Kenapa perlu bayar kalau tiada servis ?

Hai.

Ehem ehem its been a long time haa tak update. Well itu biasa. Kau ingat aku masuk UiTM ni mmg untuk update blog je ke ? Apa kau sudah lupa dgn tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar yg cemerlang lagi terbilang bagaikan bendera berkibar-kibar. Erkk (-.-') Aku busy walaupun seminggu lepas yg merupakan minggu pertama di UiTM dan sebenarnya taklah busy mana pon cuma maklumlah bila dah balik UiTM maka internet aku semuanya bergantung kepada broadband dan mama boleh lupa nak bayar berok selama 2 bulan dan DANGGG ! Tak boleh online. Terima kasih mama.

Selalunya mmg mcm ni. Kalau intro selalu tersimpang jauh sgt. Oh haritu kan, aku nak balik Muar. Sampai je Muar aku nak pergi toilet. Toilet tu aku rasa dalam kawasan surau. Ke tepi surau something like that lah and then aku kena bayar 30 sen. Ok itu normal. But the problem is, dia tulis situ 30sen untuk servis caj. Tapi kenapa toilet dia mcm takde orang servis pon ? KENAPA ? Korang pun selalu hadapi masalah mcm aku ni kan ? Memang ! Aku sbg pengguna mmg marah betul bila kena bayar 30sen sebelum masuk toilet dan bila kita guna toilet tu langsung takde kepuasan hoh ! Kepuasan ? (-_-') Bengang betul.

Aku rasa baik lah org mcm tu tak payah nak duduk tepi toilet tu goyang kaki ambil 30sen per person tapi langsung takde tanggungjawab nak bersihkan toilet tu. Aku bukan kata penjaga toilet tu kuli tapi kau ambil duit kami, dan kami berhak dapatkan yg terbaik bila nak buang air. Haa, mcm lain je ayat aku. Takpe, teruskan. Aku rasa biarlah tandas tu tak bersih ke apa ke tapi takde org jaga kat keluar tu. Takde lah bila keluar tandas tu rasa mcm nak hentak je kepala manusia yg jaga toilet tu. Haha

Kenapa aku update pasal ni ? Sebab aku rasa benda ni semua orang pernah kena. Kan ? Ni semua kes tak bertanggungjawab. Tau amik duit je tapi takmau bersihkan. Kalau taknak bersihkan toilet tu takde hal, yang penting jgn ambil duit aku. Aku bukan berkira tapi kalau toilet tu bersih RM1 pon aku takde hal lah nak bayar. Jadi rakyat Malaysia tu cuba jadi rakyat yg bertanggungjawab. Tengok, pasal toilet pun aku cakap kat blog. Kecoh betul kan ? Aku just nak share. Nak kongsi apa yg aku rasakan. Aku kan pengguna. Dan aku mahukan hak aku sebagai pengguna. Sekian.

BYE.

THANKS FOR READING

Alhamdulillah.

Hai.

Alhamdulillah everything went so well. Harini dah selesai daftar as NR, dah selesai bayar deposit rumah. Barang-barang pun dah letak dalam rumah. Housemate pon comel-comel dan alhamdulillah semuanya menerima aku dgn pintu hati yg terbuka cehh.

Kalau kawan-kawan aku masih ramai yg tweet tweet malas nak packing, barang tak packing lagi, itu lah ini lah. Tapi aku semuanya dah settle. Dah kat Seremban pon. Tomorrow morning sepupu aku kahwin. Aaaa asyik sepupu je kahwin, bila lah akak aku nak kahwin ni. Haa tetiba -__-'

Esok memang tarikh yg cantik. Sekali seumur hidup, tapi masalahnya tarikh yg cantik tu kalau ada moment yg best takpe. Ni moment kena balik Lendu. Memang dah best sangat lah tu. Isnin dah start kelas. 8.30 am o.0 pengsan. Huh harapnya boleh bangun pagi lah.

Welcome back to campus UiTM-ers :)

BYE.

THANKS FOR READING

462 days of loves.

Hai.

