Kisah satu jam tiga puluh minit awal.

Hai everybody !

Kalau tengok tajuk apalah kisahnya satu jam tiga puluh minit awal ni. Takde lah cerita gempak pun. Saje nak bercerita. Selalunya, fenomena dah last paper ni korang korang semua mesti dah malas nak study kan ? Yeahh , sama jugak macam aku. Aku tak faham kenapa lah diorang (taktau merujuk kepada siapa sebenarnya hihi) susun jadual exam macam ni punya rupa. Mula-mula macam dah elok je gap between the papers tup tup bila dah last paper ada gap seminggu. Pehh, asyuk ah masing-masing balik rumah lepas tu rasa mcm dah sem break padahal tinggal lagi satu paper. course aku okay lagi gap seminggu je. Ada tu gap 11 hari, last paper LAW. Ngam choi lah tu.

Aku mmg tak study lah kalau dah duduk rumah. Study cincai boncai je, padahal carrymark paper tu pon rendah tapi biasa lah last paper. Semangat dah melekat kat rumah mmg harapan tinggal kuih apam lah aku nak study. Kisah nya satu jam tiga puluh minit awal ni, namanya tak study sangat kita keluar dewan awal lah choi. Hihik. Paper 3 jam. soalan objektif 40 soalan. 4 soalan subjektif. Bagi aku 2 jam pun cukup sebab bukan kena buat essay pun. Tapi taktau kalau student lain. Serius pada aku soalan untuk paper information system tu tak lah susah sgt walaupun aku tak habis study. Tapi aku pun main jawab je, taktau betul ke tak. Puihh, apa pon tak boleh aku nih. Harapnya paper ni kalau dah lulus pon cantek ah. Tak harap dapat A pun, dapat B pon dah syukur syukur.

Mai lah kita nengok muka-muka yg pandai sangat nih. Satu jam tiga puluh minit awal keluar dewan, macam dah pandai benorr. hihi.

We are officially part 4. Hikhokhikhok.

Abaikan je yg belakang tu. Rasanya macam dah terkena renjatan elektrik kot. Hihik.

BYE :)


THANKS FOR READING

0 karut mengarut: