Culture shock.

Hai.

Dah tiga minggu kat UiTM ni. Dah biasakan diri bangun pagi sebab kelas hari-hari 8.30 pagi. Dah biasakan diri duduk rumah senyap sunyi sepi sebab housemate 4 orang je. Dah biasakan diri tiap petang berpeluh-peluh duduk rumah. Kalau dulu duduk bilik aircond, peluh nak keluar pon tak sempat. Ni tak sempat nak kering peluh aku, dah keluar peluh lagi. Haha.

Semester empat ni aku decide duduk rumah sewa sebab dah taknak buat rayuan. Tak sanggup aku nak duduk merempat lagi. Tak sanggup nak tunggu keputusan rayuan kolej yg lambat nak mampus. Ada bagi keputusan kolej sebulan before end the semester. Tak patut langsung. Ni awal-awal lagi aku dah angkat kaki. Senang. Nasib baik dapat housemate semua orite je. Rumah pon okay. Sewa superb murah.

Masa mula-mula duduk rumah sewa ni ada macam terkezut sikit sebab dulu duduk bilik aircond, sekarang duduk rumah berpeluh je. Dulu duduk kolej, dapat katil 2 tingkat tapi sekarang tidur guna tilam je. Dulu duduk kolej ada almari besar untuk aku sorang je tapi sekarang aku siap ada bilik pakaian tau. Wahh macam best je padahal.... Padahal apa ? Bilik pakaian yg kongsi untuk 3 orang. Okay what ? Hihik :p Dulu duduk kolej boleh basuh baju guna mesin tapi sekarang rumah takde mesin basuh so kena basuh tangan. Dulu duduk kolej ada meja belajar sendiri siap dgn kerusi tapi sekarang duduk rumah belajar pakai meja rendah je. Dulu duduk kolej kalau tak balik rumah sebulan, sebulan lah tak tengok TV tapi sekarang hari-hari tengok TV. Yeayyy !

Bilik aku ada 3 orang. Aku, Myra dan Fiza. Kitorang kongsi bertiga sebab Syahira duduk bilik sorang-sorang. So sewa dia tak berapa nak superb lah macam sewa kitorang. Haha. Bilik cukuplah letak tilam kitorang tempat iron baju, tempat sidai baju and meja belajar Fiza. Sebab Fiza org lama so dia ada meja belajar yg besar dalam bilik. Kfine.

Shaff manja so Shaff tidur tengah-tengah eh. Haha ayat macam takde kaitan. Oh masa first day aku kat sini Fiza cakap sorry kalau dia tendang aku sebab dia tidur lasak. Alaa sebenarnya tiga-tiga pun tidur lasak. Buat masa sekarang aku je yg selalu masuk tilam diorang. Terlebih lasak kot tidur. Hihi. Ni bilik pakain kitorang.

Muat-muat je letak wardrobe aku , Myra dengan Fiza.

Ni tempat pakaian aku. Punya lah banyak baju sampai bengkok besi tu. Korang nampak ? Klau tak nampak abaikan je. haha

Sebab luggage aku besar lagi gedang so aku guna dia untuk letak barang2 aku ni haa. So cool. Jimat space. Padahal luggage ni makan space sangat. Besar dia boleh letak Myra dalam tu. Serius, Myra pernah masuk dlm luggage ni aku siap zip lagi. haha.

Duduk rumah yg bestnya ada dapur. Boleh masak yeayyy. Masak ke ? (-_-') Jangan main-main okay, ada perencah tomyam, garam kunyit apa yg diperlukan semuanya ada lah. Cewahh.

Rumah ni memang jual koko crunch. Haha ni kerja aku Myra dgn Syahira. Maklum lah feveret aku dgn Myra ni. Tak boleh habis koko crunch ni. Lunch ke breakfast ke dinner semua aku bantai makan koko crunch dgn full milk cream dutch lady. Sedap woo.

Ada peti ais jugak. So boleh beli susu banyak-banyak simpan dalam fridge. Hihik :p Buat masa sekarang takde ikan ke ayam ke udang dlm peti aias ni okay. Belum tiba masanya. haha

Meja belajar yg comel je.

And lastly, tempat yg aku selalu lepak untuk makan, buat kerja dan tengok tv. Tadaaaa. Cukup luas lah untuk aku. Boleh main badminton k kat sini. haha.

Aku dah pun sesuaikan diri kat rumah ni. Dah seronok pun. Fiza pun okay, Syahira pun okay. Semuanya okay dan aku pun okay. Hihi.

Hai, rindu saya tak ? Hehe akhirnya update jugak blog ni. Semalam sempat buat wordless wednesday je. Eh ? Semalam wordless wednesday yg pertama. Sebelum ni tak pernah nak buat pon. Haha semalam buat sebab macam sedih tengok blog tak berupdate. Hihik.

*Sorry kualiti gambar tak cantik sb guna phone je.

Love you readers.

BYE !

THANKS FOR READING

2 karut mengarut:

Anys Amyra. said...

kemain panjang gils sekali update haha.


rinduuuuuuuu LADIES ;p

SHAFIQAH SHARMEEN said...

@Anys Amyra : Ahh rindu jugakkk :')