Ehem ehem nampaknya gigih aku tak tidur malam sebab nak siapkan video untuk Mr.F aku. Cehh konon nanti boleh lah Fendy cakap 'omg this is so sweet baby u sanggup tak tidur malam sebab siapkan video yg hagemm ni untuk I auww'. Padahal sebenarnya tak tidur malam sebab kena packing semua baju-baju masuk dalam luggage and tomorrow morning kena hantar barang ke rumah sewa. Ahh baru Fendy nak terharu, terus tak jadi. haha

You know what, actually I tak ingat pun harini 18 November. Ahh muntah nak pakai I you pulak dgn readers. Haha. Tapi serious tak ingat pun. Ingat lah masa siang semalam. Tapi bila dah malam and 40 minutes before pukul 12.00 am adik aku tanya anni aku dgn Feng bila. Huh nasib baik aku jawab soalan Ayin tu and nasib baik aku terus ingat. Dan paling penting tiba-tiba rasa nak jadi sweet and nak buat video cikai ni je untuk Fendy. Sebenarnya nak buat video ni masa anni kitorang one year tapi masa tu tengah busy dengan final exam kan. So aku hold dulu sampai 2 bulan. Laa ni lah baru jadi.

Alaa video biasa-biasa je untuk awak Fendy. Semalam kan saya jumpa video comel kat youtube lepas tu semua saya bagi kat awak biar awak tengok. Siap paksa online lagi tau, padahal awak ada test kan. Hehe. *Gedik. Video ni actually adaptasi dari youtube. Pehh guna perkataan adaptasi mcm tak boleh blah je. haha. Aku ambil video ni kat sini and then aku edit sikit tambah eyeshadow tambah blusher tambah lipstick baru lah cun ehehe. Biasa je. Aku noob lagi lah bab bab nak buat video edit edit kasi gempak. NOOB lagi lah. Eh eh okay lah, rasanya nanti mcm panjang entry aku sebab i have something for you sayang. Notes ! Awak suka notes kan. Suka nak tengok aku buat ayat sweet sweet kan. Nah ambik, sila baca and then baru enjoy the video okay.

Dear Affandey Zulkifle,

Sayang, we have been together for 426 days. That's not a small amount of number my dear. That's long enough for me. I remember when we first got together like it was yesterday. One day lead to the next, and then days turned into months and months turned into years and now we turned into 1 years and 2 month with our love.

You have imperfections just like everyone else, but that’s why I love you. You make me laugh, you make me happy, you make me cry tears of joy. You know more about me than anyone, you know my thoughts, and you know my heart inside and out. You have a way of making my heart skip a beat, and I want you and the whole world to know that I love you sayang and I will be forever yours. Thank you for showing me what kind of love all women deserve. Thank you for everything. And thanks for being there when I needed a shoulder to lean on, for patiently listening to my problems. Sayang, I just want you to know how happy am I to have you in my life and I thank God for that. Thank you for the love and the joy you bring.

You're the only boyfriend who gives my heart excitement and thrills. We do so many crazy things. You taught me how to handle my feelings, you taught me how to be a tough girl, you taught me how to live independently. Thank for everything sayang.

Once, I'm in love with you everyday even though I was thousand miles away from you. But now, you have already continued your studies in KBM but we still rarely met. Meet you everyday is not my way to shown you how much I love you. Meet you everyday does not bring any meaning to me. As long as you love me, that's enough for me even though we're not be able to meet each other for a few months. I don't care if I'm not be able to meet you, it's not because I don't love you but I believe that you love me more than anything then I believe if we have not met for a long time, your love for me will never fades. I'm so sorry about last night sayang. :)

Enjoy the video !


Thanks readers.

BYE :')

THANKS FOR READING

Nabuela Clothes. Berbaloi-baloi !

Hello guys !

Hihik, tau tau takmo cakap yg aku jarang update blog. Takde apa yg menarik untuk diceritakan disini dua tiga menjak ni. Actually ada entry yg nak diupdate tapi ditangguh sehari dua dulu (Masalahnya dah tangguh nak masuk 4 hari dah) HIHI. Okay okay harini aku nak cerita pasal shopping online. Seriously aku bukan jenis manusia yg beli online online ni. Yelah aku ni nak kata cerewet taklah jugak, tapi cerewet sikit kot. Aku tak berapa minat nak beli based on apa yg aku nampak je. Aku nak beli biar aku dapat tengok, dapat rasa dapat cuba and paling penting dapat sepahkan kedai tu. Hahaha. Even shawl pon aku tak beli online. hehe. Setakat usha usha tengok kat fb tu boleh lah kot. Aku pernah lah beli online ni tapi tak selalu. Eh, memang sangat sangat jarang pon. Boleh kira pakai jari and tak sampai lima pun. Haha.

