Berjimba [Part 3]

Hai.

Sebab ini entry berjimba part yg terakhir, dan sebenarnya masa aku update entry ni aku tgh main Tony Hawks dan tiba-tiba teringat 'ini kalau tak update harini, esok lusa tulat langkat belum tentu aku update' haha monolog sendiri. Nasib baik gambar dah siap upload semalam. Nak segerakan publish entry ni sebab kalau dibiarkan PSP tu terbiar kat depan TV nanti mesti adik lelaki aku rembat dan confirm aku menangis tak berlagu sebab dah tak dapat main puihh --'

Kembali ke tajuk asal.
Day 2.

Bila malam tu si Fatin dah berjanji dgn Fendy yg kitorang akan pick up Fendy depan kolej PUKUL 8 TAU FENDY. Puihh Fatin mmg cari nahas sebab Fendy orangnya sgt menepati masa. Aku dalam hati 'mati lah aku nak bangun pg esok nih aduhh patin patin' haha monolog sendiri lagi. Malam tu kitorang bermalam di rumah Amoi, kolej KBM. Saje nak feeling-feeling budak degree hihi. Duduk berborak bertiga macam rumah tu kitorang punya sampai dah 3.30 pagi pun tak tidur lagi. Sampai lah salah sorang daripada kami mengingatkan yg esok dah janji dgn Fendy pukul 8, lekas je semua melelapkan mata. FENDY PUNYA PASAL (--')

Nasib baik dalam pukul 7 pagi si Fendy call aku, dan bunyi phone aku sememangnya nak kasi satu Melaka dengar (yg tak dengar aku sorang je AHAHA) si Fatin terjaga dan terus mandi bersiap. Aku je yg masih terbongkang menunggu si Fatin mandi. Nasib baik jugak semuanya bersiap lincah kaduk dan jam 8.10 pagi dah kat depan kolej Fendy hihi kira menepati masa lah jugak tu kan ? Waktu sarapan semuanya loading lagi, sebab mengantuk lagi. Lepas makan terus bergerak ke bangunan merah sebab dah janji dgn Fatin dan Amoi nak bergambar kat sana.

Harus lah dimulakan dgn gambar aku kan ? Kata aku tuan blog ni, sukahati aku lah. Kau apesal dengki sangat ? haha


Masing-masing beli kipas sebab matahari baru nak naik, panas tu dah jangka dah. Cewahhh.

Gaya ala-ala pelancong dari luar negara. Bukan selalu nak feeling-feeling cenggini tau.

Botol air yg gedang tetap ada walau ke mana pun aku pergi hihi.

Sakan bergambar dgn topi ni sampai kena sound dgn aunty kedai tu. 'Kalau mahu ambil gambar, semua org pun mahu ambil gambar nanti tak payah beli. Buat ambil gambar sahaja' Amboi aunty sentap tau ayat ! (-.-)

I love my eyes more than yours. Because without my eyes, I can't see yours.
HIKHOKHIKHOK :p


Rasanya kenapa aku letak gambar ni, tiada apa yg menarik. Pada aku menarik sb aku kelihatan ramping gitewww. HAHA. kbai.

Maka, tamat lah percutian kami di Melaka. Wahh percutian lah sgt kat Melaka tu choi. Puihh, next time kita pergi jauh sikit okay kawan-kawan. Tak jauh, Lendu je. HAHAHA.

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: