#1 Jakarta on January

Hai!

Rindunya nak menaip kat belog. Fuh fuh tebalnya habuk. Cacing ulat semut pon ada dah macam dalam zoo dah. Mintak maaf lah sb jadikan blog ni macam zoo sebab semester 4 fuhh sumpah tak tipu busy gila. Orang gila pun tak busy macam aku. Nak buat macam mana, jadi student gini lah lumrah hidup. (ayat pasrah)

So, senang nak pendekkan cerita end of January haritu aku pergi Jakarta. Syukur dengan rezeki parents aku, sampai jugak ke Jakarta. kihkihkih walaupun terpaksa langgar semua kelas, presentation. test, quiz semua. Bak kata mama "kalau Myn tak pergi, Myn rugi mama pun rugi sb mama dah bayar tiket, dah book hotel semua." Nampak tak permainan mak aku? Haha.

Dan kalau aku nak masukkan semua gambar dalam satu entry memang jawabnya 4 hari 4 malam korang mengadap entry ni. Aku bersusah payah pilih gambar dan upload kat blog nak kasi korang baca. Dah ada kawan-kawan aku dok sibuk suruh aku upload gambar kat FB mmg lah aku malas. Kalau mama dah upload, akak aku upload lepas tu aku nak upload jugak buat apa. Bukak FB pon tak menyempat. Ceh, konon nak cakap fokus kat study lettew. *muntah hijau*. Belum berlepas ke Jakarta pon gambar dah lebih 50 keping, korang boleh bayang berapa banyak pulak gambar yg aku ada sepanjang aku kat Jakarta tu? Cuti kali ni selama 4 hari 3 malam memang puas. Bak kata orang shopping kat Indon mmg terbaik.

Jakarta, here I come baby!

Mama comel dulu, kini dan selamanya!

Muka happy sebab bag dah check in. Yeayy yeayy! *padahal baru bag je check in, flight lambat lagi. T.T

Untunglah birthday boy celebrate birthday kat Jakarta lepas tu semua tak habis2 nak ambil gambar peluk-peluk cium-cium. Lepas tu letak tagline 'setiap gambar ada lagu'. Bajet Yuna mentang-mentang camera red canon kihkihkih. Sebab takde birthday present so peluk-peluk cium-cium je yang ahkak mampu bagi kau dik. Cukup tak kasih sayang yg ahkak ko dah bagi ni? Mihmihmih :p

Kesian sebab becoming birthday girl takde siapa nak peluk. Nasib baik adik tayang tayang mucuk-mucuk yg sanggup peluk akak dia ni. Tau lah birthday aku lepas balik dari Jakarta tapi aku pon perlukan kasih sayang. Aik? Macam dah lari topik, ok next.

Nak tau tak, gambar ni sebenarnya mmg takde motif pon. Motif sebenar gambar ni ialah kau nampak yg aku dgn adik aku dikurniakan lesung pipit yg auww so sweet! Haha mohon jangan muntah ya kawan-kawan. Nak mendapatkan gambar ni bukan main susah. 'Ha hambik lagi sekali kasi nampak sama2 ada lesung pipit.' Adik aku huntonglah lesung pipit kiri kanan. Ahkak ko ni tak mampu lah. Sebelah kiri ni je pon dah bersyukur. Kihkihkih ok lari topic, next!

Selepas kitorang selamat touched down Terminal 3, Jakarta International airport mmg aii takde masa lah nak amik gambar. Muka semua dah berkilat masing-masing. Memang mintak dihulurkan tilam sebab tak larat lah sangat dah tu. Haha padahal duduk dalam flight tidur je keja ko kan!

Bila sampai hotel, ohmai baby asyuk banget deh gue dapat bilik full mirror. Enggak perlu gaduh sama itu akak adik gue. Aaa nampak tak dah tukar bahasa. Ni automatiklah ni. Dah terbiasa. haha.

Huh serius seronok. Takpayah nak bergaduh kau pakai cermin dulu lepas tu aku lepas tu kau lepas tu aku. Nah hambik mama bg bilik cermin puas ko nak tengok. Haha Tapi tidur malam mengadap cermin itu tak cool ok, seram! Haha

Dan lagi seronok bila dapat bilik air semua cermin lutsinar ya kawan-kawan. Lutsinar tu takpe kawan-kawan, ni takde pintu. Ce kau cite sikit acaner aku nak mandi segala bagai? Haha. Nasib baik sebilik dengan adik dan akak aku. Kau tengok aku, aku tengok kau ok itu perkara biasa. Tapi aku tak paham kenapa dia takd pintu, sedangkan bilik mak aku ada pintu. Design setiap bilik lain-lain eh? Hmmmm.