Actually classmate aku ada buat shopping online ni, katanya untuk mengisi masa terluang sepanjang cuti semester ni. And aku pon usha-usha lah, and apa yg aku tengok kebabommm harga semua murah2 bro. Below RM50 korang dah beli okay. Yeahh BELOW RM50. Selalunya barang2 online yg aku usha kat internet ni mmg mahal, rasanya baik aku beli kat kedai lah siap ada brand lagi. Tapi kawan aku ni jual murah noooo, jemput singgah lah ke Nabuela Clothes dan jemput membeli. Hihi. And FYI disebabkan harga baju-baju dia murah so aku rembat lah sehelai dua. Ala maklum lah dah lama tak membeli ni. Hehe.

Ini entry bukan nak review shopping online ke apo bondo ke takde takde. Ni aku nak promote je kat korang yg follow blog aku sebagai tanda aku menyokong kawan aku ni berniaga. Oh jangan risau, sebab dia classmate aku dan dia boleh dipercayai seratus persen donggg. Hihik. Owner pon cantik, baik, sopan dan, wahh ni nak promote bisnes ke nak promote owner dia ? Haha. Awak awak semua boleh klik gambar dibawah untuk ke FB Nabuela Clothes.

Kat Nabuela korang boleh dapatkan pantsuit mcm gambar kat atas ni dengan harga RM40 sahaja. Sila baca dengan mata terbeliak RM40 SAHAJA. haha

Maxi dress ni kalau kat uptown pon dia jual RM60 mencekik darah ye dak ? Kat Nabuela RM40 sahaja. Lai lai beli jangan tak beli. Jimat RM20 dah boleh tambah sikit beli lagi satu tau. Haa ;)

Chiffon pants ni cuma RM49.90. Aaa sila nganga mulut sekarang. haha


Comel-comelkan. Korang boleh tengok yg lagi banyak kat Nabuela Clothes. Tengok jangan tengok je ! Beli sekali. Murah ni, menyesal tak beli. Mak aku kata biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli ! Hehe, so sampai disini sahaja lah ya. Nabuela lepas ni dah boleh bagi aku komisen sikit. hahah MUAH !

Lepas ni boleh jual tudung2 pulak eh Nabila ? Hihi.

BYE.

THANKS FOR READING

Dean's list or don't lie ?

Hai.

Aku tau dah, kalau baru je lepas musim result semua berebut update blog cakap pasal result kan ? KAN ? ke aku sorang je yg sibuk duk update pasal result ? (-_-') Ahh tak kisah lah aku sorang ke kau ke orang lain ke yg penting sekarang bukan nak cerita aku punya empat rata sangat atau sipi nak rata ke takde nehi nehi ya amma !

Dean's list or don't lie ? Bukan Hips don't lie okay. Ada makan penyepak kang. Well actually nak ucap tahniah untuk semua kawan-kawan aku yg berjaya dapatkan DL tu. Tahniah sangat-sangat sebab korang memang berhak pun dapat DL tu setimpal dengan apa yg korang dah usahakan KAN ? Yg tak DL tu jangan lah sedih-sedih sampai nak bunuh diri. Relax lah, ada banyak sem lagi kan. Boleh cuba lagi. Yg dah pernah DL tu mesti pernah gagal, dan diorang belajar dari kesilapan kan. So mcm tu jugak lah untuk yg tak DL.

Macam mana kita nak merasa kejayaan tu kalau kita tak rasa lagi kesusahan untuk dapatkan kejayaan tu kan. Bila kita dah rasa pedihnya duduk dibawah, sedihnya bila tak berjaya and once dah berjaya kau akan rasa gembiranya yg teramat. Bukan lah yg tak DL tu tak berjaya. Berjaya juga cuma tak sehebat yg lain. Jangan pasrah-pasrah, jangan putus asa. Apa yg dapat tu, itu yg kita dah usahakan. So jangan lah bunuh diri eh ? (Siapa yg nak bunuh diri ni ?) HAHA

Aku tiada perasaan buat setakat ni. Aku bersyukur dengan apa yg aku dapat. Sem 3 pun kemain banyak lagi berjimba kan, so bila dapat result tak payah nak tersedu sedan sangat lah. Berani buat berani tanggung. Berani untuk tak study, berani lah untuk terima kegagalan. Cewahh habislah aku dah jadi pakar motivasi haha. Apa-apa pun, kegagalan hari ini bukan penentu untuk hari esok. So teruskan usaha anda dan kta berjumpa lagi di semester depan. Haha

Rajin itu adalah punca segala kejayaan dan malas pula punca segala kegagalan.
-Dr. Shukri Abdullah.


