tu terbiar kat depan TV nanti mesti adik lelaki aku rembat dan confirm aku menangis tak berlagu sebab dah tak dapat main puihh --'

Kembali ke tajuk asal.
Day 2.

Bila malam tu si Fatin dah berjanji dgn Fendy yg kitorang akan pick up Fendy depan kolej PUKUL 8 TAU FENDY. Puihh Fatin mmg cari nahas sebab Fendy orangnya sgt menepati masa. Aku dalam hati 'mati lah aku nak bangun pg esok nih aduhh patin patin' haha monolog sendiri lagi. Malam tu kitorang bermalam di rumah Amoi, kolej KBM. Saje nak feeling-feeling budak degree hihi. Duduk berborak bertiga macam rumah tu kitorang punya sampai dah 3.30 pagi pun tak tidur lagi. Sampai lah salah sorang daripada kami mengingatkan yg esok dah janji dgn Fendy pukul 8, lekas je semua melelapkan mata. FENDY PUNYA PASAL (--')

Nasib baik dalam pukul 7 pagi si Fendy call aku, dan bunyi phone aku sememangnya nak kasi satu Melaka dengar (yg tak dengar aku sorang je AHAHA) si Fatin terjaga dan terus mandi bersiap. Aku je yg masih terbongkang menunggu si Fatin mandi. Nasib baik jugak semuanya bersiap lincah kaduk dan jam 8.10 pagi dah kat depan kolej Fendy hihi kira menepati masa lah jugak tu kan ? Waktu sarapan semuanya loading lagi, sebab mengantuk lagi. Lepas makan terus bergerak ke bangunan merah sebab dah janji dgn Fatin dan Amoi nak bergambar kat sana.

Harus lah dimulakan dgn gambar aku kan ? Kata aku tuan blog ni, sukahati aku lah. Kau apesal dengki sangat ? haha


Masing-masing beli kipas sebab matahari baru nak naik, panas tu dah jangka dah. Cewahhh.

Gaya ala-ala pelancong dari luar negara. Bukan selalu nak feeling-feeling cenggini tau.

Botol air yg gedang tetap ada walau ke mana pun aku pergi hihi.

Sakan bergambar dgn topi ni sampai kena sound dgn aunty kedai tu. 'Kalau mahu ambil gambar, semua org pun mahu ambil gambar nanti tak payah beli. Buat ambil gambar sahaja' Amboi aunty sentap tau ayat ! (-.-)

I love my eyes more than yours. Because without my eyes, I can't see yours.
HIKHOKHIKHOK :p


Rasanya kenapa aku letak gambar ni, tiada apa yg menarik. Pada aku menarik sb aku kelihatan ramping gitewww. HAHA. kbai.

Maka, tamat lah percutian kami di Melaka. Wahh percutian lah sgt kat Melaka tu choi. Puihh, next time kita pergi jauh sikit okay kawan-kawan. Tak jauh, Lendu je. HAHAHA.

BYE.

THANKS FOR READING

Berjimba [Part 2]

Hai.

Tehee tehee nasib baik aku tunaikan janji tepat pada masanya. Nasib baik ada masa nak update entri berjimba part 2 ni. Lepas ni ada part 3 pulak ngee :D Kali ni, lepas dah sejuk ketiak keringkan kat dalam DP tu kitorang terus gerak pergi Klebang. Actually plan aku dgn Fatin nak mandi laut dekat Pengkalan Balak, tapi Amoi kata dia nak tengok je, mmg tak lah aku berdua je mandi terkinja-kinja kan. So kitorang decide nak pergi Klebang je ambil-ambil gambar. Memang terkinja-kinja lah kat pantai tu sampai satu badan aku penuh dengan pasir. Nice.

Heee, aku suka gambar ni sebab aku yg ambil kahkahkah. Heyy suka nok hasil tangan titik peluk ketiak berlecak nih. Huh !

Tadi gelap, ni terang acaner pulak ni. Hihik, tadi tu sebagai muqadimmah je. Yg ni before ada sunset.

Actually ni gambar candid. Saje, aku suka letak gambar takde motif. haha.
Daripada letak gambar takde motif aku sorang-sorang baik letak gambar dengan Amoi and Fatin ni haa. Sedap sikit mata memandang. Sedap ke mata tu masalahnya ? (--')

Ini bukan aku letak takde motif okay. Aku letak sebab Amoi, Fatin and Fendy kata gambar ni lawa. Okay lah, lawa lah so sebab tu lah aku upload. (Macam sama je kalau cakapa takde motif kan ?) (--')

Ini gambar hasil daripada gambar kat atas.

Cantik kan ? Ya, tau lah cantik. kbai.

Suka benor lah tu.

Kepala mana ni ? Hilang ? kbai.

You make me wanna say,
I do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do do do do do do do.
Brr, over sangat apehal. (--')

Diri tegak macam nak menyanyi Negaraku ni apehal ? Ni namanya takde motif. Motif ? Non adoooo !

Wahhh kaki tu lagi sikit naik kena kepala Fendy dah syiok ah. Hihik okay gurau. Tengok Amoi, nak lari mana tu ? hahaha

Hahah aku kalau tengok gambar ni mmg gelak habis. Aksi masing-masing bbrr. Shaff mana ? Hilang dah ditenggelami si Fendy. Fatin apa punya aksi macam yeayyy, aku berjaya lari 1000km kahkahkah. Sepandai pandai tupai melompat, tingginya Amoi lompat. haha

Sebenarnya masa ni aku nak lompat tapi kiraan aku dgn self timer tu tak sama, maka jadi lah begitu. Puihh !

