Yang terindah.

Hai korang.

Hehe asal update blog je mesti malam, apa boleh buat malam jelah yg aku betul-betul free. Siang mmg harapan tinggal perasaan jelah nak update belog kalau dah bangun pun pukul 12. Bangun tidur nak tunggu mandi baring-baring, lelap mata sepam dua kali dah pukul 2. Dah mandi nak kena kemas rumah lah, basuh baju lah sidai baju lah sapu sampah lah, macam-macam kerja sampai dah habis semua kerja nak rehat tunggang terbalik depan tv lagi dah pukul 8. Haa kan dah malam tu. Haha.

Bila malam selagi mama tak tidur macam-macam lah kerja nak kena buat, even remote control kat tepi meja dia pun aku yg dalam bilik ni ha dia boleh call semata nak ambilkan remote tu. Nasib baik mama tau, kalau kawan aku dah lama aku kasi lebam kat mata tu. Ni pulak masa update entry ni ayah aku duk sibuk message aku rindu lettew. Hihik. Tengok jelah berapa banyak halangan aku nak update blog kan. Hehe. Ini macam dah jauh sgt lari tajuk (-_-)

Cuti-cuti macam ni sepatutnya ada vacancy untuk babysitter tau. Kalau ada aku lah orang yg pertama sekali isi borang. Suka gila dengan budak-budak. Kalau jalan kat shopping mall ke mana-mana ke ada budak kecil yg menarik perhatian aku, memang kena lah dengan aku. Tak aku main mata dgn budak tu aku cubit je dia. Apedehal, bukan aku culik anak orang tu. Haha, lagi satu aku ni kan penyayang. Nama aku Shafiqah Sharmeen, Shafiqah tu maksudnya penyayang haha silalah terima hakikat wahai temanku yg aku ni mmg penyanyang kahkahkah.

Ha ni first top ranking aku nak tunjuk. Cucu sulung dalam keluarga belah mak aku Nur Amirah Batrisyah. Anak cousin aku ni Mia mmg petah bercakap. Sebab mak dia cikgu agaknya tu pasal lah kalau bercakap pun dah mcm cikgu. Bergambar pun bukan main pandai dia posing. Comel je kecik2 dah pakai topi chef dgn apron. Gewamm betul. Mentang2 nenek dia tukang masak, dia pun sibuk nak jadi tukang masak. ahaha.

Masa ni cousin aku cakap Mia peserta paling kecik yg masuk pertandingan mewarna. Mak dia pun mmg kreatif, mewarisi lah tu. Tak cukup umur pun dia nak masuk jugak pertandingan ni. Memang cerdik si Mia ni.

Ni Anis, mulut becok ni. Masa aku datang KL mama singgah rumah Mak Doda (Mama Anis) glamour habis kau nama mama Anis haha. Start aku jumpa Anis ni sampai lah nak balik dia tak berhenti cakap. Serious woo. Aku layankan je walaupun aku tak faham. Haha.

Mama duk sibuk berborak dgn Mak Doda, aku sibuk melayankan Anis. Habis dia keluarkan semua tok nenek teddy bear dia semata nak main dengan aku.

Jumpa budak kecik mesti nak dukung, taktau kenapa aku suka sangat hehe. Omei omei Anis, nanti kita jumpa lagi tau. Muah muah !

Yg seterusnya Muhammad Danish Rayyan. Nama masing2 taknak kalah. Yg ini kira cousin Mia lah sb Rayyan ni anak kepada adik kepada cousin aku yg mama Mia tu. Haa pahe dok ? Tak pahe lantak mu lah. haha. Rayyan ni baru sebulan lebih. Comel sangat ! Bakal imam muda kata nenek2 dia. Banyak neneknya sebab nenek dia panggil tokmak, mak aku panggil tokngah, makcik aku panggil tokyah. Aku ? Aunty Myn. STYLE ! haha

Rayyan seronok kena usik dgn nenek aku. Nenek aku maknanya moyang Rayyan lah. Hihik.

Atototo itu dia bakal ibu dalam masa 9 tahun. EH ? Macam lambat sangat je nak jadi ibu kan. Ok lah, dalam masa 7 tahun haha :p

'Rayyan nak tidur lah, kenapa semua orang kacau Rayyan ni'. (buat dialog sendiri) haha. Tengok, Rayyan ada tahi lalat besar gedang kat kepala.

Ok bai Rayyan nak tidur. Haha. Rayyan ikut mama dia tidur mesti muka tutup dengan bantal. Gila budak kecik ni. Aku pun tak macam tu, ada mati lemas dibuatnya.

Rayyan dengan ayah dia khusyuk tengok bola. Masa ni final game N9 vs Terengganu yg kalah tu. Hahah okbai :p

And lastly baby yg baru 4 hari, Ahmad Irsyad. Omei omei angat. Baby ni baru 4 hari tapi dah kuat angkat kepala sendiri. Mama kata macam aku masa kecik2 hihik :p

Ala comelnya dia buka mata, geram ! Baby ni hampir 10 bulan dalam perut mak dia.. Now kulit baby ni macam mengelupas sb mama kata dia dah kering dalam rahim ibu dia. Kesian sangat tapi takpe nanti elok and makin comel. Aumm !

Dah tu je, dah pukul 1 pagi pun haa. Sambil update sambil bertweet tweet mana tidaknya. Hihi tapi takpe, yg penting masa aku update entry ni aku tweet Izara Aishah yg berlakon jadi Fiona dlm cerita Soffiya tu, dia reply tweet aku. Muah muah ! Happy :D

BYE.

THANKS FOR READING

3 karut mengarut:

Anonymous said...

lelap mata sepam dua mmg syokk..haha
btw..bgus tol jd babysitter..t tlong jge dak kecik sorang kt umh RUKU aeh.haha

SHAFIQAH SHARMEEN said...

Lahh, si ruku ni rupanya yg comment. Haha boleh boleh je nak jaga budak kecik, jgn kena jaga ruku yg gedang ni dah lah :p

Anonymous said...

hahahahaa...ruku dh ad mak ikan yg jaga..haha