BYE.



THANKS FOR READING

Yang terindah.

Hai korang.

Hehe asal update blog je mesti malam, apa boleh buat malam jelah yg aku betul-betul free. Siang mmg harapan tinggal perasaan jelah nak update belog kalau dah bangun pun pukul 12. Bangun tidur nak tunggu mandi baring-baring, lelap mata sepam dua kali dah pukul 2. Dah mandi nak kena kemas rumah lah, basuh baju lah sidai baju lah sapu sampah lah, macam-macam kerja sampai dah habis semua kerja nak rehat tunggang terbalik depan tv lagi dah pukul 8. Haa kan dah malam tu. Haha.

Bila malam selagi mama tak tidur macam-macam lah kerja nak kena buat, even remote control kat tepi meja dia pun aku yg dalam bilik ni ha dia boleh call semata nak ambilkan remote tu. Nasib baik mama tau, kalau kawan aku dah lama aku kasi lebam kat mata tu. Ni pulak masa update entry ni ayah aku duk sibuk message aku rindu lettew. Hihik. Tengok jelah berapa banyak halangan aku nak update blog kan. Hehe. Ini macam dah jauh sgt lari tajuk (-_-)

Cuti-cuti macam ni sepatutnya ada vacancy untuk babysitter tau. Kalau ada aku lah orang yg pertama sekali isi borang. Suka gila dengan budak-budak. Kalau jalan kat shopping mall ke mana-mana ke ada budak kecil yg menarik perhatian aku, memang kena lah dengan aku. Tak aku main mata dgn budak tu aku cubit je dia. Apedehal, bukan aku culik anak orang tu. Haha, lagi satu aku ni kan penyayang. Nama aku Shafiqah Sharmeen, Shafiqah tu maksudnya penyayang haha silalah terima hakikat wahai temanku yg aku ni mmg penyanyang kahkahkah.

Ha ni first top ranking aku nak tunjuk. Cucu sulung dalam keluarga belah mak aku Nur Amirah Batrisyah. Anak cousin aku ni Mia mmg petah bercakap. Sebab mak dia cikgu agaknya tu pasal lah kalau bercakap pun dah mcm cikgu. Bergambar pun bukan main pandai dia posing. Comel je kecik2 dah pakai topi chef dgn apron. Gewamm betul. Mentang2 nenek dia tukang masak, dia pun sibuk nak jadi tukang masak. ahaha.

Masa ni cousin aku cakap Mia peserta paling kecik yg masuk pertandingan mewarna. Mak dia pun mmg kreatif, mewarisi lah tu. Tak cukup umur pun dia nak masuk jugak pertandingan ni. Memang cerdik si Mia ni.

Ni Anis, mulut becok ni. Masa aku datang KL mama singgah rumah Mak Doda (Mama Anis) glamour habis kau nama mama Anis haha. Start aku jumpa Anis ni sampai lah nak balik dia tak berhenti cakap. Serious woo. Aku layankan je walaupun aku tak faham. Haha.

Mama duk sibuk berborak dgn Mak Doda, aku sibuk melayankan Anis. Habis dia keluarkan semua tok nenek teddy bear dia semata nak main dengan aku.

Jumpa budak kecik mesti nak dukung, taktau kenapa aku suka sangat hehe. Omei omei Anis, nanti kita jumpa lagi tau. Muah muah !

Yg seterusnya Muhammad Danish Rayyan. Nama masing2 taknak kalah. Yg ini kira cousin Mia lah sb Rayyan ni anak kepada adik kepada cousin aku yg mama Mia tu. Haa pahe dok ? Tak pahe lantak mu lah. haha. Rayyan ni baru sebulan lebih. Comel sangat ! Bakal imam muda kata nenek2 dia. Banyak neneknya sebab nenek dia panggil tokmak, mak aku panggil tokngah, makcik aku panggil tokyah. Aku ? Aunty Myn. STYLE ! haha

Rayyan seronok kena usik dgn nenek aku. Nenek aku maknanya moyang Rayyan lah. Hihik.