Atototo, macam happy family.

Orang kurus, badan ringan boleh lah lompat macam tu punya tinggi. Kalau aku yg lompat mmg kelaut lah cerita dia haha.

Suka muka Amoi masa ni. Comel !

Kata Fendy, amboi selesanya duduk macam kat rumah. Ilek ah, apedehal pasir je kot.Nak suruh aku baring pun aku no hal je.

Sebab kenapa aku kata badan aku penuh pasir. Muka mmg dah penat habis dah tu. Macam mintak lempang.

Nah hambik kau ! Amekaw macam dalam astro tu. Astro ke ?

Habis semua berpasir. Yg lain cuma mampu tengok je. Tak mampu nak tolong kot. Puihhhh !

Okay ni last, ni mmg hantu mak limah versi bertudung punya. Hahaha tak tahan nak gelak lah tengok gambar nih.

Amekaw Patin datang dgn tripod sekali macam apa dah. hahaha

Okay, itu saja untuk part 2. Jumpa lagi next entry untuk hari kedua dan part 3 pulak. Wahh macam program dalam tv pula hikhokhikhok.

BYE :)

THANKS FOR READING

Berjimba [Part 1]

Hai

Apa lagi yg perlu diucapkan, dah cuti semester pun nak update blog pun bukan main liat. Sigh. Bukan malas, bukan benci tapi masa yg mencemburui kita (wah ayat kau !). Malas lah nak cakap banyak entri kali ni, sebab gambar banyak sampai nak buat entah sampai berapa part tapi mmg banyak. Kalau cakap banyak, gambar pun banyak semua pun banyak org yg baca pun boleh muntah banyak. Yang penting lepas last paper haritu, terus out out to Melaka mari berjimba wahai rakan-rakan sekalian. Wehuuuu.

Day 1.

Plan sebenarnya nak berjimba berdua je dgn Encik bf tapi tiba-tiba Fatin nak ambil-ambil gambar dan Amoi yg belajar kat KBM pun belum pernah ronda Melaka, aku pun mengubahsuai plan biar kasi cantik sikit lah. Hihik.

Kata Encik bf mcm tourist. Puihh ! (-_-')

Amoi yg baru bergelar warga Melaka, mari meronda ye Amoi. Oh lupa, Amoi ni comel kan ? Hihik.

Fatin yg mahu mengambil gambar. (^_^)

Cuaca panas tau. Jalan dari DP nak ke tangga yg tinggi melaun kat belakang tu harus lah bawak botol air yg gedang ni.

Nasib baik ada Encik bf, maka lengkaplah gambar kami bertiga huehue.

Amoi kata dia tak pernah lagi ke sini. Kesian kan ? Aku yg dah setahun lebih kat Melaka pun baru kali kedua nak naik ke atas ni haa. Tak kuasa lah mak nak naik banyak kali choi.

Encik bf pegang red canon, so aku berbesar hati sgt sebab muka aku je dlm camera tu kihkihkih.

First time naik ke sini, kami berdua je, ambil gambar pon sendiri ambil. Kali ni, ada Fatin ada Amoi haa hambik lah sampai dua kamera dah macam retis uolss. Boleh buat album pre-wedding puihhh ! Tak payah nak pre wedding lah gatal. Umur baru 19. Haha

Aku puas hati sebab aku tak pegang kamera so mmg muka aku je yg dalam gambar. Next picture pon gambar aku, gambar aku, gambar aku yg lainnya orang sebelah je bertukar-tukar kahkahkah.

Dah boleh masuk miss universe lah Fatin kalau cenggini punya rupa. haha

Seronok kau posing sana sini, orang keliling tengok tak kelip mata. Ada juga yg ambil gambar kitorang hahah aku rasa sgt retis.

Okay lah Fatin, kita macam over, malu malu. Blah blah haha.

Amoi kata nak buat macam mana, semua gambar dia, mata mesti hilang hihi. Takpe moi, kau sangat comel !

Mata kita tak sama moi, tapi kita sama cantik hikhik.

Untung bawa kipas, boleh lah berkipas sebab ketiak dah berlecak. Panas sangat Melaka tapi Amoi punya hal, berlecak pon berlecak lah. So tak hairan lah kalau gambar semua tak habis dengan kipas je. (--')

Eyy sini lah sorang. malu lah itew nak ambil gambar sorang-sorang (-.-)

Encik bf memang susah sangat nak senyum. Eeee aku mcm syok sendiri (-.-')

Hihik, malu lah itew, Encik bf ni menggatal pulak. Haippp !

Amoi tekun mengambil gambar si Fatin.

Gambar takde motif. Saja saje haha. Lama sangat menapak kat atas sana tu, kami pun bergesa lah turun nak masuk DP sebab nak aircond. Nak aircond sebab nak keringkan ketiak yg berlecak dan basahkan tekak yg dah kering sangat nih.

Duduk kat fountain ni best. Sejuk je. Fatin beli hot roll dengan milo ais, katanya laparrrrrr.

Encik bf beli coolblog tapi untuk diri sendiri. Kita ni mintak sikit jelah. Hihik, sekarang dia dah pandai beli coolblog, siapa lagi yg ajar kalau bukan aku. Aku ? aku weh aku aku. Haha ok dah.

Habis dah sesi berjimba pada waktu petang. Yg malam pun ada tapi tunggu next entry okay. Muah muahh.

BYE :)

THANKS FOR READING