Jakarta bila malam mmg dah senyap. Tak macam kat Malaysia, pukul 8 tu baru semua nak keluar rumah. So, keesokan harinya semua bangun pagi. Pagi sangat! Tak sabar nak breakfast sebab perut lapar dan tak sabar nak shopping kat Mangga Dua. Tapi bila sampai cafe, semua taktau nak order apa sebab semua nama kok aku ngak tau sih. Kok namanya nasi rames, nasi ayam timbel, nasi pekpek. Kok pelik banget. Waduhh. Lepas tu semua bantai soto ayam. Dah itu je yg tak pelik dan familiar. Tapi bila soto ayam dia sampai je. Jeng jeng jeng...

'Oh, mama lupa nak cakap kat korang kalau kat sini soto ayam dia nasi.' Masing-masing saling pandang-pandang, apa boleh buat makan jelah. Nasi dengan sup ayam mcm tu lah. Tapi sup dia lain sikit. Sedap!

Ayah lapar sangat dah tu sb lagi rela pandang makanan dari pandang kamera. Fine ayah fine. haha

This is so cute kan? Kalau kita kat Malaysia dapat sugar tu dalam paket kecil-kecil tu, tapi kat Jakarta comel je paket sugar dia. Colourful pulak tu. Aku tak guna pon sugar ni tapi hambik banyak-banyak buat simpan dalam bag nak bawak balik Malaysia. Bila org cafe tu tengok, buat bodoh jelah sb kita kan foreigner dan sukahati akulah. Aku bayar. Haha

Muka happy dah kenyang. Juice kat sini superb best! Lebih buah, kurang gula. Kau order mango juice, kalau kat Malaysia dia pakai yg dah siap bancuh tp kat sini, dia blendkan kau buah mangga, Haaa thumbs up baby!

This is cup corn with cheese. Fuhh tau kan cup corn mmg manis. Letak cheese pulak memang boleh disahkan kencing manis T.T

Nampak tak ekspresi muka mama. Manisnyaaaaaa :/

Sepanjang shopping-shopping kat Mangga Dua ni mmg tak keluarkan kamera pon sebab ramai sangat orang lepas tu kat sini kau langgar aku, meh aku langgar kau balik. Pehh, kat Mangga Dua harga semua lai lai lai baik punya. Naik pening tengok. haha

View dari Mangga Dua. Bangunan depan tu pon kompleks yg sama. Dia bercantum. Ha, mcm KLCC, ada bridge kan. Kehkehkeh.Serius sini sesak gila. Jalan raya kat sini bak kata org Indon bagi yg gampang mati sila drive kat sini. Tak main ah undang-undang jalan raya. Puii.

Hai! okbai :p

Dan sepanjang percutian kitorang 4 hari 3 malam tu, makanan yg paling sinonim dengan kitorang ialah nasi padang. Pehhh sedap bhai. Terangkat lah! Kalau hari-hari makan selama sebulan, balik Malaysia tengok naik 4 kilo. Makanan dia semua santan banyak!
Rasanya korang dah termuntah tengok entry aku panjang gila, so mohon sambung episod kedua. Hikhik

BYE :D

THANKS FOR READING

I'm 20. Twenty or twenTEEN ?

Assalamualaikum semua :)

Selamat malam. Hihihi sebenarnya konon petang tadi nak update lepas tu nak cakap quick update bajet masa mencemburui aku tapi mmg masa tu mencemburui aku pun sebab tak sempat nak publish petang td wakaka. Banyak sangat benda yg nak dibuat dalam satu masa. Nak update belog lah, nak makan lah, nak sembahyang lah. Last-last bawak ke malam jugak entry aku ni. Serius semester ni busy terlampau. Takde masa nak update blog.

Thank you lah untuk awak semua yang duk sibuk suruh kita update blog. Hihik, ada jugak yg baca kan. Ingatkan takde, tu yang mogok taknak update blog. EH ? Ok tak. Hiks. Bytheway, I'm 20 okay. Twenty ke twenTEEN ? Ofcourse twenTEEN k. Muka je nampak matang tp perangai mintak maaf lah banyak-banyak mmg tak matang langsung. Haha. Sayang nak tinggalkan dunia belasan tahun. Macam-macam kenangan masa alam remaja ni. Peh ayat bajet macam dah dewasa sangat. Puii.

Harijadi yg ke-20 haruslah bermakna sebab hari Isnin okay. ISNIN. Isnin pulak kelas aku sampai 4 kelas, berderet2 kan. Kira kelas berderet-deret tu hadiah hari jadi aku lah. -______-' Tapi kelas berderet tu diganti dengan malam jumpa yg tersayang. Takde lah birthday party sangat pun sb aku dengan dia berdua je pun. Makan KFC snake plate aku sorang2 je yg bedal wakakaka. And and this is my first time lah dapat hadiah hari jadi dari lelaki. Hahaha ok aku tak loser kan. Burghh. Hadiah hari jadi dari mama ayah dah bawa pergi bercuti ke Jakarta so mmg takde apa lagi yg nak dituntutnya. So, here we go jom tengok apa yg aku dapat. Zassss !

Aaaaa speechless. simple but so sweet darling. :')

Since mp3 aku dah hancur berderai-derai, mmg aku takde mp3 pun. Dengar lagu bergantung lah pada hp yg ada. Tapi sekarang dah ada ipod yeayyy ! Ipod kita sama macam yg Neelofa guna dalam cerita Azura. Jgn jelousss ! *tetibe. -__-'

Birthday girl happy sangat :')

Yg bekas cantik ni Famous Amos. Sampai harini tak habis lagi k. Sayang nak makan. *tutup muka.

Thanks awak sb datang dari Bangi jauh-jauh sb nak jumpa saya petang tu jugak. Thanks sangat untuk hadiah yg awak bagi, new york cheese yg sedap tu walaupun slice je tp mmg boleh makan slice je. Kalau makan banyak-banyak nanti kita demok pulak. haha. Thanks bagi coklat, belanja makan dan yang paling penting siapkan assignment saya. Wakawakawaka, maklumlah baru balik bercuti dr Jakarta lepas tu semua kerja tertangguh, test tertangguh, presentation tertangguh. Nasib baik ada awak boleh tlg siapkan kerja sy. Hiks. Penat gila weh empat kelas berderet lepas tu pergi KFC ni haa kan. Lepas tu kalau aku dah penat siapa lagi kena jadi mangsa, Fendy lah mangsanya. Jyeahh yg penting siap. Haha.

Isnin tu ada presentation kan, lepas tu aku berlakon jadi CEO kan lepas tu aku pakai ah macam ni kan. Lepas tu kan sampai ke malam aku pakai macam ni kan. Dah org KFC tu ingat aku baru balik kerja dgn blazer bagai. Hakhakhak, bantai jelah. Mama cakap saya bakal akauntan yg berjaya. Hiks, InsyaAllah mama :)

Ni ada short video untuk awak. Saya buat dari 8 malam tadi tau. Sampai sekarang tau tau. Saya tak mandi siapkan benda alah ni. Saya pulak kalau dah mengadap benda edit2 ni mmg sampai esok pun takpe, cuba kalau mengadap buku tak sampai 2 minit dah meleleh air liur. Hihik, enjoy the video ! :D

*Ehem before that, korang abaikan je mulut aku dalam video ni yg macam tgh makan ulam tu eh.

:')


THANKS FOR READING

Aksi terakhir 2011.

Hai hai hai 2012.

Wow, rasanya dah helaian ke 5 daripada 366 muka surat kan. Dan antara perkara yg aku boleh kongsi bila mana aku dapat jumpa perempuan-perempuanku dihari-hari terakhir tahun 2011. Mulanya plan aku nak jumpa Anys dan Tyra je tapi entah macam mana yang lain pun boleh turut sama. Dan yang pentingnya disini, bila semua perempuanku berkumpul tiada lagi had untuk gelak ketawa. Hihi, gelak ketawa yg tiada henti. Meriah :')

Walaupun plan untuk berjumpa bertiga sahaja dgn Anys dan Tyra tak menjadi, tapi plan aku dan Anys yg nak merasa makan cendol yg paling Legend di Muar tetap dilaksanakan. Dan itu ialah perkara yg paling emmmmmm BEST BRO !

Rasanya kitorang bernasib baik dapat tempat lepak dibelakang ni sebab kalau lepak depan uncle buat cendol tu mesti uncle tu tension sebab kitorang SUMPAH BISING !

Rasa terliur bila tengok gambar ni lama-lama. Maklum lah sekarang cuaca panas terik, kalau dapat cendol semangkuk dua adalah sangat heaven hokayy.

Semangkuk tak cukup, order buat kali kedua.... masih tak cukup.


Sekian lama tak berjumpa, ingin aku katakan Nur Athirah Azizi kau tetap kurus dari dulu kini dan selamanya. Mai lah kita bluetooth lemak. Hiks.

Friends come and go, but bestfriends stick around no matter where they are.

Let's keep it short and simple. I love you.

:')


THANKS FOR READING