Atototo itu dia bakal ibu dalam masa 9 tahun. EH ? Macam lambat sangat je nak jadi ibu kan. Ok lah, dalam masa 7 tahun haha :p

'Rayyan nak tidur lah, kenapa semua orang kacau Rayyan ni'. (buat dialog sendiri) haha. Tengok, Rayyan ada tahi lalat besar gedang kat kepala.

Ok bai Rayyan nak tidur. Haha. Rayyan ikut mama dia tidur mesti muka tutup dengan bantal. Gila budak kecik ni. Aku pun tak macam tu, ada mati lemas dibuatnya.

Rayyan dengan ayah dia khusyuk tengok bola. Masa ni final game N9 vs Terengganu yg kalah tu. Hahah okbai :p

And lastly baby yg baru 4 hari, Ahmad Irsyad. Omei omei angat. Baby ni baru 4 hari tapi dah kuat angkat kepala sendiri. Mama kata macam aku masa kecik2 hihik :p

Ala comelnya dia buka mata, geram ! Baby ni hampir 10 bulan dalam perut mak dia.. Now kulit baby ni macam mengelupas sb mama kata dia dah kering dalam rahim ibu dia. Kesian sangat tapi takpe nanti elok and makin comel. Aumm !

Dah tu je, dah pukul 1 pagi pun haa. Sambil update sambil bertweet tweet mana tidaknya. Hihi tapi takpe, yg penting masa aku update entry ni aku tweet Izara Aishah yg berlakon jadi Fiona dlm cerita Soffiya tu, dia reply tweet aku. Muah muah ! Happy :D

BYE.

THANKS FOR READING

Berpisah dan bertemu kembali.

Ouchh tajuk mintak lempang.

PANGGG !

Okay back to normal, macam biasa lah dah hilang seminggu dua baru muncul balik update blog. Fuhh, sakit kena lempang tadi (macam real) haha. Eh aku sebenarnya taktau mau bilangnya gimana. Susah banget deh, enggak ada ideanya. Entah dimana perginya. PANGGGG ! (-_-)

Aku rasa kan aku dah setahun lebih tak jumpa kawan aku Adibah Akmal. Macam lah belajar kat oversea padahal kat gombak tu je ha. Gombak ke eh ? (-_-') Bila dah sambung study semua hilang. Masing-masing macam biskut. Kejap ada kejap takde tapi kes kawan aku ni takde langsung. Mana ntah hilang. Pasrah. Tapi yg penting yg paling dekat dan paling senget si ladies, aku dapat jumpa lah hikhok. Walaupun semuanya tgh cuti semester takde lah aku hari-hari nak melepak, kau nak kena sepak. Duduk rumah diam-diam seminggu sekali baru keluar jumpa kawan, sedih.

Last week plan nak jumpa Roy lepas tu nak makan pizza. Nasib baik plan menjadi. Walaupun aku merempit ke pizza tu, apadehal watlek luuu ! Walaupun masa ontheway balik rumah boleh hujan pulak wuwuwu kesiannya, tapi apedehal janji jumpa. Bila berempat dlm pizza tu lepas tu buat hal sendiri mmg bising sukahati mak bapak dia nak bising tapi apedehal, mahal-mahal aku bayar tax kat pizza tu sukahati aku lah. haha

Kau rasa kau hebat lah yg kat belakang tu. -..-

Eh, tadi kata berempat ni mana datang yg lain ni ? Haha ini dimanakan kebetulan dalam makanan puihh ! Teserempak dengan gang gang pengawas masa sekolah ni dulu. Kitorang tak lepak dgn yg baju kotak-kotak (merujuk kpd Mod) dgn si baju hijau macam pekerja daily fresh (merujuk kpd Yod) tu. Pengawas beb, mana boleh kawan dengan gang aku yg baik-baik belaka haha. *Yod, aku tau kau mesti baca ni. Haha.

Inilah yg dinamakan berpisah bertemu kembali. Dah lama tak jumpa. Lepas ni jumpa agaknya semua dah anak lima. Haha okbai !

Incomplete. Susah nak kumpulkan semua sekali sekarang maklumlah masing-masing dah sibuk. Aku je yg tak sibuk -_-

BYE.


THANKS FOR READING