Kenapa perlu bayar kalau tiada servis ?

Hai.

Ehem ehem its been a long time haa tak update. Well itu biasa. Kau ingat aku masuk UiTM ni mmg untuk update blog je ke ? Apa kau sudah lupa dgn tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar yg cemerlang lagi terbilang bagaikan bendera berkibar-kibar. Erkk (-.-') Aku busy walaupun seminggu lepas yg merupakan minggu pertama di UiTM dan sebenarnya taklah busy mana pon cuma maklumlah bila dah balik UiTM maka internet aku semuanya bergantung kepada broadband dan mama boleh lupa nak bayar berok selama 2 bulan dan DANGGG ! Tak boleh online. Terima kasih mama.

Selalunya mmg mcm ni. Kalau intro selalu tersimpang jauh sgt. Oh haritu kan, aku nak balik Muar. Sampai je Muar aku nak pergi toilet. Toilet tu aku rasa dalam kawasan surau. Ke tepi surau something like that lah and then aku kena bayar 30 sen. Ok itu normal. But the problem is, dia tulis situ 30sen untuk servis caj. Tapi kenapa toilet dia mcm takde orang servis pon ? KENAPA ? Korang pun selalu hadapi masalah mcm aku ni kan ? Memang ! Aku sbg pengguna mmg marah betul bila kena bayar 30sen sebelum masuk toilet dan bila kita guna toilet tu langsung takde kepuasan hoh ! Kepuasan ? (-_-') Bengang betul.

Aku rasa baik lah org mcm tu tak payah nak duduk tepi toilet tu goyang kaki ambil 30sen per person tapi langsung takde tanggungjawab nak bersihkan toilet tu. Aku bukan kata penjaga toilet tu kuli tapi kau ambil duit kami, dan kami berhak dapatkan yg terbaik bila nak buang air. Haa, mcm lain je ayat aku. Takpe, teruskan. Aku rasa biarlah tandas tu tak bersih ke apa ke tapi takde org jaga kat keluar tu. Takde lah bila keluar tandas tu rasa mcm nak hentak je kepala manusia yg jaga toilet tu. Haha

Kenapa aku update pasal ni ? Sebab aku rasa benda ni semua orang pernah kena. Kan ? Ni semua kes tak bertanggungjawab. Tau amik duit je tapi takmau bersihkan. Kalau taknak bersihkan toilet tu takde hal, yang penting jgn ambil duit aku. Aku bukan berkira tapi kalau toilet tu bersih RM1 pon aku takde hal lah nak bayar. Jadi rakyat Malaysia tu cuba jadi rakyat yg bertanggungjawab. Tengok, pasal toilet pun aku cakap kat blog. Kecoh betul kan ? Aku just nak share. Nak kongsi apa yg aku rasakan. Aku kan pengguna. Dan aku mahukan hak aku sebagai pengguna. Sekian.

BYE.

THANKS FOR READING

0 karut mengarut: